Sabtu, 23 April 2011

# Diariku # Tazkirah

Info menarik tentang air


KEUNIKAN AIR DALAM KEHIDUPAN.

Air dan ais jika dilihat daripada luar ia kelihatan kebiruan. Biru adalah
rahsia penawar yang terletak pada rahsia bunyi atau suara. Itulah rahsia air
jampi atau air yang dirakam dengan niat. Air juga dapat mengesan apa sahaja
bentuk tulisan yang ditulis pada cawan atau gelas minuman kita. Bahkan
sebarang bentuk gema yang didengarkan berhampiran air it, pasti gelombangnya
akan berubah.

Akan menjadi satu kemudaratan pada kesihatan meminum air dalam bekas yang
ditulis atau terlukis sesuatu yang bersifat negatif atau "extreme", kotor
dan sebagainya. Jika anda percaya tulislah sesuatu yang bermaksud baik
seperti...." Kuatkanlah daya ingatan anakku yang bernama Ahmad bin
Abdullah"... .maka air terpaksa akur atau taat akan arahan yang tertulis. Ini
dapat dibuktikan melalui corak atau struktur molekul air sebelum dan selepas
air dirakamkan dengan maksud tulisan tersebut.

INFO DAN RAHSIA YANG PERLU ANDA KETAHUI

1) Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur
dapat kembali tidur seperti biasa.

2) Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan
tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara
menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka masa panjang.

3) Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana
bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

4) Liputan ais Antartika (daerah kutub selatan) dan Artik (daerah kutub
utara) adalah rahsia pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Moga dengan sedikit info ini dapat memberikan anda sedikit maklumat yang
boleh dimanfaatkan. ...insyaAllah. .....*



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia