Sabtu, 5 Februari 2011

# Diariku # Tazkirah

Pujuk anak minum EBM semula?

 Hari ni dah Sabtu namun masih tak boleh nak pos vitamin memandangkan minggu ini Sabtu yang pertama. Semalam ibu bertemu dengan customer online ibu dari Kuching...Lydia Najihah. Wajahnya semanis nama orangnya. Tak dapat nak berbual panjang sebab Najihah on the way nak balik Kuching.

Petang semalam juga kami berjalan ke Bintang Plaza sebab abah plan nak beli anti virus untuk laptopnya tapi hajat tak kesampaian sebab CNY , maka banyak kedai komputer tutup sehingga Ahad.

Ibu nak kongsikan antara email yang ibu terima.... buat Shima, terima kasih kerana sudi menghantar email dan meminta pendapat akak walaupun akak bukan yang ada title C namun akak cuba membantu sedaya yang mungkin.

Shima merupakan seorang ibu yang mempunyai masalah apabila anaknya refuse untuk minum susuibu atau susu perahan. Memang ramai yang berkata, oh jangan sedih atau susah hati, teruskan berdoa. InsyaALLAH nanti anak nak minum susuibu atau ebm semula.
Memang mudah untuk kita berkata-kata namun perasaan si ibu pastinya gundah gulana. Bayangkan bila si ibu meletakkan usaha untuk memerah di pejabat namun sayangkan si anak tidak mahu minum dan hanya mahu susu formula. Apabila ini terjadi pasti ada ibu yang tertanya-tanya adakah susu formula lebih sedap dari susuibu?
Hakikatnya si anak tadi sudah terbiasa dengan susu formula. Macam kita juga, kalau dah biasa minum Milo pekat tetiba dapat Milo cair....adakah kita akan minum sama seperti kita minum Milo pekat? Sudah pasti kita hanya minum sedikit atau mungkin akan habiskan jika dah terlalu dahaga.
Apa yang si ibu boleh lakukan agar si anak kembali mahu minum susu perahan si ibu?

Petua lama yang saya belajar ialah dengan menghadiahkan si anak tadi bacaan Al fatihah. Ini boleh dipraktikkan oleh muslim sahaja.

Bagi ibu yang mempunyai masalah anak menolak susuibu....boleh cuba amalkan membaca surah Al Fatihah setiap kali sesudah solat waktu. Niatlah bahawa Fatihah ini untuk anak ................ (nama penuh anak),
berdoalah :

Bismillah hir rahman nir rahim. Ya ALLAH dengan rahmatMu berkat surah Al Fatihah ini Ya ALLAH, Engkau bukakanlah selera minum anakku supaya dia mahu dan seronok untuk minum susu ku yang telah kuperah untuknya YA ALLAH.


InsyaALLAH segala usaha yang dicurahkan akan membuahkan hasil jika kita sabar dan istiqamah.


Sesungguhnya ujian itu datang dari ALLAH, maka kepada ALLAH jua ia kembali.



 Salam sayang dari ibu
 

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia