Selasa, 8 Februari 2011

# Breastfeeding # Diariku

Benarkah Domperidone, Metoclopramide berkesan untuk penyusuan?

Selamatkah pengambilan ubat yang biasa disarankan oleh doktor untuk kononnya boleh banyakkan susu? Tahukah kita pengambilan ubat-ubat seperti Maxolon, Motilium boleh memberi kesan negatif dalam jangka panjang terutama jika diambil secara berterusan atau melebihi dos yang disarankan?

Mungkin anda dah pernah makan macam macam untuk up kan semula susu atau banyakkan susu. Tetapi anda mahu cuba Shaklee trial pack namun ada was-was, berjaya atau berkesankah vitamin Shaklee untuk penyusuan? Jawapannya, Shaklee hanya membantu badan ibu sihat, segar , cergas dan susu yang terhasil juga kaya dengan sumber nutrien.

Namun bagaimana pula nak banyakkan susu sebenarnya?



Jawapannya ialah....kerap kosongkan payudara, kerana dengan cara itu susu akan lebih banyak dan cepat terhasil. Kata kunci untuk menghasilkan susuibu dengan banyak bukan dengan pengambilan ubat yang punyai kesan sampingan seperti motilium, maxolon atau sebagainya tetapi dengan meningkatkan kekerapan menyusukan bayi secara langsung atau membuat sesi perahan yang KONSISTEN setiap 2 atau 3 jam sekali. Jangan terlalu lama jarak sesi perahan kerana ia akan membuatkan susu mudah merundum.


Konsisten sangat penting. Jika pam tak konsisten, susu takkan mudah terhasil dengan banyak. Jika makan vitamin tak konsisten pun takkan menampakkan hasil yang diharapkan. Sama juga dengan pelajar sekolah, jika belajar dan buat ulangkaji dengan konsisten, kejayaan insyaALLAH menanti dihadapan.


Minum air secukupnya. 3 L adalah paling mudah dilengkapkan dalam sehari jika kita dah siapkan air tersebut dalam botol yang punyai sukatan ...maka pengambilan yang secukupnya sangat membantu mendapatkan hasil yang lumayan. Masakan sebatang tebu jika diperah boleh menghasilkan air tebu sebanyak satu jug besar?


Doa, bukan sekadar tadah tangan semata-mata....perlukan pengisian rohani. Agar semangat kuat, tak lentur terutama bila tiada sokongan dari mereka sekeliling. Agar semangat kuat bila kita dilanda kemerunduman susu. Dalam perjalanan menjayakan penyusuan selama 2 tahun malah lebih dari itu, kita memang lalui fasa turun naik....jangan mengalah. Usaha selagi boleh beri yang terbaik. Tawakal sangat perlu.



Akhir kata, doa saya sentiasa mengiri kalian yang sedang menjayakan penyusuan susuibu buat si manja tersayang. Semoga berjaya!

Kita yang memilih jalan kita....adakah kita mahu jadikan ubat sebagai makanan ATAU menjadikan makanan (supplement ) sebagai ubat? Mencegah lebih baik dari merawat :) 













Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia