Rabu, 12 Januari 2011

# Breastfeeding # Diariku

Vitamin Shaklee tidak banyakkan susuibu.

Entry ini ibu tujukan khas buat semua pelawat baru serta pengunjung yang baru bertandang ke blog ibu.

Vitamin Shaklee dihasilkan oleh seorang doktor yang menekankan kepentingan pengambilan semua vitamin demi mencegah sebelum sesuatu penyakit menjadi parah. Ianya adalah untuk kesihatan yang optimum. Paling penting vitamin Shaklee adalah berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki oleh setiap insan.

Sayugia diingatkan, pengambilan vitamin Shaklee oleh ibu yang mengandung serta menyusukan anaknya akan membantu si ibu itu sihat, segar dan ceria demi memastikan kandungan dan penyusuan lebih lancar dengan izinNYA jua. Bagi ibu yang menyusukan anaknya, jika si ibu mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee akan mendapati, dengan jadual perahan  yang konsisten sangat membantu penghasilan susu dengan lebih banyak terutama apabila si ibu itu jauh dari tekanan, keletihan dan akibat kekurangan zat dari pengambilan makanan harian.

Penghasilan susuibu adalah bersandarkan kepada konsep permintaan dan penawaran. Lebih banyak yang diminta maka lebih banyak yang ditawarkan bermaksud lebih banyak bayi minum atau lebih kerap perahan maka lebih banyak susu akan dihasilkan. 
Namun sekiranya si ibu tadi keletihan, kepenatan, moody, stress mahupun sakit ianya sedikit sebanyak boleh mengganggu dan  mempengaruhi penghasilan susu kerana hormon si ibu tidak stabil di saat ini. Maka hakikatnya vitamin membantu si ibu sihat, bersemangat, bertenaga, boleh menangani stress dan membantu dalam proses penyembuhan penyakit. Walaubagaimanapun secara tidak langsung vitamin ini juga akan disalurkan ke dalam susuibu untuk si kecil tersayang.


Ada banyak pertanyaan yang ibu terima dari email memandangkan ramai juga yang baru mendengar produk vitamin dari Shaklee. Ramai yang mengatakan tidak pernah mendengar brand vitamin ini sehinggalah mereka singgah ke blog ibu. Maka buat tatapan kalian sesungguhnya Shaklee adalah antara vitamin yang terawal dalam sejarah supplement. Ianya diperkenalkan oleh doctor yang bernama Dr. Forest C. Shaklee. Beliau mengkaji kepentingan tumbuh2an dan kebaikannya ke atas manusia.

1. Forest C. Shaklee is the founder of vitamin in year 1951- vitamin mineralized

2. Ianya mempunyai klinikal test untuk setiap produknya... mamatok dan ayahtok Addinnasa berpeluang melihat sendiri bagaimana vitamin itu dibuat dan bagaimanan standard kualitinya yang begitu tinggi.

3. Telah lebih 50 tahun dalam pasaran dan ianya diyakini selamat.

4. Ianya murah setanding dengan kualiti...

5. Amalan istiqamah akan membuahkan hasil dan kesan yang ketara.

Ibu bagi contoh sejenis vitamin E (100 i.u) di farmasi berharga rm19.90 untuk 30 capsules. Maka sebijinya berharga RM0.66 tetapi untuk 100i.u manakala shaklee vit E adalah beserta dengan selenium (400i.u) adalah berharga RM0.99 sebiji.
Untuk mandapatkan vitamin E 400 i.u melalaui vitamin dari farmasi seseorang itu perlu makan 4 capsule sehari which is cost RM0.66 x 4 = RM2.64. So mana yang lebih murah?

Walaupun ada banyak produk supplement yang baru dan mengatakan mereka lebih hebat namun setakat ini melalui pengalaman ibu, mereka yang telah merasa perbezaan Shaklee pasti tahu untuk menilai produk ini sendiri dan akan lebih yakin dengan shaklee. Walau ada segelintir yang telah mengamalkan Shaklee selama bertahun dan kini mahu mengubah angin dengan menukar kepada produk baru tetapi mereka sendiri boleh bandingkan perbezaan kualiti serta kuantiti yang ditawarkan oleh Shaklee jauh lebih baik.

Kini dengan adanya trial pack, ibu yakin ramai yang berkemampuan untuk mengamalkan supplement dalam diet harian. Apakah yang terdapat dalam trial pack sebenarnya? Trial pack terdiri daripada Multivitamin@vitalea, B complex, Vitamin C dan tambahan Alfalfa diberi percuma untuk ibu dan para isteri.

Ada juga bagi mereka yang baru berjinak2 dengan supplement bertanya, apakah kepentingan vitamin B complex dan vitamin C jika di dalam multivitamin telah mengandungi dua2 vitamin ini...Jawapannya ialah :
Multivitamin yang lengkap mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Disertakan formula zat besi untuk memenuhi keperluan badan dimana zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
Inilah pada asasnya diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bagaimanapun kehidupan seharian yang kini telah banyak mempengaruhi cara pemakanan kita telah membuatkan keperluan vitamin C dan B complex semakin menjadi perhatian umum. Adakah benar walaupun telah mengambil multivitamin kita masih perlu menambah vitamin C dan B complex?

Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C? Jawapannya adalah ya. Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin c dan b complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?

Ini kerana kandungan vitamin c dan b complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai... hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.

Sesungguhnya vitamin c dan b complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin c dan b complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia.
Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit?


Bagaimana dengan vitamin B complex?

SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.


FUNGSI B-COMPLEX
• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan


Jika kita lihat pada kuantiti yang dibekalkan di dalam sebiji multivitamin, vitamin C yang disertakan rata2 dalam lingkungan 100g sedangkan minima keperluan tubuh kita ialah 500mg sehari untuk seorang yang sihat. Begitu juga kuantiti yang desertakan untuk 8 kumpulan B yang membentuk B complex, tidak mencukupi dengan keperluan tubuh kita.

Ada juga persoalan yang timbul....Bagaimana jika saya meningkatkan dos pengambilan multivitamin saya? Adakah ianya memadai? Jawapannya tidak kerana ini hanya akan meningkatkan pengambilan vitamin dan garam mineral lain yang mana ianya hanya akan disingkirkan oleh badan apabila melebihi dari keperluan yang sepatutnya. Ini boleh merugikan kos apa yang kita bayar.

Ingin juga saya selitkan tiada istilah pengambilan terlebih atau excessive dalam pengambilan supplement kecuali untuk vitamin A (atau lebih dikenali Beta Carotene) dan Vitamin E kerana kebanyakkan vitamin selain ini akan disingkirkan dalam sistem perkumuhan apabila tidak diperlukan oleh tubuh badan.


Ada juga orang yang email ibu tidak kurang juga yang telefon bertanya, siapakah yang sesuai membeli trial pack Shaklee? Jawapan ibu ialah:

  1. Mereka yang ingin mencuba perbezaan sebenar produk Shaklee dan kesan ke atas taraf kesihatan mereka.
  2. Mereka yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli pek sebenar @ full pack Shaklee.
  3. Mereka yang akan berangkat ke umrah haji kerana ianya handy dan mudah untuk dibawa ke mana2 dalam bekas yang comel.
  4. Mereka yang always on the move.
  5. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang ketara seperti keletihan, stress, kemurungan, kulit yang kusam, rambut kasar.
  6. Mereka yang concern tentang kesihatan...memastikan mereka sentiasa sihat.
  7. Mereka yang dalam pantang juga boleh mengambilnya untuk memastikan sentiasa bertenaga dan ceria.
Jika anda dalam salah satu golongan di atas maka ibu sarankan anda mencuba dan tidak salah mencuba demi kebaikan.

Buat yang bertanya ibu harap kalian telah menemui jawapan yang dicari...

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan DI web ini atau sms kan kepada saya 012-8535689 Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia