Isnin, 31 Januari 2011

# Diariku

Musibah besar

 Ibu terlelap awal semalam dalam jam 11 malam ibu dah terlena...memandangkan hujan berlarutan di Miri. Namun bila tersedar jam 12 tengah malam, kelihatan ada 8 misscalled di handphone ibu. Adik-adik ibu rupanya. Ibu pun menelefon bertanya jika ada yang memerlukan bantuan atau ingin menyampaikan berita. Sambil teresak-esak adik ibu bercerita." Kak, rumah Iza banjir....air masuk dalam rumah sekarang dah sampai bumbung. Iza cuma mampu selamatkan pakaian anak Iza untuk 2-3 hari sebab air naik dengan cepat. Wadi pula sibuk selamatkan apa yang patut di loteng tapi tu pun Iza rasa basah juga. " . Teruk juga banjir yang melanda Gemas kali ini. Nasib 3 anak-anak Iza sempat dihantar di rumah pengasuh yang terletak di atas bukit.
Emak ibu juga terperangkap dalam banjir dan kini menumpang di rumah pengasuh anak2 Iza. Mak pula sehelai sepinggang....sayunya hati ini bila kenangkan musibah yang melanda mak dan adik-adik ibu. Adik bongsu ibu, Aripin pula terperangkap dalam banjir sebab jaga kereta kancil mak. Kini sedang menunggu bot untuk menyelamatkan Aripin. Namun musibah paling besar Iza la sebab dengan rumah dipenuhi air dan cuma nampak bumbung aje, dengan 3 orang anak kecik2....ya ALLAH bergenang airmata ini kesayuan. Hanya doa yang mampu ibu kirimkan tanpa putus2 sejak semalam selain sedikit sumbangan kewangan.

Ya ALLAH selamatkanlah mangsa-mangsa banjir yang sedang berlaku sekarang. Kasihanilah mereka Ya ALLAH. Semoga ALLAH berikan mereka kekuatan untuk melalui musibah ini dan bukakan pintu hikmah atas segala kejadian ini.

Bagi yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menghulurkan sumbangan kepada adik ibu sendiri melalui MBB 105047137936 atas nama Noriza Mohd Idris.

Bagi yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan, jasa kalian amatlah dihargai. Semoga ALLAH membalas budi dan jasa baik kalian. Terima kasih banyak2.



 Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia