Khamis, 20 Januari 2011

# Diariku # Tazkirah

Mari kita berdoa perkara yang baik.

 Rutin ibu sentiasa sibuk. Bagi yang pernah menjadi fulltime house wife, mesti tahu betapa sibuknya rutin di rumah. Ibu sibuk dengan anak-anak dan Shaklee ibu. Namun begitu sebagai manusia biasa kita tak mampu nak gembirakan hati semua orang.
Sama juga dala apa jua situasi, tiada istilah BETUL atau SALAH. Ianya bergantung kepada diri individu.
Setiap orang mendapat taufik hidayah dan ilham yang diberikan antara sesama manusia tidak sama sebenarnya.
Contoh yang paling mudah, apabila ibu apply cuti tanpa gaji, ada pendapat yang mengatakan :
"ruginya cuti tanpa gaji tapi belajar tinggi."

Dalam hati ibu kalau boleh nak berhenti lagi ada....duduk rumah dan manage anak-anak. Harapan ibu ianya menjadi kenyataan.
Tidak ketinggalan ada yang menyokong :
"Bagus cuti tanpa gaji dapat tumpukan perhatian pada anak dan hobi terutama jika punyai pendapatan sampingan."

Sama juga dengan penyusuan.... memang penyusuan susuibu adalah terbaik namun hakikatnya bukan semua ibu mendapat taufik hidayah ALLAH untuk menyusukan anaknya. Sebagai ibu yang menyusu, kita perlulah mengajak golongan ini dengan cara berkhemah...bukan dengan cara yang menjauhkan mereka dengan kita.

Sesungguhnya hati kita ALLAH yang pegang. Ibu ada kenalan....yang dulunya sangat obses dengan penyusuan susuibu. Habis dicanang satu opis bahawa anaknya la yang paling beruntung kerana mendapat susuibu darinya. Si 'dia' ini mengeluarkan kata-kata yang tidak kurang sinis bagi ibu yang memberikan anak dengan susu formula. Tidak beringat kata orang tua....'tanduk ke depan'. ALLAH Maha Berkuasa, malangnya anak keduanya tidak dapat disusukan dengan susuibu atas masalah kesihatannya yang serius. Bekas operation sebab melahirkan menjadi parah kerana jangkitan. Berbulan beliau amik masa untuk sembuh. Doktor tidak menggalakkan penyusuan dilangsungkan atas alasan badannya memerlukan zat vitamin untuk proses penyembuhan. Sudah pasti ada kawan2 yang mengutuk doktor tersebut sebagai TIDAK PRO PENYUSUAN. Namun hakikatnya tiada siapapun yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Adakah ianya balasan atas mulutnya yang begitu sinis ke atas ibu yang memberikan anaknya susu formula?

Wallah hu alam.

Jika kita punya kenalan, kawan sahabat handai mahupun ahli keluarga yang bakal melahirkan atau telah melahirkan....berdoalah yang baik untuk mereka :

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya kami memohon kepadaMu, dengan rahmatMu
Berikan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada si polan binti si polan (nama si ibu) atas kelahiran anaknya.
Semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepadanya untuk menyusukan anaknya dengan susuibu. 
Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
Dengan kasihMu berikanlah dia kekuatan rohani dan jasmani untuk terus berjuang menyusukan anaknya  selagi diizinkanMu 
Ya ALLAH.
Janganlah Engkau biarkan kami kepada diri kami walau sesaat cuma.
Berikanlah kami hidayah dan petunjukMu dalam apa jua yang kami lakukan.
Ameen.

Jangan sesekali kita memandang serong dan mencemuh....sebaliknya kita doakan yang baik. Sesuangguhnya malaikat meng amin kan doa yang baik yang kita doakan ke atas sesama mukmin....".untukmu begitu jua, ameen."

Berdoalah dan yakinlah dengan doa. InsyaALLAH ALLAH tidak menghampakan doa yang baik untuk sesama mukmin yang didoakan. Doa merupakan senjata orang mukmin.
Doa mampu mengubah seseorang dari jahat kepada baik, malah dari baik kepada yang lebih baik, insyaALLAH.


Jadikan berdoa sebagai amalan. Sebelum keluar rumah, bacalah doa dan niatkan semoga segala urusan hari ini lancar sehingga selamat sampai ke rumah.

 Berdoalah, sebelum melakukan sesuatu mulakan dengan Bismillah dan niatlah semoga segala kerja dipermudahkan.

Berdoalah , sebelum membuka kedai untuk berniaga mohonlah semoga rezeki diluaskan dan beroleh keuntungan.

Berdoalah, sebelum keluar rumah ke tempat kerja, mohonlah semoga hasil perahan hari ini lebih baik dari semalam.

Berdoalah, semoga kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALLAH.

Berdoalah, dan jangan sesekali putus harapan. ALLAH sangat suka kepada hambaNYA yang meminta padaANYA.

Berdoalah :

Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH, anak2 yang menderhaka kepada  ibu dan ayahnya. ampunkanlah dan pimpinilah mereka
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan KamiDosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH
 Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH
Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH
Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH
Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya, lembutkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu, berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH.




























Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan DI web ini atau sms kan kepada saya 012-8535689 Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia