Kapal terbang turun perlukan masa nak naik

 Minggu sudah ibu dapat menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, bersama ustaz Muhamad Abdullah Al Amin. Tajuknya ialah : Hak Suami Isteri.

Ada sesuatu yang menarik di hujung rancangan tersebut...".apa pun yang kita mahu kita kena bersedia dari awal. Sebab kapal terbang yang dah turun perlukan masa untuk naik ke atas semula".

Ibu melihat dari sudut kehidupan. Menarik kupasan Ustaz ni. Ibu membuat kesimpulan dari contoh kapal terbang tersebut ialah

  • Jika kita mahukan kesenangan, kena usaha lakukan sesuatu namun dengan cara yang berkat dan diredhai ALLAH.
  • Jika mahu menjayakan penyusuan, kena bersedia dengan ilmu , kekuatan mental dan fizikal sangat penting.
  • Mahukan kehidupan akhirat yang baik, perlu usahakan semasa hidup dan semasa sihat.
Namun yang paling best, doa yang dibaca oleh Ustaz, antara lain berbunyi begini.... (ini ibu cuba salin melalui apa yang ibu dengar)

Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH, anak2 yang menderhaka kepada  ibu dan ayahnya. ampunkanlah dan pimpinilah mereka
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan KamiDosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH
 Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH
Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH
Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH
Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya, lembutkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu, berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH.


Ibu doakan buat ibu yang menyusu, semoga kalian berjaya dalam melengkapkan perjalanan penyusuan seperti yang disukai ALLAH ...teruskan usaha. Jangan cepat mengalah :)

Teruskan memberi susuibu secara langsung kepada bayi ataupun membuat sesi perahan yang konsisten setiap hari sangat membantu membanyakkan susu. Jagalah pemakanan setiap hari, pastikan mengambil makanan yang seimbang dan supplement hanyalah salah satu alternatif bagi mereka yang mempunyai kekangan dalam penyediaan makanan yang seimbang.
Doa juga penting dalam membantu mempunyai kekuatan mental.


Jangan biar sehingga saat genting melanda seperti susu secara tiba-tiba merundum akibat keletihan yang melampau, akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang dan lengkap dan faktor2 kecil yang sebenarnya mempengaruhi penghasilan susuibu.

Memang benar, susuibu dihasilkan bersandarkan konsep permintaan dan penawaran. Tinggi permintaan (kekerapa menyusu atau memerah) akan menghasilkan susu yang banyak. Namun perlu diingat, jika si ibu tadi keletihan, kekurangan pengambilan makanan yang tinggi kalsium , protien, zat besi, vitamin B juga boleh menyebabkan penghasilan susuibu terganggu dan terjejas.

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan DI web ini atau sms kan kepada saya 012-8535689

Salam sayang dari ibu

Catatan Popular