Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Musibah besar

Imej
Ibu terlelap awal semalam dalam jam 11 malam ibu dah terlena...memandangkan hujan berlarutan di Miri. Namun bila tersedar jam 12 tengah malam, kelihatan ada 8 misscalled di handphone ibu. Adik-adik ibu rupanya. Ibu pun menelefon bertanya jika ada yang memerlukan bantuan atau ingin menyampaikan berita. Sambil teresak-esak adik ibu bercerita." Kak, rumah Iza banjir....air masuk dalam rumah sekarang dah sampai bumbung. Iza cuma mampu selamatkan pakaian anak Iza untuk 2-3 hari sebab air naik dengan cepat. Wadi pula sibuk selamatkan apa yang patut di loteng tapi tu pun Iza rasa basah juga. " . Teruk juga banjir yang melanda Gemas kali ini. Nasib 3 anak-anak Iza sempat dihantar di rumah pengasuh yang terletak di atas bukit.
Emak ibu juga terperangkap dalam banjir dan kini menumpang di rumah pengasuh anak2 Iza. Mak pula sehelai sepinggang....sayunya hati ini bila kenangkan musibah yang melanda mak dan adik-adik ibu. Adik bongsu ibu, Aripin pula terperangkap dalam banjir sebab jaga…

9 Fadilat mengasihi anak

Imej
Credit Subhanallah! Sayangnya Allah SWT kepada kita.. Dia bukan sahaja mengurniakan kita dengan anak-anak.. Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yang diberikan Allah ini, Dia akan memberikan kita pahala..
1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman  dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
2. Syurga itu ialah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
4. Muliakan anak-anak dengan mengajar adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan anaknya itu dan barangsiapa yang membekalkan anaknya itu turut memperolehinya.
5. Aqraq pernah melihat Nabi Muhammad SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata "Anakku sepulu…

Kuasa minda

Imej
Pagi ni buka TV terus tengok rancangan Mata ke Hati oleh Prof Dr Muhaya kalau ibu tak silap... sangat menarik. Apa yang diulaskan dalam siri tadi memang ada kebenaran. Apa yang kita makan, kita lakukan , kita baca, dengan siapa kita berkawan, sangat mempengaruhi kuasa minda kita. Memang ada kebenarannya....untuk punya minda yang positif, kita perlukan tubuh badan yang sihat...perlu makan dengan seimbang, perlu bersenam, berkawan dengan orang yang positif dan membaca bahan ilmiah yang bersumber atau kata lain yang membaca bahan yang memberi manfaat.
Bila kita tak jaga makan dan tak bersenam, badan mudah sakit. Bila sakit, kita tiada semangat. Penyakit fizikal yang datang turut mempengaruhi hati dan perasaan. Sama juga dengan membaca, bila banyak membaca gosip dan benda remeh, otak kita tidak menjalankan fungsinya dengan sangat baik. Pembacaan bahan yang berilmiah mempengaruhi gerak dan tingkah laku seseorang. Hubungan sesama manusia....jika kita berkawan dengan orang yang baik hatiny…

First time mother : anak demam macam mana nak buat?

Imej
Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.
Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?
Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan…

Pengenalan Penyakit

Imej
Pengenalan Penyakit disediakan oleh Dr Amir Shahmi Md Ali (MBBS, IIUM)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan beragama Islam.
       Sudah tentu apabila anda membuka laman web ini, anda semestinya sedang mencari suatu jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berkaitan masalah kesihatan. Bila bercerita tentang kesihatan, perkara yang paling menggerunkan ialah apabila anda disahkan menghidap sesuatu penyakit yang sukar diubati seperti kanser dan sebagainya.
      Walaupun sekarang ini terdapat pelbagai cara rawatan menggunakan teknologi moden, penyakit yang ada pun seolah-olah semakin kebal dan berleluasa. Ramai yang kita dengar menghidap penyakit lebih daripada satu jenis. Dah jadi macam kopi pula, ada 5 dalam 1 dan sebagainya. Mengapa ini semua masih berlaku di zaman yang moden ini?
      Bila datang sakit kepala, kita mesti teringat untuk makan ubat penahan sakit kepala. Bila batuk, kita makan ubat batuk. Bila selsema, kita makan ubat selsema.
      Adakah …

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu

Imej
Sumber asal : Blog Alin Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 
EBM = Expressed Breast MilkFresh EBM = Susu yg baru diperahChilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokeyFrozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat bekuBEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibuBekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.Pastikan setiap bekas peny…

Mulakan hari dengan DOA

Imej
Bismillah hir rahman nir rahim

Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH, anak2 yang menderhaka kepada  ibu dan ayahnya. ampunkanlah dan pimpinilah mereka
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan KamiDosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH
 Ya ALLAH Ya Tu…

"Hello atok, nanti atok datang lagi rumah Aca ya!"

Imej

Mari kita berdoa perkara yang baik.

Imej
Rutin ibu sentiasa sibuk. Bagi yang pernah menjadi fulltime house wife, mesti tahu betapa sibuknya rutin di rumah. Ibu sibuk dengan anak-anak dan Shaklee ibu. Namun begitu sebagai manusia biasa kita tak mampu nak gembirakan hati semua orang.
Sama juga dala apa jua situasi, tiada istilah BETUL atau SALAH. Ianya bergantung kepada diri individu.
Setiap orang mendapat taufik hidayah dan ilham yang diberikan antara sesama manusia tidak sama sebenarnya.
Contoh yang paling mudah, apabila ibu apply cuti tanpa gaji, ada pendapat yang mengatakan :
"ruginya cuti tanpa gaji tapi belajar tinggi."

Dalam hati ibu kalau boleh nak berhenti lagi ada....duduk rumah dan manage anak-anak. Harapan ibu ianya menjadi kenyataan.
Tidak ketinggalan ada yang menyokong :
"Bagus cuti tanpa gaji dapat tumpukan perhatian pada anak dan hobi terutama jika punyai pendapatan sampingan."

Sama juga dengan penyusuan.... memang penyusuan susuibu adalah terbaik namun hakikatnya bukan semua ibu mendapat t…

Doa yang sangat menarik untuk dikongsi

Imej
Cuba buka Youtube LINK ini.

Dengarlah doa ini...sangat sayu  dan menginsafkan.

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan DI web ini atau sms kan kepada saya 012-8535689 Salam sayang dari ibu

Kapal terbang turun perlukan masa nak naik

Imej
Minggu sudah ibu dapat menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, bersama ustaz Muhamad Abdullah Al Amin. Tajuknya ialah : Hak Suami Isteri.

Ada sesuatu yang menarik di hujung rancangan tersebut...".apa pun yang kita mahu kita kena bersedia dari awal. Sebab kapal terbang yang dah turun perlukan masa untuk naik ke atas semula".

Ibu melihat dari sudut kehidupan. Menarik kupasan Ustaz ni. Ibu membuat kesimpulan dari contoh kapal terbang tersebut ialah

Jika kita mahukan kesenangan, kena usaha lakukan sesuatu namun dengan cara yang berkat dan diredhai ALLAH.Jika mahu menjayakan penyusuan, kena bersedia dengan ilmu , kekuatan mental dan fizikal sangat penting.Mahukan kehidupan akhirat yang baik, perlu usahakan semasa hidup dan semasa sihat.Namun yang paling best, doa yang dibaca oleh Ustaz, antara lain berbunyi begini.... (ini ibu cuba salin melalui apa yang ibu dengar)

Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka
Jika a…

Bila anak pandai cakap.

Imej
Nasa merengek tak nak ke sekolah semalam.....terjerit2 minta ibu bagi cuti supaya tak ke sekolah. Padahal jam baru 12 tengahari. Part paling menarik :

Nasa : Ibu , Aca tak nak pegi sekolah.

Ibu : Nape Aca taknak pegi sekolah?

Nasa : Ye la sebab Aca baby.

Ibu : Aca dah besar, kalau anak cik Ein ye la baby. (Atok ngan acik Ein masih dengan kami di Miri)

Nasa : Tapi Aca memang baby.

Ibu : Aca baby apa?

Nasa : (dengan nada menjerit)............. Aca baby Doll la!!!!!

Atuk, Acik Ein dan Abang Addin ketawa besar bila dengar jawapan budak 4 tahun ini.

Betul la kata mak....bila anak lum pandai bercakap, kita sibuk nak suruh dia bercakap. Lambat cakap dah risau.....tapi bila dah pandai cakap.....semua ada jawapan!


Acik Ein ngan Baby Trisya




















Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan DI web ini atau sms kan kepada saya 012-8535689 Salam sayang dari ibu

Vitamin Shaklee tidak banyakkan susuibu.

Imej
Entry ini ibu tujukan khas buat semua pelawat baru serta pengunjung yang baru bertandang ke blog ibu.

Vitamin Shaklee dihasilkan oleh seorang doktor yang menekankan kepentingan pengambilan semua vitamin demi mencegah sebelum sesuatu penyakit menjadi parah. Ianya adalah untuk kesihatan yang optimum. Paling penting vitamin Shaklee adalah berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki oleh setiap insan.

Sayugia diingatkan, pengambilan vitamin Shaklee oleh ibu yang mengandung serta menyusukan anaknya akan membantu si ibu itu sihat, segar dan ceria demi memastikan kandungan dan penyusuan lebih lancar dengan izinNYA jua. Bagi ibu yang menyusukan anaknya, jika si ibu mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee akan mendapati, dengan jadual perahan  yang konsisten sangat membantu penghasilan susu dengan lebih banyak terutama apabila si ibu itu jauh dari tekanan, keletihan dan akibat kekurangan zat dari pengambilan makanan harian.

Penghasilan susuibu adalah bersandarkan kepada konsep permintaan d…