Sunday, October 31, 2010

November Hot Deals!



Hot deals for November...

Trial Pack set A
30's Multivitamin, 30's B complex & 30's Vitamin C
Hanya RM 75 sahaja

Trial Pack set B1
30's Multivitamin, 30's B complex ,
30's Vitamin C & 330's Alfalfa
RM130 RM125

Trial Pack set E
30's Multivitamin, 30's B complex ,
30's Vitamin C , 60's Alfalfa & 120's kalsium
RM139 RM135


Special offer
Purchase any trial pack and add on 180's Lecithin with 
ONLY RM60 RM45
Purchase 4 trial pack set B only RM280. 




FULL PACK

50 % discount on handling charges (courier) for any product purchase more RM230
FREE handling charges (courier) for any product purchase more RM420 



Salam sayang dari ibu


Saturday, October 30, 2010

Milik siapakah ini?


Tak sabar rasanya nak umumkan nama pemilik Hadiah Utama ini pada awal December ini...

Memang ramai customer yang membuat belian yang mencukupi syarat...namun yang menghantar entry pula masih belum memenuhi kotak cabutan...

Bagi yang dah membuat belian namun belum menghantar entry cabutan, silalah berbuat demikian....


Bagi yang mahu menempatkan nama dalam cabutan, masih belum terlambat untuk menyertai cabutan ini dan memenuhi kriteria yang dinyatakan...


2 x HADIAH UTAMA
sebuah penapis air portable 
Shaklee Best Water yang berharga RM2300.

4 x HADIAH  SAGUHATI : Vitamin C 500mg

10 x HADIAH BONUS untuk BLOGGER/ FACEBOOK  : Container Lock & Lock


Syaratnya mudah sahaja. Tidak perlu slogan, atau pun menulis secara kreatif...sekadar pembelian vitamin Shaklee fullpack yang melayakkan kalian mendapat penyertaan dalam bentuk cabutan bertuah dan jawab soalan ini dengan betul.

SOALAN : SET B mengandungi Vitalea, B complex, Vitamin C 500mg dan Alfalfa

Jawapan : Betul ATAU Salah




Syarat-syarat Peraduan

1. Peraduan ini dianjurkan oleh blog ANAKKUWIRAKU dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

2. Peraduan ini akan berlangsung dari 26 SEPTEMBER 2010-30 NOVEMBER 2010. Penganjur berhak
memanjangkan tempoh peraduan bila-bila masa tanpa sebarang notis.

3. Semua email penyertaan yang lengkap haruslah diterima oleh penganjur sebelum 3 Disember
2010
. Semua borang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

4. Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu membeli Full Pack Set B ATAU mana-mana pembelian fullpack vitamin dengan harga minima RM240 MELALUI ID 395863 ATAU pembelian 3 trial pack dari blog ini dalam tempoh peraduan iaitu dari 26 September 2010 - 30 November  2010. 
Setiap pembelian bernilai RM230 (tidak termasuk pos) melayakkan satu penyertaan dan seterusnya.
Sila simpan invoice pembelian bagi membuat tuntutan hadiah

5. Setiap penyertaan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang diperlukan:
Nama, 
Alamat,
No telefon,
jawapan yang betul dan
  sales order no di dalam resit anda.
Email yang tidak mengandungi semua yang telah disenaraikan tidak akan dilayan.

6. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi mestilah lengkap dengan semua yang disenaraikan di butiran ke-5.

7. Semua penyertaan mesti dihantar melalui email ke:
addinnasa@gmail.com

8. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah dengan jawapan yang betul.
Lebih banyak jumlah penyertaan yang diterima oleh penganjur sepanjang tempoh peraduan dengan syarat borang-borang tersebut lengkap dengan semua perkara yang disenaraikan di butiran ke-5 maka lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama.
9. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui email. Semua hadiah mesti ditebus sebelum/pada
tempoh/tarikh tamat yang akan disertakan bersama email pemakluman. Hadiah akan ditarik balik
sekiranya anda gagal membuat sedemikian atau tiada bukti invoice pembelian. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya email pemakluman tersebut tidak diterima atau lewat diterima oleh pemenang.

10. Penganjur berhak menggunakan budi bicaranya untuk menukar mana-mana hadiah dengan
hadiah lain yang yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah
diberikan dengan seadanya dan tidak boleh ditukar untuk tunai, kredit, barangan lain atau baucar
sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

11. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan dan/atau rungutan tidak akan dilayan.

12. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi semua peraturan dan syarat
peraduan ini serta menerima keputusan hakim.


Salam sayang dari ibu


Friday, October 29, 2010

Ada bezakah setiap brand?


Alhamdulillah sekarang ni ramai dah sedar kepentingan vitamin dan supplemen.....tapi masalah lain lak yg timbul...
NAK PILIH MANA SATU?.....sekarang ni kat pasaran melambak mcm2 jenis vitamin... kat farmasi lagi la... berderet....tinggal tepuk dada dan tepuk walet je..kan kan......habis tu kenapa saya pilih dan kongsikan disini brand Shaklee?.....jombaca sekilas fakta tentang beza jenis2 vitamin (sintetik dan natural)...
*credit to mommylyna dan mommy icha.

* "Ramai yang bertanya “Boleh ke saya makan vitamin yang beli farmasi atau vitamin yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”
* Ada juga yang bertanya “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.

Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. ....Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural.Apakah vitamin sintetik dengan natural ni?OK kita semak satu-satu.

* Penghasilan

Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

* Keserasian dengan badan

Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

* Harga

Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

* Kesan kepada tubuh badan

Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

* Kesan jangka panjang

Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.

Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

....haaaa...tu diaa..panjang lebar tentang perbezaan dua jenis tu..... jadi pandai2lah ye buat pilihan..saya dah pilih yg terbaik buat saya dan famili.... anda?....Anda boleh mengambil vitamin dari mana-mana, farmasi mana2, shelves mana2, pembekal mana2… tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural dengan sintetik.

Jujurnya...saya sendiri hanya makan satu brand sahaja iaitu Shaklee...saya nak dapatkan result yang sangat puashati!

Salam sayang dari ibu


Thursday, October 28, 2010

Ibu yang pentingkan diri?


Ini antara testimoni customer Chery...

Inilah kebaikan yang seharusnya dinikmati oleh setiap ibu yang consume set B dan ESP...kebaikannya dapat dirasakan oleh ibu dan anak.

Kalau kita baca sms ini...si ibu mukanya kelihatan berseri. Badannya sihat dan bersemangat. Jika keadaan ini berterusan tidakkah ia memberi kesan kepada pengeluaran susuibu? ya sudah pastinya si ibu itu hatinya gembira dan hormon juga stabil.

Rata-rata ibu yang bekerjaya, bila terlalu penat..mulalah datang hasutan anasir2 agar jangan meneruskan penyusuan susuibu. Inilah hakikatnya.
Namun jika si ibu bertenaga, bersemangat dan berjiwa kental insyaAllah berjaya sebenarnya!

Kalau kita kaji secara rasional...
Bila badan kita letih, kita sakit maka semangat mula menjadi down...adakala solat pun hati melayang entah ke mana.
Bila semangat down...apa jua yang di usahakan tidak sepenuh jiwa.


NAMUN

Jika kita SIHAT, hati GEMBIRA, jiwa BERSEMANGAT.... solat kita KHUSYUK.

InsyaALLAH apa yang kita lakukan...dengan penuh semangat dan bersungguh.


Tak salah ambil vitamin jika ia membantu banyak urusan dunia mahupun untuk akhirat jika kita dapat bekerja dan beramal dengan baik malah anak juga mendapat manfaat yang sama dimana ia membesar dengan sihat bagai juara!

Ada kawan bercerita...kenalannya sangat bangga kerana dapat membuktikan beliau dapat menyusukan anaknya sehingga 2 tahun TANPA mengambil sebarang supplement mahupun vitamin. Namun dalam pada itu anak itu mempunyai masalah berat badan yang serius, kekurangan sel darah merah dan adakala mudah sakit....
apakah yang cuba dibuktikan oleh si ibu ini? Tidakkah beliau seorang yang selfish?

Vitamin boleh didapatkan secara percuma dari hospital kerajaan namun jika berkemampuan tidak salah kita dapatkan yang lebih baik agar bahagian kita dapat diberi kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan vitamin.

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian" ...


Semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa beringat...



Salam sayang dari ibu


Wednesday, October 27, 2010

Pengalaman menyusu bayi kembar oleh Puan Noriz


From:
noriz @xxxxx.com
...
Add to Contacts
To: nnorita78@yahoo.com
Salam N,

Semoga N dan keluarga berada dalam keadaan sihat.
Pertamanya Noriz ingin mohon maaf sebab baru hari ini berkesempatan nak tulis email kepada N tentang perkongsian pengalaman bagaimana menyusukan kembar.

Alhamdulillah twin Noriz (Adam Darwisy dan Adam Danish) dah pun masuk 6 bulan lebih. Berjaya juga noriz exclusively breastfeeding sehingga ke hari ini walaupun pada mulanya (semasa seminggu selepas lahir) terpaksa campur dengan susu formula. Itu pun atas 'paksaan' doktor sebab 2 kali keluar masuk hospital akibat jaundice. Perasaan Noriz masa mula2 top up twin dengan FM tu, hanya Allah saja yang tahu. Betapa saya rasa bersalah yang amat kat anak-anak sebab terpaksa bagi mereka FM. Itu pun just untuk top up saja selepas diberi BF.

Semasa dalam pantang, keadaan agak sedikit huru hara. Maklumlah, dengan sakit c-sect kali ke-2, mana nak membiasakan diri dengan si kembar lagi, nak melayan anak sulung yang berusia 2 tahun lebih membuatkan saya rasa sangat stress. BM ketika itu sangat sedikit dan memang tak cukup nak menampung keperluan si kembar berbanding semasa Aqil (anak sulung) dulu. Namun begitu, seboleh2nya saya cuba kurangkan FM pada twin cuma saya kalah apabila twin menangis serentak. Yang mana nak didulukan? Bila menyusukan si abang, adik meraung. Bila menyusukan adik, abang pula meraung. Kedua-duanya ambil masa yang lama semasa bf kerana susu sedikit dan diorang pun belum rasa kenyang. Pernah cuba menyusukan secara serentak, tetapi kurang pandai sebab perlu bantuan org lain utk ambil dan letak twin, akhirnya baby mengamuk. Oleh sebab itu, noriz gilirkan jadual bf mereka. Jika abang dapat bf, adik akan dapat fm dan begitulah sebaliknya. itu pun sebab mak dan suami dah bising sebab kesian tengok baby lapar. Kalau ikiut noriz, memang tak bagi fm.

Dalam pada itu, saya tetap tak beralah. Selepas sebulan, saya pun mencari alfalfa yang dikatakan boleh boost milk suply hingga bertemu blog anakkuwiraku. Bersyukur yang tak terhingga kepada Allah kerana beri saya rezeki bertemu dengan orang yang betul iaitu N. Alhamdulillah berkat nasihat N, saya juga dapat mengenali sorang lagi rakan yang juga bf twin iaitu Hajar.Setiap hari bersms dengan Hajar.

Nampak perubahan ketara pada warna BM. Dari putih kepada warna kekuningan dan pekat. Twin pula cepat kenyang bila bf. Alhamdulillah. Dari trial pack, noriz beralih kepada full pack, plus ESP. Walaubagaimanapun, twin masih lagi di top up dengan FM jika kedua2 menangis serentak. Tips daripada hajar, 'Ada anak kembar, kita kena kreatif", kata Hajar. Menurut Hajar, dia tidurkan twin dalam buaian dan juga dah beri puting pada twinnya, hanya utk calmkan twin in case diorang menangis serentak. pernah juga bertanya pada hajar macamana taknak bagi twin menagis serentak. kata hajar, beliau feed baby pada masa yang berlainan so bila bangun menyusu pun berbeza lah. Noriz pun cuba gunakan cara yang sama macam Hajar dan waktu tu twin berumur 2 bulan dan noriz pun nak start keja. Twin ditidurkan dalam buaian dan diberi puting jika menangis serentak. Di waktu malam, twin mmg diberi direct feeding. Bila kedua2nya menangis serentak, yang sorang lagi akan diberi puting dulu. Selalunya selepas diberi puting, baby akan tido. So noriz akan bf twin yang satu lagi sambil pump. Susu yang dipam tadi noriz tak masukkan dalam peti ais. Bila twin yang tak dapat susu tadi bangun, baru noriz berikan susu yang di pam tadi. Macam tu lah noriz buat setiap hari tak kira siang atau malam dan twin dah tak diberi FM bermula dari hari itu.

Di rumah baby sitter pun noriz bekalkan dengan 2 buaian. Alhamdulillah baby sitter noriz memang cekap handle twin termasuk anak yang sulung. Dia pun dah ada pengalaman handle EBM masa anak sulung noriz dulu so takde masalah utk kali ini. Bekalkan warmer sekali utk memudahkan dia panaskan susu. Stok EBM pada masa mula2 hantar twin hanya cukup untuk keesokan hari sahaja iaitu 5 botol 6oz setiap hari untuk dikongsi oleh kedua2 twin. Pump di ofis 3 jam sekali sambil makan semua vitamin yang dibeli dari N. Minum air pun banyak, makan pun banyak tapi badan tak gemuk. Berat dah kembali kepada asal. Apabila balik dari ofis, noriz susukan sorang twin sambil pump breast yang 1 lagi. Selepas bf setiap orang pulak, noriz akan pump lagi untuk kosongkan breast. Pada waktu tu memang breast dah mula rasa bengkak dan penuh, which is tak pernah rasa sebelum ni. Even sebelah breast pun cukup untuk kenyangkan kedua2 orang twin. Rutin yang saya noriz amalkan setiap hari. Hujung minggu pula, kekadang noriz akan buat power pumping. Pump 10 minit, relax 10 minit. Pump lagi, rehat lagi sampai sejam. Akhirnya kuantiti perahan bertambah. Sebelum ini, pump di ofis hanya dapat 6 oz sekali pump lama kelamaan dapat 9 oz ke 10 oz utk kedua2 breast. Pernah juga dapat 2 botol penuh sekali pump. Sangat bersyukur. Stok ebm beku pula, dari 0 dah jadi penuh 1 peti ais beku belah atas tu. Alhamdulillah. rezeki si kembar. Stok beku tu takk diguna sebab di rumah baby sitter noriz bekalkann dengan EBM fresh setiap hari. Berat twin memang bertambah tapi noriz tak ingat berapa.
Kedua2nya pun semangat. Doktor pun akui twin sangat semangat.

Begitulah sedit sebanyakk coretan noriz yang tak seberapa. Mudah-mudahan dapat membantu sedikitt sebanyak kepada yang memerlukan. Twin pun sekarang dah star solid foods dan masih lagi fully breastfeed. Alhamdulillah.


anak kembar puan Noriz



Salam sayang,


--
- Noriz





Salam sayang dari ibu


Tuesday, October 26, 2010

Prihatin dengan saiz badan? Mula gemuk?


Ramai juga kawan yang bagi tahu mereka nak kuruskan badan sebab badan makin naik masa menyusukan anak...

Hakikat dan realiti :

Bila menyusu, ramai ibu yang akan minum susu demi memastikan kalsium yang diperlukan mencukupi.
Susu mengandungi lemak walaupun sedikit. ( Namun cuba elakkan minum susu dan makan multivitamin dengan iron formula kerana susu akan mengurangkan penyerapan zat besi oleh badan). Pengambilan susu dengan banyak boleh memberi kesan kepada badan ibu terutama mereka yang rendah metabolisme, badan senang naik. Ramai yang menafikan namun hanya kita sahaja yang tahu badan kita.

Ibu yang menyusu perlu makan dengan teratur...namun ada ibu yang mengikut perasaan. Makan dengan banyak sehingga boleh menyebabkan berat badan naik secara langsung memberi kesan kepada bentuk badan terutama bagi ibu yang metabolismenya rendah.

Bagi yang mempunyai kadar metabolisme tinggi tak perlu risau kerana semua makanan akan ditukarkan dalam bentuk tenaga dengan kadar segera dan golongan ini tidak perlu risau dengan masalah berat badan.

Bila si ibu itu mula merasakan badannya makin berat dan makin kehilangan "shape"...mulalah si ibu gundah gulana. Mulalah pencarian produk-produk kurus yang boleh membantu hajat dihati. Namun masalahnya si ibu tidak pula hendak mengambil tahu kandungan dalam produk tersebut yang adakala boleh menjejaskan penyusuan dan paling teruk mengganggu penghasilan susuibu oleh badan.

Secara peribadi melalui pengalaman saya dengan supplement, vitamin paling selamat diambil untuk membakar lemak secara langsung membantu sistem tubuh lebih lancar dan ia juga secara langsung membantu penghasilan susu dengan lebih baik. Bagaimanakah caranya?

Terlebih dahulu saya maklumkan perkara asas yang perlu diketahui oleh sesiapa juga yang hendak 'slim' tidak kira ibu menyusu ataupun tidak....

Multivitamin @ Vitalea- mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh badan termasuk zat besi yang penting untuk pembinaan darah. Perlu untuk ibu yang menyusu agar si ibu cukup darah dan tak mudah pengsan selain zat besi perlu untuk pertumbuhan anak.

Vitamin C- sebagai antioksidan yang paling mudah difahami iaitu membantu mencegah dari sakit.

B complex - Membantu membakar glukos untuk ditukarkan menjadi tenaga. (Sangat perlu terutama mereka yang rendah metabolisme). Menjadikan badan ibu yang menyusu bertenaga dan gembira kerana kestabilan hormon. Pengambilan vita B juga membantu penumpuan kerja si ibu dengan lebih baik.

Alfalfa - sebagai fiber atau serat yang membantu kelancaran usus disamping menjadi milk booster bagi ibu yang menyusu.

Lecithin- membantu membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Selain itu ia membantu penghasilan kolin dan inositol untuk membantu daya ingatan si ibu lebih baik serta bagus untuk otak anak yang diperolehi dari susuibu.

Energizing Soy Protien (ESP) - Ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia adalah non- GMO soy iaitu pembersihan soya tidak dilakukan dengan alkohol. Ia mengenyangkan dan memberi tenaga yang segera. Ia membantu penghasilan susu dengan cepat bagi ibu yang menyusu.


Cara pengambilannya boleh diberikan dalam bentuk jadual. Jika kalian membeli dengan saya, boleh dapatkan cara pengambilan vitamin ini secara betul dengan menghantarkan email kepada ibu di addinnasa@gmail.com...Jadual makan vitamin untuk SLIM!


Bagi ahli Euphoria, akan saya maklumkan dalam blog sohomom buat rujukan kalian.







Salam sayang dari ibu



Membuka RAHSIA !


Pernahkah anda membaca tentang ENTRY INI?

Maka inilah RAHSIA kepada kejayaannya....

credit to Kak Nadiah

Salam...syukur alhamdulillah kerana ummi dpt bertemu semula dengan semua yang sudi membaca blog ummi ini...Ummi sentiasa berdoa dan berharap semoga setiap apa yang kita kongsikan bersama akan mendapat manfaat jua...

Actually entry kali ini ummi tuliskan berikutan ada seorang adik yg lbh mesra ummi panggil nurul bertanyakan bagaimana ummi dpt menghasilkan susu sebanyak 12 oz dalam satu sessi pengepaman...mustahil di dengar kan tetapi hakikatnya ummi sendiri yang melaluinya jd ummi rasa tak salah untuk ummi berkongsi tips2 yang mungkin berguna buat semua...

Sejujurnya sebelum ummi diketemukan dengan shaklee, penghasilan susu ummi hanya biasa sahaja sekitar 6-7 oz dalam satu sessi perahan...(alhamdulillah)...dan setelah seminggu ummi amalkan set b, syukur alhamdulillah secara perlahan2 ummi dapati susu perahan ummi bertambah 1 oz lagi iaitu 8 oz...tidak lama kemudian, ummi di datangi period dan serta merta susu ummi terus drop ke 4 oz bg satu sessi pengepaman...aduhai, memang ummi bimbang sgt2 dan syukur ada teman2 shaklee ummi yang memberikan semangat (N, thanks...)...ummi order pula esp untuk merangsang lg penghasilan susu ummi dan bg pengambilan ESP kali pertama itulah susu ummi bertambah sebanyak 12 oz!!!!subhanallah...terkejut sungguh ummi...so, base pd pengalaman yg ummi lalui ini ummi gariskan secara tepat apa sebenarnya yang menyebabkan susu ummi menjadi 12 oz persession pengepaman :-

7 PERKARA YANG HARUS ADA DALAM DIRI SEORANG IBU YANG MENYUSUKAN ANAK :-

1) Minda yang positif (Maksud ummi, minda atau otak kita sebenarnya mengawal segala tubuh badan kita...so, base pengalaman ummi, apabila minda kita positif bahawa susu mampu di hasilkan pada kadar yang kita ingini maka itulah yg akan terhasil...dan yg paling penting jgn panik dan cepat mendengar kata2 org..kerana hakikatnya kita yang lebih tahu tentang diri kita)...

2) Sessi pengepaman dan direct feed yang teratur...ini penting kerana susu yang di hasilkan oleh badan kita adalah berkonsepkan "On Demand"...maksudnya selagi ada permintaan (breast di kosongkan pd masanya) selagi itulah susu akan di hasilkan...so, bgmana sekiranya ummi gagal mengikut jadual pengepaman ummi...ummi akan pastikan ummi buat power pumping untuk memastikan susu ummi terhasil seperti mana biasa semula...DAN UMMI TANAMKAN DLM FIKIRAN UMMI...jika aku malas mengepam, maka perlahan2 susu akan kering sedangkan target 2 tahun itu masih jauh lg....so, apabila rasa malas itu datang, minda positif ummi akan cepat2 memberikan arahan bahawa jika ummi tidak mengepam , maka susu akan berkurangan....

3) Ummi cuba memastikan diri sentiasa dlm keadaan "Mood Happy"...(sebenarnya sgt susah bg kerjaya ummi ini...stress, stress)...so, ini penting ye bg memastikan susu akan lancar di hasilkan...tak percaya cuba pam masa tgh stress...confirm susu susah nak keluar...so, bg mempositifkan dan menghasilkan mood LEGA ATAU HAPPY, ummi memang bawa satu botol bedak yg mempunyai bau sama dengan baby ummi ke pejabat...so, bau ini sgt2 membuatkan ummi tenang walau se stress mana pun ummi...(di samping pengambilan B Compleks sebagai pemakanan tambahan)...

4) Makan makanan yg berkhasiat dan teratur...ini penting ye sbb makanan yg teratur dan seimbang membantu badan kita lbh bersedia untuk menghasilkan susu yg banyak dan berkualiti...dan sekiranya kita tidak yakin dengan pengambilan makanan yg baik dan teratur, pastikan anda mengambil multivitamin untuk memenuhi semua kehendak makanan....(that's why ummi makan vitalea sbb ummi selalu makan tak teratur)...

5) Tambahkan protein dalam menu harian anda kerana protein sgt penting dalam penghasilan susu yg banyak...dan kerana itu ummi mengamalkan Energizing Soy Protein bg memenuhi kadar protein yg tinggi dalam memastikan susu terhasil lbh pekat, mengenyangkan dan banyak...

6) Minum air yang banyak sekurang2nya 3 liter sehari...ini sgt penting kerana salah satu yang menghasilkan susu itu sendiri adalah air...so, kalau kita kurang minum maka kurang lah susu yg di hasilkan...ini bertambah penting sekiranya pengamalan supplement turut ada dlm diet harian si ibu...contohnya mcm ummi..kerana ummi amalkan supplement, memang ummi wajib minum lebih dr 3 liter bg memastikan suplement yg ummi makan mudah larut dan di faedahnya di hasilkan melalui air susu...cara ummi pastikan ummi minum air lbh 3 liter...ummi akan isikan 2 botol air 1.5 liter siap2...dan pastikan air tersebut habis dlm sehari...(mesti habis punya...kadang2 tak cukup lg)...

7) Amalkan zikir Ya Matin sebanyak yg mungkin hingga meresap dalam hati dan sujud lah memohon kepada allah setelah semua usaha kita lakukan...harus di ingat bahawa hanya Dia yang mampu memberikan apa yg kita ingini dan jgn sesekali menyalahkan Allah jika permohonan kita tidak dipenuhi kerana setiap sesuatu yg berlaku itu pastikan ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri...

So, inilah yang ummi amalkan hingga kini dan 12 oz itu bukanlah satu mimpi bagi kalian yg bersungguh2 berusaha ke arah itu...tetapi ummi harus tekankan...jgn lah kita hanya MENGEJAR KUANTITI SEMATA2 KERANA APA YG SEHARUSNYA KITA CAPAI ATAU KEJAR ADALAH 'KUALITI' SUSU ITU SENDIRI...apalah gunanya susu yang banyak tetapi segala zat dan nutrien yang sepatutnya ada dlm susu itu berkurangan hanya kerana kita mengabaikan 7 perkara di atas...dan kerana itu, untuk memastikan susu yang ummi hasilkan benar2 berkualiti, ummi memilih mengambil set b dan esp...kerana ummi sentiasa sedar susu yg terhasil adalah untuk di nikmati oleh anak ummi jua...Ingat selalu ye...apa yg kita makan itu, akan di salurkan melalui susu kita...so, adakah anda ingin susu anda banyak sahaja atau anda ingin susu yg anak anda minum susu yang kaya dengan nutrisi...tepuk dada tanyalah diri sendiri...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....





Salam sayang dari ibu


Monday, October 25, 2010

Rugi jika tak cuba?



Pagi ni ibu terima email dan pesanan ringkas dari seorang customer.....

From:
Wan Rina @xxxx.com
...
Add to Contacts
To: nnorita78@yahoo.com




Salam kak N,

Hari ni saya gembira tersangat2...just nak share dgn akak...coz pagi tadi pump one session dapat 5oz.Sebelum ni just dapat 3 oz je.Kalau nak comparekan masa dulu dalam pantang nak dapat 1 oz pun susuh sangat. Tapi selepas mengamalkan set B sekarang susu ibu bertambah sesangat and sekarang alhamdulillah saya da dapat kumpulkan 24 x 5 oz EBM.Saya baru lepas habis pantang semalam.Lagi 2 weeks nak naik keja.So nak ucapkan terima kasih kak akak byk2...Saya amalkan semua petua yg akak suruh buat..pump dgn konsisten,minum air 3L sehari even lebih pun dari tu, makan makan seimbang and yg penting doa,doa and doa.So skrg saya da tak risau lagi pasal susu ibu dan setakat ni alhamdulilah semuanya terhasil berkat dari apa yg akak ajarkan kat saya.Terima kasih ye kak.


Nampak tak antara apa yang diamalkan untuk memastikan beliau berjaya?
1. pump dengan konsisten- kerana SUSUIBU bersandarkan permintaan dan penawaran. Lebih banyak permintaan maka lebih banyak penawaran@ pengeluaran yang dihasilkan. Sebab itu lebih kerap bayi menghisap atau lebih kerap sesi perahan maka LEBIH BANYAK susu yang terhasil.


2. Minum 3 L air.... memastikan badan ibu tidak dehidrasi dan ia membantu pengaliran susu dengan lebih baik.


3. Doa, doa, doa.....ianya untuk kekuatan rohani.



Tak salah jika nak mencuba! Dapatkan Trial Pack dengan harga RM80 sahaja! Boleh SmS untuk membuat pesanan anda!






 


Salam sayang dari ibu

Oh bengkak Susu!




Alhamdulillah selama menyusukan Addin dan Nasa, ibu melalui dan merasa apakah yang dikatakan "nikmat" bengkak susu atau dikenali juga sebagai duktus tersumbat...atau bagi sesetengah kes yang lebih kritikal diserang Mastitis.

Memang benar, pentingnya menyusukan bayi atau membuat sesi perahan yang sempurna iaitu sehingga payudara benar-benar kosong. Namun sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari kehidupan yang penuh dengan aktiviti maka ada segelintir ibu-ibu yang mengepam dengan keadaan kelam kabut, tidak kurang bagi ibu yang keletihan...ibu dan bayi sama lena dan bayi pula menyusu secara ala kadar....ini antara fenomena biasa ibu yang menyusukan anaknya.

Semasa menyusukan Addin, ibu tidak mengkaji sebenar-benar kepentingan setiap vitamin... maka apa yang ibu lakukan setiap kali terjadi rasa ketulan di payudara akibat pengaliran susu yang tidak sempurna,

1. tuam dengan tuala panas/ lebih mudah mandi dengan shower air panas

2. menyusukan Addin sekerap mungkin

3. worst case...tuam dengan lapisan kobis yang sejuk (paling cepat kesannya tetapi kekangannya pula susu akan cepat kering)


Namun selepas menyusukan anak kedua ibu Nasa, ibu jarang melalui bengkak susu yang ketara seperti zaman menyusukan Addin. Ini kerana pengambilan vitamin  E yang lebih konsisten. Maklumlah dah melahirkan dua anak secara ceaserean , maka ibu akan sangat concern tentang jahitan sebelah dalam rahim tidak kurang bahagian luar supaya ia tidak nampak hodoh.

Apa yang didapati, selepas pengambilan vitamin E :

1. pigmentation semasa mengandung berkurang dengan sendirinya.

2. warna di kawasan aerola semakin mengecil dan balik seperti sediakala. Kebanyakan ibu yang telah melahirkan anak akan mendapati kawasan aerolanya semakin membesar dan gelap dan lebih banyak kelahiran maka akan lebih gelap di kawasan sekitar earola.

3. Risiko mengalami bengkak susu atau Mastitis sangat rendah kerana vitamin E dikenali sebagai best anti- oksidan iaitu ia mencegah pertumbuhan abnormal sel dalam badan selain mencegah keradangan dalam tubuh badan. Ini yang ramai tidak tahu.

4. ia melambatkan proses penuaan. Pengamal vitamin E akan nampak lebih muda dari usia sebenarnya.

5. kesan menarik untuk penyusuan ialah...susuibu dikayakan dengan vitamin E dan ini membantu bayi membesar lebih sihat kerana kandungan anti oksidan yang tinggi dalam susuibu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada keluhan customer ibu " oh saya juga amalkan makan vitamin E yang dibeli di farmasi setiap hari , namun kesannya tidak seperti yang diharapkan"

Bezakah setiap Vitamin E?
 
Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Pada dasarnya vitamin E ialah untuk

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin e sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.


6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten  membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat  pre-menstrual.

Ibu akan update dari masa ke semasa mengenai vitamin E... walau bagaimanapun, jika ada yang ingin mendapatkan vit E sebagai percubaan, kalian boleh mendapatkan 30's Vitamin E Shaklee dengan harga hanya RM35 bagi add on mana2 trial pack( harga offer untuk 25 Oktober sahaja).

Sekadar tambahan maklumat mengenai bengkak susu.......

Credit to : MimiAlya

Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.

• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol) boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.



Salam sayang dari ibu

Sunday, October 24, 2010

Kalian dijemput hadir !



 Alhamdulillah, bulan ini ramai yang membeli vitamin secara fullpack sebab merasakan vitamin Shaklee ini serasi dengan badan dan si suami. Namun dengan berbesar hati jua ibu ingin menjemput kalian untuk menyertai cabutan bertuah yang sedang diadakan...


Cabutan akan diadakan pada 4 hb Disember 2010 bertempat di Kuala Lumpur dan kalian semua dijemput hadir, InsyaALLAh...tempat akan dimaklumkan kelak apabila telah ditetapkan.

Bagi yang telah membuat pembelian, jangan lupa submit penyertaan anda!

2 x HADIAH UTAMA
sebuah penapis air portable 
Shaklee Best Water yang berharga RM2300.

4 x HADIAH  SAGUHATI : Vitamin C 500mg

10 x HADIAH BONUS untuk BLOGGER/ FACEBOOK  : Container Lock & Lock


Syaratnya mudah sahaja. Tidak perlu slogan, atau pun menulis secara kreatif...sekadar pembelian vitamin Shaklee fullpack yang melayakkan kalian mendapat penyertaan dalam bentuk cabutan bertuah dan jawab soalan ini dengan betul.

SOALAN : SET B mengandungi Vitalea, B complex, Vitamin C 500mg dan Alfalfa

Jawapan : Betul ATAU Salah




Syarat-syarat Peraduan

1. Peraduan ini dianjurkan oleh blog ANAKKUWIRAKU dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

2. Peraduan ini akan berlangsung dari 26 SEPTEMBER 2010-30 NOVEMBER 2010. Penganjur berhak
memanjangkan tempoh peraduan bila-bila masa tanpa sebarang notis.

3. Semua email penyertaan yang lengkap haruslah diterima oleh penganjur sebelum 3 Disember
2010
. Semua borang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

4. Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu membeli Full Pack Set B ATAU mana-mana pembelian fullpack vitamin dengan harga minima RM240 MELALUI ID 395863 ATAU pembelian 3 trial pack dari blog ini dalam tempoh peraduan iaitu dari 26 September 2010 - 30 November  2010. 
Setiap pembelian bernilai RM230 (tidak termasuk pos) melayakkan satu penyertaan dan seterusnya.
Sila simpan invoice pembelian bagi membuat tuntutan hadiah

5. Setiap penyertaan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang diperlukan:
Nama, 
Alamat,
No telefon,
jawapan yang betul dan
  sales order no di dalam resit anda.
Email yang tidak mengandungi semua yang telah disenaraikan tidak akan dilayan.

6. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi mestilah lengkap dengan semua yang disenaraikan di butiran ke-5.

7. Semua penyertaan mesti dihantar melalui email ke:
addinnasa@gmail.com

8. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah dengan jawapan yang betul.
Lebih banyak jumlah penyertaan yang diterima oleh penganjur sepanjang tempoh peraduan dengan syarat borang-borang tersebut lengkap dengan semua perkara yang disenaraikan di butiran ke-5 maka lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama.
9. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui email. Semua hadiah mesti ditebus sebelum/pada
tempoh/tarikh tamat yang akan disertakan bersama email pemakluman. Hadiah akan ditarik balik
sekiranya anda gagal membuat sedemikian atau tiada bukti invoice pembelian. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya email pemakluman tersebut tidak diterima atau lewat diterima oleh pemenang.

10. Penganjur berhak menggunakan budi bicaranya untuk menukar mana-mana hadiah dengan
hadiah lain yang yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah
diberikan dengan seadanya dan tidak boleh ditukar untuk tunai, kredit, barangan lain atau baucar
sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

11. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan dan/atau rungutan tidak akan dilayan.

12. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi semua peraturan dan syarat
peraduan ini serta menerima keputusan hakim.




Salam sayang dari ibu

Saturday, October 23, 2010

Kurus dengan B complex!



Siapa tak risau atau malu kalau badan makin mengembang...terutama ibu yang menyusukan anaknya. Niat dihati menyusukan anak, maka si anak membesar bagai juara...tapi apa yang berlaku pula sebaliknya...badan si ibu mengembang macam belon.

Ada juga kenalan ibu yang tak menyusukan anaknya sebab nak slim...kena makan produk kurus so macam mana nak menyusukan anaknya kan? Walhal cara yang paling senang nak slim semula ialah dengan menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan pertama dan akan maintain apabila meneruskan penyusuan selama mungkin. Inilah yang ibu sendiri lalui. Ibu akui pengambilan vitamin sangat membantu dalam hal ini.





Credit to Azinna@MamaAna

Kita sering dimomokkan bahawa pengambilan B kompleks membuatkan seseorang itu menjadi gemuk bahkan yang bercakap ini juga adalah orang yang bertauliah iaitu DOKTOR!  Sebenarnya B kompleks berfungsi untuk meningkat selera makan kerana terdapat NIASIN di dalamnya TETAPI jika anda bertanya kepada Pakar Farmasi anda akan mendapat informasi yang tepat kerana mereka ini mengkaji tentang ubat, suplemen dan sebagainya. Ini ada sedikit informasi yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Kesibukan bekerja pada masa kini menggalakkan budaya pemakanan yang kurang sihat atau tidak lengkap dikalangan masyarakat kita. Akibatnya, ramai yang mula mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk memperbaiki kekurangan vitamin atau mineral dalam pemakanan seharian mereka.

Manfaat pada kesihatan
Secara umumnya,  manfaat vitamin B kompleks jika digunakan dengan betul termasuklah menggalakkan penghasilan tenaga, mengekalkan kesihatan kulit, otot, sistem pertahanan badan dan saraf. Fungsi B yang menggalakkan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan  ia digunakan dalam  pengurusan penurunan berat badan. Terdapat juga kajian menunjukkan vitamin B ini membantu dalam memperbaiki siptom-siptom dan tanda-tanda masalah saraf berkaitan diabetes dan pengambilan alkohol.  Ia juga dipercayai membantu dalam menurunkan risiko untuk mendapat kanser.

Kesan kekurangan
Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan kekurangan darah merah, keletihan, hilang selera makan, sakit abdomen, tekanan perasaan, rasa kebas pada tangan dan kaki, ekzema, gangguan pertumbuhan kanak-kanak dan kecacatan pada bayi yang dilahirkan.

Sifat larut air keluarga vitamin ini meletakkan kebanyakan vitamin B sebagai selamat digunakan. Vitamin B kompleks merujuk kepada suplemen yang mengandungi  hampir kesemua jenis vitamin B. Indikasi B kompleks ini lebih menyeluruh seperti untuk gangguan saraf dan rendah darah merah disebabkan kekurangan vitamin B. Biasanya suplemen vitamin B ini diambil bersama makanan untuk meningkatkan penyerapannya dan mengurangkan gangguan perut.

Oleh:  Dr. Mohd B Makmor Bakry
           Pensyarah Kanan Farmasi Klinikal, Fakulti Farmasi, UKM
Sumber: Majalah iSIHAT, Oktober 2010
 
Salam sayang dari ibu

Thursday, October 21, 2010

Modern Solution For A Modern Problem



Ditunda kepada tarikh yang akan dimaklumkan lagi....maaf atas segala kesulitan.



Salam sayang dari ibu

Wednesday, October 20, 2010

Vitamin ibu mengandung


Credit to Arnieh


Dalam kehidupan seorang wanita biasa, walau bagaimana sekali pun cara hidupnya, saya yakin, sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya beliau akan mengambil supplements. Bilakah waktu tersebut? Anda boleh agak jawapannya?


Ya, waktu mengandung.
Sebab apa? Tidak dinafikan, kita pasti risau akan kesihatan & perkembangan bayi di dalam perut. Di peringkat awal terutama trimester 1, vitamin yang tak boleh tinggal dan sangat-sangat penting ialah asid folik. Bila masuk trimester 2, fokus pada kalsium pulak. Bila masuk trimester 3, sibuk tambah Omega (Fish Oil) supaya otak bayi dapat terbentuk dengan baik (dengan kata lain, nak anak jadi bijak!), sesambil kawal kolesterol dalam badan sendiri.
Saya sendiri mengambil asid folik sebelum cuba untuk mengandung. Seelok-eloknya 3 bulan sebelum cuba untuk mengandung, tapi, saya ambil sebulan sebelum sahaja. Boleh dapatkan di klinik, rm10 untuk kegunaan 30 hari. Owh, ini cerita sebelum saya mengenal Shaklee. Hmmm, rm10 untuk khasiat asid folik sahaja, ya. Walhal, tambah lagi rm33, boleh dapat sebotol B-Complex Shaklee yang bukan sahaja lengkap dengan 8 kumpulan B, malah, boleh tahan 4 bulan! Owh, rugi pula tak kenal Shaklee awal-awal…
Ahhh, bila dah mula kira mengira nie, mengingatkan saya yang dahulu saya spend rm100++ untuk vitamin sahaja setiap bulan. Tak termasuk lagi kos khidmat gynae, ya. Setiap bulan akan dapat 3 jenis vitamin, iaitu Obimin, NeuroGain (Fish Oil) laa nie, dan lagi satu lupa lah. Kalsium, kot?
NeuroGain nie Gynae bagi bila kandungan dah 6 bulan ke atas. Setiap kali lepas habis check up saya akan cakap, “Doktor jangan lupa bagi NeuroGain, ya?”. Biasalah, excited mahukan khasiat Fish Oil tue sampai pada baby di dalam perut…
Penting sangat ker Fish Oil tue waktu mengandung? Ehh, pada saya penting sangat, terutama sebab saya memang kurang suka makan ikan. Kalau makan pun memilih, nak ikan yang sedap-sedap ajer (ikan mahal laa tue!). Jadi, saya memang suka sangat bila dalam pantang, sebab berpeluang makan ikan parang, jenahak & merah almost every alternate day! Hehehe…
Untuk maklumat lanjut tentang khasiat Fish Oil semasa mengandung, and aboleh cuba Google, ya.
Jadi, perlukah makan supplements sewaktu mengandung?
Sejujurnya, pada saya, perlu sangat. Terutama kalau diet harian tidak lengkap. Apatah lagi kalau asyik muntah-muntah tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan (supplements).
Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
  • Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
  • OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,
  • OmegaGuard
Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,
  • Energizing Soy Protein
Buat anda yang pertama kali datang ke blog ini (Welcome!), ataupun pertama kali ingin mencuba supplements Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang saya senaraikan di atas melalui pakej percubaan 30 hari berikut:

(1)  Trial Pack A (30 tabs Vita-Lea, B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix : rm130
(2) Trial Pack A (30 tabs Vita-Lea, B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix + 30 tabs OmegaGuard : rm170

Cubalah selama sebulan, dan rasailah perbezaannya. Owh ya, bila dah ambil set ini, hentikan dahulu apa jua supplements lain yang anda sedang ambil ya. Also, Free gifts + Free Pos Laju Shipping!
Ini artikel sebelum ini, yang saya tujukan buat Puan Ashrin, Supplement Guide For Pregnant Moms.
Dan, ini saya kongsikan feedback dari Puan Ashrin ketika itu:
—————————————-
On Jul 20, 2010, at 9:08 AM, “ashrin” <norashrin@xxx> wrote:
Dear Arnie,
Thanks, I dah receive the free nutriferon and vit casing tu. Badan pun rasa bertambah cergas berbanding sebelum ni, surprisingly dalam keadaan 7 bulan pregnant ni I can still mendaki bukit to Tasik Dayang Bunting during our holiday to Langkawi last week successfully, penat tu penat la tapi sekejap je….memang tak sangka…



Salam sayang dari ibu



Tuesday, October 19, 2010

Tidak perlu MAKAN vitamin.


 Sms dari seorang customer, Marlina M Nazman,

Alhamdulillah lepas makan vitamin yang beli kat akak tu saya dah kurang letih dan tak stress sangat. Alhamdulillah air susu pun makin bertambah ( walaupun niat sebenarnya makan vitamin tu untuk tingkat tenaga sebab hari-hari travel umah ke opis jauh. Alor star ke Kangar, memang sangat-0sangat penat disamping bf baby lagi memang sangat2 tensen!)

Saya sekarang terpaksa beli freezer sebab stok dah tak muat dah nak letak dalam peti ais.....



.... (sms panjang maka yang penting sahaja di sertakan di sini)


Terdapat segelintir ibu yang menyusukan anak yang sering kali membuat kenyataan mudah...

Tak perlu makan vitamin, memadai makan dengan seimbang, tidur yang cukup dan minum air berkadaran. Asalkan pumping dengan konsisten sehingga payudara kosong, susu akan terhasil dengan banyak.

Kenyataan ini sama tidak salah....dan ia memang benar. Namun secara peribadi saya mahu ajukan semula soalan kepada yang memberi pendapat ini....


Adakah cara hidup puan sama dengan cara hidup saya?

Makan yang seimbang

Memadai makan seimbang....mungkin puan boleh memasak 5 jenis lauk sehari yang merangkumi




....terutama mereka yang bekerja dan pulang goyang kaki kerana punyai maid indon di rumah untuk memasak. Ada pula yang diam serumah dengan mak atau mak mertua, makanan sudah terhidang siap dan balik hanya untuk makan sahaja.
Lebih hebat lagi mereka yang kata tidak perlu amik vitamin adalah ibu yang bekerjaya yang beli lauk pauk setiap hari! Tanpa mereka ini sedari hidangan tersebut penuh dengan kandungan MSG! Inikah yang mahu dibangga-banggakan?
Ada juga yang makan telur hari-hari dengan sup sayur dah menganggap pemakanan yang seimbang!
Ada yang bertanya tentang perlukah vitamin dan waktu yang sama sedang enak makan Mc Donald yang dah sah-sah tinggi kandungan MSG...inikah makanan seimbang yang kalian banggakan sebagai makanan seimbang?

Rata-rata rakyat Malaysia yang berpenyakit pada peringkat umur yang muda disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang...pengambilan lemak yang tinggi, gula yang banyak dan makanan bergoreng yang berminyak!

Hakikatnya ramai yang tak tahu apakah itu makanan yang seimbang!

Tidur yang cukup

Adakah gaya hidup anda sama dengan gaya hidup saya? Adakah anak anda tidur seperti anak saya yang mana jam 12 tengahmalam matanya masih celik dan meminta ajak bermain...
Adakah anda seperti saya yang tidak punya maid dan semua urusan rumah saya lakukan sendiri....
Adakah anda adalah orang yang tidur sampai ke pagi tanpa perlu bangun malam uruskan diapers anak? (Ini kerana saya punya kawan yang akan kuncikan jam loceng meminta suaminya bangun untuk tukarkan lampin anak dan dia tidur lena sampai ke pagi!)
Namun berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?
Minum air berkadaran
Adakah boleh dengan minum hanya 6-8 gelas sehari dah memadai untuk memastikan badan mendapat cukup air sedangkan dalam sehari aktiviti badan untuk pengeluaran air bagi tujuan perkumuhan dan penyusuan sahaja cukup banyak....
Kajian saya sendiri mengapa ramai rakyat Malaysia yang sakit adalah berpunca dari malas minum air dan malas ke tandas. Apabila ini berlaku, kepekatan darah mula meningkat dan ini boleh mengakibatkan peningkatan toksin dan akhirnya penyakit mula menular di dalam tubuh serta pertumbuhan abnormal sel dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sebagainya....wallah hu alam .

Last but not least...

pumping dengan konsisten sehingga payudara kosong, susu akan terhasil dengan banyak.


Statement ini memang benar namun

jika anda seorang ibu yang mudah letih
jika anda adalah seorang ibu seperti saya yang sibuk dengan kerja rumah, opis dan anak-anak
jika anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang
jika anda tidak perolehi enough quality sleep
jika anda mempunyai masalah kedinginan bersama suami
jika anda mempunyai kulit muka yang kusam dan nampak tua dari umur sebenarnya
jika anda mempnyai masalah berat badan berlebihan/ berkurangan

MAKA TEPUK DADA TANYA SELERA.... adakah anda hanya mahu duduk berdiam diri sahaja tanpa usaha yang MAMPU anda ambil untuk MENGUBAHNYA?




Bagi yang ingin menasihatkan teman-teman dan membuat kenyataan..tidak perlu amik vitamin, sila pastikan anda tahu apakah si teman tadi mempunyai cara hidup yang serupa dengan anda.

Bagi kawan-kawan saya yang memang hidupnya mudah....ada maid, anak tak banyak ragam...dapat makan seimbang setiap hari dengan lauk pauk masakan di rumah dan tidur yang sangat-sangat lena sampai ke pagi....hakikatnya bukan semua orang macam kalian :)




Salam sayang dari ibu


 

Monday, October 18, 2010

Tangan ibu penawar terbaik buat anak?


Pernah baca entry ibu mengenai MERAWAT BATUK SELSEMA ANAK?

Ini email yang ibu terima dari sahabat alam maya yang dekat selalu dihati :) ..



Alhamdulilah, Ness dgn Aiman sehat. Lepas swimming haritu Aiman terus naik panas dan selesema. Tapi Ness gunakan tip-tip yg akak gitau hari tu, mandikan 3 kali dgn Basic H, pastu bangun malam untuk gosok belakang, and then spray Basic H kat kepala utk kurangkan panas. Alhamdulilah, 2 hari buat Aiman dah kembali sehat.


Amazed jugak kak sebab selalunya kalau dia selesema berlarutan, paksa ambik nasal drops dan ubat selesema, tapi kali ni tak perlu. Pastu ness share lah dgn kawan-kawan yg lain, tapi mcm, ye lah, tengok bnyk keje,kena mandikan, kena bangun malam tu yg tak appealing.


Padahal kak, masa tu bangun, terus dapat solat tahajjud dan hajat utk anak. kan? ada rahsianya. hmm..takpelah.


Kata pepatah.... bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Hakikatnya jika si ibu sanggup bersusah dahulu ...
bangun malam antara jam 1-3 pagi untuk menyapukan minyak dibelakang badan anaknya, insyaAllah si anak akan cepat sembuh dengan izin Allah. Memang benar, bila bangun malam, inilah peluang menunaikan tahajud... tangan yang menyapukan minyak dan tangan yang berdoa inilah yang menjadi penawar utama sakit si anak.

Namun berapa ramai ibu yang sanggup berjaga tengah-tengah malam sekadar untuksekurang-kurangnya menyapukan minyak dibelakang badan anaknya demi meredakan selsema dan batuk yang berkahak? Rata-rata lebih selesa memberi ubat supaya anak dan si ibu dapat terus tidur lena. Bila banyak bersenang , akhirnya sendiri susah kerana jika sakit anak melarat, mulalah doktor memberi dos yang lebih kuat.

Ubat ini mempunyai banyak peringkat... bila badan dah immune dengan ubat tersebut doktor akan mula meningkatkan dos untuk kesan yang lebih cepat. Namun kesan jangka panjang tanpa kita sedari ialah :

1. anak akan lebih mudah dapat sakit

2. buah pinggang mudah rosak

3. otak mudah menjadi lembab dan lambat menerima arahan atau penerimaan maklumat mudah terjejas.

Supplement pula bukan jalan terbaik untuk diberi langsung kepada anak terutama bagi anak yang berumur satu tahun ke bawah. Ini kerana susu ibu adalah penawar terbaik terutama jika si ibu mementingkan susu yang kaya dengan nutrisi, insyaAllah anak mudah beransur baik dari demam, batuk dan selsema.

Bagi anak yang telah berumur satu tahun ke atas, antara supplement yang boleh diberi namun bukan pada setiap hari... ialah omega, meal shake dan ESP sahaja. Pengambilan air yang seimbang akan membantu penyerapan supplement dapat dilakukan dengan baik.

Bagi yang ingin mencuba Omega Shaklee, boleh add on dengan mana-mana trial pack dengan kadar promosi iaitu  
Shaklee OmegaGuard:
Shaklee OmegaGuard 30 days Trial Pack (30 caps)
Normal Price : RM55
Add-On Price (with any purchase of Trial Pack) : RM45
untuk anak-anak, hanya berikan 2 caps/ 2 hari seminggu.


Akhir kata,
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersusah-susah dahulu
Bersenang-senang kemudian :)


Salam sayang dari ibu

Sunday, October 17, 2010

Hadiah atas kesabaran



 Salam sejahtera buat semua teman dan rakan taulan...alhamdulillah selamat sampai ke Miri semalam.

Terlebih dahulu ibu ingin mengucapkan jutaan maaf buat pesanan trial pack yang tertunda atas masalah roaming... insyaAllah akan ibu courier semua pesanan sepanjang minggu termasuk pesanan esok pada hari ISNIN dan menerima EXTRA gift....

Syukur sebab sampai juga hajat ibu dan abah membawa Addin dan Nasa berjalan dan makan angin. Tak jauh mana pun sekadar ke seberang, iaitu Sentosa untuk melihat USS, Universal Studio Singapore. Satu kepuasan kerana dapat melihat sendiri apa yang selalu dilihat melalui internet...kalau ada rezeki nanti ibu dan abah bawa kalian lagi ya...doakan semoga Allah melapangkan jalan rezeki buat kita, Ameen.

Goodies from Resort World Sentosa

InsyaAllah ibu akan menulis pengalaman yang menarik sepanjang berada di sana....


Salam sayang dari ibu


Thursday, October 14, 2010

Betapa pentingnya ikhlas?


 Credit to :
Thinkerich


Bismillahirrahmanirrahim…..
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan.
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.
Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.
Selalulah memberi.
SUMBER :  Catatan Buzz oleh WanWMA
Nota: ‘Saya’  yang dimaksudkan dalam artikel di atas adalah penulis artikel, bukan WanWMA.
Sumber artikel ini dari: Email (tidak pasti kesahihan artikel ini namun kisah ini boleh dijadikan pengajaran).
Wallahualam…..
Salam sayang dari ibu

Wednesday, October 13, 2010

Masih ada pilihan.....



Tidak dinafikan ramai yang berpendapat begini:

"Lebih baik mengambil vitamin dari sumber makanan, ia adalah vitamin yang benar2 asli"

Benar, malah saya pun tak menafikan hakikat ini. Vitamin C terbaik adalah dari oren. Vitamin A terbaik adalah dari carrot.


Ada juga pendapat begini:

"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat je"

Saya akui juga kebenaran kata-kata itu.

Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu2, orang asli tak guna bahan2 kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia, etc.

Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik2 sayur adalah sayur mentah/ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari? Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari!!!

Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk2 lain, bujur ke, bersegi ke... apa2 lah. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin2 seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi.

Tiada masalah jika kita mampu menyediakan semua itu.

Itu belum lagi mencukupkan keperluan vitamin lain, seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral2 lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.

Jangan komplen kalau badan sentiasa penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya.

Tepuk dada, tanya "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?"
Salam sayang dari ibu