Wednesday, June 30, 2010

Persediaan sebelum puasa?


Salam ukhwah buat semua yang sudi singgah ke blog ibu hari ini dan semoga kalian semua sentiasa ceria dan bahagia selalu bersama keluarga tercinta.

Apa yang bakal ibu coretkan adalah bagaimana supplement membantu ibu2 yang sedang menyusukan anak sambil menyediakan stok untuk penyusuan sepanjang menghadapi bulan puasa nanti. Tidak salah mencuba demi kebaikan bersama...

Persediaan fizikal.

Untuk berpuasa dan menyusukan anak, si ibu perlulah mempunyai kesihatan yang optimum. Bagaimana nak menghasilkan susu dengan baik dalam keadaan sakit? Maka penjagaan makanan sangat penting. Sebelum berpuasa pastikan si emak jangan sesekali skip makan. Ambil meal seimbang dan jika mampu dapatkan supplement bagi membantu badan si emak mendapat semua keperluan vitamin yang tidak dapat dipenuhi melalui makanan yang diambil tadi. Pengambilan air juga sangat penting demi memastikan si ibu tidak dehydrate.

* Pengambilan supplement yang disyorkan bagi persediaan menghadapi bulan puasa ialah 
ESP- membantu penghasilan susuibu dengan cepat apabila pengambilan air yang mencukupi.
Performance Drink- membantu keseimbangan kandungan gula dalam darah si ibu agar tak mudah pengsan apabila berpuasa sambil menyusukan anak. Selain itu ia membantu agar badan ibu tidak dehydrate sepanjang berpuasa. *boleh diambil pada hari tidak puasa juga.
Alfalfa- well known milk booster. Kandungan protien di dalamnya membantu penghasilan susuibu dengan cepat. Option lain bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan ESP.
Basic vitamin- Multivitamin, B complex dan Vitamin C.


Pengambilan vitamin ini sebelum puasa sangat digalakkan kerana :
1. Supplement yang disyorkan membantu penghasilan susuibu dengan cepat jika pumping session yang konsisten dan air yang mencukupi.

2. Susuibu akan lebih pekat. Anak akan minum kurang tetapi cepat kenyang. Dengan ini si ibu mudah buat stok.



# Please do consult with me for those yang nak jadual pemakanan vitamin khusus pada bulan puasa.

Persediaan Mental:

Persediaan mental boleh dimulakan dengan menjaga solat dengan baik. Mulakan zikir yang mudah...seperti Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Banyakkan mengaji antara surah yang digalakkan ialah al Waqiah. Solat2 sunat seperti Dhuha dan Tahajud membantu meningkatkan keimanan kita. Bila iman kita kuat, nescaya semangat untuk menyusukan anak semakin menebal.


Semoga ibu2 yang menyusu mendapat rahmat dan kebahagian di sisi Allah Taala. Amin.

Salam sayang dari ibu




Tuesday, June 29, 2010

Tawaran ISTIMEWA Julai 2010


Terima kasih buat semua pembaca serta customer yang ibu sayangi...ada beberapa kenalan cyber ibu yang meminta ibu annnouce Offer untuk bulan July. Terharu betul apabila mereka sanggup untuk menunggu offer itu keluar...terima kasih kalian atas support yang diberikan. Ibu doakan kalian bahagia selalu dan semoga Allah memudahkan rezeki kalian demi meneruskan penyusuan serta terus melengkapkan sehingga dua tahun, Amin.

Tanpa berlengah lagi, bagi tawaran menarik Julai: EFEKTIF 1 Julai 2010 dengan pembelian menggunakan ID 395863.

July A:

Pembelian mana2 vitamin full pack yang melebihi RM318 akan menerima beg syiling manik. Khas dari Sarawak.

Gambar hiasan. Pen tidak termasuk.

July B:
Pembelian mana-mana fullpack melebihi RM418 akan menerima freepostage & beg syiling manik. Khas dari Sarawak.


July C:
Pembelian Set Tripple Gem (Meal Shake, ESP dan Performance Drink) akan menerima 4 keping Fridge
Magnet.

July D:
Pembelian full pack BreastFeeding Set (Multivitamin, B complex, Vitamin C dan Alfalfa s) akan menerima 3 keping Fridge Magnet.

 Sampel Fridge Magnet yang akan diberi.

Bagi TRIAL PACK pula:

1.Pembelian mana2 set trial pack akan menerima SEKEPING FRIDGE MAGNET.

2. Pembelian trial pack Add On ESP akan menerima    2 KEPING FRIDGE MAGNET 

3. Pembelian Trial Pack set B add on Alfalfa 120's (RM100) akan menerima 3 FRIDGE MAGNET.

4. Pembelian 3 Trial Pack (untuk mana2 set) dalam satu order dengan harga cuma RM230 SAHAJA dan  percuma  4 FRIDGE MAGNET. Penjimatan RM10.

5. Pembelian 4 Trial Pack (untuk mana2 set) dalam satu order dengan harga cuma RM300 SAHAJA dan percuma 6 FRIDGE MAGNET. Penjimatan RM20.



Offer hanya dari blog anakkuwiraku sahaja.



Salam sayang dari ibu





Buat apa makan kalau aku sihat?



Ini adalah pendapat kak Nadiah secara peribadi yang sangat menarik perhatian ibu:

Sebenarnya, sepertimana apa yg berlegar di minda kak ngah begitu juga lah soalan yang selalu bermain dalam fikiran ummi...BUAT APA MAKAN VITAMIN @ UBAT SEDANGKAN AKU SIHAT???Betul tak selalu ayat ini ada dlm pemikiran hampir semua org...dann..malangnya kerana ayat di atas lah maka kita sering lupa untuk spend sedikit bajet untuk memastikan kesihatan kita sentiasa konsisten..bukan lah ummi ingin melawan takdir...tetapi istilah "mencegah lbh baik daripada mengubati" sangat sesuai pada zaman siber ini...Perkara kedua yang selalu terbenam dlm fikiran setiap org juga ialah "KALAU SAKIT, APA SUSAH...JUMPA JE DOKTOR...DAPAT UBAT"...Memang benar, tapi pernahkah kita terfikir ubat hospital kebiasaannya kandungannya pasti mengandungi chemical yang tinggi untuk memastikan keberkesanannya dlm jangka masa cepat tetapi apakah kesannya jika di ambil berterusan???Dan lebih buruk lagi sekiranya ianya mengandungi campuran steroid yang sangat bahaya utk long term seperti kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik etc..

Tamaban pula, apabila ummi sakit dan berjumpa doktor...hal2 sebegini sering kedengaran..."Oh..u kurang makan sayuran hijau atau u kena lebihkan buah2an..."..Pernahkah kita terfikir adakah dengan memakan sayuran hijau dan buah2an di tambah dengan ayam atau daging maka kandungan gizi pemakanan kita sudah seimbang???Cuba kita lihat beberapa perkara yang berada di persekitaran atau kehidupan kita sehari2 yang kita tidak sedar antaranya:-
1) Ayam, Daging dan hasil tenusu pada masa ini kebanyakannya melalui proses suntikan untuk memastikan pembesarannya berlaku dengan cepat...Apakah kandungan yang terdapat dalam suntikan tersebut???Selamatkah dan apakah kesannya kepada kita untuk jangkamasa panjang???
2) Sayur2an kini dibubuh baja kimia untuk mempercepatkan pembesarannya dan racun makhluk perosak turut di sembur untuk menghalang ia mengganggu proses pertumbuhan...adakah kita pasti kita mencuci sebersihnya bahan2 yang mungkin melekat di sayur2an yang kita beli??Jika ya, bagaimana dgn makanan yg kita beli di kedai??
3) Buah2an juga mengalami keadaan yg sama seperti sayur2an...dan kebanyakkan ianya di tuai atau di petik sebelum masak sepenuhnya dan di peram menggunakan karbaid atau bahan2 lain untuk mempercepatkan ianya masak..adakah ianya selamat untuk di makan dan adakah kandungan nutrien dalam buah2an tersebut masih kaya dengan vitamin seperti vitamin c untuk melengkapkan diet seharian kita???
4) Makanan2 yang di jual samada dalam tin, segera atau di masak banyak menggunakan pewarna tiruan, perasa tiruan dan bahan pengawet untuk tahan lama...adakah ianya tidak mendatangkan kesan bahaya untuk tubuh badan kita untuk jangka masa panjang???
5) Keadan dan udara persekitaran yang tercemar dengan bahan kimia yang boleh terurai dan tidak terurai mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan kita...

Jadi, dari kesemua faktor di atas, adakah kita benar2 yakin bahawa kita masih tidak perlukan vitamin untuk memastikan badan kita mendapat kesihatan yang optimum tambahan pula bagi ibu2 yang sedang mengandung dan menyusukan anak...(wahh...dah macam hujah ummi dlm court pulak)...Jika, anda merasakan tidak perlu, terpulanggg..tetapi bg diri ummi memang amat2 memerlukannya...tambahan pula dengan pola pemakanan ummi yang ada kalanya bz dan terpaksa mencampurkan breakfast dan lunch dalam satu hidangan (ummi panggil brunch)..So, itulah jawapan ummi mengapa ummi perlukan vitamin walaupun syukur alhamdulillah badan ummi masih sihat...

Persoalan kedua..mengapa ummi pilih shaklee sedangnya ubat doktor ada atau vitamin2 lain yang melambak di pasaran???

1) Perkara paling awal untuk ummi makan sesuatu benda ummi akan pastikan bahawa ianya HALAL...Bagaimana saya tahu ianya Halal???So, oleh kerana ummi ramai teman rapat yang bekerja di JAKIM perkara ini ummi tanyakan kepada mereka dan alhamdulillah memang HALAL...
2) Perkara kedua yang ummi tengok ialah HARGA(hehehe...wajib sbb takut buget lari)..setelah ummi buat perkiraan...sejenis vitamin E (100 i.u) di farmasi berharga rm19.90 untuk 30 capsules. Maka sebijinya berharga RM0.66……Vitamin E Shaklee beserta selenium (400i.u) berharga RM0.99 sebiji… TETAPI keperluan harian vit E adalah 400 i.u. Jadi kalao orang tu consume vit E dari farmasi,dia perlu mkn 4 capsule sehari which cost RM0.66 x 4 = RM2.64 /sehari……So mana yang lebih murah?... dah lah lagi mahal dari vit Shaklee..pastu kene telan sampai 4 biji untuk satu jenis vitamin..larat ke beb?
3) Perkara ketiga ummi tengok ada tak silica gel...terkejut...takde...mulanya was2 jugak (sebelum ni ummi tau silica gel utk bg sesuatu vitamin tahan lama)...rupanya Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan pembalikan pada tubuh.Ummi tertanya2 kenapa vitamin lain ada silica gel???rupanya vitamin lain mengandungi silica gel untuk menyerap lembapan. Kenapa agaknya? Kerana bila vitamin2 ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.(so, kalau kita terbuang silica gel tu...vitamin tu jadi apa ye???...Contoh yang boleh diambil.. ambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapati t sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu. (Subhanallah...apa maksudnya itu???)...
4) Perkara ke empat ialah ummi telek2 bahan2 dlm shaklee ni semuanya di hasilkan dari bahan semulajadi...so, ummi tertarik kerana apa yang ummi inginkan untuk mengekalkan kesihatan adalah sesuatu yg semulajadi(kembali pada kejadian asal)..dan bukan lah berbentuk chemical yang mempunyai kesan yang cepat atau serta merta tetapi memberi kesan yang kurang elok untuk jangka masa panjang...
5) Perkara terakhir kenapa ummi pilih shaklee...ummi nak tanya kalian...antara seorang pekerja baru dengan pekerja lama yang mana kalian pilih??kalau ummi tentu lah yang lama (wahh...dah mcm interview pulak)...sbb hakikatnya manusia perlukan sesuatu benda yang telah establish,testimonial yang berkesan dan "mempunyai nama"..tentulah ummi inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri ummi...dan shaklee telah establish sejak tahun 1960an lagi...(Tu dia...punya lamanya)...

Salam sayang dari ibu

Monday, June 28, 2010

Kenapa kami deliver berasingan?


Buat pengetahuan semua terutama first time buyer..semua TRIAL PACK akan ibu hantar melalui khidmat poslaju. Namun bagi produk penuh (full pack) termasuklah ESP dan Performance drink akan dihantar oleh Shaklee menggunakan perkhidmatan Ctlink atau Gdex. Maka diharap kalian bersama menunggu barangan yang dipesan.

Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih kepada semua customer ibu yang memberi kepercayaan untuk membeli produk dari ibu.

Salam sayang dari ibu




Pentingnya amalan murah rezeki



Adakah situasi ini pernah terjadi pada anda?

"Oh kecewanya aku ,semua susu dalam fridge semuanya basi sebab black out masa aku tinggalkan rumah."

Dalam bahasa yang penuh berkhemah dapat kita katakan...tiada rezeki si anak.

Namun pada saat ini hati si ibu remuk berkecai kerana usahanya selama ini menjadi sia2....
Bagi yang kuat dan kental semangatnya....ia akan memulakan semula usaha pengumpulan dari sifar.

Bagi yang lemah semangat pula...niatnya menyusukan anak terhenti setakat di situ sahaja. Letih katanya untuk mulakan semula.

Sama juga dengan ibu2 yang mempunyai masalah pengeluaran susuibu...itu juga berkaitan dengan rezeki.

Jika mengikut arwah abah dulu...inilah pentingnya amalan2 baik kita dengan tuhan seperti mengaji, berzikir dan bersedekah. Inilah amalan2 sunat yang digalakkan kita jadikan amalan seharian agar rezeki itu sentiasa diberkati.

Dugaan yang dilalui si emak tadi ni adalah sebagai tanda peringatan agar kita lebih mengingatiNya. Mungkin kita terlalu mengutamakan duniawi maka ujian itu sebagai kifarah dan agar kita pulang ke pangkal jalan. Rata2 kita solat tak sampai 5 minit, habis beri salam, terus lipat sejadah dan telekung. Kita LUPA untuk berzikir memujiNya dan memohon berdoa mengharapkan KEREDHAANNYA.

Apakah amalan yang membantu rezeki itu lebih berkat? Antara yang disarankan ialah

Istighfar 100 x sehari
Selawat Nabi 100x sehari
bacalah zikir2 yang baik untuk menyusu terutama ibu yang menyusu YA MATIN 70 x sehari.
Mengaji surah2 yang mudah seperti Al Waqiah- jika tak dapat buat setiap hari, bacalah berselang seli hari, atau seminggu sekali atau sebulan sekali. Sekurang2nya baca.
Amalkan solat sunat seperti Dhuha  - barangsiapa yang tahu berkat solat sunat Dhuha itu nescaya walau sakit sekalipun ia akan merangkak untuk menunaikannya.

 Janganlah mencari alasan tiada masa kerana Allah tetapkan 24jam itu aturan yang terbaik, balik pada diri bagaimana kita menguruskannya. Jika kita punya masa untuk buat kerja yang BOS di opis beri, maka kita juga perlu meletakkan masa dan hak kita sebagai hamba kepada PENCIPTA.
Bak kata Dato' Fadilah Kamsah...tak kiralah agama apapun kamu...berdoa itu sangat penting untuk berjaya apa jua yang diceburi. Maka peruntukkanlah masa untuk berdoa selepas solat kerana sesungguhnya doa itu dapat mengubah dunia. Percayalah.....


Salam sayang dari ibu



Sunday, June 27, 2010

Mulakan sejak mengandung?


 Ini antara mesej customer ibu yang ibu kenali sebagai Hajar,

Lm rs xsembang ngn N..apapun,hjr xpernah miss bc ur update..thks sbb selalu advise hjr:)
Btw hjr bersyukur dpt knl N w/pun dialam maya..hjr puas hati sgt dgn product shaklee..ternyata susu hjr semakin hari semakin byk..lazat..and mengenyangkn my twin:)lately hjr sj nk bt stock lbh..n wat i did..hjr triple up my ESP..susu lbh pekat n twin lbh cpt kenyang..sampai stock berlebih2 pulak:)xsbr nk hbskn semua supp n nk try yg shake tu lak;)!

Auntie Hajar mempunyai anak kembar dan menyusukan kedua2nya dengan susuibu sejak lahir. Ibu kenali auntie Hajar sewaktu bulan 11 tahun lepas...masa tu beliau masih mengandung dan beliau mengambil Shaklee sejak mengandung lagi atas nasihat ibu sebagai persediaan tubuhnya ke arah kesihatan yang optimum. Ternyata ianya membuahkan hasil apabila susunya semakin hari semakin banyak. Alhamdulillah.

Ramai customer yang bertanya, boleh kah saya consume vitamin Shaklee semasa mengandung?

Jawapannya ialah BOLEH kerana ianya adalah vitamin bukan ubat. Ibu sendiri consume vitamin Shaklee semasa mengandungkan Addin dan Nasa dan ini juga antara faktor mengapa ibu mudah recover dari ceaser dan penyusuan Addin dan Nasa dipermudahkan. Alhamdulillah.
 Secara amnya ,apabila si ibu itu sihat maka secara langsung badannya boleh menghasilkan susu dengan lebih baik. Tetapi apabila si ibu mudah sakit, pastinya penghasilan susuibu akan terganggu.


Mengapa perlu membeli jika boleh dapat secara percuma?

Memang kita boleh dapatkan vitamin percuma dari klinik kerajaan kerana ada peruntukan untuk itu, namun jika kita berkemampuan mengapa tidak kita gunakan rezeki yang kita ada untuk mendapatkan yang lebih baik dan kita boleh beri hak kita kepada yang LEBIH MEMERLUKAN? Besar pahalanya kan?
Namun sayangnya rata2 ibu2  mengandung yang ada , sanggup mngeluarkan ribuan ringgit untuk baju mengandung, barangan keperluan mengepam, segala bagai la.......bila sebut vitamin, terus menjawab: oh tak pe amik yang free punya.

Nak share satu kisah benar dalam hidup ibu;

Selepas arwah abah meninggal mak ibu mendapat duit dari pejabat kebajikan untuk keperluan menanggung kami 7 beradik. Setiap bulan mak ibu pergilah beratur kat pejabat kebajikan mayarakat untuk mengambil duit. Tetiba bulan 3 selepas balik dari situ mak ibu membuat keputusan untuk bekerja. Ibu pun bertanyalah mengapa? Apa jawab mak ibu?
"Masa mak beratur tadi , di belakang mak ada seorang yang kurang upaya (OKU) dengan keadaannya yang serba kekurangan , nak. Malu mak, sebab secara jujurnya dia lebih berhak dari mak. Mak masih ada kudrat untuk bekerja. Mak tak nak la kerana mak, ada orang yang lebih susah tidak mendapat haknya."

Bergenang airmata mak ibu waktu itu....oh Tuhan, terima kasih kerana memberi kami mata hati. Kami boleh menilai dengan waras dan saling mengingati keperluan sesama makhluk. Mak ibu pun bekerja sebagai pekerja kilang nak membesarkan kami. Alhamdulillah berkat hasil titik peluh mak, semua anak2nya sentiasa dekat di hati dengan beliau. Apa maksud ibu dekat? Walau kami semua jauh dengan mak, tapi setiap hari telefon mak tak pernah sunyi dengan panggilan kami adik beradik ditambah dengan gosip2 yang menceriakan hidup mak ibu, alhamdulillah.

Apa yang nak ibu cuba sampaikan ialah...gunakanlah rezeki yang kita ada untuk kebaikan hidup dunia dan akhirat. Ibu selalu mendoakan mereka yang sanggup berbelanja membeli keperluan kesihatan (apa jua jenis sekalipun ) mendapat berkat dalam kehidupannya. Amin.

Allah memberkati golongan yang melakukan kebaikan untuk dirinya serta keluarga , agama dan bangsa. Mengeluarkan belanja untuk mendapatkan kesihatan yang baik dengan niat agar dapat beramal ibadat dengan sempurna, dengan niat agar penyusuan yang lebih baik serta dengan niat agar rezeki itu lebih diberkati...insyaAllah kita akan perolehi nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Ibu masih ingat apabila seorang customer ibu yang mengadu sakit pinggang dan sukar untuk solat dengan baik, setelah ibu syorkan pemakanan untuk mengatasi masalahnya, beliau terus memberitahu:
"Terima kasih ye nak, sekarang makcik dapat solat dengan lebih khusyuk dan solat berdiri dengan lebih baik tanpa sakit pinggang."
Oh bahagia hati ibu mendengar kata2nya di kala itu. Mudah2an makcik itu sentiasa diberkatiNya.

Maka bagi ibu2 mengandung di luar sana...fikir2kan lah dan renung2kan lah bersama. Kalau kita mampu membeli tudung sehelai RM50-Rm90, bermakna kita juga mampu membeli vitamin yang baik.


Salam sayang dari ibu



Saturday, June 26, 2010

Revolusi terbaru Shaklee


Dalam ibu sibuk menulis , menjawab email tidak kurang juga update order vitamin termasuklah Vivix, satu revolusi terbaru Shaklee. Harga? Memang mahal tapi siapa jua yang dah mencuba akan mengatakan harganya sangat berbaloi dengan kebaikannya.
Baru2 ini ada seorang yang menelefon ibu dan berkongsi kebaikan Shaklee yang telah dilalui oleh kakak iparnya...

" Kakak ipar akak nampak cantik walaupun dia lebih tua dari akak. Dahi dia licin, tiada kedutan akibat usia yang meningkat. Miracle la Vivix ni"

Ibu tanya lagi..."berapa lama dia dah makan?", jawab kakak ni kakak iparnya sudah 3 bulan mengamalkan pengambilan satu sudu teh Vivix setiap hari.

Memang benar, ibu ada satu testimoni dari luar negara...wajahnya nampak kedut pada awalnya kerana usianya mencecah 90 lebih. Tetapi selepas mengamalkan Vivix, wajah nenek ni berubah menjadi seolah2 usianya baru 50 tahun. Kulitnya kelihatan sangat cekang dan dia memang nampak sangat muda!!!

Ibu pun amik Vivix tapi ye la sebab ibu pun masih muda...tak la nampak effect sangat kot....hehehehe. Tapi betul la kata abah,siapa yang tak nak nampak cantik dan muda?

Apakah yang buatkan kita nampak tua dan berumur?
Banyak faktor.... pemakanan yang tidak teratur dan tidak lengkap, cara hidup sekarang yang semuanya sibuk belaka, tidak cukup tidur....dan banyak lagi sebenarnya. Cuma dua faktor utama ini yang menjadi perhatian penyelidik.

Bagi kalian yang tidak menyusu dan mengandung...boleh mencuba Vivix, vitamin antioksida dalam bentuk cecair dan sangat sedap! Ia berperasa anggur concentrated!
Hanya 1 sudu teh sehari membekalkan resveratrol yang sama di dalam 100 gelas wain merah.
Resveratrol sangat penting mencegah kanser, dan paling penting anti penuaan.
Jika dah consume Vivix perlu ke makan vitamin yang lain? Jawapan ibu....memadai dengan Vivix, ia memberikan tenaga dan kita rasa segar sepanjang hari!

Sesiapa yang nak mencuba Vivix boleh membuat pesanan dan yang hebatnya ibu akan beri freegift serta free postage!

Salam sayang dari ibu





Friday, June 25, 2010

Apa kata mereka ?


Ini adalah antara email dan mesej yang ibu terima dari customer trial pack ibu:

Dari Wafi, Bangi;

Saya ada satu cerita untuk N, alhamdulillah denganNya saya dah tidak terlalu tension apabila mengepam sebab sekarang anak saya walaupun minum sikit tapi cepat kenyang. Kalau tidak sebelum ini saya perlu hantar kepada pengasuh sebanyak 4 oz x 4 botol. Cuba N bayangkan, mana tak tension kan. Sekarang  4 oz x 2 botol pun susah nak habis.


Dari Izatul Nadia, Kuala Lumpur;
Terima kasih kak Norita...saya pun berdoa hari2 agar anak saya cepat sembuh...susu alhamdulillah makin bertambah, dulu 10 oz jek sehari, sekarang 2 kali pump dah dapat 13 oz...sehari leh dapat 24 oz...syukur, dapat kumpul wat stok puasa...alhamdulillah....thanks kak.

Dari Ina, Penang: mempunyai anak kembar;
kak N, Ina ada send pic susu tadi, dapat tak? alhamdulillah ada peningkatan dari 2 oz kepada 4 oz yang snagat pekat, syukur rezeki Amna dan Anis.


Dari Fafa Erina, KL;
So far saya dah boleh buat stok susu sejak ambil vitamin. Alhamdulillah, terima kasih sebab tolong saya. Saya makin rajin pam sebab seronok sangat nak buat stok.


Dari Noor Hani Omar,
Syukur alhamdulillah. hasilnya memang menakjubkan. Sehari saya simpan 18 oz. Dalam masa cuti ni saya dah ada 130 peket milk storage bag yang saya simpan sebagai stok susu. Saya akan order lagi.



Dari Suzi dayana.

Salam kak N
memula saya nak minta maaf tak reply sms dari akak tempoh hari.kebetulan tengah nak tidurkan baby jadi terus kelupaan membalas.setakat ni adalah peningkatan sedikit susu tapi yang paling saya suka bila melihat warna susunya bertambah krimer seperti penuh dengan khasiat dari vitamin yang saya ambil atas cadangan akak tu.terima kasih..
minggu hadapan baru saya bawa baby untuk injection 5bulan tapi saya dapat rasa beratnya ketara sehingga lenguh juga tangan memegang.dia pun makin nampak sihat,kuat,lasak.alhamdulilah mungkin baby pun merasa khasiat dari vitamin2 tersebut.saya pun rasa badan sihat dan tak mudah penat.terima kasih skali lagi.
saya ingin ulang beli dengan akak set trial B + ESP berapakah harganya termasuk kos penghantaran?suka tupperware akak sebab nanti boleh letak bubur untuk baby pula.lagipun set trial tu mudah untuk saya bawa ke mana-mana.
sekian




Semua ini adalah testimoni yang sempat ibu menaip...jam dah menunjukkan 2.12 am. Nak ikutkan banyak lagi testimoni tapi rasanya tak menang tangan nak taip semua. Bagi yang menghantar testimoni ibu sangat menghargainya. Semoga cerita kalian membantu ibu2 lain terus bersemangat untuk menyusukan anak mereka dengan susuibu. Semoga usaha kalian diberkati dan doa ibu semoga nikmat itu sentiasa bertambah dan berkekalan. Amin.

Akhir kata, macam mana nak dapatkan sagunya kalau  tidak dipecahkan ruyung? Renung2kan bersama.

Salam sayang dari ibu


Thursday, June 24, 2010

Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan.- Huraian yang lebih detail.


Terima kasih buat yang sudi menjadi pembaca blog ibu...terharu untuk mesej2 yang ibu terima dari mereka yang membuat lawatan di blog ibu walau seketika cuma...

Sambungan dari ENTRY semalam yang berkaitan dengan perkara yang boleh mengurangkan penghasilan susuibu...
Ramai yang menghantar mesej tidak kurang dengan email bertanya sebab untuk setiap point yang cuba ibu sampaikan:
1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
  Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.
Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak. Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protein. Protien sangat perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran anak. Jika tak percaya cuba makan telur dengan banyak atau menu yang tinggi protien seperti ayam dan daging. Namun kelemahan yang bakal kita tanggung ialah lemak dari sumber makanan itu boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukkan dan kolestrol apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Sebab kekangan inilah ibu memilih mengambil supplement seperti ESP dan alfalfa as a booster.


2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.
 Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang. Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susuibu itu sendiri akan terganggu.
Bagaimana pula dengan pengambilan ais? Bagaimana ia dikaitkan dengan penyusuan? Orite, part ini ibu belajar dengan bidan. So ibu terima dengan lojik akal. Masa dalam pantang lagi, bidan pesan jangan minum ais tau, nanti susu susah nak keluar. Kena agaknya? Sebab urat akan mengecut maka pengaliran susu akan terganggu. Tidak kurang juga  ramai ibu2 yang selalu mengadu sengal kaki atau sakit2 badan.
Sebab tu kita disarankan minum air suam atau air panas, urat akan mengembang secara langsung pengaliran darah akan lebih lancar.
Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.
3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.
 Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.
Tahukah kalian kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.
Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.
Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.


4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!
Selain itu, dikhuatiri kandungan dalam pemakanan diet itu boleh mengganggu sistem usus anak. Sebab apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak melalui susuibu.

6. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.
Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan...maka sesiapa yang beramal baik pasti mendapat perhatian Allah. Susu berkurang adalah salah satu tanda si ibu kurang berdamping denganNya. Lumrah manusia akan mencari Tuhan apabila dalam kesusahan. Jika susu selalu banyak , manusia mudah alpa dan lama kelamaan akan lahir sifat riak. Ibu sendiri pernah melalui kemerunduman susu tapi sebab bila selalu muhasabah diri maka kita akan pulang ke pangkal jalan. Namun ibu percaya, ibu2 yang sentiasa beramal soleh, mengaji dan mempunyai ruang waktu untukNya, maka nikmat itu sentiasa berkekalan. Zaman sekarang dah terbalik...si ibu punya banyak masa ber FB tetapi tiada masa untuk duduk mengaji. Kita mengadu dengan manusia melalui FB susu merundum walhal mengadu dengan Allah adalah tenpat terbaik kerana dengan izinNya susu itu mengalir, maka dengan izinNya jua susu akan banyak.

Penulisan ibu bukan untuk ditujukan kepada sesiapa namun ini juga mengingatkan ibu sendiri.... jadilah manusia yang sentiasa bersyukur agar Dia akan sentiasa menambahkan nikmatNya pada kita. Amin.

Saya sentiasa mendoakan agar Allah mengampunkan dosa2 ibu yang yang menyusukan anaknya dan semoga Allah memberi keberkatan ke atas setiap rezeki yang kita gunakan untuk menambahkan penghasilan susuibu.
Wassalam.


 

Salam sayang dari ibu


Aca nak omega!


Bila sekali pandang, orang akan kata muka Nasa ikut muka abah dan abang Addin ikut muka ibu...tak kisah lah yang penting kalian memang anak ibu dan anak abah.

Addin dah tujuh tahun ...lagi dua bulan, genaplah Nasa berusia 3 tahun. Seawal usianya dua tahun setengah, dia dah sibuk nak ke Kumon belajar ngan abang Addin. Alhamdulillah nampak perbezaannya...memang dia matang walaupun dia adalah hantu sakat paling dahsyat dalam rumah.

Apa yang Nasa suka buat di rumah?
Nasa akan ambil telefon cordless ibu atau apa sahaja yang boleh dijadikan telefon dan berlagak seolah2 sedang berbual dengan seseorang.... antara dialog Nasa ialah:

1. " Ya, nak order trial pack? berapa? 5....oh ok petang saya pos"....

2. " Oh anak tak selera makan? ooooo kesiannya"

3. "Nak buat order? Nak guna fax ke? Bayar dengan kad kredit?"

Sebenarnya ini adalah dialog yang memang setiap hari ibu keluarkan bila berurusan dengan pelanggan yang ibu kasihi sekalian. Nasa adalah seorang pemerhati and a good listener.


Pernah sekali mamaAna telefon rumah dan dia dengan confident bertanya, "Ya saya, nak order trial pack ke?".
Sehingga macam tu sekali. huahuahua....memang otak biz, kecik2 dah nampak bakat!

Mulut Nasa sangat petah dengan kata-kata dan otaknya juga seligat mulutnya yang petis itu. Ibu rasa inilah kesan Omega guard yang ibu berikan pada Nasa seawal usiannya menjangkau 1 tahun.

Kelmarin sedang ibu sibuk uruskan vitamin untuk abah, Nasa menyapa ibu di dapur...."Ibu, nak omega" . Memandangkan ibu dah beri omega sehari sebelum tu maka ibu memberitahu yang omega dah habis. Lantas Nasa bertanya lagi...."meh tengok botol?". Untuk cover, ibu berikan botol vitamin E yang sudah kosong.... jawab Nasa "Botol ni lain jek ,bu?"... Ibu hanya tersenyum melihat keletahnya yang cerdik itu.

Kerana rasa tak puashati, dipegangnya lagi botol vitamin E itu dan mula menghidu ke dalam botol kosong itu dan bertanya..."Bau dia lain jek bu"
MasyaAllah, cerdik akal punya budak! Dia tahu botol omega memang lain dari lain sebab belum kenal color jadi dia tak tahu nak menyebut. Tapi dia tahu bau omega adalah bau ikan....hahahaha. Jadi sebab taknak mengecewakan anak yang pintar ini maka ibu pun menghulurkan sebiji lagi pada dia dan abangnya Addin.
Tahu apa yang keluar dari mulutnya selepas itu? ..... "Hah, Aca dah agak dah memang ada!"

Ibu masih ingat lagi dirumah auntie Yus raya tahun lepas dimana Nasa dengan muka tak malu meminta auntie Yus sebiji Omega...nasib baiklah auntie Yus tu macam adik ibu sendiri kalau tak...tak tahulah nak tutup macam mana muka ibu...kekekekeke.

Berbaloi juga lah ibu spend duit untuk beli omega bagi kat kalian...alhamdulillah!





Salam sayang dari ibu



Wednesday, June 23, 2010

Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan.

Biasanya sebagai seorang cikgu atau ibu bapa, bila keluar perkataan jangan, maka perkara itulah yang akan kita buat....
"Jangan panjat sayang, nanti jatuh."...jeritan seorang ibu pada anak lelakinya yang sedang memanjat. Bukannya si kecil berhenti tetapi lagi dipanjatnya lebih tinggi.


Lumrah manusia yang suka menentang arus... atau zaman yang dah berubah?

Untuk berjaya dalam penyusuan... cuba ELAKKAN perkara berikut:

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
  Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.

3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.

4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!

6. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.

Akan ibu update dari semasa ke semasa agar ianya menjadi peringatan buat semua ibu yang menyusu agar kalian berjaya sehingga 2 tahun, insyaAllah.


Salam sayang dari ibu


Tuesday, June 22, 2010

Hidup ini bukan untuk bersedih


Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati jadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat yang ada berubah-ubah.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci kepada nikmat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, menolak takdir dan tidak bermanfaat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya daripada syaitan, dan kesedihan itu rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.

Firman Allah SWT, mafhumnya:

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan darimu beban. Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.

(Al-Insyirah: 1-8)



Credits: Aidh Abdullah Al-Qarni. 2005. La Tahzan

Salam sayang dari ibu



Meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun, bagaimana hendak berjaya?


Banyak komen yang positif saban hari ibu terima dari customer yang membeli trial pack terutama set B. Antara ayat mesej yang ibu terima,

"alhamdulillah, saya rasa segar badan tak letih bila balik rumah, susu nampak pekat sangat walaupun belum ada peningkatan dan anak saya minum tak banyak seperti dulu, dia cepar burp...bila cepat kenyang , saya senang buat stok".... Aina, Kedah.

Semalam dalam tengahari ibu menerima mesej dari Ina, Penang.

"Kak, alhamdulillah ada peningkatan dari 2oz kepada 4 oz yang sangat pekat, syukur rezeki Amna dan Anis"

Ina mempunyai dua anak kembar yang berusia satu tahun lebih.... beliau menceritakan kepada ibu sebelum ini susunya cair walaupun telah mengambil supplement dari brand XXX dan sangat berbeza apabila beliau membuat keputusan mengamalkan pengambilan makanan tambahan Shaklee yang ibu syorkan.

Apa yang si ibu akan dapat lalui apabila pengambilan vitamin melalui trial pack?

1. Warna susuibu akan berubah kekuningan atau warna kehijauan. Ianya kesan pengambilan alfalfa dan b complex. Ianya selamat dan INI SEBAGAI TANDA SI IBU PERLU BANYAK AIR.

2. Susuibu akan sangat pekat. Ini kerana pengambilan vitamin akan meningkatkan kandungan nutrisi di dalam susuibu.

3. Si ibu akan segar, tidak mudah letih dan kuat semangat nak meneruskan penyusuan. Sebab vitamin B lengkap dan vitamin C membantu menstabilkan emosi si ibu.

4. Susu mudah terhasil jika pengambilan makanan seharian teratur.

Namun perlu diingatkan cara untuk meningkatkan penghasilan susuibu ialah:

1. Sesi perahan yang konsisten. Jangan memandang ringan untuk mengepam. Inilah yang membantu meningkatkan penghasilan susuibu.

2. Pengambilan air yang banyak. Indicator paling mudah, pastikan warna urin adalah kuning cair bukan kuning pekat.

3. Zikir dan doa serta amalan murah rezeki seperti membaca surah Al Waqiah selalu.

4. Menjaga pemakanan, pengambilan supplement membantu memenuhi ruang kekosongan zat dalam tubuh badan.

5. Istiqamah....inilah yang selalu kita lupa. Istiqamah bermaksud, biar sedikit namun berterusan.


Jika anda merasakan pengambilan alfalfa 2 biji tidak menampakkan kesan, cuba amalkan 6 biji sehari iaitu 2 pagi, 2 tengahari dan 2 malam. Pastikan pengambilan adalah selepas makan dan air adalah banyak.

Mengapa set B hanya didatangkan dengan pengambilan 2 biji sehari?

Ini kerana setiap badan ibu TIDAK SAMA. Rata-rata ibu yang membeli trial pack set B mendapat peningkatan susu walau dengan hanya 2 biji alfalfa as milk booster. Bagi yang tidak merasakan perbezaan penghasilan susuibu, barulah ibu mencadangkan pengambilan 6 biji sehari dengan cara yang ibu nyatakan di atas.

Namun bagi ibu yang mengamalkan 6 biji sehari ibu sentiasa mengingatkan agar mengepam dengan konsisten sebelum bengkak susu berlaku dan ini akan menyukarkan untuk susuibu untuk mengepam dengan lancar.

Bagi ibu2 yang menyusu anak diluar sana...teruskan usaha murni mu kerana pahala besar sentiasa menanti berkat kesabaranmu. Sesungguhnya jangan berkira untuk mengeluarkan duit memberi yang terbaik buat dirimu dan si kecil....duit boleh dicari, penyusuan disarankan hanya untuk dua tahun. Buatlah yang terbaik agar kita tidak terkilan dikemudian hari.

Bagi ibu yang hendak cuba melakukan proses relaktasi melalui cara pengambilan supplement, boleh menghubungi saya melalui email : addinnasa@gmail.com atau telefon saya di 012-8535689.


Coming, next entry:
Adakah minuman coffee boleh menggangu penyusuan? Adakah program slimming menggangu penyusuan? Jawapannya dalam entry esok....

Salam sayang 


Monday, June 21, 2010

"Saya minum soya saya buat sendiri setiap hari.... lebih asli."



"Beza ke kalau saya amik ESP dan minum air soya yang saya masak sendiri setiap hari? Saya rasa sama sahaja malah air yang saya masak lebih sedap lagi dan lebih asli."

Hmmmm... pada saya memang berbeza, malah sangat berbeza!

Saya cuba selongkar semua buku koleksi saya tentang pemakanan untuk mencari kebenaran tentang protien. Akhirnya saya bertemu juga satu buku yang bertajuk Five Basics by Dr. Bruce B. Miller.

Apa yang saya faham...protien terbentuk melalui gabungan 9 molekul asid amino. Ianya sangat sensitif dan mudah terurai jika suhu tinggi. Shaklee menghasilkan ESP melalui proses pengewapan dengan suhu yang dikawal demi menjaga kualiti protien itu sendiri.

Tetapi jika kita sedar...apabila kita memasak air soya, kita akan masak sehingga mendidih. Suhu atau takat didih asasnya melebihi 100 darjah celcius. Kebarangkalian untuk 9 amino asid terurai sangat tinggi...maka protien mungkin terdiri daripada amino asid yang tidak lengkap.

Saya mengambil petikan dari buku yang saya baca...

High quality protien contains the nine essential amino acids in balanced amounts. Low quality protien does not contain these nine essential amino acids in proper amounts. If one essentials acid is missing, the protien is incomplete and it cannot be utilized effectively (by itself) in the body.

A complete low fat protien supplement can provide you with all the nine amino acids in proper balance.At the same time as you reduce the cholesterol and saturated fat in your diet, you can ensure an optimal intake of high quality protien.

Selain itu tertulis dalam buku tersebut, ahli sains mendapati kekurangan protien yang berpanjangan boleh menjurus kepada beberapa penyakit seperti anemia, kidney disease, liver disease, high cholesterol, low blood preassure, low blood sugar, nerve instability, peptic ulcers, poor wound healing, lack of resistance to infection, poor circulation, poor vision, irritability,fatigue, weakness and water retention. A child who consumes too little protien over a prolonged period of time can even suffer mental retardation.


Sebab itu saya dengan yakin mengesyorkan ibu-ibu yang mengandung mahupun menyusukan anak mengambil ESP jika mempunyai kemampuan sebagai makanan tambahan harian kita agar tubuh kita tidak membesar seiring dengan pembesaran anak . Ini kerana ramai teman saya yang menyusukan anak mereka akan kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum melahirkan anak atas alasan mereka perlu makan lebih banyak agar lebih banyak susu diperolehi.

Protien Shaklee adalah non GMO soy :  soya Shaklee adalah soya yang dicuci dengan air, bukan dicuci dengan alkohol dan punya banyak khasiatnya.

Cara penyediaan & Dos Cadangan
Bancuhkan 1-2 sudu besar Energizing Soy Protein mudah larut ini ke dalam segelas susu, jus, air atau apa sahaja minuman kegemaran anda. Goncang sebati.


2.Pengambilan soy protien perlulah diambil dengan air sejuk, air masak biasa atau suam tetapi TIDAK BOLEH dengan air panas kerana akan menyebabkan zat dan enzim protien itu mati.


3. Boleh buat 2-3 kali sehari, selepas breakfast, lunch dan dinner.


Last but not least, using a protien supplement can help us insure we get adequate quality protien each day and still avoid the dangers of too much saturated fat, calories and cholesterol.

Salam sayang dari ibu


Sunday, June 20, 2010

Benarkah wanita kelihatan hodoh selepas melahirkan anak?


Ada beberapa orang yang ibu kenali tidak mahu mempunyai anak atas alasan berikut:
  • Nanti aku gemuk bila beranak, badan tak solid dah...
  • Perut akan buncit...
  • Nipple akan hitam dan hodoh...
  • Perut akan penuh dengan stretchmark ...
  • Pigmentation yang banyak...
  • Keinginan seks berkurang....
  • Muka mula nampak tua ....
  • Buah dada akan lembik dan melayut jika menyusukan anak....
Benarkah ini semua akan terjadi selepas kita melahirkan anak?
Jawapannya: Ya jika kita tidak menjaga pemakanan.

Bagaimana nak mengatasinya?

1. Jika takut gemuk, pastikan si ibu menyusukan anaknya exclusively 6 mths dan lagi bagus sehingga 2 tahun. Penghasilan susuibu itu sendiri akan membantu si ibu membakar kalori dalam badannya. Pengambilan vitamin sekadar cadangan agar badan lebih sihat, pembakaran gula menjadi tenaga, pembakaran lemak melalui pengambilan lecitin dan omega dan membantu dalam mendapatkan metabolisme yang optimum.

2. Bagi mengelakkan perut buncit, pastikan si ibu tidak mengamalkan minuman ber ais dan jangan sesekali mandi selepas makan. Ini antara faktor yang membantu perut si ibu cepat kelihatan buncit.


3. Nipple pastinya akan sedikit gelap dan kawasan earola akan membesar. Melalui kajian ibu sendiri, lagi ramai anak maka lagi gelaplah kawasan earola tersebut. Bagaimana nak mengatasi? Jika berkemampuan, makanlah vitamin E beserta selenium ...kawasan earola akan pulih seperti sediakala dan warnanya akan kembali asal. Ibu dah lakukan ujian ke atas ramai ibu dan mereka mengakuinya.

4. Perut akan penuh dengan stretchmark jika si ibu tidak menjaga pemakanan. Amalkan memakan buah2 yang tinggi kandungan vitamin C. Vitamin C juga dikenali sebagai vitamin yang membantu menghilangkan selulit disamping protien dan b complex.

5. Pigmentation yang banyak...ada ibu2 yang mengalami pigmentation yang teruk terutama di kawasan muka. Bagaimana nak mengatasinya? Pengambilan vitamin C, Vitamin E beserta selenium dan Protien sangat membantu mengurangkan dan menghilangkan pigmentation jika diamalkan dengan konsisten.

6. Keinginan seks yang berkurang selalunya dikaitkan dengan faktor hormon terutama buat ibu yang menyusu. Semasa penyusuan hormon estrogen yang merundum dan hormon prolaktin akan meningkat maka si ibu akan merasa dingin untuk bersama selain kekeringan. Untuk mengatasinya ialah pengambilan vitamin E beserta selenium di samping pengambilan alfalfa yang konsisten.

7. Muka kelihatan tua dari umur atau ertikata lain kelihatan kusam. Ianya boleh terjadi jika si ibu tidak menjaga pemakanannya. Pemakanan yang seimbang sangat membantu ibu2 mendapatkan semula zat yang telah digunakan sepanjang mengandung dan penyusuan. Jika zat ini tidak diganti dengan sempurna, si ibu akan kelihatan kusam, tidak bermaya, lesu , swing mood dan stress serta akhirnya susuibu akan mula merundum kerana si ibu sendiri tubuhnya tidak sustained dengan kesihatan yang sering terganggu.

8. Buah dada akan lembik dan melayut... ini akan terjadi apabila pemakaian coli yang tidak menampung bentuk buah dada itu sendiri selain pemakanan yang tidak seimbang. Makanan yang mengandungi kandungan protien yang baik membantu mendapatkan keanjalan buah dada serta pengambilan alfalfa membantu mencantikkan bentuk buah dada itu sendiri. Namun ini tidak akan berlaku ke atas lelaki yang mengamalkan pengambilan alfalfa.

dan akhirkata:
Melahirkan anak adalah satu tuntutan dalam agama kerana meramaikan umat... dan mendapat pahala meramaikan umat nabi Muhammad. Kecantikan itu bersifat subjektif namun kita boleh berusaha ke arah kecantikan. Bak kata orang kecantikan adalah milik setiap insan.

Salam sayang dari ibu




Saturday, June 19, 2010

Baru berkesempatan menjawab Oggix.com


Terdahulu ibu memohon kemaafan kerana lambat reply semua titipan mesej di kotak oggix....alhamdulillah hari ini baru berkesempatan.

Anyway, terima kasih buat yang sudi meninggalkan jejak dalam kotak itu.

Salam sayang dari ibu



Testimoni ESP + Set B


Sekadar perkongsian bersama. Seronok bila membaca semua testimoni mereka yang mengambil set B dan ESP...antara lainnya:

testimony Puan Ruzimah..more info kat blog dia..
· ~ sebelum pakai set ni, baby annisa ada some rashes at her groin area, and montot, tapi sekarang rashes tu berkurangan..saya tak pasti disebabkan cream bepanthen yang saya pakai atau vitamin nie...(tapi sebelum ni pun saya apply cream tu juga..and the rashes still there..:-)
· Susu makin pekat.yes this one obviously seen. saya ada buat comparison EBM before and after I took the supplement..
· Sistem penghadaman SAYA lebih lancar dan teratur..hehehe yang ni saya suker sangat..coz saya ni memang ader masalah penghadaman..kadang2 seminggu sekali pun ada, tapi sekarang hari-hari nak BO (bowel Open)..hehe mak kita kata orang pempuan tak elok selalu sembelit...;P
· ESP tu pun bagus jugak..coz lepas pump malam2 senang saya membancuh milo + ESP, barulah saya tidur lena..kalau tak laparrrrrrr more info kat blog nye...

testimony Puan Hadha a.k.a mommy Icha..more info kat blog dia..
· ~ macam saya sendiri, lepas dua hari mkn ESP and Trial pek… efek pada icha (ruam hilang), dan lepas 4, 5 hari baru susu rasa banyak dan berubah warna (sebab saya jarang pam masa mula2 tu

testimony Puan Nani....
juz nk kgsi pglman ambik trial set b dan ESP ni selama seminggu.. memg berbaloi coz kesan die kite npak. one day,my bebi kna inject 3month. so,mlm 2 die nk dmam. i trus je amk 2biji vtmin c seperti yg dnasihatkan oleh kak cery..,bfeed my bebi... esknye,my bebi xjdi dmam n trus je kebah. bab susu lak,memg npak mkin pekat. bebi pn x nyusu lama2. maybe cepat kenyang... satu hal lg,kulit bebi i ni mcm kering tau,, ada mcm kuping2. now,semua 2 dh hlang. opah die ckp,kulit die npak lembab dah...
susu pun maintain n ckup for my little princess!!! memg puas hati la setakat ni wlwpun bru je smgu ambik produk ni.... i xsbar nk tgu perubahan2 yg akn dtg. kpda ibu2 d luar sana,xcuba xtahu kan... so,apa tgu lgi... xrugi melabur rmxx utk yg tersyg n dri sndri... semoga niat suci kite semua yg nk bfeed ank diberkati Tuhan. amin... ( si nani ni dahpun amik 1 canister ESP..utk meneruskan perjuangannya..hehe)

testimony Puan Farah
~ morning kakcery..soy protein tu sedap sangat..siang tak penat sangat.

AlongAzrina a.k.a....mamaAna

saya pon nak bagi testimoni walaupun saya jual shaklee. Sejak mkn ESP saya rajin membuang keekekek. Kan kadang2 vit B buat saya sembelit so bila mkn ESP mudah. Saya fully CD untuk Aisyah 1thn 4bln, suami saya tentera, saya uruskan semua hal dapur, kete rosak pon saya pi workshop sendiri, peti ais rosak pon saya antar sendiri kat kedai semua sendirilah sbb tu saya perlukan suplemen untuk jadi BIONIC WOMAN. Memang berkesan. Cuma susu saya kejap UP and DOWN tapi masih ada perubahan sbb saya mmg bz 25 jam dengan anak2 ppuan saya yg ganaih cam askar(cam bapaknya la). YES, trial pack set B+ESP+Performance Drink buat hidup saya lancar, saya dah kurang moody, stress, emosional, kadang gelak sorang2 hahahaha sbb rasa happy pastu hubungan suami-isteri bertambah intim. Thanks SHAKLEE!.


kredit untuk sahabatku: Chery.

Kesimpulan dari testimoni:
Jika kita sentiasa berdoa dan berfikiran positif, segala usaha yang kita letakkan pasti membuahkan hasil. Percayalah.

Mengapa ESP tiada trial pack?
Memang dahulu Shaklee mempunyai ESP yang dijual dalam bentuk kotak dan peket...namun kerana sambutan ke atasnya rendah berbanding ESP sekarang dalam bentuk canister, ia tidak lagi terdapat dalam pasaran.
Mengapa ibu tak nak buat ESP trial untuk bagi ibu2 rasa?
Ibu memang boleh sediakan... tetapi harganya pasti mahal dan lebih baik membeli satu canister.
Namun ESP percubaan untuk 3 hari dengan harga RM20 tidak akan menampakkan apa2 kesan yang diharapkan. 

Supplement perlu masa untuk sesuaikan dan mendapat kesan yang optimum.


Next Entry : Benarkah wanita kelihatan hodoh selepas melahirkan anak?

Nantikan entry yang akan terbit esok!

Salam sayang dari ibu



Friday, June 18, 2010

Polisi untuk siapa?


Pernah ibu bersembang dengan abah mengenai polisi....dan apa yang ibu coretkan ini tiada kaitan dengan sesiapa atas perkaitan apa jua sekalipun, maka jangan membuat kesimpulan dengan hati yang buta. Sekadar perkongsian secara sihat untuk kita memahami apa itu polisi.

Apa itu polisi?
Polisi membawa maksud rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan atau dasar.
2. Dokumen yang mengandungi kontrak insurans atau syarikat.

Mengapakah polisi itu wujud? 
Secara amnya polisi itu wujud atas agenda tertentu.

Perlukah kita terikat dengan polisi?
Seandainya kita telah bersetuju dengan hati yang tenang dan fikiran yang waras maka polisi perlu dipatuhi.

Dengan ertikata lain, selagi individu itu boleh "tolerate" dengan polisi tersebut maka selagi itu ia perlu mematuhi segala asas polisi. Manusia ini akan mematuhi polisi yang ditetapkan apabila polisi itu tidak melampaui had batasan sempadan individu itu.

Sebagai contoh mudah:
Seorang teman abah yang bekerja dengan syarikat minyak S**** telah berhenti dari pekerjaannya kerana  merasakan gaji 4 angka yang diterimanya tidak setanding dengan usahanya. Beliau mencari pekerjaan yang selari dengan minat dan kehendak jiwanya. Maka peletakkan jawatannya membawa maksud bahawa beliau sudah tidak boleh lagi bertolak ansur dengan polisi syarikat. Polisi itu mungkin telah melampaui had batasan yang boleh di " tolerate" oleh beliau maka sebab itu beliau keluar dari polisi tersebut.

Bagi kawan-kawannya yang masih bekerja dengan syarikat tersebut bermaksud mereka mereka masih boleh  " tolerate" dengan polisi tersebut dan polisi itu tidak melampaui had batasan yang boleh di "tolerate" oleh mereka.

Namun pendapat ibu secara peribadi, seandainya polisi itu mempunyai kewajaran untuk dipatuhi demi kebaikan tanpa melampaui had batasan yang mampu kita pegang, ianya tidak salah sama sekali untuk dipatuhi. Sebaliknya jika polisi itu tidak membawa apa2 manfaat pada diri kita sebaliknya hanya kebaikan dan kepentingan peribadi sesetengah pihak, maka kita punya hak untuk tarik diri dari polisi tersebut.


Jujurnya ibu hanya terikat dengan polisi kerajaan sahaja...dah kerja ngan gomen....




Salam sayang dari ibu


Thursday, June 17, 2010

Doa yang membantu penyusuan?


Sesungguhnya sekarang menunjukkan jam 3.10 pagi, namun ibu masih tegarkan mata ini untuk membaca email2 yang dikirim...ibu cuba sedaya upaya tidak mahu menghampakan setiap kiriman email yang ibu terima. Terima kasih kerana sanggup berkongsi setiap cerita kehidupan yang unik yang dilalui oleh setiap ibu.
Sambil menaip entry ini ibu mendengar Zikir Asmaul Husna...hati ini merintih kesayuan apabila mendengar zikrullah ini kerana waktu yang sama ibu teringatkan arwah abah ibu...dikala ini masa hayatnya,selalunya akan dikejutkan ibu untuk bangkit menunaikan tahajud.

Abah ibu kata...selalunya manusia akan lebih ingat kepada Allah apabila ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan atau apa jua yang mengganggu perjalanan hidupnya seorang manusia. Jarang sekali manusia itu akan selalu mengingati Allah dikala manusia itu senang apatah lagi apabila mendapat kenikmatan dan kesenangan.

Hakikatnya bukan mudah kita dapat menitiskan air mata untuk mensyukuri nikmat yang kita dapat namun dengan mudah kita menitiskan air mata apabila kita dirundung malang...lumrah manusia.

Setiap manusia mempunyai dugaan dan ujian yang perlu dilalui demi membuktikan cinta dan kasihnya manusia itu kepada pencipta yang Agung, Allah s.w.t. Namun bagi ibu kepada Allah tempat terbaik ibu luahkan dan meminta apa yang ibu hajatkan.

Ibu yakin dengan doa...kerana doa itu dapat mengubah seseorang.

Ibu belajar untuk yakin dengan doa sejak umur 14 tahun. Waktu itu ibu masuk pertandingan bersyarah...abah tanya nak menang tempat ke berapa? Ibu dengan yakin menjawab....dapat tempat kedua pun ok dah. Bila ibu menang tempat kedua, cikgu ibu peluk ibu dan berkata, tahniah Norita, sayang betul sebab beza markah awak dengan juara hanya 1 sahaja.

Seketika ibu diam...termangu. Beza 1 markah? Alangkah baiknya kalau aku minta tempat pertama kan? Subahanallah Allah Maha Mendengar...ibu dapat seperti yang ibu hajatkan dan apa yang ibu yakinkan. Sejak dari itu ibu mengubah fikiran ibu menjadi seorang yang positif. Adakala yang mustahil juga ibu tetap fikir yang baik dan memang apa yang kita fikirkan itu menjadi satu doa apabila kita hampir denganNya.

Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...

Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anaknya....jika dilihat dari sudut kebesaran Allah... dengan izinNya, keluar air dari badan manusia yang bergelar ibu itu yang dipanggil susuibu. Kita disarankan menyusukan anak sehingga dua tahun bermakna dengan kebesaranNya jua susuibu itu memang boleh terhasil selama yang telah disarankan dalam kitab.
Namun semakin uzurnya dunia, makin ramai manusia yang tidak yakin dengan kebesaran Allah.
Mungkin kerana manusia hari ini terlalu sibuk dengan tuntutan dunia maka tuntutan rohani itu terabai akhirnya.

Walaubagaimanapun Allah Maha Penyayang, ditemukan ibu dengan ibu2 yang hampir mengalah ini.... ibu selalu berpesan:

Supplement atau makanan tambahan ini adalah makanan jasmani semata2...
Makanan rohani tidak boleh diabaikan sama sekali. Doa dan keyakinan yang kuat sangat membantu si ibu itu untuk terus berjaya menyusukan anaknya.
Zikrulah dan mengaji surah2 yang menjadi amalan nabi sangat digalakkan.
 Ini membantu memberi rasa tenang dalam hati dan fikiran kita. Dalam kesibukan dengan kehendak dunia, cubalah mencari masa untukNya. Apabila kita dekat denganNya, insyaAllah segala kesulitan dapat diatasi.

 Ada ibu2 yang dulunya susunya meriah..tetiba merundum. Tak bermakna Allah tidak sayang pada kita, TETAPI kerana SAYANG la Allah menguji kita agar kita lebih mengingatiNya dan supaya kita menjadi makhluk yang bersyukur.

 Percayalah....berapa ramai ibu2 yang merasakan nikmat susunya meningkat semula apabila pengambilan supplement itu diringi dengan pendekatan kerohanian.

Pernahkah terlintas di akal fikiran kita....memohon kepadaNya:

"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku."

Dengan izin Allah, sedikit susuibu boleh membuatkan anak kita mudah kenyang....ini yang ibu amalkan selama ini. Supplement membantu kepekatan susu dan doa membantu mencukupi keperluan si anak tadi.

Ibu yakin jika ibu2 yang menyusukan anaknya berpegang dengan doa ini, hati si ibu akan turut tenang serta secara langsung membantu dalam pengeluaran susu yang akan datang.


Last but not least, mari kita baca testimoni terbaru mengenai ESP dari Azrinna. Inilah berkat kesabaran beliau dengan supplement dan doa.

Sebagai penutup entry ini yang mungkin sedikit sentimental...namun ingin ibu kongsikan satu lagu dari Ungu: lagu ni buat ibu menangis bila pertama kali ibu mendengarnya.

Ungu ~ ANDAI KU TAHU

Filed under: U
download

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Salam sayang dari ibu






Wednesday, June 16, 2010

7 Sebab ?




Kita memerlukan lebih daripada 40 jenis zat makanan untuk kesihatan tubuh yang baik. Namun tidak terdapat sejenis makanan yang dapat membekalkan ke semua zat makanan yang diperlukan. Pilihan makanan harian kita perlu merangkumi roti dan bijrin lain, buah buahan , sayur-sayuran, produk tenusu dan maknan protein lain seperti daging, ayam, ikan dan sebagainya.

Persoalan yang kerap ditanya: Perlukah saya mengambil pemakanan tambahan sedangkan saya sentiasa mengamalkan diet yang seimbang yang mengandungi jumlah protein , karbohidrat , lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi?
Untuk mengenepikan keraguan ini, disenaraikan 7 alasan mengapa kita perlu mengambil makanan tambahan walaupun kita telah mengamalkan hidangan harian yang seimbang.

1. Sesetengah zat makanan contohnya vitamin E dengan dos yang diperolehi dari makanan tambahan memberikan kebaikan kesihatan yang lebih berkesan. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin C membantu mencegah ataupun melambatkan penjelmaan sesetengah penyakit-penyakit teruk seperti penuaan awal, selaput mata, rheumatoid arthritis dan diabetic.
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi vitamin dan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tumbuh di tanah yang subur dan kaya dengan zat makanan. Di samping itu racun perosak , racun serangga , racun tumbuhan dan bahan pencemar yang lain juga mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Zat-zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan , penyimpanan dan penyediaan. Vitamin2 tertentu seperti vitamin C dan enzim akan mudah musnah oleh haba semasa dimasak. Buah-buahan seperti epal mulai hilang kandungan Vitamin C sebaik sahaja ianya dipetik.
4. Pengambilan minuman keras, merokok, ubat-ubatan , laksatif dan antibiotic mengganggu penyerapan zat makanan. Pengamalan diet yang tinggi kafien , lemak , kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
5. Kita biasanya makan mengikut rasa dan bukan asas pemakanan. Contohnya makan nasi lemak sebagai sarapan pagi dan roti canai semasa minum petang. Kita sentiasa makanan oleh kerana kita lapar ataupun kita bosan atau demi memenuhi ketagihan atau kepuasan terhadap sesetengah makanan. Kita jarang makan kerana kita memerlukan zat makanan tertentu.Pengambilan minuman ringan (soft drink) menjadi satu trend pada hari ini. Begitu juga dengan semua makanan segera yang terkenal dan kini disogokkan dengan pelbagai mainan agar anak memujuk kita membeli yang mana makanan ini sangat tinggi kandungan lemaknya.
6. Memakan makanan seperti hotdog, stik, burger menjadi semakin popular terutamanya bagi masyarakat bandar. Dengan adanya semakin ramai kaum ibu yang bekerjaya, usaha untuk memperolehi tiga hidangan masakan rumah menjadi semakin sukar. Makanan yang dijual diluar biasanya rendah dengan nilai makanan, sedangkan kandungan MSG( monosodium glutamate), garam dan lemak adalah tinggi. Ini meningkatkan lagi kejadian kes diabetic, kanser dan jantung.
7. Seandainya anda mencari2 pemakanan tambahan tetapi tidak tahu bagaimana, Shaklee dapat membantu anda memperolehi kesihatan secara menyeluruh sepanjang hayat anda. Berdasarkan kepakaran dan teknologi proprietary selama lebih 40 tahun, Shaklee mempunyai pelbagai jenis produk pemakanan yang boleh anda pilih untuk memenuhi keperluan zat makanan anda.

Salam sayang dari ibu

Tuesday, June 15, 2010

Gambaran lebih jelas?




Inilah contoh pakej yang ibu tawarkan khas untuk 4 hari sahaja. Di dalam kotak hadiah ini disertakan premium gift sekali. Terima kasih kepada yang membuat pesanan hari ini. InsyaAllah kalian akan menerima barang pesanan esok.



Salam sayang dari ibu



Kenapa susu saya makin sikit bila makan vitamin?

"Tolonglah saya, kawan bagi tahu tak boleh minum air banyak sangat nanti kecairan nutrien dalam badan secara langsung efek pada susu saya...tapi akak N kata kena minum banyak air jika amik vitamin. Mana yang betul ni?"

Penyataan yang dikeluarkan oleh teman kepada yang menghantar email ini...

"tak boleh minum air banyak sangat nanti akan berlaku kecairan nutrien dalam badan "

Statement ini BETUL pada keadaan individu yang tidak mengambil APA-APA supplement.

Namun jika anda seorang pengamal supplement, badan anda memerlukan lebih banyak air dari kadar biasa...bermaksud lebih banyak air lebih baik agar vitamin tadi dapat disalurkan ke dalam tubuh secara menyeluruh dan lebih baik.
Ibu mendapat panggilan dari auntie Ina yang berada di Penang, beliau mengakui beliau mengamalkan minum air sebanyak 6 liter sehari kerana apa yang beliau belajar selama mengambil produk kesihatan H****L***, air perlu banyak supaya badan dapat me-nyah segala toksin dan vitamin dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Beliau berkata ingin mencuba produk Shaklee kerana ingin mendapatkan kesihatan yang optimum.

Namun ini tidak bermaksud ibu meminta semua pengamal vitamin meng "consume" 6 liter air setiap hari, memadai lebih dari 2 liter adalah penyataan terbaik dapat ibu berikan.

Bagaimana saya nak tahu air cukup untuk badan saya setelah mengambil vitamin?
Indicator terbaik boleh kita lihat sama ada kita kurang air atau cukup air ialah dengan melihat warna urin. Jika terlalu kuning maka bermaksud terlalu kurang air. Memang betul pengambilan vitamin B complex akan membuatkan urin kita bewarna kuning namun itu juga sebagai satu tanda bahawa badan perlukan lebih air.

Mengapa selepas amik supplement susu saya berkurang?
Ianya boleh berlaku jika PENGAMBILAN AIR YANG KURANG dan tidak selari dengan vitamin intake.
Jika dahulu tanpa pengambilan vitamin mungkin boleh dapat sekali sesi ialah 4oz, suddenly lepas amik supplement, production per sesi ialah 2 oz....ini boleh berlaku kerana pengambilan vitamin akan membuatkan darah kita lebih pekat. Maka jika sebelum ini si ibu dapat 4 oz namun jika diperhati betul2, susu itu adalah sedikit cair berbanding dengan 2 oz selepas amik vitamin dan ianya kelihatan SANGAT PEKAT.

Ini bermakna si ibu perlukan lebih air untuk memastikan susunya lebih banyak.
Sangat penting pengambilan air yang banyak untuk memastikan badan kita sihat dan dapat menyerap segala vitamin yang diambil dengan baik.

Tanda kekurangan air antara lain ialah:

1. Kerap sakit kepala
2. Muka berjerawat
3. Senang moody dan susah hati.
4. Badan senang sakit2.

Semoga entry ini membantu ibu2 yang mengambil supplement memastikan pengambilan air yang cukup demi kesihatan diri dan keluarga tersayang.

Salam sayang dari ibu