Sunday, May 30, 2010

Mana yang lebih baik, Protin@ ESP atau Alfalfa?


Selepas cerita Kak Nadiah ibu publish kelmarin, handphone ibu tidak sunyi dari bunyi mesej yang sentiasa bertanya mengenai ESP...antara soalan yang diajukan ialah:


1. ESP tu apa ya?
2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
3. Berapakah harga ESP?
4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
6. Apakah rasa ESP?
7. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protin ke?

Dengan senang hati ingin ibu kongsikan jawapan kepada persoalan di atas ini agar segala kemusykilan bagi yang baru mengenali ESP Shaklee akan terjawab...

1. ESP tu apa ya?
ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protin. Ia adalah protin soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti susu, milo atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protin itu sendiri.

2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
Protin sangat perlu untuk pembentukkan sel. Kandungan susuibu mengandungi protin dan pengambilan protin menggalakkan lagi penghasilan susuibu. Alfalfa turut mengandungi protin namun ada kadar yang minimum.
Kedua-dua bangus untuk membanyakkan penghasilan susu namun balik kepada budget masing-masing. Ada yang mengambil kedua2nya, tidak kurang yang mengambil salah satu sahaja.

3. Berapakah harga ESP?
Harga ESP bagi semenanjung termasuk postage ialah RM131 manakala bagi Sabah Sarawak ialah RM144.
 
4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
Jika si ibu mengambil 2 sudu besar sehari , ia boleh bertahan antara 1.5 -2 bulan untuk satu canister.
 
5. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
Individu yang mempunyai masalah diabetes tidak digalakkan mengambil ESP ini.
 
6. Apakah perasa ESP?
ESP Shaklee berperasa Soya.

7. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
 InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, penghantaran adalah 1-2 hari bekerja.

8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protin ke?
Boleh mengambil kedua2nya jika berkemampuan. Jika tidak boleh memilih salah satu mengikut budget individu.

Untuk mendapatkan lebih pengetahuan tentang kebaikan ESP...boleh klik SINI.

Salam sayang dari ibu



Friday, May 28, 2010

Kak Nadiah dapat 12 oz untuk satu sesi mengepam!

Kak Nadiah adalah seorang yang bekerjaya...pernah ibu coretkan testimoni beliau dalam post mengenai menstrual. Beliau adalah salah seorang exclusively pumping mothers. Walaupun banyak kerja luar berbanding pejabat , ini tidak menjadikan beliau mengalah untuk terus mengepam demi si comel yang tersayang. Ini mesej terbaru yang ibu terima dari kak Nadiah yang ibu terima jam 9:31am:

Salam N, tak sabar akak nak bagitau...malam tadi before tido akak amik ESP mcm N bagitau tu...pukul 2pg tadi masa mengepam ...subhanallah! terkejut akak.... 12 auns..tak pernah dapat banyak macam tu...pukul 6 pagi tadi pam lagi dapat 9 auns, still banyak dari biasa...dan memang anak akak cepat kenyang dan susu lebih pekat....so akak asingkan 3 auns untuk dia minum...so , 2 kali pam tu aja dah dapat buat 15 auns stok...dan yang menakjubkan AKAK BARU MINUM ESP 1 SUDU! Syukur boleh buat stok banyak-banyak untuk pose...really work it dan lebih manis lagi ia berlaku dalam menstrual...so akak notice ambil alfalfa 3 times, set trial pack tu dan ESP betul2 buat susu akak banyak dan berkualiti...nampaknya N akan regular customer la...hehehe...thanks N....

Boleh email kak Nadiah bagi mereka yang ingin bertanya lebih lanjut pengalaman beliau ini di nadeeyya_kk@yahoo.com.

Salam sayang dari ibu


Bagaimana menaikkan penghasilan susu yang merundum?

Benarkah supplement boleh membantu menaikan semua penghasilan susu yang telah merundum? Secara peribadi pada diri ibu, it really works. Mungkin kerana ibu memberi direct feeding pada anak2 ibu. Maka pemakanan banyak membantu untuk badan ibu sentiasa sihat, bertenaga dan bersemangat. Ibu pastikan ibu  minum protin 2-3 kali sehari dan makan semua vitamin yang boleh membantu badan ibu bertenaga , gembira dan sihat adalah cara untuk ibu menaikkan semula penghasilan susu yang merundum. Ibu lalui saat yang sukar apabila menetap di KL tahun lalu. Mungkin kerana tidak dapat menerima situasi baru membuatkan ibu stress dan susu mula down. Ibu notice apabila Nasa tidak dapat tidur nyenyak mungkin kerana susu yang tidak dapat memberi keselesaan padanya serta kekenyangan yang kurang. Maka pengambilan supplement yang betul sangat membantu ibu.

Bagaimana bagi ibu yang bekerja ataupun exclusively pumping? Jawapan teori ibu ialah:

Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul  +  Pemakanan yang teratur dan seimbang  +   Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari  + Supplement + Keyakinan dan semangat yang berterusan + Gembira serta berfikiran positif = Menghasilkan susu dengan jayanya.

Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul.
Ini membantu stimulasi sentiasa berlangsung dan penghasilan susu yang berterusan akan berlaku. Konsisten bermaksud sentiasa melakukan sesuatu itu dengan istiqamah...biar sedikit tetapi perlu berterusan. Teknik yang betul pula dikaitkan dengan memastikan si ibu itu mengepam dan memastikan sehingga payudara benar-benar kosong. Adakah jenis pam mempengaruhi penghasilan susu? Ada pendapat mengatakan pam yang memberi rasa keselesaan pada si ibu membantu menghasilkan susu dengan lebih baik. Ini kerana pam yang selesa tidak akan membuatkan si ibu rasa sakit semasa sesi mengepam dan ini akan melancarkan pengaliran susuibu dengan mood yang tenang dan gembira. Pam tidak semestinya berharga mahal ...memadai memberi keselesaan pada si ibu.

Pemakanan yang teratur dan seimbang.
Sangat penting bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu memastikan pengambilan makanan yang teratur dan seimbang. Bermaksud si ibu tidak boleh sama sekali skip daily meal. Daily meal perlulah mengandungi lengkap semua keperluan vitamin demi memastikan susu yang dihasilkan penuh dengan nutrisi yang seimbang. Ada ibu2 yang mempunyai perasaan takut akan gemuk jika makan sedangkan proses penghasilan susuibu itu sendiri membantu pembakaran kalori dari tubuh ibu.

Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari  
Pengambilan air sangat membantu penghasilan susu dengan baik. Namun masih terdapat ibu2 yang bekerjaya yang malas untuk menggantikan air dalam tubuh mereka atas alasan malas untuk ke tandas. Badan ibu akan mudah kekeringan (dehydrate) apabila terlalu terdedah dengan matahari (terutama mereka yang kerja luar dan terdedah kepada panas) serta mereka yang terlalu terdedah kepada kesejukan. Berapa banyak air yang perlu diminum? Bergantung kepada badan si ibu dan yang pasti minima ialah 2 liter.

Supplement
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengamalkan pemakanan tambahan untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. Jika kita boleh pastikan makanan harian kita mengandungi 500mg vit C , kalsium dan magnesium, segala zat dalam multivitamin dan healthy life style...maka golongan ini tidak memerlukan vitamin. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, supplement sangat digalakkan.
Supplement hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian. Jika si ibu adalah berbadan besar tidak bermakna si ibu itu sihat. Some goes to thin mother. Supplement asas yang perlu untuk badan si ibu sustained dan sihat ialah : multivitamin, b complex , vitamin C dan protin . Pengambilan protin boleh digantikan dengan alfalfa kerana kandungan alfalfa turut mempunyai protin namun pada kuantiti yang minima. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang selari agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik sekali.

Keyakinan dan semangat yang berterusan
Pembacaan yang banyak dan ilmu yang luas dapat membantu si ibu terus berkeyakinan dan semangat berterusan. Berkawan dengan ibu yang turut menyusukan anak juga menjadi pemangkin untuk si ibu terus bersemangat untuk menyusukan anaknya. Banyakkan berzikir kerana ini antara yang dapat menghidupkan rohani dan secara langsung kita dijauhkan dengan sifat malas atau mengalah.

Gembira serta berfikiran positif 
Jika si ibu itu memastikan pengambilan makanannya mengandungi cukup vitamin B atau lengkap dengan semua vitamin B , insyaAllah si ibu itu akan sentiasa gembira dan berfikiran positif. Ada kajian yang mendapati ibu yang mudah mengalah, cepat marah, mudah mengamuk, sensitif dan mudah penat dan sakit adalah mereka yang KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX di dalam tubuh mereka.  B complex tidak akan menggemukkan sebaliknya ia membantu si ibu itu maintain dan lebih nampak cantik serta berseri.


Akhir kata; berkawanlah dengan mereka yang menyusukan anak kerana ini membantu menaikkan semangat si ibu untuk terus menyusu. Abaikan mereka yang cuba merosakkan keyakinan anda untuk terus berjaya dalam penyusuan. Jangan mengalah...lalui semua cabaran dengan tenang kerana pahala yang banyak tersedia untuk ibu yang terus sabar dan berusaha untuk berjaya.

Salam sayang dari ibu

Thursday, May 27, 2010

Are you commited in your breasfeeding journey?





I like to share this picture....
I took the decision to breastfeed my 1st child, Addin even before he was born. I took that decision even before I knew the challenges that I will face. Although I had gone through the challenges, I still continue breastfeeding my 2nd child, Nasa. The day I say …”I will” to breastfeeding, not “I try”. A mindset that helps me to go through unique experiences in breastfeeding both my “hero”.


For career mothers especially for the exclusively pumping mothers, consistent pumping session is necessary and important. It actually helps to stimulate milk production during the day.



How frequent should we pump? The answer ... the more the better. There are mothers who had their pumping session every two hours, some every four hours and have a consistent six times a day pumping.
Let’s ask this question ....”Can we do the pumping session if we does not subscribe to a well-balanced diet?” A young mother might still be full of energy and faced no problem but how about those who had given birth to more than a child? More pumping session would make the mother more tired if there isn't a balanced diet.


A breastfeeding mother needs a balanced diet to help her stay energized and be productive. With the current environment and modern lifestyle that we are living now, it is almost impossible that we can subscribe to a well-balanced diet. Thus this is where food supplement come into picture … to supplement our “not so balanced diet”.

To my experience, a balanced diet and regular supplement intake really helped me in successfully feeding both my children. Mental preparation is also necessary and important to succeed in the breastfeeding journey.

 So, back to the picture... which one are you? Are you a mother with the "I Try" or are you with the "I Will" sign.



The answer is in your hand....

Last but note least...Do you want to be better? 
Do you want me to share with you on Shaklee supplements which really help me a lot to be succeeded in breastfeeding? Why not have a try on our Trial Pack set B and feel the different...

Happy breastfeeding!

Salam sayang dari ibu





Wednesday, May 26, 2010

Benarkah menstrual menjejaskan penyusuan?


Ada beberapa teman ibu menjadi susah hati apabila kehadiran menstrual semasa penyusuan...

Benarkah kehadiran menstrual mengganggu penghasilan susuibu?

Benarkah kehadiran menstrual menyebabkan penghasilan susuibu berkurang?

Benarkah kehadiran menstrual membawa maksud penyusuan akan berakhir?


Apa yang akan ibu coretkan adalah melalui pengalaman ibu sendiri yang menyusukan anak dan melalui menstrual sebaik sahaja berakhir darah nifas. Adakah menjadi kerunsingan pada ibu apabila kehadiran menstrual sebaik sahaja habis nifas? Jujurnya ibu pada waktu itu yang tiada pengalaman langsung terus menghantar mesej kepada Dr Rolland Mattu iaitu doktor yang bertanggungjawab menyambut kelahiran Addin dan Nasa.

" Doctor is it normal menstrual saya datang after 30 days delivery my baby?" ....mesej ibu kepada tuan doktor.

Selepas beberapa minit kemudian barulah doktor menjawab...bahawa setiap wanita tidak sama dan kemungkinan kehadiran menstrual sama ada awal lambat adalah bergantung kepada diri individu itu sendiri.


Ibu adalah wanita yang melalui menstrual setiap bulan selepas kelahiran anak2 ibu walaupun ibu menyusukan sepenuhnya anak2 ibu dengan susu badan. Jika benarlah menstrual mengganggu penghasilan susuibu, penghasilan susuibu berkurang dan sebagai tanda penyusuan akan berakhir....    maka tiadalah ibu berjaya menyusukan Addin sehingga 3 tahun dua bulan dan Nasa dua tahun setengah.

Bagaimana untuk memastikan kehadiran menstrual tidak menjejaskan penghasilan susuibu? Setelah melalui pengalaman penyusuan dengan jayanya dengan dua wira ibu iaitu Addin dan Nasa serta melalui beberapa pembacaan ibu...antara yang boleh dilakukan oleh si ibu demi memastikan penyusuan dapat diteruskan dengan baik sepanjang proses menstrual ialah:

1. Pastikan pengambilan makanan  yang seimbang: pastikan dalam menu harian mempunyai kalsium , protin, b complex yang mencukupi. Pengambilan makanan kegemaran sangat membantu penghasilan susu yang hebat.

2. Pengambilan air yang tidak kurang dari 2 liter.

3. Melakukan sesi mengepam yang teratur (bagi ibu yang tidak dapat melakukan direct feeding atau ibu yang bekerjaya).

4. Berterusan melakukan amalan sunat iaitu berzikir Ya Matin semasa penyusuan dan sesi mengepam.

5. Pengambilan supplement tertentu bagi membantu si ibu sustained.


Sebenarnya ramai ibu yang melalui ketidakstabilan hormon semasa kedatangan menstrual. Kejayaan penyusuan hakikatnya memerlukan keseimbangan rohani dan jasmani. Zikir masih boleh diteruskan walau kita di datangi menstrual. Ianya membantu rohani kita tenang dan sentiasa bertawaduk serta istiqamah.

Ramai yang membaca di forum dan banyak kenyataan yang dikeluarkan bahawa menstrual menjejaskan penghasilan susuibu. Apabila ibu2 yang belum di datangi menstrual membaca penyataan tersebut maka secara langsung ianya akan tersimpan di dalam minda bawah sedar si ibu tadi. Apabila si ibu itu telah didatangi menstrual maka apa yang tersimpan di dalam minda bawah sedar   tadi akan terus tersimpan di dalam minda sedar si ibu.

Si ibu akan mempunyai satu pemikiran yang secara automatik akan memberi kesan kepada seluruh tubuh. Secara langsung ini akan mengganggu penghasilan susuibu tadi. Akal ialah tempat kawalan ke semua pergerakan serta tubuh manusia. Apabila seseorang itu berpegang kepada minda yang negatif maka ianya secara automatik akan mengganggu penghasilan susuibu. Namun jika si ibu itu sentiasa positif insyaAllah penghasilan susu tidak terjejas.

Testimoni:

Ibu menerima panggilan telefon dari customer ibu yang lebih selesa ibu panggil Kak Nadia. Beliau adalah seorang expressing pumping mother. Beliau telah mengambil trial pack dalam seminggu. Kak Nadia menelefon ibu kerana terkejut dengan kehadiran menstrualnya tanpa disedari. Kak Nadia memberitahu bahawa hasil pumpingnya merundum menjadi 4 oz semasa sesi mengepam pagi itu. Ibu telah menasihatkan Kak Nadia agar berfikiran positif. Beliau meluahkan rasa takutnya apabila teringatkan kata2 dalam forum yang mengatakan bahawa menstrual menjejaskan penyusuan. Namun ibu meminta kak Nadia tenang dan mengambil tambahan 2 biji B Complex lebih dari pengambilan hari biasa agar Kak Nadia sentiasa tenang dan positif. 
dan.....inilah mesej dari Kak Nadia petang semalam:


" N syukur alhamdulillah...tadi lepas makan tengahari akak telan 2 biji alfalfa dan setelah cakap dengan N , feel akak ok balik dan akak try think positif bahawa menstrual takkan dropkan susu akak.... dan walaupun akak belum makan b complex... syukur ... really work it..... back to normal. Pukul 2 tadi dapat 7oz. Betullah cakap N... mood yang ok , positif minda dan boost dengan alfalfa really help me.. really2 thanks a lot, N ... gembira sangat ni... So, lepas ni akak tak worry lagi bila menstrual tambah2 dah tak kena senggugut lepas makan vitamin Shaklee."

Ada seorang tabib Cina mengatakan bahawa apabila seseorang itu mendapat cukup zat dari kumpulan B complex terutamanya maka ia akan membantu individu itu sentiasa berfikiran positif. Ini memang benar dan ramai customer ibu yang mengakuinya.

Secara kesimpulannya dapat ibu katakan menstrual tidak menjejaskan penghasilan susuibu jika si ibu itu  sentiasa sustained dan sihat dari segi mental dan fizikal!


Oh ya, nantikan satu program khas dari kami buat ibu2 yang menyusukan anak iaitu program persediaan menghadapi bulan puasa yang akan kami lancarkan bulan Jun nanti.


Salam sayang dari ibu




Shaklee di Putrajaya


Semalam ibu di izinkan Allah ditemukan dengan seorang lagi teman internet ibu yang terkenal dengan gelaran mamaAna atau Along....siapa lagi kalau bukan Azrinna.

Bagi kalian yang menetap di Putrajaya mahupun yang bekerja di Putarajaya boleh terus mendapatkan trial pack set B terutamanya terus dari beliau dengan harga yang sama RM80. Ibu pun faham, ada sesetengah dari kita lebih suka mendapatkan barang secara COD, maka jika kalian dekat dengan MamaAna boleh terus dapatkan dari beliau tanpa keraguan.


Ini dia Azrinna dengan buah hatinya.


Gambar kenangan....


Salam sayang dari ibu



Tuesday, May 25, 2010

B Complex Helps In Weight Reduction?


Some people afraid to consume vitamins to avoid weight problems. Some claims, after taking B-complex, their weight gain increase dramatically. Therefore, they stop taking supplements, especially B-complex, because of this issue.

Often people will ask me, “Can you assure by taking the Trial Pack, won’t lead to weight gain?”.

I’ve tried searching information on supplements vs weight gain, and fortunately, most of the articles were about vitamins contribute towards weight reduction, NOT the other way round.

And, herewith is one of the article that mentioned about B-Complex vs Weight Reduction. I like it because it was written in a simple way and easy to understand. Let’s read ‘em…

Best Vitamins for Weight

The body’s weight-control or weight-related functions – like appetite, hunger, metabolic rate, metabolism of fats and sugars, calorie-burning, and so on – operate more efficiently with an optimum intake of vitamins. All of them play a part in maintaining optimum health and weight, and many operate together, so it’s not really accurate to single out certain vitamins as being “best” for weight loss. That said, certain vitamins are worth a special mention.

The Best Vitamins For Weight Reduction

The most important vitamins and minerals for weight loss are: Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Choline (part of B-complex), Inositol (part of B-complex), and Vitamin C.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Vitamin B2 is needed for normal thyroid function and metabolism. Good food sources of vitamin B2 include: Milk, liver and kidney, almonds, hard cheese, eggs, wheatgerm, leafy green vegetables, Marmite.

Vitamin B3 (Niacin)

Like B2, vitamin B3 is essential for normal thyroid hormone production. Vitamin B3 is also part of the glucose tolerance factor (GTF) which is released every time blood sugar rises. Good food sources of Vitamin B3 include: Wheat bran, liver, tuna, turkey, chicken, meat, eggs, mackerel, salmon, oats, barley, wheatflakes, cheese, dried fruit, brown rice.

Vitamin B5 (Pantothenic Acid)

Any deficiency of Vitamin B5 interferes with our capacity to utilise fat. Vitamin B5 also plays an important role in energy production and assists adrenal function. Good food sources of Vitamin B5 include: liver and kidney, meat, poultry, nuts, wheatflakes, wheat bran, wheatgerm, eggs, molasses, oats, barley, beans, wholegrain bread, green vegetables.

Vitamin B6 (Pyridoxine)

Vitamin B6 regulates the production of thyroid hormone and metabolism. Good food sources of Vitamin B6, brewer’s yeast, wheat bran, wheatgerm, oats, sardines, mackerel, poultry, beef, avocado, bananas, brown rice, cabbage, dried fruit, molasses, eggs.

Choline

A member of the Vitamin B complex, choline is not a real vitamin as it is made in the liver. Choline is needed for efficient fat metabolism. Choline deficiency leads to fats becoming trapped in the liver. Good sources of choline include: lecithin, beef liver, beef heart, egg yolks, wheatgerm, cauliflower, cucumber, peanuts.

Inositol

Like choline, inositol is a member of the vitamin B complex and is also manufactured inside the body. Inositol combines with choline to assist in fat metabolism. Good sources of inositol include: lecithin, beef heart, beef liver, wheatgerm, soy, eggs, citrus fruits, wholegrains, nuts.

Vitamin C

Vitamin C provides a range of health benefits including proper conversion of glucose to energy in the cells. Good food sources of vitamin C include: blackcurrants, broccoli, green peppers, kiwi fruits, Brussels Sprouts, lemons, oranges, strawberries, cabbage.

*** You may read the full article, HERE.

Credit to: genkimomma.com

Salam sayang dari ibu





Want to be better?


Ini adalah email yang ibu terima dari seorang kenalan internet ibu:

Salam..
Apa khabar Kak N... semoga sihat..
Dah lama nani nak tulis email untuk akak, tapi tak berkesempatan...
Ni lepas mengepam sessi pagi (kul 4.30 pg) terus capai laptop n bukak email...


Tak sangka dapat kenal akak walaupun tak pernah bersua muka...
Ingat lagi masa cuti sekolah bulan 3, nani duduk dekat kg (johor bahru my hometown) padahal seminggu je, tapi badan rasa penat mcm orang tak makan... sedangkan tak buat kerja apa pun dok umah mak...Bila bgn pagi2 nak pam susu badan penat, tak cukup tido, bila pam dapat 1 0z je... lagi sedih + tension...akhirnya takdir tuhan menemukan nani dengan blog akak, rasa ada satu sinar baru dalam perjalanan nani breastfeed anak nani Adam Rahimi...tanpa berlengah setelah discuss dengan hubby, dia pun setuju nak berjumpa akak.. tak sangka pulak akak ni duduk sarawak... mcm tak percaya je..hehe.. bila tahu akak jugak cikgu, lagi bersemangat nani...


Kadang2 nani ni memerlukan pemangkin untuk meneruskan Bf baby ni. so bila baca blog akak semangat berkobar2 tu kadang2 bleh let down bila tengah pam...(sebab excited sgt)


Alhamdullilah setelah hampir 2 bulan lebih makan produk shaklee, nani rasa badan kuat, susu lancar, anak kurang sakit, nani pun kurang stress bila dkt sekolah, mood pun bail je. Dan nani agak takjub dengan Nutriferon yang mana dapat menyembuhkan penyakit dengan kadar yang segera dan amat sesuai bagi nani yang menghantar anak ke nursery dan terdedah dengan penyakit sebagai perlindung...


Macam nani cerita dulu dengan akak on the phone pasal spirulina elken...
Nani sejak 2004 dan join el***.. spi****** memang dah makan.. sampaikan bila nani pregnant husband belikan spi****** 3000 tablet dengan harga RM 650... Bukan kata tak elok, tapi kurang menampakkan hasil berbanding shaklee..
Shaklee sangat2 murah dan kesan menakjubkan.. Apa yang penting, apa2 pun kita makan kena Istiqamah (bak kata kak N)...


Anyway, nani nak ucap terima kasih byk2 pada akak sebab banyak memberika ilmu yang nani rasa sukar nak cari di mana2... panduan, tips dan kata2 yang akak coretkan dalam blog amat bermanfaat buat nani...
Semoga ukhuah yang terjalin antara kita akan kekal sampai bila2...InsyaAllah


p/s : Nani attach pic nani dengan anak (Adam Rahimi)....


Salam sayang dari ibu




Thursday, May 20, 2010

Saya tak perlukannya...susu saya meriah!


Adakala ibu rasa sedih apabila ada statement dari ibu2 yang dengan bangga mengeluarkan ayat ini:

" saya tak perlukan supplement, susu saya tengah banyak dan melimpah ruah"

Namun yang paling sayu apabila susu drop...mengelabah cari supplement. Apa yang kekawan rekomen kita amik tanpa banyak soal. Tanpa ilmu yang mendalam. Tanpa bertanya apa dan mengapa. Inilah kebanyakan orang kita.
Bertambah sayu apabila ibu2 terdesak ini mencuba Shaklee dan mengharapkan MAGIK berlaku. Takkanlah makan baru 2 hari susu dah mula melimpah-limpah sampai tak tertanggung badan. Shaklee ini dari kumpulan makanan tambahan atau dalam kata lain dietry supplement la. Kena sabar...masa tengah meriah dulu mendongak ke langit.

Adakah perlu amik supplement dikala susu tengah meriah

Pengambilan makanan yang seimbang sangat digalakkan. Pengambilan supplement cuma membantu mengisi ruang kekosongan zat nutrisi yang tidak dapat dari pengambilan makanan seharian. Pengambilan supplement dikala susuibu sedang meriah sangat bagus kerana ia membantu badan si ibu sustained dan sebagai satu usaha menjaga kesihatan si ibu agar terus dapat membekalkan susu yang penuh dengan tambahan nutrisi untuk si comel membesar dengan baik.

Apakah supplement asas yang membantu si ibu sustained ?

Bagi yang tidak pernah mengambil apa2 supplement, boleh mulakan dengan pengambilan set trial lebih khusus ialah set B. Ia mengandungi B com, multivitamin, Vit C dan alfalfa.
Jika ada kekangan kewangan, cuba dapatkan dari klinik kerajaan.


Peringatan PENTING!

   
Ibu2 yang mengamalkan supplement ini sayugia diingatkan agar memastikan jadual pumping yang konsisten demi memastikan tiada masalah bengkak susu yang melarat serta, agar badan sentiasa alert dengan demand yang ada. Stimulasi melalui pumping sangat membantu ibu2 yang menyusu mengekalkan penghasilan susu mereka.


Akhir kata... sediakan payung sebelum hujan. Jangan dah terhantuk baru terngadah.


Salam sayang dari ibu



Bagaimana menyusukan anak sambil kuruskan badan?



Ibu tahu ramai dikalangan ibu yang baru dalam dunia penyusuan masih dalam ragu2 untuk meneruskan penyusuan terutama apabila ayat yang selalu diberitahu ialah:

1. Jangan control makan sebab ianya akan ditukarkan menjadi susuibu.
2. Pastikan pengambilan air yang seimbang dengan makanan.

Sesungguhnya makanan dan minuman itulah yang akan menghasilkan susu. Ada juga pendapat mengatakan lagi banyak makan lagi banyak susu. Ini kerana penghasilan susuibu itu sendiri akan membakar kalori si ibu dan membantu badan si ibu tidak naik mendadak.

Namun tidak ibu nafikan ada ibu2 yang menyusukan anak yang mendapati dirinya semakin membesar atau kenaikan berat sejak mengandung yang tidak turun2...ada beberapa faktor yang mempengaruhi antaranya ialah genetik, metabolisme yang rendah, pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup.

Bagi ibu2 baru ada antara mereka yang sanggup berhabis duit ke tempat pelansingan .... bagi yang berduit boleh sahaja. Namun ada juga yang mengamalkan produk pelansingan yang kononnya dijamin selamat untuk penyusuan. Bagi pendapat ibu secara peribadi, jika kita benar2 berniat nak menyusukan si comel kita, kita perlu concern dengan apa jua yang kita makan kerana sesungguhnya ia memberi kesan kepada si kecil. Sesungguhnya jika produk pelansing itu membuatkan si ibu cirit birit, adalah lebih baik jangan diteruskan. Ini dikhuatiri mengganggu sistem penghadaman si kecil yang sedang menyusu dan boleh membawa kemudaratan pada si ibu dan juga anak akibat dehidrasi.
Ada juga email yang ibu terima yang bertanyakan apakah supplement yang boleh membantu si ibu menghasilkan susuibu dengan baik dan waktu yang sama membantu si ibu melangsingkan badan. Untuk merungkai persoalan ibu yang bertanya...ibu kongsikan di blog ini agar ibu2 diluar sana yang berniat untuk menguruskan berat badan mendapat manfaat bersama.

Antara supplement yang membantu ibu yang menyusu sambil berniat untuk melangsingkan badan ialah

1. Soy protien (Alhamdulillah ramai yang telah mencuba soy protin ini memberi maklum balas yang buat ibu senyum lebar, antaranya ialah bengkak susu, bertenaga dan kulit kelihatan sangat cerah tanpa menggunakan krim pencerah!)

2. Multivitamin- ia sangat penting demi memastikan badan si ibu dipenuhi dengan semua zat yang seimbang.

3. B complex- memastikan si ibu tetap bertenaga dan mood yang stabil.

4. Vitamin C- sebagai antioksidan dan pengukuh antibodi dan pembentuk kolagen.

5. Perfomance drink- demi memastikan kandungan gula dalam badan si ibu sentiasa stabil dan mengelakkan dehydrate.

6. Alfalfa- membantu badan si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik.


Semua supplement ini ibu makan sepanjang penyusuan beserta beberapa supplement lain dan alhamdulillah ibu sangat puashati. Supplement ini semua selamat untuk penyusuan dan membantu si ibu menjaga badannya.

Ibu harap jika kalian berminat, boleh membeli set percubaan set B terlebih dahulu dan hanya perlu add on protien dan performance drink. Cara pemakanan akan ibu emailkan kepada mereka yang telah membuat pesanan. Cara pemakanan yang betul membantu kalian mendapat badan yang langsing secara langsung dapat meneruskan penyusuan si kecil dengan lebih baik lagi.


Cara pengambilan yang betul sangat membantu si ibu mencapai kejayaan!

Ibu sekarang dah tak bf sebab Nasa dah pun wean-off dua bulan lepas...tetapi ibu tetap mengamalkan pengambilan supplement2 ini demi memastikan ibu tetap slim....siapa tak nak cantik kan? Kecantikan itu adalah milik setiap insan!

Salam sayang dari ibu



Senyum sahaja atau perlu risau?


Why children need parents?


Pertama kali tengok gambar ni  memang tersenyum sendiri tapi sebenarnya perlu juga risau jika anak ibu buat....nauzubillah.


Salam sayang dari ibu



Wednesday, May 19, 2010

Shaklee Trial Pack sentiasa ada stok?


Alhamdulillah ramai yang telah mengakui keperluan vitamin dalam kehidupan seharian...walaupun masih ada yang memandang negatif kepada pengamal vitamin tetapi hakikatnya bukan semua orang mampu memastikan pengambilan makanan seharian lengkap dengan semua vitamin.

Terima kasih kepada Afne atas special post khas untuk trial pack ibu...Shaklee set B dan entry khas setelah 5 hari mengambil supplement Shaklee... Testimoni.

 Gambar credit toAfne


Buat pengetahuan semua, trial pack ini telah 8 bulan di dalam pasaran. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan memandangkan harganya yang sangat2 berpatutan. Walau bagaimanapun tidak ibu nafikan masih terdapat ramai yang mahu mencuba tetapi mahu COD. Sebenarnya ibu lebih suka jika kalian membuat pesanan melalui email atau nak lebih cepat menggunakan sms atau terus menghubungi ibu di talian 012-8535689.

Bagi yang mahu mencuba atau berminat untuk merasakan perbezaan vitamin Shaklee dan ingin membuat pesanan, sangat2 di alu-alukan. Jangan risau, stok sentiasa ada kecuali customade. Teman2 ibu sentiasa bersedia untuk membuat penghantaran kerana kami telah memastikan kami mempunyai stok yang cukup menampung permintaan setiap hari. Bagi custom-made order memerlukan pesanan 1 hari awal dari tarikh penghantaran.

Bagi yang telah membeli selama ini dan semua order sepanjang minggu ini (walhal baru hari Selasa...hehehe), ibu nak ucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan kalian membeli vitamin secara online dari ibu. Ibu sangat menghargai kepercayaan kalian kepada ibu dan teman2 ibu yang membuat trial pack. Tidak lupa kepada semua yang sanggup berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua teman dan ahli keluarga. Bagi yang ingin mencari pendapatan sampingan boleh email kepada ibu secara persendirian di alamat email : addinnasa@gmail.com.

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 012-8535689.


Salam sayang dari ibu




Bagaimana meningkatkan pengeluaran susuibu?


Dalam journey penyusuan seorang ibu pastinya pelbagai dugaan dan rintangan yang dilalui...bagi mereka yang sabar melalui segala cabaran, hasilnya pastilah sesuatu yang harus dibanggakan.

Ibu sendiri pernah melalui susu merundum...terutama di kala ibu terlalu stress dan keletihan. Namun bagaimana ibu berusaha untuk bangun selepas jatuh dari landasan impian? Antara yang ibu lakukan untuk memperbetulkan semula pengeluaran susuibu dengan lebih baik dan stabil; ialah:

1. Istighar banyak2...memohon keampunan dari Yang Maha Esa.
2. Kerapkan minum air kerana ada teori mengatakan mengamalkan pengambilan air suam dapat membuatkan hati kita tenang dan hilang gundah gulana.
3. Ibu akan memastikan pengambilan supplement yang teratur dan
4. Mencari makanan kegemaran ibu yang boleh membuatkan ibu sangat gembira...terutama coklat sepapan...hehehehe.

Ada yang bertanya:

Apakah supplement yang membantu untuk meningkatkan production susu...jawapan ibu ialah:
1. multivitamin
2. b complex
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Protien
6. Kalsium magnesium

Bila sebut tentang protien, ada yang bertanya:

1. Setiap hari saya makan ikan dan ayam yang kaya dengan protien, tidakkah zat itu mencukupi?

Jawapan: Protien terbaik adalah bersumberkan tumbuh2an seperti soya terutamanya.


2. Saya kerap minum air soya dari kotak mahupun soya panas yang dijual di gerai2...tidakkah ia sudah memadai?

Jawapan: Tidak. Supplement soya mengandungi enzim dalam memastikan ia memberi kesan baik kepada tubuh. Enzim ini sangat sensitif. Ianya hidup pada suhu tidak BOLEH LEBIH daripada 36 darjah celcius.Kebanyakkan makanan dan minuman yang mengandungi protien akan di masak pada suhu melebih 100 darjah celcius. Yang tinggal adalah sisa makanan semata2....enzim juga mati pada takat didih.

3. Benarkah soya meningkatkan pengeluaran susuibu?

Jawapan: Kandungan tertinggi dalam susuibu ialah protien. Protien ialah sumber utama kepada pembentukkan sel. Apabila seseorang ibu itu mengambil soya maka si ibu itu tadi telah meningkatkan kandungan nutrisi susuibu dan kandungan protien di dalam susuibu. Dengan ini penghasilan susuibu berlaku dengan lebih cepat.

Akan ibu sambung nanti kebaikan protien kepada mereka yang punyai masalah kulit.

Link yang berkaitan:
1. Protien yang berkualiti

2. Menangani masalah stress

3. Kepentingan soya

Salam sayang dari ibu


Tuesday, May 18, 2010

Pernah cuba beg plastik vakum tak?


Sebenarnya ada banyak email yang ibu terima yang meminta ibu bercerita mengenai supplement dan perawatan melalui pemakanan tambahan ini...insyaAllah akan ibu tunaikan satu persatu. Harapan ibu kalian bersabar menanti post2 tersebut dari ibu.

Oh ya, Ibu nak share tentang penggunaan vacuum plastic bag yang sangat bermanfaat dalam penggunaan ruang di dalam rumah kita. Jika dulu ibu nak simpan comforter memang terpaksa menggunakan satu almari khas hanya untuk itu sahaja....tetapi sejak dah pandai guna bag vacuum ni...semua kalau boleh ibu nak vacuumkan dalam beg tu baru simpan...kekekekeke.

Ini gambar comforter yang disumbatkan dalam beg vacuum ....sebelum di vacuum kan. Nasa sebagai model dalam iklan tak berbayar ini...hehehehe.


Inilah gambar selepas comforter itu di vacuum....kempis sekempis kempisnya wooo. Memang jimat ruang. Comforter pun takkan berbau malah tidak berkulat....yeh!

Salam sayang dari ibu



Perlu semua sama?


Dah jadi trend dua beradik ni kalau boleh semua nak sama..baju, seluar even kasut nak sama. Nasa akan jealous kalau abang Addin dapat sesuatu dia pun nak juga. Samalah dengan Addin, jika Nasa nak sesuatu dia pun nak juga. Bak kata orang, anak dua boleh lah , ada rezeki insyaAllah ibu dan abah mampu la selagi you all tak minta sebiji kereta sorang...kekekeke.

                                         Sedang tekun tengok tv....

Salam sayang dari ibu


Mesej dari ibu si kembar


Kelmarin ibu menerima berita bahawa Hajar, kenalan internet ibu mengalami sakit tekak..maklumlah dengan cuaca yang tidak stabil sekarang...jadi ibu menasihatkan auntie Hajar hanya concentrate certain vitamin sahaja. So pagi tadi ibu mesej auntie Hajar bertanya khabar...dan inilahantara mesej balasan dari beliau;

" Wasalam...getting better. But now having caugh lak. Anak Hajar yang 1st pun batuk. Hajar minum protin dan makan alfalfa with vitamin C tu breastmilk Hajar banyak sangat arrr N...sampai tak tertampung ...twin bf pun tersedak2. ......"

Ini membuktikan bahawa pengambilan pemakanan yang seimbang dapat menghasilkan susu yang banyak sekalipun mempunyai anak kembar.Ada ibu2 yang mempunyai anak kembar tidak yakin bahawa susu mereka dapat membesarkan si kembar. Namun sudah beberapa ibu kembar yang ibu kenali membuktikan kepada ibu mereka berjaya menyusukan kedua-dua anak mereka tanpa masalah.


Salam sayang dari ibu



Monday, May 17, 2010

Masalah rambut gugur oleh ibu yang menyusu?


"Nak makan organ dalaman macam hati , ginjal tiap hari tidak digalakkan...nak makan kerang setiap hari tiada yang fresh. Ikan adakala mahal yang amat...walhal ini antara sumber zinc yang terbaik. Banyak kekangannya.... "

Ibu mendapat beberapa email serta mesej dari ibu2 yang mengadu susunya sedikit walhal mereka di dalam pantang... Tidak dinafikan kebanyakkan ibu2 akan merasakan susunya melimpah ruah sepanjang dalam berpantang TETAPI perlu diingat tidak kurang juga golongan ibu yang mempunyai masalah pengeluaran susu sejak di dalam pantang lagi.
Ibu mengambil kisah benar seorang kenalan ibu di Miri dan ini berlaku 5 tahun dahulu....Ibu ini melalui pembedahan untuk melahirkan anak pertamanya. Namun beliau mempunyai masalah untuk menyusukan anaknya.Susunya sangat sukar untuk keluar. Tambah kasihan lagi luka tempat pembedahannya melarat dan bernanah dan terpaksa dibersihkan sekali lagi.

Melalui pengalaman beliau itulah ibu mengakui kebenaran yang mamatok selalu pesan semasa ibu di dalam pantang..." Makan vitamin ya, jangan lupa makan zinc sekali supaya luka operate tu cepat baik."..
Memang di dalam multivitamin telah mengandungi mineral zinc ini namun kuantiti yang diperlukan adalah tidak mencukupi. Pengambilan tambahan zinc terutama di dalam pantang sangat membantu mempercepatkan proses pembaikan luka.
Ibu teringat lagi dulu semasa ibu kecil dan uncle Hatta terpaksa melalui pembedahan appendix, arwah abah ibu bersusah payah membeli beberapa ekor ikan haruan hidup yang akan di masak untuk beberapa hari untuk Uncle Hatta cepat baik dari kesan sakit operate. Apa kaitannya ikan haruan? Ikan haruan dikatakan mempunyai kandungan zinc yang tinggi dan membantu proses baik luka dengan cepat.

Ibu juga dapati bahawa ibu2 yang mempunyai sistem imun yang rendah akan mengambil masa yang lama untuk baikkan luka kelahiran baik normal mahupun ceaser. Kekurangan zinc adalah antara salah satu faktor penyebab. Mungkin si ibu itu mengamalkan makanan yang seimbang 3 kali sehari namun kadangkala zat zinc itu dipandang remeh.
Ada antara ibu yang punya masalah untuk menghasilkan susu yang meriah di waktu berpantang...antara sebab mungkin terjadi demikian adalah kerana:

1. salur dan kelenjar susu masih tersumbat terutama bagi kelahiran pertama kalinya

2. kekurangan zat zinc yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk proses penyembuhan serta keperluan penyusuan.

Oleh kerana inilah juga ibu turut memastikan zinc dimasukkan dalam set C terutama khas buat ibu2 yang sedang menjalani berpantang selepas bersalin. Ini kerana zinc membantu si ibu mempercepatbaikkan luka kelahiran dan secara langsung membantu permbesaran bayi dengan sihat. Ini ibu lalui dengan kelahiran Addin dan Nasa. Kenaikan mereka untuk 6 bulan yang pertama sangat hebat. Even 1st month lagi kenaikan mereka antara 1.6kg-2kg sebulan.

Adakah si ibu perlu setiap masa mengambil supplement zinc? ...pada pendapat ibu secara peribadi...setiap orang mempunyai keperluan yang tidak sama. Namun bagi ibu yang sihat dan normal serta pembesaran anak hasil dari susuibu sangat memberansangkan maka si ibu boleh hanya concentrate dengan multivitamin sahaja selepas habis berpantang selain b complex untuk tenaga dan vitamin C sebagai penguat antibodi.

Penting ke multivitamin sebenarnya? Ya sangat penting kerana dalam multivitamin mengandungi semua zat yang adakala tidak dapat kita perolehi dari diet makan harian kita.Sebab itu ada ibu2 yang mempunyai masalah rambut gugur hatta anak sudah setahun lebih menyusu. Ini kerana diet seharian ibu tidak mengandungi zinc yang cukup untuk menampung keperluan menyusu si anak dan keperluan tubuh si ibu. Namun hal ini turut berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah rambut gugur berpunca dari pemakanan yang kurang seimbang.


Ini antara makanan yang membekalkan zat zinc :

Makanan
Kandungan Zink mg/100g
Hati, ginjal (lembu,ayam)
4.2 - 6.1
Daging (lembu, khinzir)
2.9 - 4.7
Ayam, daging
1.8 - 3.0
Makanan laut
0.5 - 5.2
Telur(ayam, itik)
1.1 - 1.4
Hasil tenusu (susu, keju)
0.4 - 3.1
Bijirin
2.9 - 7.8
Kekacang
1.0 - 2.0
Bijirin Penuh
0.5 - 3.2
Bijirin Halus
0.4 - 0.8
Roti (gandum, ragi)
0.9
Tapai
0.7
Ubi-ubian
0.3 - 0.5
Sayur-sayuran
0.1 - 0.8
Buah-buahan
0 - 0.2

credit to : infosihat.

RDA (Recommended Dietary Allowance) Zinc bagi Bayi Di Atas 7 Bulan, Anak-Anak dan Orang Dewasa
Bayi diatas 7 bln hingga 3 tahun >> 3 mg
Anak Umur 4 thn hingga 8 thn >> 5 mg
Anak Umr 9 hingga 13 tahun >> 8 mg

Usia 14 hingga 18 tahun:
* Laki-Laki >> 11 mg
* Perempuan >> 9 mg
* Hamil >> 13 mg
* Menyusui >> 14 mg


Usia 19 tahun ke atas:
* Laki-Laki >> 11 mg
* Perempuan >> 8 mg
* Hamil >> 11 mg
* Menyusui >> 12 mg


# Tambahan info: di dalam sebiji multivitamin Shaklee mengandungi 7.5mg zinc.


Secara kesimpulannya.... pastikan pengambilan makanan diet seharian yang seimbang membantu kita mendapatkan kesihatan yang optimum.


Salam sayang dari ibu




Saturday, May 15, 2010

7 Best ways to banish germs


Peringatan untuk ibu sendiri....ibu dapat dari babycenter

credit to : google image

It doesn't take a germ warrior to keep a family well-protected from bug-borne illness. Just follow these seven basic, important steps:

1. Teach your children to wash their hands at these key times: after going to the bathroom, petting an animal, or playing outside, and before eating.

2. Do hand washing right: With soap and water, it takes 20 seconds of scrubbing to kill the germs that need to be killed.

3. Keep a bottle of hand sanitizer with you for visits to playgrounds, mall food courts, and other places where there might not be a sink handy. Be sure to cover every part of the hand, including under the nails, if possible.

4. After preparing meat or poultry, wash cutting boards with hot, soapy water and spray counter tops with disinfectant. The bacteria commonly found on raw meats — including campylobacter, salmonella, and E. coli — are more dangerous than any other germs you're likely to have in the house.

5. Wash small cuts and scrapes with soap and water. Apply an antibacterial ointment, put on a bandage, and change the bandage every day until the wound heals.

6. Make sure your children are up to date on their vaccinations, and consider getting them a flu shot every year. A school-age child who's been vaccinated against the flu is less likely to bring home a bug that can infect the entire family.

7. If someone in your house is sick, take a moment to clean doorknobs, television remotes, toys, and other items your children touch throughout the day.

Salam sayang dari ibu



Friday, May 14, 2010

Email yang buat ibu terharu...


Ibu menerima email pesanan ini dari seorang kenalan internet yang mesra dipanggil Leena. Kami selalu ber ym dan bertanya khabar. Email yang dihantar oleh beliau ini membuat ibu rasa terharu kerana beliau sanggup membayar duit pos hatta RM10 sahaja. Terima kasih Aleena...sangat menghargai kebaikanmu. Semoga Leena dan keluarga mendapat apa yang dihajati,amin.

Ini antara keratan email yang ibu copy untuk tatapan bersama.

Salam kak Anne


Sebenarnya saya dah dengar nama Shaklee sejak kecik lagi...ditambah makcik saya dealer. Bila dah kerja , opismate pun jual Shaklee... tapi tak tahulah sejak baca blog akak pintu hati saya terbukak nak cuba. Saya sebenarnya boleh jek beli ngan opismate ni dan jimat duit pos tapi suami kata beli ngan akak sebab dapat banyak ilmu dari blog akak. So tak pe la, setakat RM10 suami kata jangan berkira agar berkat ilmu yang saya dapat dari apa yang akak tulis...hehehe, mudah-mudahan.
So dengan ini saya sertakan list yang saya nak order(tak banyak pun cuma 4 vitamin sahaja....hehehehe)dan saya dah bank in dalam mbb bayaran termasuk pos.


Thanks in advance kak.

Salam sayang dari ibu

Makan dengan tangan lebih bagus dari sudu?


Mengapa ibu suka menulis...sebab ibu suka berkongsi ilmu yang ibu perolehi. Kajian dan soal selidik yang ibu buat walau tidak formal namun ia memberi impak dan hasil dan ia memberi satu kepuasan kepada ibu apabila menulis serta memberi konsultasi kepada pelanggan2 ibu.

Mengapa ibu mahukan orang mengambil supplement dengan ilmu? Sesungguhnya kerana dengan kehadiran ilmu lah barulah seseorang itu akan punya sifat istiqamah dan membentuk kesabaran secara tidak langsung. Seperti yang telah diterangkan dengan banyak kali bahawa vitamin BUKAN dan TIDAK SAMA SEKALI boleh disamakan dengan ubat. Ubat yang di preskripsi oleh seorang doktor rata2 adalah satu bahan dalam bentuk rawatan manakala vitamin atau makanan tambahan adalah lebih kepada usaha mencegah.


Situasi yang pernah ibu temui:

Kes:
Saya perlukan pil saraf dimana saya selalu sakit2 pinggang. Doktor akan memberi ubat untuk saraf agar ia kuat dalam menjalani kehidupan seharian. Namun dalam jangka panjang ia boleh menggangu buah pinggang dan hati.

Vitamin apakah yang membantu mengatasi sakit pinggang? Pastinya jawapannya ialah ialah kalsium.

Namun adakah vitamin atau supplement ini boleh membantu mereka yang sedang sakit dan sebagai usaha perawatan? Jawapan ibu ialah...boleh tetapi ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi kerana

1. Penyerapan vitamin oleh sel akan menjadikan sel itu perlu masa untuk stimulate dan menghasilkan sel yang kuat dan membentuk antibodi @sistem pertahanan.

2. Supplement akan mengisi ruang kekosongan yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian. Hakikatnya ruang kekosongan inilah yang menjemput penyakit untuk mengganggu kesihatan individu tersebut.

3. Tindakbalas yang berlaku dalam badan untuk proses penyembuhan adalah secara semulajadi oleh sistem antibodi badan yang secara perlahan2 dibentuk dari pemakanan dan yang dilengkapi melalui makanan tambahan.

Jika anda adalah seorang yang tidak sabar maka pengambilan makanan tambahan seperti vitamin bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Anda memerlukan ubat preskripsi oleh doktor yang boleh bertindak dengan sangat cepat. Namun tahukah anda apakah kelemahannya?

1. Proses penyembuhan berlaku adalah secara paksaan melalui suntikan ubat ke dalam sistem antibodi tubuh.

2. Saraf akan menjadi lemah kerana terlalu bergantung dengan ubat.

3.. Secara perlahan2 atau dalam jangka panjang, antibodi dan saraf kita akan mula lali dengan ubat tersebut maka dos yang lebih tinggi diperlukan oleh memastikan penyembuhan dapat berlaku dengan cepat.

4. Boleh memberi kesan dan impak yang besar kepada buah pinggang kerana pengambilan ubat sebenarnya boleh menjejaskan fungsi buah pinggang serta hati.

Namun berapa ramai yang sedar? Terutama apabila telah jatuh sakit, fikiran juga tidak dapat diimbangi antara yang lojik dengan tidak. Apabila golongan ini sakit, mereka mengharapkan ubat akan memberi mereka sihat dengan cepat walhal

penyakit itu hadir juga perlu masa dan bukan sekelip mata cuma ia hadir tanpa kita sedari.

Sebagai contoh penyakit darah tinggi akibat kolestrol. Kolestrol yang penuh dan menyumbatkan arteri itu bukanlah terbentuk sehari dua tetapi memakan masa sehingga apabila talah sampai masa kita sedari, ia telah memakan diri kita sendiri.

Begitu juga dengan obesiti...kerana hilangnya kawalan terhadap nafsu makanan...maka apabila sakit datang menghinggap barulah tangan mula meraba mencari apa yang boleh menghilangkan lemak yang terkumpul.

Maka oleh sebab itu pakar pemakanan atau pakar nutrisi mengamalkan sifat; mencegah itu lebih baik dari merawat. Cegah sebelum kena. Makan dengan tangan pastinya lebih baik dari makan dengan sudu. Apakah sebabnya? Jejari kita punya deria yang boleh menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini sangat membantu dalam proses pencernaan.


Samalah dengan pengambilan vitamin dengan ilmu akan membantu menghadirkan sifat istiqamah dan sabar. Sabar itu yang akan membuatkan kita terus berdoa ke hadrat Allah agar memberi kita kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Dapatkanlah panduan yang lengkap dalam pengambilan vitamin agar anda mencapai kesihatan yang optimum! Ilmu itu sangat penting dan bermanfaat apabila kita memerlukannya.



Sekian, wassalam.

Salam sayang dari ibu




Thursday, May 13, 2010

Mengatasi masalah rambut gugur


Dalam trial pack set C ada mengandungi supplement Zinc yang sangat penting dan banyak membantu pertumbuhan rambut serta menguatkan kutikel rambut.Selain bagus untuk mempercepatkan luka bersalin. Trial pack set C sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berikut:

- Terdapat tanda putih di bahagian kuku jari.
- Kurang selera/ tidak boleh mengawal selera.
- Muka kelihatan pucat.
- Ketidak suburan atau mandul (Infertility)(boleh tambah vitamin E untuk kesuburan)
- Mudah/ sering di serang infansi
- Kulit bermasalah – Jerawat, jeragat, jangkitan kulit,
- Keguguran rambut

Ada artikel lengkap yang ibu pernah coretkan dulu... rambut gugur .

Bagi ibu2 yang selepas bersalin dan yang sedang menyusukan anak dan mempunyai masalah keguguran rambut boleh mencuba set C.

Walau bagaimanapun, ianya adalah sebahagian dari usaha. Doa tetap perlu dan istiqamah sangat penting dalam mencapai kejayaan yang dihajatkan.
Selain pengambilan supplement yang disarankan, antara langkah lain yang boleh diambil ialah:
  • menggunakan syampu rambut yang "mild" dan tidak terlalu kuat sehingga boleh merosakkan kutikel rambut.
  • membiasakan menggunakan minyak rambut Johnson & Johnson atau minyak zaitun untuk memastikan rambut tidak terlalu kering dan rapuh.
Walau bagaimana pun, pasti ada yang bertanya apakah fungsi setiap vitamin untuk keperluan rambut...ibu terangkan di sini:

1. Multivitamin ialah untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.

2. Vitamin C adalah untuk memastikan sel dilindungi dari sebarang bentuk karsinogen serta memelihara sel rambut dari rapuh.

3. B complex memastkan agar rambut nampak ter urus dan tidak kusam.

4. Zinc adalah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut serta menguatkan lagi kutikel rambut.


Semoga penjelasan ini membantu kalian mengamalkan pengambilan supplement dengan penuh hikmah. Ibu lebih suka seseorang itu makan dengan ilmu kerana dari situ akan wujudnya istiqamah.


Nantikan post akan datang bagi ibu2 yang ingin mendapatkan warna earola asal... dan cara mengatasi bentuk earola yang besar dan gelap.

Salam sayang dari ibu



Wednesday, May 12, 2010

Ketabahan seorang ibu yang mengepam ...-update



Beliau adalah seorang ibu kepada 3 orang anak. Ibu mengenali beliau melalui satu sms apabila beliau hendak mencuba trial pack Shaklee. Beliau yang ibu maksudkan ialah Auntie Syakira atau nama panggilan mesra ialah Kyra. Beliau seorang ibu yang sangat kental semangatnya. Walaupun bekerjaya tidak menjadikan ini satu alas an untuk tidak menyusukan anaknya. Setiap cerita penyusuan pastinya punya halangan yang tersendiri, begitulah keadaannya dengan Kyra apabila anak ketiganya Marisa tidak mahu menyusu secara langsung dari beliau sejak lahir, namun si kecil ini juga tidak mahu dengan susu formula.

Ini memberikan satu kekuatan dan semangat kepada Kyra untuk meneruskan penyusuan susuibu walaupun terpaksa mengepam 6-7 kali sehari. Pada mulanya Kyra yang ibu kenali seorang yang stress… maklumlah dengan sibuk bekerja, mengepam dan terpaksa berjaga malam kerana anaknya yang sukar tidur.

Beliau berusaha untuk mencari supplement bukanlah pada tujuan untuk membanyakkan susu namun beliau mencari supplement yang boleh membantu beliau sustained dan sentiasa bertenaga selain punyai mood yang ceria. Beliau mengambil keputusan untuk mencuba trial pack Shaklee set B sahaja pada mulanya.

Selepas seminggu beliau dapat merasakan perubahan yang ketara….
Beliau jarang keletihan walaupun tidur yang tidak mencukupi hatta waktu siang yang dipenuhi di pejabat. Beliau juga mendapati susu badan beliau mulai pekat dan sangat berbeza dengan susunya sebelum pengambilan supplement. Ini kerana supplement itu sendiri telah meningkatkan nutrisi yang sedia ada di dalam susuibu.

Kini anaknya telah berusia 9 bulan…Alhamdulillah beliau masih meneruskan mengepam bagi memastikan anaknya membesar dengan susuibu. Alhamdulillah beliau terus bersemangat mengepam setiap hari ditambah dengan kumpulan sokongan di pejabat beliau bekerja. Kata beliau komuniti ibu2 yang mengepam di pejabatnya memberikan kekuatan kepadanya untuk terus bersemangat menyusukan anaknya walaupun melalui susuibu yang dipam setiap hari. Beliau berkata lagi bahawa, kumpulan majoriti terbesar yang mengepam di pejabat beliau adalah dari kaum Cina, diikuti kaum Melayu dan paling sedikit adalah kaum India. Ini membuktikan bahawa telah lahir kesedaran yang besar betapa pentingnya susuibu itu sendiri.

Beliau telah membuktikan kepada ibu bahawa faktor usia bukan penghalang kepada penghasilan susuibu. Ini terbukti apabila beliau sendiri telah berumur 33 tahun , telah melahirkan 3 cahayamata dan lebih hebat lagi ialah beliau adalah seorang ibu yang bekerja. Bersyukur pada Allah kerana sehingga hari ini beliau mampu menyediakan 30 oz bekalan susuibu sehari buat anaknya Marisa.


Kini beliau telah mengambil Shaklee sebagai supplement beliau selama 6 bulan…beliau mengakui bahawa supplement banyak membantu untuk beliau sampai ke tahap ini. Antara mesej yang ibu terima dari Kyra ialah …

Tapi Shaklee banyak membantu saya juga. Saya lebih relax, alfalfa tambah kualiti dan kuantiti susu, saya kurang penat walaupun terpaksa bangun mengepam pukul 3 pagi….”

Tidak beliau nafikan ada dalam komuniti beliau yang telah mula putus asa dengan mencampurkan susu formula lepada anaknya disebabkan susu yang makin berkurangan akibat tidak mengepam di malam hari. Ini menjadikan iktibar kepada Kyra agar perlu bangkit pada waktu malam untuk mengepam. Apakah yang membantu beliau untuk bangun pada malam hari dan mengepam? Jawapannya adalah pengambilan makanan yang seimbang agar badan si ibu terus sustained demi menghasilkan susuibu yang berterusan. Supplement hanya membantu mengisi kekosongan di dalam badan ibu yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan seharian.

Bagi yang ingin bertanya dengan lebih lanjut bagaimana Kyra berjaya ke tahap ini bolehlah menghantar email kepada shakey712@gmail.com .
 Inilah sumber kekuatan Kyra untuk meneruskan perjuangannya ....


Tujuan posting ini adalah untuk membantu ibu2 yang hampir putus asa dalam penyusuan anak mereka. Ini sahaja cara untuk ibu membantu mereka yang memerlukan semangat perjuangan dalam meneruskan misi seorang ibu yang mahu menyusukan anaknya sehingga 2 tahun atau lebih. Jangan menjadikan kerjaya itu satu alasan kerana mencari rezeki adalah satu ibadah. Janganlah berputus asa kerana ia adalah satu sifat yang bermaksud kita putus harapan dengan Allah, sedangkan Allah itu Maha Pemberi.

Wahai ibu2 yang menyusukan anakmu…ketahuilah betapa besarnya pahala kita menyusukan anak2 yang di anugerahkan Allah kepada kita. Berdoalah nescaya Allah perkenankan. Doa yang baik akan datang yang baik….

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu dari saya….semoga cerita benar ini menjadikan ibu2 diluar sana terus bersemangat sehingga mencapai kejayaan yang hakiki!

Boleh membaca kisah lebih lanjut dalam blog Kyra, Mama Marisa.

Salam sayang dari ibu