Ahad, 28 Februari 2010

Family gathering.

Khamis 25 hb Februari, kami semua ke airport menjemput ayahtok, mamatok, cik ara dan cik duda... so ibu sibuk sampai tak sempat nak tulis kat blog, nanti ibu upload gambar.






Salam sayang dari ibu

Jumaat, 26 Februari 2010

Apa yang seorang ibu mesti ada, bila ada anak ?

Ini antara keperluan ibu di rumah dan ada yang ibu memang simpan dalam handbag bagi kemudahan ibu untuk bergerak ke sana sini jika ada kecemasan.

Handy plast
Ibu simpan dalam handbag dan bawa ke mana2...senang, jika ada kecemasan, ianya dah ada dalam handbag ibu.


Cool fever...penting jika anak demam.

Gel Abruzzy...jika dahulu ibu guna konvensional . Apabila Addin atau Nasa jatuh ibu akan susah payah gosok dengan isi buah pala yang kering. Tapi sekarang ibu hanya guna gel ini untuk hilangkan lebam dengan cara mudah. Gel ini ibu bawa ke mana-mana agar senang jika ada kecemasan ianya ada dalam handbag ibu.

  
Inilah minuman isotonik tanpa gas yang WAJIB ada dalam rumah ibu. Ianya sangat bagus terutama jika hari panas, anak demam ataupun  cirit birit. Ibu mewajibkan diri ibu mempunyai stok lebih dirumah...ibu simpan performance drink yang telah dibuka di dalam fridge.
  
Ini tentulah apabila anak2 tak keruan kerana gigitan nyamuk, ibu akan menyapukan sedikit di tempat berbintat itu.Ini juga ibu pastikan ada di dalam handbag ibu.
  
Minyak...tak kiralah apa brand, ianya penying untuk disapukan kepada anak2 yang sedang membesar. Untuk apa ya? Anak2 ibu mandi 3 kali sehari... maka untuk mereka tidak mudah diserang sejuk atau demam...selepas mandi ibu akan sapukan minyak di tempat2 utama iaitu: ubun2, belakang telinga, dada, belakang dada, perut, betis dan tapak kaki.
 
Probiotik ..perlu ada. Ianya membantu agar anak2 tidak mudah sakit. Ibu paling suka probiotik PROLACTOR...susah nak dapat. Dr. Cheah di Miri sahaja yang ada jualnya. Ibu simpan untuk emergency jika anak2 ibu cirit birit, ini sangat membantu meredakannya.


Jika tengok dalam handbag ibu... macam bag doraemon, macam2 ada! Bagaimana dengan kalian? Sharelah jika ada yang perlu ditambah, ilmu itu bertambah berkat apabila dikongsi kan?






Salam sayang dari ibu



Rabu, 24 Februari 2010

Warkah untuk Rina





Ibu abadikan email untuk auntie Rina ini di dalam blog agar ianya dapat dikongsi untuk mereka diluar sana yang mencari-cari vitamin yang sesuai untuk diambil sebagai pemakanan tambahan.

Salam Rina

Alhamdulillah gembira akak mendengar cerita tentang adik Rina ...syukur pada Allah. Mungkin sebab dia masih muda dan happy go lucky, dia dapat recover dari kanser itu.

Mengenai doktor tu, bukan semua doktor sama. Ada yang pentingkan diri terutama dalam private sector..mereka hanya akan sarankan apa yang dalam hospital mereka. Bagi yang dalam goverment pula ada banyak pula cerita lain.

Shaklee dibuat oleh seorang doktor yang bernama Forest C. Shaklee. Beliau pernah disahkan mengidap barah dan sejak dari itu beliau mula membuat penawarnya sendiri. Beliau mengkaji mengapakah Allah menjadikan alam dan pokok2...sejak itu lahirlah vitamin pertama beliau iaitu Vitalized Minerals pada tahun 1915 yang akhirnya lahirlah perkataan VITAMIN. Beliau merawat dirinya dengan vitamin yang dibuatnya sendiri. Beliau akhirnya membuka sebuah klinik dan menjual vitaminnya untuk perawatan pesakit beliau. Oleh kerana beliau mahu menjaga kualiti produk yang dihasilkannya, maka beliau membuka sebuah syarikat iaitu Shaklee Co. Dr Forest C. Shaklee mahu kualiti produknya sentiasa terpelihara maka oleh sebab itu vitamin ini diedarkan melalui pengedar2 yang sah seperti akak dan ramai lagi yang menjadi ahli.

Jualan Langsung atau kata lain MLM-Multi Level Marketing ialah salah satu cara untuk sebuah syarikat menjual produknya tanpa membayar wang pengiklanan kepada media seperti suratkhabar ataupun television. Shaklee menggunakan cara ini untuk menjaga kualiti produknya. Kami diberi bimbingan bagaimana untuk berkongsi produk ini dengan kenalan dan saudara mara. Akak melakukan perkongsian melalui blog agar ilmu itu dapat disebarkan dengan lebih baik.

Seandainya seseorang itu yakin dengan cara kehidupan dan pemakanan hariannya yang seimbang maka pengambilan vitamin mungkin dipandang remeh. Namun bagi mereka yang pernah sakit even myself yang pernah ada cyst dan melalui operation ceaser untuk melahirkan anak2..will really appreciate the supplement. Alhamdulillah.

So, untuk adik Rina, tidak perlu paksaan, serulah dari hati iaitu doa, semoga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima vitamin Shaklee dalam hidupnya agar apa yang akan bakal adik Rina makan itu nanti penuh dengan barakah. mudah2an.

Buat Rina, semoga Rina sentiasa sihat dan bahagia bersama suami dan anak tersayang.

Sekian , wasalam.




Salam sayang dari ibu

Selasa, 23 Februari 2010

Shaklee Videos: The Shaklee Difference

Shaklee Videos: The Shaklee Difference








Salam sayang dari ibu

Bercuti dengan harga MURAH!



Ni email dari adik ipar ibu, Cik Duda.

Our company, Asari Murni Sdn Bhd has an early bird promotion to any one of the Malaysia Island (redang, perhentian or tioman island). The promotion include snorkeling package for three days and two nights from RM340per person. This promotion valid until March 2010.

Any inquiries or interested please contact me, HUDA  at 03-2697 9909. 

Kindly forward to other friends. Thank you





Salam sayang dari ibu

Penyakit yang paling berat ialah?

Penyakit yang paling berat ialah penyakit yang berkaitan dengan hati iaitu was-was.. Ada beberapa kenalan internet ibu yang teringin nak mencuba Shaklee namun was-was...jadi mereka ini golongan yang yakin 100% dengan doktor. Maka ibu cuma mampu cadangkan makanlah vitamin doktor beri. Bezakah vitamin doktor dengan vitamin Shaklee? Jawapannya mudah sahaja, memang berbeza kerana ianya vitamin berbayar dengan kualiti yang setanding dengan harga yang dibayar. Ianya tidak punya pewarna mahupun perasa. Kesan? Pastinya untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Berapa lama? Bergantung pada badan.

Yang ibu rasa ralat ialah kerana ada ibu2 yang baru pertama kali mengandung dah mengeluarkan kata..."saya tak nak makan vitamin sebab nanti anak besar, semua kawan2 cakap mcm tu". Walhal golongan ini tak tahu bahawa kekurangan vitamin boleh menyebabkan bayi lahir tanpa zat yang cukup.Tapi ya la, balik kepada hati dan taufik hidayah Allah juakan...kerana bukan semua mendapat perkara yang sama.

Namun ibu hanya mampu mendoakan golongan ini mendapat taufik hidayah...bukan dari golongan yang kurang mampu mereka ni, tapi sekadar suka yang free. Semoga satu hari golongan ini terbuka pintu hati untuk mendapatkan vitamin yang lebih baik.






Salam sayang dari ibu

Isnin, 22 Februari 2010

Suara itu mempunyai aura tersendiri



Seronok betul ibu mendengar suara auntie Yusni yang ibu kenali melalui alam maya... beliau yang dahulu seorang guru yang mudah sakit, lemah dan tak larat, kini dah berubah sama sekali menjadi seorang yang ceria dan sangat bahagia. Beliau sudah pasti antara hamba Allah yang mensyukuri nikmat sihat yang Allah kurniakan kepada beliau.

Memang benar dari suara ibu dapat menyelami hati dan keadaan pesakit itu. Ibu percaya getaran suara seseorang itu mempunyai maksud yang sangat tersirat. Alhamdulillah beliau sangat bahagia..lebih bahagia apabila ayah mertua beliau yang dahulu mempunyai kencing manis dengan bacan belasan digit tetapi kini hanya 6.1 dengan supplement Shaklee yang ibu suggest khas untuk orang kencing manis.

Ya Allah terima kasih , alhamdulillah kerana menemukan aku dengan hambamu yang memerlukan penawar. Semoga Alah sentiasa merahmati semua saudaraku dan semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan Shaklee sebagai penawar kesihatan mereka, Amin.

Alhamdulillah.



Salam sayang dari ibu

Sabtu, 20 Februari 2010

Omega bantu elak serangan athma..?



Jika ibu atau ayah mempunyai salah satu penyakit dari kumpulan ini...

1. Athma

2. Ellergic

3. Resdung

4. Eczema

5. Gegata

Maka anak juga berkebarangkalian boleh mendapat mana2 penyakit dari kumpulan ini juga.

Macam ibu sendiri ada masalah allergic seafood sejak kecik hingga umur 20 tahun, anak ibu mempunyai kebarangkalian mendapat athma, tetapi sebab doc kata melalui pemakanan , penyakit boleh slowly beransur baik. Alhamdulillah walau anak2 ibu, disahkan doktor mengatakan mempunyai athma namun sebab ibu biasakan memberi mereka makan minyak ikan@ omega ,alhamdulillah mereka jarang sakit dan alhamdulillah belum pernah diserang athma teruk atau kata lain semput.

Mengapa omega ya? Ianya membantu agar chest anak tak mudah sejuk dan diserang athma...Berapakah umur yang sesuai untuk diberi omega? Seawal mereka berusia 1 tahun lebih dengan memberi 1biji seminggu. InsyaAllah ianya juga membantu perkembangan otak bayi DHA mereka. Ibu akan cukup risau jika omega di rumah kehabisan bekalan kerana ibu tak mahu anak2 ibu mudah sakit terutama kerena kami selalu menggunakan aircond di rumah.



Salam sayang dari ibu

Khamis, 18 Februari 2010

Jangan sampai terduduk baru terngadah...

Walaupun baru beberapa hari tidak menaip di blog ini tapi hati ini rasa bagaikan sebulan tak meng-up date blog. Bukan tiada masa tapi adakala mood menulis belum sampai. Ibu baru sahaja selesai mengemop lantai rumah. Habis satu rumah ibu mop..tetiba angin mengemop setiap hari sekarang ni. Pantang kotor sikit atau air tumpah habis ibu mop. Jika dulu mengemop bukanlah hobi ibu terutama dengan anak2 yang masih kecil..belum apa mereka yang dah jatuh tergolek. Dulu ibu lebih suka panggil auntie Shidah datang bersihkan rumah, dalam 2 minggu sekali. Tapi sekarang dah sebulan tak memanggilnya datang tolong mengemas rumah sebab ibu rasa ibu dah dapat co-op sekarang. Sekurang2nya jimat duit belanja ibu...hehehehe.

Kali ini ibu nak berkongsi cerita tentang golongan yang bilangan kecil sahaja tapi sayangnya mereka ini seolah2 riak dan angkuh dengan kurniaan yang diberi. Sehingga hari ini sudah beratus trial pack kami jual seluruh Malaysia. Yang membelinya pun bukan calang2 orang... sehinggakan setiap kali ibu mengepos pasti orang kat kaunter bertanya.."Wah, jauhnya customer akak ni...mana kenal kak?". Dengan senyuman ibu hanya mampu menjawab, "Ajaibnya internet". Pembeli yang ibu kenali dari internet bukanlah dari golongan ibu yang menyusu semata2. Ada antara mereka yang mencari vitamin untuk mendapatkan badan yang sihat dan bertenaga.

Namun ada segelintir pembeli yang membeli bukan atas niat menyusukan anak tapi golongan yang ibu kategorikan sebagai mereka yang suka mencuba. Selepas beberapa 2 minggu mereka mengambil Shaklee sebagai supplement, feedback yang diberikan adakala berbunyi sedikit sinis. "Ish tak de rasa apa2 pun bila amik vitamin ini...sama jek jika saya tak makan". Ibu dengan tenang menjawab,"Vitamin ini membantu kesihatan dalam banyak cara, adakala tanpa kita sedari. Ia hanya membantu melengkapkan keperluan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh yang mana tidak semuanya kita boleh dapat dalam makanan seharian kita.".

Ada seorang teman ibu ini, dia kelihatan sangat berumur...lebih dari usia sebenarnya memandangkan beliau sudah beranak 5. Beliau tidak yakin dengan pengambilan vitamin. Beliau antara golongan kecil yang mengeluarkan kenyataan yang ibu boldkan dengan warna merah yang tertera di atas. Adakah sehingga orang menegur dan mengeluarkan kenyataan..."muka akak ada kedutan la", dan kala itu jua terus ke farmasi mencari krim anti kedutan dan pelembap kecantikan?

Berbeda dengan seorang kenalan ibu yang juga seorang guru yang berkhidmat berbelas tahun, kak Sarimah..beliau mempunyai 6 orang anak, tapi percaya atau tidak wajahnya kelihatan sangat muda seperti awal 30-an. Kak Sarimah sangat yakin dengan kepentingan vitamin terutama apabila melihat kulit anaknya Awin yang melecur kerana termasuk dalam kawah yang sangat panas, 5 tahun dahulu kini dah semakin pulih.

Adakah perlu satu teguran atau masalah kesihatan melanda baru kita mahu marangkak mencari vitamin? Bukankah bagus menyediakan payung sebelum hujan? Alasan yang biasa ibu dengari selama hampir 10 tahun dalam Shaklee...

1. Mahal la vitamin ni.
- Sekarang dah ada trial pack, 30 days vitamin consume dengan harga RM80. Di dalam mengandungi 30 vitalea, 30 B complex, 30 Vitamin C dan 30 alfalfa. Bukankah sangat murah ? Ianya vitamin yang berkualiti tanpa kehadiran silika gel.


2. Oh suami tak bagi makan vitamin.
- bagi isteri yang tidak bekerja dan bergantung dengan hasil suami, memang menjadi kekangan untuk membeli. Tapi jika si ibu tadi bekerja, rasanya tidak salah memperuntukkan sedikit belanja untuk kecantikan diri kerana vitamin ini dapat membantu si isteri tadi sentiasa awet muda, slim dan bertenaga dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada suami serta keluarga.

3. Saya tak suka telan pil.
-Ini alasan untuk tidak makan vitamin, tapi peliknya bila mendapati diri disahkan mempunyai ketumbuhan, kanser malah penyakit yang menakutkan , di kala itu ubat doktor ditelan ibarat mengunyah kacang menglembu.

4. Maaf tiada budget.
-Ramai kenalan rapat ibu yang mengeluarkan kata2 ini... tapi yang hebatnya mereka punya budget untuk beli kereta besar, sofa hebat dan macam2 lagi. Tidak juga nak salahkan mereka kerana taufik hidayah memang hak Allah jua.



5. Vitamin ini tidak berkesan ke atas saya.
- Bagaimana nak lihat hasil jika makan pun tidak konsisten? Shaklee adalah supplement...bukan STEROID untuk memberi kesan dengan kadar segera. Jika anda belum merasakan hasilnya... teruskan makan dan jangan berhenti, kerana kesan dan hikmah istiqamah itu sangat besar. Ada antara ibu2 yang menyusukan anak, selepas mencuba trial pack... golongan kecil ini merungut, ish susu tak banyak pun cuma pekat aje. Taknak lah makan. Walhal, dalam dunia ini pun semua perlukan masa.


Boleh beritahu ibu, apakah biji benih yang bila kita campak arini ke tanah, esok dah tumbuh pokok besar yang mengeluarkan buah? Jika ada, ibu nak beli biji benih buah pamelo..sebab ibu suka makan pamelo. Sebab pokok pamelo antara pokok yang perlukan masa untuk tumbuh dan menghasilkan buah.
 Sama juga dengan keadaan tubuh kita, perlukan masa.


Adakala vitamin ini memberi kesan dalam yang tidak begitu ketara untuk kita sedari namun ia PASTI memberi manfaat kepada kita yang adakala hanya disedari oleh orang yang disekeliling kita....

Sebagai contoh seorang customer ibu memberitahu beliau hanya makan vitamin kerana nak tambahkan nutrisi susuibu kepada anaknya..namun makin lama beliau mengambil supplement makin ramai yang menegur kulit wajahnya berseri2 walhal beliau tidak memakai sebarang produk kecantikan. Waktu itu ibu katakan padanya, benarlah kata orang, kecantikkan itu datangnya dari dalam...iaitu apa yang kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Sekian, wassalam.





Salam sayang dari ibu

Isnin, 15 Februari 2010

Awan Dania. Dania oh Dania.

Kami sekeluarga dahulu mengikuti drama bersiri Astro Ria ini iaitu Awan Dania. Addin dan Nasa amat meminati pelakon watak utama cerita ini iaitu Scha. Pantang wajah Scha ini keluar tv dalam mana2 iklan, mereka pasti akan termangu seketika. Pernah Addin bertanya pada ibu sebelum bertolak berhijrah semula ke Miri  tahun lepas, "Ibu, dalam kapal terbang esok ni ada Awan Dania tak?"


Soalan ini tidak dapat ibu dan abah lupakan... hebatnya pengaruh Scha pada anak2 ibu. Tapi kini kami jarang menonton drama bersiri ini mengikut siri terkini memandangkan waktu siarannya adalah pada hari Isnin jam 10 mlm dan waktu itu adalah masa tidur Addin dan Nasa. Walaubagaimanapun memandangkan minggu ini cuti sekolah maka ibu memberi kelonggaran untuk anak2 ibu untuk menonton siri terkini Awan Dania. Addin dan Nasa begitu khusyuk menonton, tiba2.................... hidung ibu terhidu sesuatu yang kurang nyaman. Oh rupanya Nasa uk uk dalam pampersnya sambil baring meniarap menonton Awan Damia. Bila ibu tanya kenapa Nasa tak cakap? Nasa pun menjawab dengan risau, nanti Awan Dania habis. Sabar jek la, dia sanggup simpan uk uk dia semata2 nak tengok Awan Dania. Semasa mencuci Nasa di toilet juga mulut Nasa tak henti2 minta ibu cepat sebab nak tengok Awan Dania. Habis drama bersiri ini kami sempat bersidai di tingkap untuk melihat bunga api dari mercun yang dimainkan sempena musim perayaan CNY ini. Alhamdulillah Nasa senang tidur selepas 15 minit kami melihat bunga api.

Dania oh dania....

Salam sayang dari ibu

Apa yang ibu suka tentang Shaklee selain vitamin?

Ibu teringin untuk berkongsi antara product Shaklee yang ibu suka kerana keberkesanannya dan ianya jimat. Pada ibu, 3 produk ini sangat jimat kerana boleh tahan antara 10 bulan sehingga 1 tahun. Apakah product2 tersebut?

1. Pencuci muka Nutriwhite. Ianya pencuci muka yang dapat memutihkan wajah tanpa menghakis sel kulit. Ianya dibuat mengikut kesesuaian kulit orang Asia seperti kita.

 

Bagaimanakah bentuknya?

 

Hanya picitkan sebesar kacang hijau, ianya akan mengeluarkan buih yang sangat banyak. Bayangkanlah jika ibu katakan ianya dapat digunakan dalam masa hampir setahun. Rata2 kawan ibu yang mahu mencerahkan wajah mereka hanya akan membuat pesanan kedua selepas 1 tahun menggunakannya.

2. Refining Polisher. Ianya adalah scrub untuk kulit muka. Biji2 yang sangat halus dapat membersihkan kotoran pada wajah. Ibu gunakan seminggu sekali sahaja. Berbaloi kan jika ianya tahan lama?





Hanya seminggu sekali , selepas menggunakannya kita akan merasakan kulit sangat licin dan dapat membersihkan wajah dari white head dan black head.


3. Infusing Mineral Masque. Paling ibu suka. Mengapa? Hanya dengan sedikit picitan dan dicampurkan dengan air seterusnya disapukan ke seluruh wajah...tidak lama sahaja kita akan merasakan kulit kita tegang dan apabila sudah 15 minit, basuh dan bilas. Kita akan dapati wajah kita semakin bersaih dan cerah. Percayalah. Sangat berbaloi kerana ianya juga ibu gunakan hanya seminggu sekali itupun jika punya kelapangan...hehehehe. memang tahan setahun ibu guna.

 


Penggunaannya juga dapat membantu kulit yang berminyak menjadi nuetral dan ibu sangat sukakannya. Bekas-bekas jerawat yang lama juga pudar jika kita menggunakannya dengan consisten.

Bagi mereka yang mencari produk kecantikan, kalian boleh mencuba produk ini. Ibu sangat menyukainya!
 


Salam sayang dari ibu


Sabtu, 13 Februari 2010

Saja nak try...

Iklan seketika...






Salam sayang dari ibu


Testimoni melalui Trial Pack

Alhamdulillah , rata-rata yang mencuba trial pack ibu memberi response yang sangat baik. Antaranya ialah Niza melalui cerita beliau di dalam blognya My Tiny Thoughts.

Salam sayang dari ibu


Perkembangan anak-anak ibu..

 Addin dah hampir dua bulan ke sekolah dan selama itulah ibu atau jika abah ada di darat kami akan ke sekolah Addin sewaktu rehat untuk menemaninya makan dan ke tandas. Seronok juga dapat luangkan masa di kala waktu anak2 sedang membesar.

Bagaimana dengan si comel ibu, Nasa? Anak ibu yang ini kini terlalu bersemangat nak ke sekolah. Sabtu Ahad pun kami ke sekolah Nasa nak menunjukkan sekolah tutup. Nasib baiklah sekolah hanya belakang rumah. Hari Isnin lalu ibu terlewat hantar Nasa ke sekolah, semua kawan2 Nasa sudah masuk ke kelas. Turun sahaja dari kereta, anak kecil ibu ini menjerit di pagar..Good morning teacher. 2-3 kali Nasa menjerit barulah teacher Suzana keluar menyambutnya di pagar. Begitu excited Nasa ke sekolah dan adakala sehingga tidak mahu bersarapan semata2 hendak cepat ke sekolah. Adakala suka juga ibu menyakat Nasa dengan mengatakan bahawa Nasa tidak perlu ke sekolah, tahu apa yang dijawabnya? " Tak boleh tak pergi sekolah. Aca(panggilan manja Nasa) dah tak angis, nanti tak g sekolah tak pandai" tu dia. Dari seorang yang cengeng tahap gaban menjadi seorang yang komited dengan sekolah. Berbaloi abah bayar yuran sekolah Nasa yang pemiliknya seorang perempuan mat saleh.

Hmm...next week cuti sekolah. Kena ada aktiviti agar anak2 ibu ini tidak bosan. Yang pasti anak2 ibu akan merindui sekolah, cikgu dan kawan2 mereka.

Salam sayang dari ibu



Khamis, 11 Februari 2010

Vitamin ibu mengandung...

Ibu sebenarnya tidak perasan sama ada ibu pernah menulis tentang vitamin untuk ibu mengandung atau belum pernah, namun jika pernah anggaplah ini iklan dan selingan bagi ibu2 yang baru mengandung dan mencari2 vitamin yang sesuai. Sebenarnya vitamin yang perlu bagi ibu mengandung adalah sama dengan vitamin ibu2 yang nak meningkatkan pengeluaran susu badannya iaitu apa yang terdapat dalam trial pack....multivitamin, b complex, vitamin C dan tambahan kalsium.

Mengapa pentingnya multivitamin?

1.Selalunya doktor akan bagi ibu yang mengandung vitamin Obimin atau kata lain multivitamin. Secara peribadi pada ibu ia lebih mengandungi pewarna... masakan tidak, cuba genggam di dalam tapak tangan sebiji obimin, kita akan dapati ianya menjadi melekit di tapak tangan kita dan warnanya akan turun di dalam tapak tangan kita. Apakah fungsi multivitamin? Ianya adalah supplement yang dipanggil pelengkap kepada keperluan asas semua vitamin oleh tubuh kita. Mutlivitamin Shaklee mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan , hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

2. B complex ... Shaklee mempunyai B complex yang lengkap dengan 8 B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukkan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

3. Vitamin C Shaklee sangat unik. Ianya tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita.

4. Kalsium Shaklee atau nama lainnya Ostematrix sangat perlu bagi mereka yang sering mengalami sakit tulang belakang, kaki cramp, sendi2 yang bisa. Ianya juga penting agar keperluan tubuh badan si ibu dipenuhi dan tidak lupa juga bagi bayi yang dalam kandungan, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang bayi yang kuat. Kalsium Shaklee tidak hanya diperbuat dari kalsium Karbonat semata2 yang boleh membuatkan seseorang sembelit dengan teruk tetapi Kalsium Shaklee dihasilkan oleh campuran kalsium karbonat dan kalsium sitrat dan setakat ini ramai yang jatuh cinta dengan Kalsium shaklee ini.

Selain dari vitamin ini, bagi ibu yang berkemampuan bolehlah menambah pengambilan minyak ikan seperti Omega untuk meningkat sistem imunne baby dan DHA otak bayi.

Sekian dulu, jumpa lagi dalam next post.
Salam sayang dari ibu


Rabu, 10 Februari 2010

Bila hari ini hari rabu.

Ada bezakah hari Rabu dengan hari lain? Mungkin pada yang bekerja mahupun yang tidak bekerja hari Rabu sekadar rutin biasa. Namun bagi ibu sedikit berbeza... petang hari Rabu ibu boleh concentrate pack trial pack lebih dari biasa. Petang hari Addin tiada aktiviti maka tidaklah ibu terkejar2 menghantar dan mengambil anak.  Emak ibu selalu kata yang hari Rabu adalah hari rezeki dan setakat ini alhamdulillah. Bagi yang membuat pesanan vitamin semalam, insyaAllah ibu akan cuba selesaikan awal kerana khuatir during festive season ni takut juga courier buat hal. Doa ibu semoga rezeki kalian mendapat vitamin dipermudahkan. Amin.                                  Salam sayang dari ibu

Selasa, 9 Februari 2010

Alhamdulillah, terima kasih atas sambutan trial pack.

Alhamdulillah, terima kasih dan syukur pada Allah masih ramai yang membeli vitamin melalui blog ibu. Terima kasih atas kepercayaan kalian yang bank in beratus malah beribu terutama yang membeli Best Water secara cash. Petang tadi telah selamat urusan pengeposan vitamin dan trial pack yang dipesan dan insyaAllah jika tiada aral akan menerima vitamin esok kerana ibu menggunakan khidmat poslaju Malaysia.  Bagi yang ingin memesan trial pack, boleh mesej terus kepada hp ibu agar urusan pengeposan juga lebih cepat ibu dapat lakukan.  Terima kasih sekali lagi. Syukur pada Allah. Salam sayang dari ibu

Cabut gigi tanpa rasa sakit.

Semalam, abah ibu dan Addin ke klinik gigi untuk buat cleaning...kami cuba setiap 6 bulan untuk jumpa doktor gigi. Abah memulakan appointment, diikuti Addin dan akhir sekali ibu. Walau Nasa ikut namun tiada sekelumat rasa takut dalam dirinya. Nasa sibuk bertanya bilakah gilirannya pula...   Semasa giliran ibu , abah Addin dan Nasa berada di sebelah menemani ibu. Seronok rasa hati. Hmmm, apabila dah selesai doktor memberitahu yang gigi bongsu ibu infected dan perlu dibuang. Waktu tu ibu tak fikir panjang , sebab memikirkan bukan senang satu family nak buat next appointment dalam jangka waktu terdekat kecuali 6 bulan dari sekarang...ibu pun meminta Dr. Sarafina mencabut gigi bongsu ibu yang infected itu. Mengapa ibu berani nak cabut tanpa fikir panjang? 1. Sebelum gigi yang rosak itu mengganngu gigi yang lain, 2. Sebelum gusi dijangkiti dan bengkak... better ibu cabut sahaja. Ibu bertambah yakin dengan pengambilan ostematrix yang kesannya lebih baik dari Cal Mg Shaklee yang dulu. Alhamdulillah tak sampai 10 min, semuanya selesai. Doktor kata gigi ibu keras dan tidak rapuh(berbaloi rasa consisten makan ostematrix) dan tidak banyak pendarahan yang keluar. Ibu boleh berbual seperti biasa dengan Kak Sarimah yang kebetulan nak beli stroller yang ibu nak let go.  Kami dinner awal sebelum pulang.Balik sahaja rumah ibu mengambil 2 bj B Complex, 4 bj Ostematrix, dan vit C.  Alhamdulillah memang tak sakit cuma rasa sikit sengal di belakang telinga mungkin urat sebab yang cabut tu adalah gigi bongsu. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan kerana ibu dapat menyusukan Nasa tanpa masalah. Alhamdulillah, syukur sangat.                                                                Salam sayang dari ibu

Vivix - awet muda

Ibu mengambil petikan ini dari myMetro:

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.
RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.
Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan. Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

 
Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

Salam sayang dari ibu

Isnin, 8 Februari 2010

Dah mula

 
Seperti yang ibu maklumkan sebelum ini, bermula 8 Februari sehingga 28 Februari , ibu menyediakan trial pack khas bagi mereka yang ingin mencuba Ostematrix Shaklee. Hanya RM 100, kalian akan mendapat:

  1. Vitalea @ multivitamin sebanyak - 30 tabs
  2. B complex sebanyak - 30 tabs
  3. Vitamin C 500mg sebanyak - 30 tabs
  4. Alfalfa sebanyak - 30 tabs(FREE)
  5. Ostematrix @ Kalsium sebanyak - 40 tabs   
    Salam sayang dari ibu



    Sabtu, 6 Februari 2010

    Berbaloi travel dengan Air Asia?

    Bagi yang tidak pernah travel menggunakan kapal terbang, pasti teragak2 sama ada nak memilih penerbanga dari syarikat yang mana...namun seperti yang diketahui umum, AirAsia, kapalterbang tambang murah selalu menawarkan harga yang menarik dan sangat berbaloi. Kelemahannya cuma pada golongan yang tidak merancang perjalanan, termasuklah ibu....hehehehe. Bagi mereka yang pandai merancang dan yakin segala perancangan akan berjalan lancar maka AirAsia patut dijadikan pilihan. Walaupun MAS kini menawarkan pakej yang hampir sama namun jika diberi pilihan antara MAS dan Air Asia, ibu lebih suka memilih Air Asia.

    Jangan salah faham , penulisan ibu ini tidak dibayar sesen pun oleh pemiliknya.




    Ibu sekadar berkongsi melalui pengalaman ibu sendiri. Mungkin rezeki ibu menetap di Sarawak, berpeluang merasa menaiki kapal terbang. Jika dulu kami prefer MAS sebagai pilihan utama namun setelah beberapa kali menaiki pesawat dari penerbangan Air Asia, ibu lebih berpuashati dengan syarikat penerbangan ini. Antara sebab mengapa ibu berkata demikian ialah;
    1. Harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding syarikat penerbangan lain. Walaupun dalam keadaan last minute booking, harga yang ditawarkan masih berbaloi.

    2. Keselesaan yang lebih semasa dalam pesawat. Tempat duduk yang lebih luas dan pendingin udara yang sentiasa sejuk membuatkan ibu dan keluarga sangat selesa semasa berada dalam pesawat.

    3. Kita mempunyai pilihan sama ada hendak makan semasa dalam penerbangan atau tidak. Jika penerbangan melalui syarikat lain, terutama dari Miri ke KL jika bukan AirAsia, harga tiket pada dasarnya telah termasuk dengan harga makanan walhal adakala makanan yang disediakan tidak menepati selera kita langsung. Jika travel dengan Air Asia, kita boleh memilih sama ada hendak makan atau tidak kerana jualan makanan dibuat
    di dalam flight. So, jika kita tidak lapar maka tidak perlu kita keluarkan belanja tambahan untuk membeli makanan. Ini sudah pasti lebih menjimatkan.

    4. Free sitting..ini dahulu tapi kini ianya sudah selari dengan syarikat penerbangan lain, kita hanya perlu tambah beberapa ringgit untuk mendapatkan hot seat. Hot seat bagi Air Asia adalah barisan 1-5 dan barisan 12-14 jika ibu tidak silap. Tapi bagi ibu persoanally jika dapat barisan 23 pun tidak ada masalah kerana ianya mempunyai 2 pintu laluan masuk, satu di hadapan dan satu di belakang. Sangat selesa kerana tidak perlu kita menunggu lama untuk masuk mahupun untuk keluar dari pesawat.

    5. GoInsure..insuran yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan Air Asia apabila kita memilih untuk menaiki pesawat ini ke empat destinasi kita. Mahal ke? Hanya RM15 jika tak silap ibu untuk satu trip. Berbaloi ke amik? Jujurnya ibu kata sangat berbaloi. Bukanlah bermakna apabila kita mengambil insuran ini, kita mengharapkan perkara yang kurang baik berlaku tetapi sebagai langkah berjaga2 dan demi kebaikan kita sendiri juga terutama jika perjalanan itu jauh. Macam kawan ibu auntie Arnieh( pemilik genkimomma.blogspot), beliau dan keluarga pernah diberi wang saguhati di atas kelewatan flight yang sepatutnya mereka naiki, bermaksud flight ditunda atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Maka bagi mereka yang membayar insuran , mereka akan mendapat voucer dari Air Asia yang boleh ditukarkan semula dalam bentuk tiket. tidakkah ini sangat2 berbaloi?

    Hmm... ibu harap melalui pengalaman ini, bagi mereka yang masih sangsi untuk menaiki Air Asia akan membuat pilihan yang tepat untuk menuju ke destinasi yang kalian harapkan. Bagi ibu, Air Asia pilihan yang bijak bagi mereka yang bijak merancang perjalanan dan bijak menguruskan kewangan!



    Salam sayang dari ibu



    Khamis, 4 Februari 2010

    Ish, kenapa susu saya sedikit?

    Sepuluh percent dari kenalan ibu adalah terdiri dari ibu muda atau dengan kata lain, first time mother...
    golongan ini rata-rata kurang sabar. Mudah marah dan senang melatah. Tidaklah ibu salahkan mereka juga kerana kematangan setiap orang itu berbeza sama sekali.


    Sebenarnya setiap ibu yang menyusukan anak pastinya mempunyai laluan cerita yang sama dan lebih kurang sama sahaja. Ada turun naiknya hasil susu disebabkan banyak faktor. Jangan bohonglah dengan mengatakan susu saya hebat dan sentiasa hebat. Langit tidak selalu cerah dan awan tidak akan selalu mendung.

    Ceritanya sebenarnya semua sama...yang membezakan sesuatu cerita itu bagaimana seseorang ibu itu tackle the situation. Ini cerita ibu yang berjaya dan bagaimana beliau melakukannya? Mari kita ambil petua ini.


    • Tidak pernah control makan dan water consume always more than 2 litres.
    • Jaga pemakanan, amik supplement supaya kualiti sehebat kuantiti.
    • Setiap kali sebelum pam...mulakan dengan Bismillah hirrahman nirrahim dan Wala haulawalaquwata ila billah hil aliyill azim.
    • Setiap kali habis mengepam dan melihat hasil perahan, bacalah Alhamdulillah.
    • Banyakkan zikir nama2 Allah asal teringat.

    Setiap ibu itu pasti punya usaha dan doa untuk mencapai impian menyusukan anak lebih dua tahun namun satu yang sering ibu2 yang kecundang ini terlupa...iaitu bertawakal.

    Seorang pemancing mampu mengeluarkan duit yang banyak membeli joran yang hebat serta umpan yang sedap untuk mendapatkan si ikan, namun si pemancing ini perlu ingat bahawa hanya dengan izin Allah sahaja dia mampu untuk mendapat sebakul ikan mahupun seekor ikan.


    Samalah dengan ibu yang menyusukan anaknya... si ibu mungkin mampu mengeluarkan duit beribu ringgit membeli pam yang mahal serta vitamin yang bagus untuk menghasilkan susu. Namun kita masih perlu berdoa dengan yang Maha Agung agar dipermudahkan rezeki untuk si anak tadi. Bukan dengan marah2 dan menyalahkan pam atau vitamin. Sesungguhnya terjadinya susu si ibu tadi dari darah yang mengalir dari dalam tubuh si ibu. Dengan kuasa Allah jua ia bertukar menjadi susu, Subhanallah. Maka dengan izin Allah jua yang menentukan banyak mahupun sedikit.

    Tetapi perlu kita ingat bahawa Allah berjanji, barangsiapa yang bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmat. Maka janganlah sesekali mengeluh mengapa susu kita sedikit, sebaliknya sentiasa bersyukur serta beristighfar semoga kesilapan kita masa lalu tidak mengganggu rezeki kita di masa akan datang. Mudah2an.

    Salam sayang dari ibu



    Harga yang kami bayar?

     Ada beberapa teman yang bertanya dengan ibu benarkah penapis air Shaklee itu berbaloi dibeli terutama dengan harga RM1499....

    Jika ada antara kalian yang sedang mencari penapis air, inilah waktu yang sesuai untuk mendapatkan satu dengan harga yang sangat hebat ditawarkan iaitu RM1499. Mungkin ada yang baru membaca blog ini, ingin ibu maklumkan mengapa ibu memilih penapis air Shaklee.


    1. Ianya portable dan senang jika pindah rumah, tidak perlu menebuk dinding untuk meletakkan di sudut sinki.

    2. Kecil dan tidak menggunakan banyak ruang di dapur terutama kawasan sinki.

    3. Ianya menggunakan satu catridge, ini bermakna kos penyelenggaraan yang mudah dan tidak cerewet. Terdapat lampu as indicator bilakah waktunya untuk kita membuat penukaran catridge. Biasanya setahun sekali sahaja dengan kos RM400+++.


    4. Boleh dibawa ke mana2, hanya plug in mengikut kepala paip dengan saiz berbeza yang telah siap dibekalkan bersama.

    5. Pemasangan yang mudah, tidak perlukan penyelenggara untuk memasangnya. Setiap pembelian disertakan dengan CD untuk kita tonton dan mudah difahami.

    6. Kos yang ibu keluarkan untuk membeli Best Water pada tahun 2008 ialah RM2300, maka hakikatnya kos ini setanding dengan penapis air yang claim mereka bagus. Lebih hebat kerana Shaklee memberi pulangan dalam bentuk tunai iaitu RM80, alhamdulillah.

    7. Kini telah hampir 2 tahun ibu menggunakan penapis air, dan ibu rasa walaupun ibu beli dengan harga yang lebih mahal dari harga sekarang tetapi yang paling penting, ibu abah, Addin dan Nasa sangat suka dengan air dari penapis Best Water. Ibu rasa sangat berbaloi dengan harga yang ibu bayar...maka bagi kalian yang boleh membeli dengan harga lebih murah, apakah yang membuat kalian masih menunggu?

    Benefit memilih Best Water?

    Pemilihan yang tepat?

    Salam sayang dari ibu


    Selasa, 2 Februari 2010

    Ibu nak bagi angpau RM150, siapa nak?

    Offer While Stock Last.


    Sesiapa yang membeli penapis air Shaklee sebelum 15 February.




    Ibu dengan senang hati memberi angpau sebanyak RM150.

     
     


    Salam sayang dari ibu



    Isnin, 1 Februari 2010

    Ibu nak beli....

    Ibu ada beberapa yang ibu hajatkan akan sampai menjadi kenyataan.

    1. Ibu nak beli sebotol vivix and share ngan abah...hopefully bulan ni la.

    2. Nak belikan abah air purifier @ air source agar abah tidur dalam aircond di offshore tanpa mudah dapat serangan selsema maklumlah aircond yang bukan dalam kawalan kita.hmmm, bila agaknya tu ya???


    3. Ibu berhajat nak ada sebiji airsource khas letak dalam kereta sebab ibu ni everyday on the move, hantar amik anak sekolah jadi perlu rasanya.


    4.....apa lagi ya? Sedang fikirkan budget juga sebenarnya.

    Salam sayang dari ibu