Ahad, 5 Disember 2010

# Diariku # shaklee Class

Selesai sudah sesi Becoming Successful WAHM-1




 Syukur pada Allah atas segala kelapangan jalan dan urusan kami untuk mengadakan sesi program Becoming Successfull Work At Home Mother (WAHM) pada 4 Disember 2010 yang berlangsung semalam di
Wisma Bling Lustre
No 47,Jalan Meranti Jaya 3/1,
Tanming Boulevard, Taman Meranti Jaya,
47120 Puchong, Selangor, Malaysia.

Seronoknya dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu...bermula pada 3 Disember dengan penginapan di Pullman Lakeside Putrajaya (perubahan saat akhir kerana perancangan awal ialah di Marriot Putrajaya), makan malam bersama dan beriadah bersama pastinya menjadi memori terindah sepanjang 2010 kerana inilah julung kalinya kami semua dapat gather bersama di mana sebelum ini hanya melalui cyber semata-mata. Terima kasih kepada MamaAna dan keluarga kerana sudi memeriahkan lagi majlis makan malam yang berlangsung di Alamanda :)

Buat semua tetamu @ peserta yang hadir semalam, jutaan terima kasih saya ucapkan atas kehadiran, sokongan dan penumpuan khusus yang kalian berikan sepanjang sesi berlangsung. Semoga bahan yang diberi memberi manfaat dalam apa jua perniagaan yang bakal kalian ceburi nanti.


Saya akan mengumumkan nama pemenang bagi Anakkuwiraku 2010 Contest yang mana cabutan telah dibuat di hadapan semua yang hadir semalam. InsyaALLAH dalam entry yang berikutnya hari ini.


Sedang tunggu gambar sesi dari Arnie dan suaminya  :)
Jutaan terima kasih juga buat Arnie dan Yazid kerana sudi menolong dalam membantu kelancaran majlis. Semoga Allah membalas jasa kalian.





Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia