LCD atau LED?



 Bagi ibu selagi benda tu boleh guna, maka tak perlu la nak berganti. Ibu cakap perkara yang sama ngan Addin supaya tidak berlaku pembaziran. Samalah dengan keadaan ibu sekarang....selagi boleh tengok tv tu, maka rasanya tak perlulah ibu tukar walaupun kekadang dalam hati teringin gak nak tukar tv baru lcd ataupun led. Namun sesuatu telah terjadi.... Nasa bergayut dekat tv 29' abah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ibu menjerit terperanjat sebab takut tv tu jatuh hempap Nasa macam kes yang pernah terjadi beberapa tahun dulu ada seorang budak 3 tahun meninggal kena hempap tv, nauzubillah. Selisih malaikat 44!!!!

So abah decide nak tukar tv.... alhamdulillah selepas memohon petunjuk ALLAH abah belikan tv baru buat kami. Terima kasih abah. Memang dikala ini, ianya adalah keperluan bukan kehendak seperti sebelum ini.  Terima kasih kepada yang memberi pendapat dalam fb ibu baru2 ini....

 Alhamdulillah...... tv ni dah ada di rumah :)



Salam sayang dari ibu

Catatan Popular