Isnin, 29 November 2010

# Diariku

Sabut buah sayur sebagai span asli?



Balik dari beurut pagi ni, makcik Maznah mengesyorkan sesuatu......mandi menggunakan ini

Memang glamour benda ni di sini buat pakai mandi...fungsinya untuk menghaluskan kulit termasuklah kulit belakang tapak kaki...(agaknya la, hehehehe). Sure orang semenanjung tertanya-tanya, sabut apa ini? Ianya ialah sabut buat ketola. Orang Iban suka tanam sayur ni dan dikeringkan sehingga macam ni dan dibuat pakai mandi. Dikatakan boleh membersihkan dan melicinkan kulit badan kita. Ianya juga bagus buat mereka yang ada masalah kulit gatal-gatal.

Ibu beli sebab sabut ketola ini bagus untuk membuat sel-sel kulit mati dengan cepat dan menghaluskan kulit...bagus buat anak2 supaya mereka tak mudah kena gatal-gatal kulit :)

Besar ke? Hmmmmm bila bergambar dengan Nasa...nampak besar kan? Ianya dikerat kecil2 menjadi seperti span dan boleh digunakan selagi ia tidak hilang bentuknya. Ala-ala span tapi ini yang lebih asli. Menarik kan?
Ibu sendiri tak sabar nak menggunakannya!!!!!!!!!!!!!!!!

May be boleh buat souvenir balik KL ni untuk family.


Salam sayang dari ibu



Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia