Khamis, 11 November 2010

# Diariku

Panik seketika!!!




Salam pagi yang indah...seronoknya dapat melihat matahari sekali lagi pagi ini. Alhamdulillah. Seronok dapat menulis dengan hati yang tenang.


Namun ada kejadian yang buat ibu panik bagi ini!!!

Jam 5.30 pagi tadi Nasa bangun kejutkan ibu kerana mahu minum. Semasa ibu di dapur, Nasa menjerit meminta sesuatu.

Terdetik dalam hati ibu, alamak entah-entah tertinggal kat Mc Donald sebab semalam memang terjatuh semasa lunch kat sana.

Ibu cuba tenangkan diri dan buat -buat tenang. Abah terus mencari seluruh rumah!!! Abah capai kunci rumah dan terus keluar membuka kereta. Masih hampa.

Habislah. Jenuh pulak nak pegi beli. Bukan senang nak dapat.

Ibu nak solat subuh pada mulanya pun jadi tak keruan tapi terdengar satu suara bisikan di telinga ibu....
"Kalau ianya rezeki Nasa, ia tetap ada walaupun mungkin tertinggal semalam di mc Donald". Bisikan suara ini membuatkan ibu tenang semula.

Namun terlintas di hati ibu untuk menjenguk di bawah bantal.....
"Hah tu diaaaaaaaa!!!!" jerit ibu.

Nasa tersenyum panjang melihat......benda itu.

Syukur sangat...dah jumpa bendai itu!!! Kalau tak jenuhlah ibu kena masukkan dalam budget 2011 untuk ke Universal Studio SECEPAT mungkin walaupun memang ianya dalam perancangan tapi bukanlah masa terdekat sebab ibu berhajat nak bawa semua anak buah untuk pergi sekali, insyaAllah.So kena kumpul duit dengan teliti.

"Ya Allah berkat pagi yang indah ini, aku mohon padaMU agar Kau sampaikanlah hajatku nak bawa seluruh anak buahku dan adik-adikku berjalan ke Universal Studio Singapore dengan ketenangan dan keselamatanMU jua. Ameen Ameen."


Buat Aiman, Aimin, Aisy, Akim, Alea, Echa dan Dina..doakan hajat Allah jadi kenyataan nak bawa kalian jalan-jalan!!!!




Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia