Cerita Ayu



Credit to Ayu.


entry kali ni ayu nak share tentang supplement yang ayu makan ketika pregnant + bf baby.Act, ayu tau supplement ni bagi sesetengah orang ia tak perlu diambil. Ini adalah kerana mereka beranggapan khasiat dari supplement itu boleh juga didapati daripada sumber pemakanan yang lain...so, ianya bergantung kepada setiap individu itu sendiri..sebab itu ayu kata ianya sangat SUBJEKTIF..ada orang boleh menerima dan ada juga tidak boleh menerima..so, TEPUK DADA TANYALAH SELERA..kalau rasa ingin mencuba, tak salah sebab ianya bukan untuk orang lain, untuk kesihatan diri juga..

Sememangnya, sebelum ni ayu memang pernah dengar produk ini, sebab MIL ayu sendiri pernah makan vitamin dari produk shaklee ni iaitu vit C dan juga kalsium magnesium.. Disebabkan ketika mengandung anak kedua dulu, ayu sangat2 la letih...mana nak layan hariz lagi yang ketika tu sangat2 la merengek2 (atau dalam kata lain manja giler) dengan kerja nya lagi, kerja rumah tu boleh la juga on off seketika ...

Kebetulan masa tu ayu tengah mencari nak pakai set bersalin apa ketika dalam pantang nanti.. malas nak pakai set amway, (dulu masa hariz mmg pakai yang ini), sebab nak bancuh2 tu, alahai nampak comot laaa..

So, ayu banyak bertanya kepada forumer2 di SI.com mengenai set bersalin apa yang diaorg pakai..n sambil2 tu boleh juga baca testimonial diaorg...sehingga lah satu ketika ayu telah diperkenalkan dengan KAK N @nnorita78 mengenai produk SHAKLEE..masa tu, ayu ada 2 pilihan antara AGEL atau SHAKLEE..

At last, ayu beli juga produk shaklee...masa tu bulan puasa, ayu pergi rumah kak N ngan hariz..sbb ayu ni jenis kalau nak beli brg2 yg ratus2 ni better la pergi jumpa sendiri kan...kita pun rasa confident la sikit nak membeli ni..masa tu kak N telah memperjelaskan setiap jenis vitamin yang ayu beli dan yang sesuai untuk dimakan ketika mengandung..ada 3 jenis vitamin yang ayu beli ketika itu (masa beli dalam botol ye, mana ada trial2 pack2 ni)

1. B-complex...

FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

b complex


2. Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen merupakan lapisan yang penting dalam menghubungkan setiap sel dalam badan kita. Tanpa kolagen yang kuat, kulit kita menjadi sensitif dan mudah tercalar serta lambat pula baiknya. Vitamin C juga penting untuk pembuluh darah...agar ianya tidak mudah rosak atau pecah. Vitamin C juga dikenali sebagai anti stress. Mereka yang senang tersentuh@sensitif, mudah merajuk , panas baran serta mood juga dikenalpasti mereka yang kurang vitamin C dalam badan mereka. Ianya juga penting untuk sistem ketahanan tubuh kita. Mereka yang mudah selsema, batuk dan demam juga dikaitkan dengan lemah antibodi maka golongan ini disarankan memastikan pengambilan vitamin C setiap hari secara konsisten.

Berapa banyak yang boleh diambil dalam sehari?

Dr. Bruce Miller menyatakan vitamin C boleh diambil sehingga 3000mg sehari dan bergantung kepada pesakit itu sendiri. Namun bagi kita yang sihat tubuh badan, memadai mengambil 500mg sehari sehingga 1000mg sehari. Cuba dapatkan vitamin C yang berlabel, sustained release atau pelepasan masa...ianya akan release sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Pastikan vitamin C yang anda ambil tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan kerana ianya tidak mendatangkan kesan yang baik untuk tubuh maka kita membayar sesuatu yang sia2.

vitamin c

3. zinc

zinc ni merupakan mineral yang diperlukan oleh badan untuk pemuliharaan dan pertumbuhan sel badan manusia. Ianya mempunyai kaitan dengan 300 jenis enzim dalam badan untuk membantu dalam metabolisma protein, karbohidrat dan lemak. Ia merupakan mineral kedua penting selepas zat besi.

Kepentingan zink - antaranya…

1. pentng untuk sistem pertahanan badan- imune system
2. bertindak sebagai anti oksidan
3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain
4. mempercepatkan pembaikan tisu yang luka
5. membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu
6. membantu pertumbuhan tulang yang sihat
7. mengawal rasa,bau dan selera
8. terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan

zinc


Alhamdulillah, sejak amalkan 3 jenis vitamin ni, yang ketara perubahan ayu ialah ayu tidak lah begitu penat ketika mengandung di akhir2 hujung kehamilan..start makan vitamin ni ketika mengandung 8 bulan...still lagi boleh melakukan kerja2 rumah + berSHOPPING..semestinya ayu memang KAKI JALAN..

Kemudian, pada hari yang bersejarah iaitu pada 10/10/09 jam 12.07 tgh malam, ayu dah selamat bersalin...ayu sempat bf danial tak sampai sejam selepas dia dilahirkan..seingat ayu, lepas je doc tu jahit2 terus ayu minta untuk bf danial..en suami la yang banyak membantu.. walaupun ketika tu masih terasa bius epidural + rasa mengantuk sangat2, tapi kuatkan niat untuk bf danial juga. Masuk wad pukul 2 pagi....alhamdulillah, ayu tak rasa penat sangat sedangkan seharian sebelum tu ayu memang tak boleh nak tidur ...excited je lebih.. dari pukul 2 pagi hingga la ke pukul 8 pagi memang tidak dapat tidur lena kerana danial memang dah ada signal2 nak menyusu..ayu kerapkan bf juga walaupun ayu sendiri tau ketika tu memang susu memang tidak ada lagi..

Hari ke 3 sudah ada banyak susu sehinggalah ketika balik ke kampung untuk berpantang, semasa sessi berurut, kakak yg dtg mengurut tu pun kata, tak yah dah susah2 nak urutkan ayu utk mmperbanyakkan susu..

minggu ke 2 ayu bersalin, ayu pun call balik kak N n tanya lagi pada dia, apa lagi jenis2 vitamin yg boleh ayu makan utk menyusukan danial...kak N dah suggest ayu 3 jenis lagi vitamin..... Antaranya...

ALFAFA

alfafa


1. Alfalfa merupakan RAJA SEGALA TUMBUHAN. Ia mempunyai sistem akar yang panjang – 20 hingga 30 kaki

2. Merupakan ramuan :
• Medical benefits of herb – dikenali sejak berzaman lagi

3. Makanan paling lengkap membekalkan :
• 15 mineral
• 10 vitamin
• 8 enzim
• Fiber (saponin)

4. Sumber yang terkaya dengan klorofil

5. Merupakan sumber mikronutrion yang paling kaya – membuatkan system badan berjalan lancar

RAHSIA ALFALFA

1. Ibu yang menyusu anak – merangsang pengeluaran susu

2. Terkenal untuk merawat 3A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

3. Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Colon disorder (penyakit usus)
• Kencing manis
• Ulcer
• Melawaskan usus
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera
• Buah pinggang

4. Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghazaman
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa
• Pencernaan

5. Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastric
• Eczema (penyakit kulit)
• Anemia
• Sembelit
• Kurang bau badan,nafas, dan foot odor

6. Promotes pituitary gland function

7. Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver

PERFORMANCE DRINK

performance drink


1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong mencegah dehydration tu.

VITA-LEA / MULTIVITAMIN

vita-lea
Vitea Lea / Multivitamin - kerana ia mengandungi ke semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang mana adakala kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan dalam menu seharian. Adalah sangat bagus jika multivitamin itu dibekalkan dengan formula zat besi kerana ini sangat penting dalam pembesaran anak2 kita. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak mengambil multivitamin dengan minuman tenusu seperti susu kerana susu boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi secara optimum. (disarankan di ambil bersama air milo atau horlicks atau air kosong).


Sejak mengamalkan tambahan 3 lagi jenis vitamin ni (ALFAFA + PERFORMANCE DRINK + VITALEA), rasa seronok sgt..pengeluaran susu makin banyak...lagi2 ayu memang kerap direct bf dan selepas tu ayu akan pump pula.....boleh tengok jadual ayu memerah susu ketika di dalam tempoh berpantang di SINI ..

Ada sebab ayu mengumpul stok banyak2 ketika didalam pantang...boleh refer di SINI ..Yang pasti ayu hanya boleh mengatakan bila stok susu banyak, kita sendiri sudah ada keyakinan yang tinggi untuk meneruskan penyusuan susu ibu..

SUMBER RUJUKAN :
kepentingan semua vitamin ni Ayu ambil dari blog kak N

seandainya korang berminat, boleh contact dengan kak N atau rakan2 yang lain seperti Hasmah atau pun Azrina ... sekarang ni, dah ada trial pack untuk sebulan..so, korang boleh cuba dulu.....macam ayu, sekarang dah melepasi stage 1, so production pengeluaran susu pun makin stabil, jadi kadang2 tu mula la penyakit "M" melanda diri ayu....ada kala makan n ada kala tidak makan..hehe..tapi, ada satu pil ni WAJIB ayu makan setiap hari..kalau tak makan, risaunyaaaa... mmmmm...pil apakah itu????????

Salam sayang dari ibu

Catatan Popular