Bila takbir bergema....


 Bergema sahaja takbir sejak semalam...jalan-jalan di Piasau terang dengan cahaya mentol warna warni dari setiap rumah yang pastinya menyambut AidilAdha hari ini. Alhamdulillah kerana diizinkan Allah kita mampu melihat senyuman anak-anak dan orang tersayang pada hari raya ini. Tidak lupa juga buat semua yang berjauhan dengan ahli keluarga, yang kehilangan orang tersayang semoga ALLAH merahmati kita semua dalam menjalani kehidupan yang disyariatkan ke atas kita.

Syukur kerana tahun ini kami beraya AidilAdha bersama abah, tidak seperti tahun lepas yang mana kami beraya hanya bertiga iaitu ibu, addin dan nasa....memandu kereta berjalan ke rumah sahabat handai yang menjemput. Alhamdulillah ada 3-4 buah rumah jemputan hari ini...semoga sempat menziarah semua sahabat yang menjemput.

Salam Aidil Adha buat semua sahabat, kenalan dan saudara mara yang jauh di mata...namun kalian sentiasa dekat di hati.



Salam sayang dari ibu

Catatan Popular