Khamis, 18 November 2010

# Breastfeeding # Diariku

Antara kualiti dan kuantiti.


 Ibu menghabiskan mengulang baca buku favourite ibu iaitu tulisan Razzi Armansur dan petang tadi ibu dapatkan satu lagi buku tulisan beliau yang dicadangkan oleh beliau sendiri dimana ibu lebih berminat terhadap buku yang mempunyai penceritaan yang cukup santai dan dapat difahami dengan mudah.
Antara perkara menarik yang ibu perolehi ialah mengenai perkaitan KUANTITI dan KUALITI.

Ibu cuba melihat kedua perkara ini dalam aspek penyusuan. Ramai ibu diluar sana yang menyusukan anaknya berlumba-lumba mengumpul stok susuibu mereka demi si comel tersayang. Maka mereka ini terlalu obses dengan KUANTITI semata-mata. Risau dan gundah gulana jika stok beku mula berkurang....

Alangkah baiknya jika ibu-ibu ini tahu KUALITI itu lebih penting dan jika ianya diutamakan maka secara sendirinya akan menarik kepada KUANTITI tanpa disedari.

Kuantiti sebenarnya jatuh nombor dua. Kualiti terlebih dahulu diutamakan kerana kualiti itu akan menghasilkan kuantiti. Ini kerana kualiti akan menarik kualiti. Maka secara langsung ia akan berganda malah berlipat ganda dan akan terhasil kuantiti.

Ibu cuba terangkan dalam maksud yang lebih santai... Jika si ibu itu membuat perahan yang konsisten , menjaga pemakanan, kesihatan dirinya diutamakan, minum cukup air, berdoa setiap waktu insyaALLAH  susu yang terhasil sangat hebat untuk si anak sehinggakan si anak hanya minum sedikit sahaja dan mudah kenyang. Saat itu hasil perahan yang berkualiti itu secara langsung akan terkumpul dengan mudah dan ia akan menjadi semakin banyak apabila rutin si ibu itu sentiasa konsisten.

Apa yang si ibu perlu ingat untuk memastikan susunya penuh nutrisi dan bagus untuk anaknya?

Kurangkan minum minuman berkarbonat, berkafien, minuman ber ais, makan buah yang berangin atau sejuk, pastikan cukup tidur atau punyai kualiti tidur yang secukupnya, sesi perahan yang konsisten, memastikan makan dengan seimbang dengan pengambilan buah dan sayuran dan minum air secukupnya bagi memastikan si ibu itu bertenaga dan badan ibu dapat menghasilkan susuibu dengan lancar.

Perkataan kurangkan tidak bermakna tidak boleh tetapi cuba elakkan dan makan dan minum lah secara berkadaran agar tidak sampai memudaratkan diri sendiri dan hasil perahan nanti.

Kita sedia maklum susuibu itu paling baik untuk bayi dan lebih hebat lagi jika si ibu itu menjaga pemakanannya dan kesihatannya. Pokok yang subur akan menghasilkan buah yang hebat dengan izin ALLAH jua.

Berikan yang terbaik agar si manja kita akan menjadi terbaik antara yang terbaik.



Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia