Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Latest update.

Imej
Memandangkan cuti sekolah.....so nak memenuhkan aktiviti, kami pun pergilah menonton







Rapunzel.................. best citer dia. Alhamdulillah Nasa dan Addin boleh bertahan sampai citer ni habis. Macam citer Shrek dulu , baru separuh perjalanan Nasa dah ajak balik.....

Nak update order : Semua pesanan semalam dan hari ini akan cuba diselesaikan hari ini memandangkan kesulitan akibat gangguan teknikal sistem Shaklee dalam urusan baik pulih. Harap maklum :)


Shaklee HQ telah pun berpindah ke Empire Tower Subang. Harap maklum :)



Salam sayang dari ibu



Sabut buah sayur sebagai span asli?

Imej
Balik dari beurut pagi ni, makcik Maznah mengesyorkan sesuatu......mandi menggunakan ini

Memang glamour benda ni di sini buat pakai mandi...fungsinya untuk menghaluskan kulit termasuklah kulit belakang tapak kaki...(agaknya la, hehehehe). Sure orang semenanjung tertanya-tanya, sabut apa ini? Ianya ialah sabut buat ketola. Orang Iban suka tanam sayur ni dan dikeringkan sehingga macam ni dan dibuat pakai mandi. Dikatakan boleh membersihkan dan melicinkan kulit badan kita. Ianya juga bagus buat mereka yang ada masalah kulit gatal-gatal.

Ibu beli sebab sabut ketola ini bagus untuk membuat sel-sel kulit mati dengan cepat dan menghaluskan kulit...bagus buat anak2 supaya mereka tak mudah kena gatal-gatal kulit :)

Besar ke? Hmmmmm bila bergambar dengan Nasa...nampak besar kan? Ianya dikerat kecil2 menjadi seperti span dan boleh digunakan selagi ia tidak hilang bentuknya. Ala-ala span tapi ini yang lebih asli. Menarik kan?
Ibu sendiri tak sabar nak menggunakannya!!!!!!!!!!!!!!!!

May be boleh bu…

Map untuk ke sesi Becoming Successful WAHM

Imej
Alhamdulillah, telah selesai semua pendaftaran. Kini menunggu hari nak balik Semenanjung!!! Nak jumpa kenalan blogger dan kenalan maya ibu serta bercuti!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Btw, bagi yang ingin mengetahui di mana tempat sesi diadakan :.

Tarikh : 4 Disember 2010Masa : 1 tengahari – 5 petang (minum petang disediakan bersama )Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong




Salam sayang dari ibu

Pendaftaran Becoming Succesful WAHM ditutup.

Imej
Alhamdulillah, selesai sudah pendaftaran untuk sesi yang akan ibu buat pada 4 Dis nanti. Ibu akan emailkan joining invitation thru email kepada semua yang telah mendaftar. 
Ibu dah sediakan  freegift  untuk peserta yang berdaftar sahaja.Buat yang tidak berkesempatan untuk mendaftar pada sesi ini, insyaALLAH akan ada sesi seterusnya pada masa akan datang..

Ibu sedang fikirkan nak buat satu perjumpaan secara besar-besaran untuk semua kenalan dan pengguna ShakleeAt least u all boleh tengok macam mana  Shaklee berfungsi dalam badan kita!!!!, ....mudah-mudahan akan menjadi satu kenyataan!!! Ameen.

Salam sayang dari ibu

Zoo ada penawar untuk anak sawan tangis?

Imej
Dah berminggu si kecil ini menangis dan merengek....dah macam-macam doctor Auntie Ein bawa anaknya berjumpa tak kurang juga perubatan tradisional....tak tahu nak buat macam mana...menangis siang dan malam. Kalau ibu telefon atuk pasti kedengaran suara Dina menangis sahaja...
Pernah ibu cakap dengan atuk..."Mak, cuba minta Ein ketuk mana-mana pintu ke tingkap kat rumah tu....mana tahu akan jadi macam Ahmad Albab ke..." kedengaran ketawa kecil oleh mak ibu selepas itu.

Sehingga satu ketika mak ibu mula menunjukkan rasa risaunya.... mak kata jika orang dulu-dulu, mereka kata itu petanda tak baik. Tapi ye la, bukan boleh percaya.... sehinggalah satu hari Auntie Ein bawa Dina berjalan rumah kawannya.

Mak kawan Auntie Ein kata, penyakit budak-budak macam ni senang jek ubatnya.....Bawa pergi ke zoo, nanti mana-mana binatang yang berkenan dengan perangai sawan tangisnya akan ambik then si kecil akan berhenti menangis.

Dalam keadaan Auntie Ein, apa sahaja yang disaran akan dicuba…

Antara kualiti dan kuantiti.

Imej
Ibu menghabiskan mengulang baca buku favourite ibu iaitu tulisan Razzi Armansur dan petang tadi ibu dapatkan satu lagi buku tulisan beliau yang dicadangkan oleh beliau sendiri dimana ibu lebih berminat terhadap buku yang mempunyai penceritaan yang cukup santai dan dapat difahami dengan mudah.
Antara perkara menarik yang ibu perolehi ialah mengenai perkaitan KUANTITI dan KUALITI.

Ibu cuba melihat kedua perkara ini dalam aspek penyusuan. Ramai ibu diluar sana yang menyusukan anaknya berlumba-lumba mengumpul stok susuibu mereka demi si comel tersayang. Maka mereka ini terlalu obses dengan KUANTITI semata-mata. Risau dan gundah gulana jika stok beku mula berkurang....

Alangkah baiknya jika ibu-ibu ini tahu KUALITI itu lebih penting dan jika ianya diutamakan maka secara sendirinya akan menarik kepada KUANTITI tanpa disedari.

Kuantiti sebenarnya jatuh nombor dua. Kualiti terlebih dahulu diutamakan kerana kualiti itu akan menghasilkan kuantiti. Ini kerana kualiti akan menarik kualiti. Maka…

Bila takbir bergema....

Imej
Bergema sahaja takbir sejak semalam...jalan-jalan di Piasau terang dengan cahaya mentol warna warni dari setiap rumah yang pastinya menyambut AidilAdha hari ini. Alhamdulillah kerana diizinkan Allah kita mampu melihat senyuman anak-anak dan orang tersayang pada hari raya ini. Tidak lupa juga buat semua yang berjauhan dengan ahli keluarga, yang kehilangan orang tersayang semoga ALLAH merahmati kita semua dalam menjalani kehidupan yang disyariatkan ke atas kita.

Syukur kerana tahun ini kami beraya AidilAdha bersama abah, tidak seperti tahun lepas yang mana kami beraya hanya bertiga iaitu ibu, addin dan nasa....memandu kereta berjalan ke rumah sahabat handai yang menjemput. Alhamdulillah ada 3-4 buah rumah jemputan hari ini...semoga sempat menziarah semua sahabat yang menjemput.

Salam Aidil Adha buat semua sahabat, kenalan dan saudara mara yang jauh di mata...namun kalian sentiasa dekat di hati.



Salam sayang dari ibu

Shaklee di Indonesia

Imej
Oh ibu sering terlupa nak maklumkan berita gembira ini....terutama buat semua kawan-kawan ibu yang berada di Indonesia kerana mengikut suami bekerja di sana mahupun yang masih belajar dan menetap di sana. Buat pengetahuan kalian Shaklee akan membuka cawangannya di Indonesia mulai tahun 2011. Kalau ada rezeki kami teringin nak ke sana semasa hari pelancaran.

So bagi kawan-kawan ibu yang berada di sana, nanti tak perlu lah minta keluarga kirimkan Shaklee dari sini macam sekarang ni bila ada kemudahan yang mana kalian boleh beli dari sana sahaja :)

Semoga Allah memudahkan urusan dan semoga dengan izinNYA kami akan ke sana satu hari nanti untuk bercuti :)



Salam sayang dari ibu

Menyusu hanya dengan ALFALFA, apa kesannya?

Imej
Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang d…

THE BEST WAY TO PREDICT THE FUTURE IS TO CREATE IT!

Imej
Setiap wanita yang bakal bergelar ibu seharusnya bersedia untuk menerima cabaran dalam mempunyai cahayamata(saat mengandung), menyusukan anak, mendidik serta membesarkan anaknya.

Inilah pengorbanan besar seorang ibu dan kerana inilah ibu mendapat keutamaan di sisi Islam.

Menjaga kesihatan dan sanggup mengeluarkan belanja untuk membeli supplement juga adalah satu pengorbanan. Minggu ni sahaja alhamdulillah, ramai kawan-kawan ibu termasuklah kawan-kawan cyber (termasuklah kalian dan penghantar email )  yang membeli fullpack...terima kasih. First timer kenal Shaklee pun ada yang terus membeli fullpack. Ini kerana fullpack memang murah. Boleh makan untuk 4 bulan hanya dengan harga RM231...memang murah. Mungkin lepas ni ibu tak perlu pack trial pack sebab kesedaran sudah timbul... pelaburan ke atas kesihatan yang amat berbaloi. Bertambah gembira makcik-makcik ibu yang sebelum ini pengguna tegar ***** pun dah mengakui Shaklee adalah vitamin yang bagus, kesan yang baik dan paling penting A…

Panik seketika!!!

Imej
Salam pagi yang indah...seronoknya dapat melihat matahari sekali lagi pagi ini. Alhamdulillah. Seronok dapat menulis dengan hati yang tenang.


Namun ada kejadian yang buat ibu panik bagi ini!!!

Jam 5.30 pagi tadi Nasa bangun kejutkan ibu kerana mahu minum. Semasa ibu di dapur, Nasa menjerit meminta sesuatu.

Terdetik dalam hati ibu, alamak entah-entah tertinggal kat Mc Donald sebab semalam memang terjatuh semasa lunch kat sana.

Ibu cuba tenangkan diri dan buat -buat tenang. Abah terus mencari seluruh rumah!!! Abah capai kunci rumah dan terus keluar membuka kereta. Masih hampa.

Habislah. Jenuh pulak nak pegi beli. Bukan senang nak dapat.

Ibu nak solat subuh pada mulanya pun jadi tak keruan tapi terdengar satu suara bisikan di telinga ibu....
"Kalau ianya rezeki Nasa, ia tetap ada walaupun mungkin tertinggal semalam di mc Donald". Bisikan suara ini membuatkan ibu tenang semula.

Namun terlintas di hati ibu untuk menjenguk di bawah bantal.....
"Hah tu diaaaaaaaa!!!!" j…

Beliau mampu mendapat 20 oz sehari walaupun mengandung?

Imej
Ini email dari Shida, antara kenalan terawal ibu dalam dunia blog. Sampai sekarang kami kawan baik dan berkongsi cerita:

"alhamdulillah sebenarnya nak cerita pasal penyusuan Firdaus yang dah mencecah 1
tahun 3 bulan 5 hari, dulu Nabil menyusu selama 1 tahun 7 bulan ja..sbbnya masa
tu aku dah mengandungkan Firdaus 5 bulan. Walaupun mengandung aku tetap menyusu
dan mengepam macam biasa tanpa ada halangan alhamdulillah mungkin disebabkan
pemakanan aku yang baik serta amalan pengambilan supplement shaklee yang
mengikut jadual oleh N maka Nabil dapat juga menyusu walaupun aku mengandung.
Aku mula kenal shaklee masa Nabil umo 4 lebih bulan...aku mmg mencari suplemnet
yang boleh membantu aku kembali sihat sbbnya sejak bersalin anak sulong aku
selalu demam dan selsema sampaikan doktor bagi pelbagai-bagai vitamin katanya
aku ni kekurangan vitamin dan darah huhuhuhuhu tapi tak nampak plak kesannya aku
masih tak sihat somkmo sehinggalah aku jumpa N yang sangat aktif menulis
mengenai shakle…

Mari Menuju Kejayaan!!!

Imej
Bagi sesi program ibu pada awal Disember ini, insyaAllah kami akan menyediakan sedikit makanan minum petang dan additional with ESP and Performance Drink!


Jika berminat...boleh isikan FORM INI beserta rujukan pembayaran anda!



Saya tidak suka berbicara kosong atau memberi harapan menggunung...namun mahukah anda jika saya berkongsi satu peluang yang mana...

1. Anda mampu mendapat pendapatan sampingan walau hanya tambahan RM100 sebulan ?

2. Pernahkah anda mempunyai impian untuk bercuti atau bermalam di hotel mewah untuk merehatkan minda dan sebagai penghargaan kepada diri sendiri?

3. Pernahkan anda mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang dermawan yang mampu bersedekah tanpa rasa terkilan duit akan berkurang?

4. Pernahkah anda impikan untuk bercuti membawa anak-anak makan angin walau hanya ke Singapura, Universal Studio?


Jika anda menjawab ya bagi kebanyakan soalan di atas...maka anda mempunyai keinginan untuk memajukan diri anda. Walau bagaimanapun, ianya akan diperolehi jika an…

Berbaloi Ayu beli FullPack Shaklee!!!

Imej
Beliau merupakan kenalan terawal blogger ibu...Ayu. Beliau juga pernah menghantar entry untuk first time ibu buat grand contest di blog dulu-dulu. Walaupun begitu, Ayu ada menghantar email bertanyakan tentang vitamin Shaklee sejak awal kehamilannya yang kedua dan akhirnya pada dua bulan lepas jika ibu tak silap, Ayu pun mendapatkan 1 fullpack penyusuan dengan tambahan beberapa vitamin lain seperti ESP dan vitamin E.

Syukur pada Allah berkat kesabaran Ayu....mengamalkan 3 perkara ini :
1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu past…

Cerita Ayu

Imej
Credit to Ayu.


entry kali ni ayu nak share tentang supplement yang ayu makan ketika pregnant + bf baby.Act, ayu tau supplement ni bagi sesetengah orang ia tak perlu diambil. Ini adalah kerana mereka beranggapan khasiat dari supplement itu boleh juga didapati daripada sumber pemakanan yang lain...so, ianya bergantung kepada setiap individu itu sendiri..sebab itu ayu kata ianya sangat SUBJEKTIF..ada orang boleh menerima dan ada juga tidak boleh menerima..so, TEPUK DADA TANYALAH SELERA..kalau rasa ingin mencuba, tak salah sebab ianya bukan untuk orang lain, untuk kesihatan diri juga..

Sememangnya, sebelum ni ayu memang pernah dengar produk ini, sebab MIL ayu sendiri pernah makan vitamin dari produk shaklee ni iaitu vit C dan juga kalsium magnesium.. Disebabkan ketika mengandung anak kedua dulu, ayu sangat2 la letih...mana nak layan hariz lagi yang ketika tu sangat2 la merengek2 (atau dalam kata lain manja giler) dengan kerja nya lagi, kerja rumah tu boleh la juga on off seketika ...

Keb…

Mencari pendapatan sampingan dan makan vitamin secara PERCUMA!

Imej
Salam bahagia dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah jua....


Saya pasti setiap kita menyimpan impian untuk bekerja dari rumah... menjana pendapatan di samping dapat menguruskan keluarga. Tanpa perlu memikirkan kemarahan bos, makan hati dengan rakan sekerja yang kaki bodek, tugasan yang bertimbun....


Saya mengambil cuti tanpa gaji pada tahun 2007 hujung tahun dan niat asalnya hanya untuk dua tahun. Waktu itu dalam kepala saya , saya nak buat tuition di samping buat Shaklee sebagai sambil-sambilan. Masa tu saya hanya mahu fikirkan saya perlu ada duit untuk cover elaun bulanan emak dan belanja bulanan saya.


Kini selepas habis cuti dua tahun, saya meneruskan untuk cuti lagi dua tahun dan merancang untuk menghabiskan peruntukan cuti yang ada dan jika dizinkan Allah saya ingin berhenti dan meneruskan apa yang sedang saya lakukan sekarang.


Dulu saya tak percaya melalui pendapatan sampingan di rumah kita boleh mendapat pendapatan di luar jangkauan ...tetapi setelah saya laluinya, memang bena…

Mahu mencuba vitamin Shaklee?

Imej
1. Adakah Shaklee ini Halal?

Jawapan : Halal.

2. Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin?

Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?

Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?

Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu.

5. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk men…

Baru bergelar ibu!

Imej
Buat tatapan wanita yang baru bergelar ibu serta mereka yang bakal menjadi ibu.....

Penghasilan Susuibu

Payudara adalah kelenjar yang terdiri dari jaringan ikatan dan lemak yang menyokong dan melindungi kawasan-kawasan pengeluaran susu dari payudara. Susu ini dihasilkan dalam kumpulan kecil sel yang disebut alveolus. Susu bergerak ke bawah saluran ke puting.

Kejayaan pemberian ASI tidak ada hubungannya dengan saiz payudara atau puting. saiz payudara adalah sifat yang diturunkan dan ditentukan oleh jumlah sel-sel lemak yang anda miliki. Payudara akan membesar dengan kehamilan dan menyusui. Penyusuan adalah proses tawaran dan permintaan.Oleh kerana itu, semakin banyak/kerap anda menyusu@ mengepam, lebih banyak susu yang dihasilkan!




Kolostrum

Kolostrum, susu awal yang dibuat oleh payudara si ibu, biasanya ini hadir selepas bulan kelima atau keenam dari kehamilan. Setelah bayi anda lahir, kolostrum hadir dalam jumlah kecil bagi tiga hari pertama sesuai dengan saiz kecil perut bayi anda. …

Menyusu badan ketika hamil.

Imej
Credit to Hasmah

Salam..
Ada sedikit informasi yang ingin saya kongsikan di sini...sumber dari Ratuhati.com..Sama ada ibu yang mengandung boleh atau tidak menyusukan bayi..

Anda mungkin mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan susu badan semasa mengandung tetapi beberapa perkara perlu anda ambil kira...

* Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

* Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.

* Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

* Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.

* Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kand…

Becoming Successful WAHM

Imej
Ibu akan menganjurkan satu program khas buat sesiapa yang berminat untuk menyertainya...

Becoming Succesful WAHM (Work At Home Mom)
Terbuka kepada semua downline Shaklee saya dan juga orang awam yang berminat. Tempat adalah terhad.
Sila emailkan kepada saya addinnasa@gmail.com bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut program ini. Diskaun akan diberikan kepada mereka yang daftar awal.


Salam sayang dari ibu