Ramainya yang berkongsi cerita.....


 Makin hari makin ramai blog yang menulis testimoni mengenai Shaklee terutama apabila ia menampakkan hasil seperti yang diharapkan....

Bagi yang sedang mencari-mencari, pasti tertanya-tanya benarkan ianya berkesan?

Hakikatnya ibu-ibu yang merasakan supplement membantu menjayakan penyusuan adalah kerana mereka ini mengikut 3 keperluan utama iaitu


1. Pam dengan konsisten- setiap 3 jam bayi disusukan atau perahan dilakukan demi memastikan badan berterusan menghasilkan susu. Teruskan perahan walaupun susu tidak bengkak.

2. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter (jika amik supplement)
Air membantu penyerapan vitamin oleh tubuh dengan lebih baik. Kekurangan air akan menggangu penghasilan susu dengan kuantiti yang sepatutnya.

3. DOA yang berterusan disamping memanjatkan rasa syukur pada Allah atas nikmat yang dikurniakan.

Jika makan supplement tetapi tiada stimulasi susu....melalui hisapan atau perahan, tidak akan mendapat hasil yang diharapkan.


Hakikatnya menyusukan anak memerlukan semangat yang kental...bukan ala kadar.


Namun ibu tetap bersyukur kerana ramai yang menyedari HAKIKAT sebenar pengambilan vitamin......

VITAMIN MEMBANTU TUBUH SI IBU SIHAT DAN SUSTAINED
Bila sihat maka sudah pasti sistem dalam tubuh juga sihat....mesin yang baik pastinya dapat berfungsi dengan lancar. Jika si ibu selalu sakit dan keletihan, sebenarnya ia akan mengganggu penghasilan susu dalam jangka panjang. Vitamin membantu ibu-ibu sustained...terutama ibu yang bekerjaya. Selepas pulang dari opis masih perlu meneruskan kerja2 rumah...tanpa penjagaan makanan yang betul boleh membuatkan si ibu keletihan, kemurungan, stress dan ini akan mengganggu kestabilan hormon secara langsung mengganggu penghasilan susuibu.


VITAMIN MEMBANTU MENGKAYAKAN NUTRISI DALAM SUSUIBU
Pengambilan vitamin hakikatnya akan memekatkan darah... memang memerlukan air yang baik supaya mencapai kestabilan. Susu yang terhasil juga kelihatan lebih pekat terutama dengan pengambilan multivitamin serta vitamin B. Sebab itu adakala susu kelihatan sedikit kekuning-kuningan...kerana vitamin B larut air.
Tidak dinafikan ramai ibu2 yang menyedari sejak pengambilan vitamin anak mereka minum sedikit sahaja. Susah tentu...macam kita juga, jika dah biasa minum milo cair, tetiba dihidangkan dengan milo pekat...kita akan minum sedikit sahaja. Tiada masalah kerana anak mudah adapt dengan perubahan kerana proses pembesaran mereka. Pengambilan vitamin oleh si ibu akan menghasilkan susu yang KAYA DENGAN NUTRISI. Namun jika tak makan vitamin tidak bermakna susu kurang nutrisi cuma pengambilan vitamin akan lebih mengkayakan nutrisi dalam susuibu.

VITAMIN MEMBANTU SI IBU DIET DAN NAMPAK MUDA
Ibu ada ramai kawan dan kenalan yang menyusukan anak dan hanya bergantung dengan pengambilan makanan harian tanpa supplement. Rata-rata mereka mengalami kenaikan berat badan yang ketara serta nampak wajah yang kusam. Ini kerana kebanyakkan ibu2 yang menyusu akan mengambil minuman tenusu untuk mendapatkan sumber kalsium.... kandungan lemak atau gula yang tinggi boleh menyebabkan berat badan bertambah dan badan mengembang secara perlahan-lahan. Wajah mereka pula nampak kusam dan tidak bermaya.
Bagi ibu yang menjaga pemakanan dan mengambil supplement ...mereka akan mendapati, mereka mudah kenyang dan kurang selera dengan makanan yang dihidang depan mata, vitamin B membantu membakar gula menjadi tenaga, lecithin membantu membakar lemak, vitamin C dan vitamin E membuatkan wajah nampak muda dan kulit lebih cantik. Si ibu lebih cergas dan aktif.

Sebenarnya vitamin ini untuk kebaikan si ibu dan anak. Ia TIDAK MEMUDARATKAN ANAK sebaliknya VITAMIN MEMBERI MANFAAT BUAT TUBUH IBU DAN ANAK.

Saya akan kongsikan rutin pengambilan vitamin yang saya amalkan sehingga hari ini walau anak sudah tidak menyusu...insyaAllah dalam entry yang akan datang.








Salam sayang dari ibu


Catatan Popular