Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Milik siapakah ini?

Imej
Tak sabar rasanya nak umumkan nama pemilik Hadiah Utama ini pada awal December ini...

Memang ramai customer yang membuat belian yang mencukupi syarat...namun yang menghantar entry pula masih belum memenuhi kotak cabutan...

Bagi yang dah membuat belian namun belum menghantar entry cabutan, silalah berbuat demikian....


Bagi yang mahu menempatkan nama dalam cabutan, masih belum terlambat untuk menyertai cabutan ini dan memenuhi kriteria yang dinyatakan...


2 x HADIAH UTAMA
sebuah penapis air portable
Shaklee Best Water yang berharga RM2300.

4 x HADIAH  SAGUHATI : Vitamin C 500mg

10 x HADIAH BONUS untuk BLOGGER/ FACEBOOK  : Container Lock & Lock

Syaratnya mudah sahaja. Tidak perlu slogan, atau pun menulis secara kreatif...sekadar pembelian vitamin Shaklee fullpack yang melayakkan kalian mendapat penyertaan dalam bentuk cabutan bertuah dan jawab soalan ini dengan betul.

SOALAN : SET B mengandungi Vitalea, B complex, Vitamin C 500mg dan Alfalfa
Jawapan : Betul ATAU Salah



Syarat-syarat …

Pengalaman menyusu bayi kembar oleh Puan Noriz

Imej
From:
noriz @xxxxx.com
...
Add to Contacts
To: nnorita78@yahoo.com
Salam N,

Semoga N dan keluarga berada dalam keadaan sihat.
Pertamanya Noriz ingin mohon maaf sebab baru hari ini berkesempatan nak tulis email kepada N tentang perkongsian pengalaman bagaimana menyusukan kembar.

Alhamdulillah twin Noriz (Adam Darwisy dan Adam Danish) dah pun masuk 6 bulan lebih. Berjaya juga noriz exclusively breastfeeding sehingga ke hari ini walaupun pada mulanya (semasa seminggu selepas lahir) terpaksa campur dengan susu formula. Itu pun atas 'paksaan' doktor sebab 2 kali keluar masuk hospital akibat jaundice. Perasaan Noriz masa mula2 top up twin dengan FM tu, hanya Allah saja yang tahu. Betapa saya rasa bersalah yang amat kat anak-anak sebab terpaksa bagi mereka FM. Itu pun just untuk top up saja selepas diberi BF.

Semasa dalam pantang, keadaan agak sedikit huru hara. Maklumlah, dengan sakit c-sect kali ke-2, mana nak membiasakan diri dengan si kembar lagi, nak melayan anak sulung ya…

Oh bengkak Susu!

Imej
Alhamdulillah selama menyusukan Addin dan Nasa, ibu melalui dan merasa apakah yang dikatakan "nikmat" bengkak susu atau dikenali juga sebagai duktus tersumbat...atau bagi sesetengah kes yang lebih kritikal diserang Mastitis.

Memang benar, pentingnya menyusukan bayi atau membuat sesi perahan yang sempurna iaitu sehingga payudara benar-benar kosong. Namun sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari kehidupan yang penuh dengan aktiviti maka ada segelintir ibu-ibu yang mengepam dengan keadaan kelam kabut, tidak kurang bagi ibu yang keletihan...ibu dan bayi sama lena dan bayi pula menyusu secara ala kadar....ini antara fenomena biasa ibu yang menyusukan anaknya.

Semasa menyusukan Addin, ibu tidak mengkaji sebenar-benar kepentingan setiap vitamin... maka apa yang ibu lakukan setiap kali terjadi rasa ketulan di payudara akibat pengaliran susu yang tidak sempurna,

1. tuam dengan tuala panas/ lebih mudah mandi dengan shower air panas

2. menyusukan Addin sekerap mungkin

3. wors…

Modern Solution For A Modern Problem

Imej
Ditunda kepada tarikh yang akan dimaklumkan lagi....maaf atas segala kesulitan.



Salam sayang dari ibu

Tidak perlu MAKAN vitamin.

Imej
Sms dari seorang customer, Marlina M Nazman,

Alhamdulillah lepas makan vitamin yang beli kat akak tu saya dah kurang letih dan tak stress sangat. Alhamdulillah air susu pun makin bertambah ( walaupun niat sebenarnya makan vitamin tu untuk tingkat tenaga sebab hari-hari travel umah ke opis jauh. Alor star ke Kangar, memang sangat-0sangat penat disamping bf baby lagi memang sangat2 tensen!)
Saya sekarang terpaksa beli freezer sebab stok dah tak muat dah nak letak dalam peti ais.....


.... (sms panjang maka yang penting sahaja di sertakan di sini)


Terdapat segelintir ibu yang menyusukan anak yang sering kali membuat kenyataan mudah...

Tak perlu makan vitamin, memadai makan dengan seimbang, tidur yang cukup dan minum air berkadaran. Asalkan pumping dengan konsisten sehingga payudara kosong, susu akan terhasil dengan banyak.

Kenyataan ini sama tidak salah....dan ia memang benar. Namun secara peribadi saya mahu ajukan semula soalan kepada yang memberi pendapat ini....


Adakah cara hidup puan s…

Betapa pentingnya ikhlas?

Imej
Credit to :
Thinkerich


Bismillahirrahmanirrahim…..
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama diliha…

Masih ada pilihan.....

Imej
Tidak dinafikan ramai yang berpendapat begini:

"Lebih baik mengambil vitamin dari sumber makanan, ia adalah vitamin yang benar2 asli"

Benar, malah saya pun tak menafikan hakikat ini. Vitamin C terbaik adalah dari oren. Vitamin A terbaik adalah dari carrot.


Ada juga pendapat begini:

"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat je"

Saya akui juga kebenaran kata-kata itu.

Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu2, orang asli tak guna bahan2 kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia, etc.

Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik2 sayur adalah sayur mentah/ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari ya…

Pesanan Trial Pack melalui sms, email atau fb sahaja.

Imej
Salam sayang buat semua yang mengenali ibu baik secara virtual mahupun bagi yang dah pernah berjumpa....
Buat pengetahuan kalian semua pesanan trial pack akan di courier kan oleh kawan ibu yang akan diamanahkan untuk membuat pengeposan bagi pihak ibu bermula hari ini sehingga Jumaat, insyaAllah.

Jika kalian mempunyai pertanyaan mengenai kesihatan ataupun apa jua, sila emailkan kepada ibu di nnorita78@yahoo.com ataupun SMS di 012-853-5689. Ibu akan cuba menjawab, insyaAllah.
Boleh juga bertemu dalam facebook@FB ...Norita Mohd Idris.

Terima kasih kerana memahami.
Doa ibu buat kalian semoga Allah memberkati dan merahmati kita atas segala niat dan usaha ke arah kebaikan.



Salam sayang dari ibu


Isteri solehah

Imej
Buat tatapan kita di pagi Ahad....



Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)

Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Tais…

Untuk tatapan para suami

Imej
Ramai wanita mengimpikan suami seperti ini?

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakka…

Menangani Rasa Cemburu

Imej
Artikel menarik yang ingin dikongsikan...sempena hari baik ini.

بسم الله الرحمن الرحيم  م

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.

Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dala…

Mak sakit pinggang dan tumit kaki?

Imej
Bila seseorang itu tidak menjaga pengambilan makananannya atau kata lain tak amik pusing pun carta pemakanan, secara langsung setiap kepentingan vitamin tak menjadi keutamaan.

Ada orang tanya saya, kalau tak amik kalsium apa akan jadi sebenarnya? saya cuma tahu pasal osteoporosis tapi tak tahu punca...boleh terang?


Sebenarnya ibu ni bukanlah doctor cuma ibu suka membaca pasal pemakanan ini...maklumlah dulu sering migraine, kaki berkudis dan senang berjerawat.

Baiklah ibu nak cerita tentang kepentingan kalsium...


Wanita perlu kalsium kerana wanita mengandung dan menyusukan anak.

kalsium diperlukan untuk bina darah, menstabilkan tekanan darah, saraf, untuk bina tulang dan gigi.

Kalau kita memang minum susu setiap hari atau amik apa jua sumber kalsium sebagai contoh

1. Keju dan makanan yang terbuat dari keju.
2. Yogurt.
3. Susu dan makanan yang terbuat dari susu.
4. Ikan Sarden dan ikan lainnya yang dimakan bersama tulangnya.
5. Sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung d…

Nampak muda, cantik dan sihat?

Imej
Usaha tetap kena usaha, namun ajal maut di tangan Allah. Sebagai manusia kita perlu usaha yang terbaik!




Salam sayang dari ibu


Kebaikan ayat terakhir At taubah

Imej
Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. …

Ramainya yang berkongsi cerita.....

Imej
Makin hari makin ramai blog yang menulis testimoni mengenai Shaklee terutama apabila ia menampakkan hasil seperti yang diharapkan....

Bagi yang sedang mencari-mencari, pasti tertanya-tanya benarkan ianya berkesan?

Hakikatnya ibu-ibu yang merasakan supplement membantu menjayakan penyusuan adalah kerana mereka ini mengikut 3 keperluan utama iaitu


1. Pam dengan konsisten- setiap 3 jam bayi disusukan atau perahan dilakukan demi memastikan badan berterusan menghasilkan susu. Teruskan perahan walaupun susu tidak bengkak.

2. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter (jika amik supplement)
Air membantu penyerapan vitamin oleh tubuh dengan lebih baik. Kekurangan air akan menggangu penghasilan susu dengan kuantiti yang sepatutnya.

3. DOA yang berterusan disamping memanjatkan rasa syukur pada Allah atas nikmat yang dikurniakan.

Jika makan supplement tetapi tiada stimulasi susu....melalui hisapan atau perahan, tidak akan mendapat hasil yang diharapkan.


Hakikatnya menyusukan anak memerlukan semangat …

Kunci kejayaan.

Imej
Sungguh bermakna pesanan yang ibu baca ini...semoga ia menjadi sebahagian ilmu yang dimanfaatkan oleh kita semua, insyaAllah.

Astaghfirullah hal azim

Astaghfirullah hal azim

Astaghfirullah hal azim

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau na…

Bila budak 3 tahun berbicara tentang RINDU

Imej
Bila abah turun laut previous trip, the next day si kecil Nasa bertanya kepada ibu apabila dia buka mata dari tidurnya...


Nasa : Ibu rindu abah?

Ibu : Mestilah rindu. Nasa tahu apa tu rindu?

Nasa : Mestilah tahu, rindu tu rindulah...ingat kat orang tu.


Tersenyum ibu mendengar keletahnya.

Semalam kawan , sahabat dunia akhirat ibu datang...siapa lagi jika bukan auntie Faiz yang glamour dengan nama mak Aji dikalangan Addin dan Nasa.

sebenarnya masa auntie Faiz datang, ibu baru nak tidurkan Nasa dalam buaian.... bila dengar bunyi hon, Nasa terus keluar dari buai menyambut Faiz dengan kedua tangan dilapangkan meminta Faiz memeluk dan mendukungnya.

Nasa memang cukup-cukup sayang Faiz. Macam makciknya sendiri....dan macam biasa dijemputnya makcik kesayangannya itu masuk ke rumah.

Bila dah ada tetamu, manakan hati senang nak tidur? Nasa meminta ibu mandikan dia kerana merasakan dirinya panas...memang cuaca pun panas terik. Sebelum masuk bilik, Nasa sempat bagi tahu Faiz dia nak masuk bilik n…

Pengalaman kali pertama dengan Air Asia

Imej
Masih teringat kali pertama naik Air Asia...masa tu nak ke Kota Kinabalu Sabah dari Miri. Rasa bersemangat dan berkobar-kobar nak naik flight. Ini bukanlah kali pertama naik flight tetapi sebab naik AIR ASIA!




Thanks to Mr Google.


Bila naik sahaja, ibu rasa seronok sangat sebab tempat duduknya selesa dan luas, berbanding dengan MAS.

Pramugari mereka nampak pro aktif..... dan yang paling best, aircond nya menderu-deru....sejuk dan best!

Memang perjalanan tak lama.... dalam 45 minit kalau tak silap. Tapi perjalanan memang selesa dan sangat selesa!

Masa dalam flight, ibu paling excited nak order makanan....maklumlah ni pengalaman pertama naik Air Asia. Biasanya naik MAS, makanan memang dah include dalam harga tiket.

Thanks to google image

Tak cukup order makanan, terasa excited nak beli souvenir....bukan yang mahal pun cuma bantal untuk travel tu. Sampai sekarang masih simpan....sayang :)

Sejak dari itu, jika nak travel yang guna duit sendiri, kami pilih Air Asia. Memang anak-anak pun enjo…

Vitamin untuk jemaah haji dan umrah

Imej
Biasanya kalau customer ibu nak menunaikan umrah dan mereka nak bawa yang simple dan mudah...ibu hanya akan menyarankan vitamin dalam set A memandangkan biasanya umrah biasa adalah 14 hari.


Namun bagi jemaah haji , ibu akan menyarankan vitamin - vitamin berikut iaitu:


1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat pe…