Khamis, 9 September 2010

# Diariku

Salam dari seberang


Kad Raya Pictures, Images and Photos


Sesungguhnya tiada manusia yang dilahirkan sempurna,
Setiap kekurangan mengajar erti kesabaran dan redha
Setiap kelebihan mendidik makna bersyukur dalam kehidupan.


Sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi
Saya dengan rendah diri
Menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
Andai ada tersalah bicara
Andai ada tersilap kata
Andai ada rajuk dihati
Saya memohon sebanyak-banyak kemaafan
Tiada niat dihati mengguris rasa
Tiada niat dihati mengganggu ketenangan
Sekadar peringatan bersama
Selagi hayat dikandung badan

Buat kenalan cyber yang menghantar kad raya
Jutaan terima kasih saya ucapkan
Semoga ingatan dan ukhwah ini terus berkekalan.

Buat semua ahli keluarga, saudara mara
sahabat handai serta rakan taulan...semoga kasih dan ukhwah yang terjalin dirahmati Allah sentiasa.

Semoga segala ilmu yang saya  kongsikan dan coretkan di dalam blog ini dapat dimanfaatkan bersama agar ia menjadi sebahagian amalan yang mendapat keberkatan dan redha di sisiNYA.






Salam sayang dari ibu


Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia