Makan-makan 18 September


Alhamdulillah semalam majlis makan-makan berjalan dengan lancar. Memang ramai yang hadir...seronoknya mendengar suara budak-budak riuh rendah berlari-lari dalam rumah. Suara Nasa yang paling kuat kedengaran, kerana seronok tidak terkata. Tetamu yang hadir melebihi seratus orang...

Kaum isteri , ibu dan kanak-kanak, rata-rata makan di bahagian dalam rumah. Geng-geng offshore abah pula dan para suami makan dan bersembang di branda rumah sambil menghirup suasana segar.

Maaf bebanyak buat yang menghantar mesej dan call yang tidak berjawab semalaman. Maklum tetamu ramai..... memang seronok sangat. Bayangkan kerana kalut , bila cikgu Addin dan Nasa, Jill (KUMON owner in Miri)datang dengan geng KUMON (2 kereta)ibu nak sambut mereka , sampai tersasul keluar perkataan... Thank you for welcome walhal ibu nak sebut Thank You for Coming...rasa kelakar pula. Mungkin terkurang lecithin.....hahahahhaha.

Syukur semuanya berjalan dengan lancar.... akibat keletihan jam 8.00malam ibu dah terlelap. Ibu bangun semula jam 9.30malam sebab abah dan addin nak makan malam. Lepas tu terus berjaga sehingga jam 2pagi.
Ibu plan nak buat makan-makan lagi mungkin bulan 10 atau sebelas nanti terutama buat kekawan yang tidak dapat hadir semalam. InsyaAllah.

Buat yang hadir semalam  , terima kasih kami ucapkan. Kehadiran kalian menyerikan majlis makan-makan kami. Semoga Allah memberkati ukhwah yang terjalin antara kita semua. Ameen ameen.

Alhamdulillah dalam sibuk melayan tetamu, ada juga yang sempat membeli trial pack dan tidak kurang membuat pesanan ... terima kasih kawan-kawan atas sokongan yang diberi.

Ada rezeki kita gather-gather lagi kengkawan!


Salam sayang dari ibu

Catatan Popular