Beraya di perantauan


Tahun ni kami beraya di Miri memandangkan abah balik sehari sebelum raya. Ini bukanlah tahun pertama kami beraya di perantauan tetapi tahun ke lapan jika tak silap. Syukurlah ahli keluarga memahami. Bagi ibu yang penting seorang isteri perlu berada di samping suaminya di mana jua si suami berada. Beraya, di mana-mana boleh asalkan bersama si tersayang.

Seronok beraya di Miri? Jawapannya ya cuma tiada adik beradik dan mak di sisi namun mereka tetap di hati.
Kami pun tak beraya sangat maklumlah musim hujan di sini...hari pertama sahaja kami mula beraya jam 3pm sebab nak tunggu hujan reda. Hari pertama beraya di rumah kawan abah dan rumah aunty Sarimah di Riam. Malam kami tak keluar sebab masih hujan lebat. Nak main bunga api pun tak kesampaian pada hari pertama.

Raya kedua beraya di rumah bos abah dan ke rumah aunty Saptuyah, kawan sekerja ibu. Hari mendung seharian .... malam pun hujan renyai. Main bunga api pun di belakang rumah....

Raya ketiga, kami berjalan saja di shopping complex. Kekawan masih banyak yang belum balik.
Raya ke empat, biz trial pack on semula. Ibu dah mula pos dan menerima pesanan seperti hari sebelum raya , alhamdulillah.

Kepada pembaca dan pelanggan yang setia, ibu doakan kalian berbahagia di musim perayaan ini. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kita.

Salam sayang dari ibu


Catatan Popular