Khamis, 30 September 2010

# Diariku # Tazkirah

Anak sakit merupakan satu kifarah?


Alhamdulillah membesarkan dua putera ibu ini, Addin dan Nasa...tidak punya banyak karenah. Namun pernah sesuatu yang menimpa ibu dan abah dan ianya membuatkan ibu insaf dan sedar dari kesilapan sendiri.
Ingat lagi masa tu ibu di maktab...pulang dari maktab ibu akan teruskan tuition di rumah macam biasa. Namun sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan...... ibu mula mengajar anak-anak tuition tidak seperti sebelum ini yang sepenuh hati. Maklumlah penat di maktab belum hilang sambung lagi dengan kelas malam di rumah.

Sehinggalah Addin sakit dan masuk hospital...Hernia Addin datang semula walhal sudah operate masa umurnya 2 bulan dan setelah umur 2 tahun ia datang semula.

Di kala dalam hospital, ibu ber istighfar panjang. Terlintas sesuatu...

Ya Allah, adakah ini satu kifarah buatku yang mana anakku terpaksa menanggungnya? Mungkinkah kerana mengajar tanpa penuh keikhlasan dan akibat kurang bersedekah?

Banyak yang melintas fikiran ibu waktu itu....


Adakah ini yang dikatakan sebab kurang keberkatan? Mungkin duit yang diterima dari elaun perguruan ditambah dengan tuition tidak disalurkan secukupnya kepada mereka yang berhak...sedekah atau zakat kurang?

Pagi itu juga jam 3pagi ibu meminta abah menghantar duit ke rumah anak-anak yatim kerana ibu percaya sedekah boleh menjadi penghalang kepada segala bala bencana.

Alhamdulillah esok paginya Addin mula nampak sihat dan Hernianya reda...dan doctor pun membuat keputusan tidak perlu operate buat kali kedua.

Semenjak dari itu ibu buat keputusan untuk tidak mengajar tuition dan bergantung hanya dengan duit elaun perguruan sahaja. Ibu sedar ibu perlu beri perhatian pada Addin apabila pulang ke rumah.

Semenjak itu juga apabila anak ibu demam, selsema atau batuk.... ibu akan ingatkan diri sendiri supaya lebihkan bersedekah. Namun alhamdulillah sakit demam batuk mereka tidak lebih satu minggu. Syukur.

Hakikatnya adakala anak kita demam memang sebab kesilapan kita yang mana ianya adalah teguran dari Allah.

Bila anak demam, bagi yang bekerja akan terpaksa amik cuti menjaga anak... sebenarnya Allah memberi 'teguran' bahawa jangan terlalu mengejar dunia sehingga lupa tanggungjawab pada Allah, agama dan keluarga.

Bila anak demam dan tak kebah-kebah sehingga berminggu-minggu, si ibu bapa terpaksa berhabis duit membeli ubat untuk pastikan si anak cepat baik namun hakikatnya Allah memberi 'teguran' bahawa duit yang sepatutnya diberi kepada yang hak tidak dilaksanakan. Maka duit itu habis begitu sahaja membeli pelbagai jenis ubat.

Bila anak demam, kita akan kerap berdoa dan melaksanakan sunat hajat mohon cepat sembuh walhal semasa anak sihat, kita hanya solat yang wajib itupun adakala macam belang harimau.

Bila anak demam, kita mula mencari pelbagai jenis vitamin walhal masa anak sihat, duit itu dibelanjakan kepada duniawi semata-mata.

Memang benarlah anak itu ujian agar kita balik ke pangkal jalan.

Sebagai manusia kita tidak lepas dari kesilapan.

Adakala sebab kita tidak ikhlas pada apa yang kita lakukan untuk pekerjaan kita,
banyak menular masa bekerja atau bahasa lainnya "mencuri masa" kerja,
datang akhir tapi pulang awal, claim overtime walhal kerja tu boleh buat masa pejabat,
penyalahgunaan harta pejabat,
kurang bersedekah.....

Maka benarlah zakat itu penyuci hati dan harta...kerana kita tidak terlepas dari kesilapan.

Janganlah menuding jari pada orang lain bila anak sakit.... kerana ramai yang sukat membuat kesimpulan paling mudah....

- oh anak saya sakit sebab babysitter bagi makan yang bukan-bukan.

- oh anak saya sakit sebab nursery kotor.

- oh anak saya sakit sebab saya makan vitamin...alasan yang paling lawak sedangkan kita tahu vitamin baik untuk kesihatan.

Hakikatnya anak sakit adalah masa untuk kita muhasabah diri.... balik ke pangkal jalan.

Allah Maha Penyayang...Dia akan membei ujian atas apa yang kita mampu menanggungnya. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya.

Perkara yang ibu lalui masa Addin sakit dulu memang banyak mengajar dalam kehidupan seharian sehingga hari ini . Alhamdulillah....semoga Allah sentiasa membuka pinta hati kita untuk menerima kritikan dan hikmah disebalik setiap ujian yang diberikan.




p/s sebelum ibu terlupa...terima kasih kepada semua customer yang telah menghantar penyertaan kepada anakkuwiraku 2010 contest. Ada hadiah hebat untuk penyertaan yang ke 50 dan 100 .


Salam sayang dari ibu


Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia