Khamis, 30 September 2010

Anak sakit merupakan satu kifarah?

September 30, 2010 1 Comments

Alhamdulillah membesarkan dua putera ibu ini, Addin dan Nasa...tidak punya banyak karenah. Namun pernah sesuatu yang menimpa ibu dan abah dan ianya membuatkan ibu insaf dan sedar dari kesilapan sendiri.
Ingat lagi masa tu ibu di maktab...pulang dari maktab ibu akan teruskan tuition di rumah macam biasa. Namun sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan...... ibu mula mengajar anak-anak tuition tidak seperti sebelum ini yang sepenuh hati. Maklumlah penat di maktab belum hilang sambung lagi dengan kelas malam di rumah.

Sehinggalah Addin sakit dan masuk hospital...Hernia Addin datang semula walhal sudah operate masa umurnya 2 bulan dan setelah umur 2 tahun ia datang semula.

Di kala dalam hospital, ibu ber istighfar panjang. Terlintas sesuatu...

Ya Allah, adakah ini satu kifarah buatku yang mana anakku terpaksa menanggungnya? Mungkinkah kerana mengajar tanpa penuh keikhlasan dan akibat kurang bersedekah?

Banyak yang melintas fikiran ibu waktu itu....


Adakah ini yang dikatakan sebab kurang keberkatan? Mungkin duit yang diterima dari elaun perguruan ditambah dengan tuition tidak disalurkan secukupnya kepada mereka yang berhak...sedekah atau zakat kurang?

Pagi itu juga jam 3pagi ibu meminta abah menghantar duit ke rumah anak-anak yatim kerana ibu percaya sedekah boleh menjadi penghalang kepada segala bala bencana.

Alhamdulillah esok paginya Addin mula nampak sihat dan Hernianya reda...dan doctor pun membuat keputusan tidak perlu operate buat kali kedua.

Semenjak dari itu ibu buat keputusan untuk tidak mengajar tuition dan bergantung hanya dengan duit elaun perguruan sahaja. Ibu sedar ibu perlu beri perhatian pada Addin apabila pulang ke rumah.

Semenjak itu juga apabila anak ibu demam, selsema atau batuk.... ibu akan ingatkan diri sendiri supaya lebihkan bersedekah. Namun alhamdulillah sakit demam batuk mereka tidak lebih satu minggu. Syukur.

Hakikatnya adakala anak kita demam memang sebab kesilapan kita yang mana ianya adalah teguran dari Allah.

Bila anak demam, bagi yang bekerja akan terpaksa amik cuti menjaga anak... sebenarnya Allah memberi 'teguran' bahawa jangan terlalu mengejar dunia sehingga lupa tanggungjawab pada Allah, agama dan keluarga.

Bila anak demam dan tak kebah-kebah sehingga berminggu-minggu, si ibu bapa terpaksa berhabis duit membeli ubat untuk pastikan si anak cepat baik namun hakikatnya Allah memberi 'teguran' bahawa duit yang sepatutnya diberi kepada yang hak tidak dilaksanakan. Maka duit itu habis begitu sahaja membeli pelbagai jenis ubat.

Bila anak demam, kita akan kerap berdoa dan melaksanakan sunat hajat mohon cepat sembuh walhal semasa anak sihat, kita hanya solat yang wajib itupun adakala macam belang harimau.

Bila anak demam, kita mula mencari pelbagai jenis vitamin walhal masa anak sihat, duit itu dibelanjakan kepada duniawi semata-mata.

Memang benarlah anak itu ujian agar kita balik ke pangkal jalan.

Sebagai manusia kita tidak lepas dari kesilapan.

Adakala sebab kita tidak ikhlas pada apa yang kita lakukan untuk pekerjaan kita,
banyak menular masa bekerja atau bahasa lainnya "mencuri masa" kerja,
datang akhir tapi pulang awal, claim overtime walhal kerja tu boleh buat masa pejabat,
penyalahgunaan harta pejabat,
kurang bersedekah.....

Maka benarlah zakat itu penyuci hati dan harta...kerana kita tidak terlepas dari kesilapan.

Janganlah menuding jari pada orang lain bila anak sakit.... kerana ramai yang sukat membuat kesimpulan paling mudah....

- oh anak saya sakit sebab babysitter bagi makan yang bukan-bukan.

- oh anak saya sakit sebab nursery kotor.

- oh anak saya sakit sebab saya makan vitamin...alasan yang paling lawak sedangkan kita tahu vitamin baik untuk kesihatan.

Hakikatnya anak sakit adalah masa untuk kita muhasabah diri.... balik ke pangkal jalan.

Allah Maha Penyayang...Dia akan membei ujian atas apa yang kita mampu menanggungnya. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya.

Perkara yang ibu lalui masa Addin sakit dulu memang banyak mengajar dalam kehidupan seharian sehingga hari ini . Alhamdulillah....semoga Allah sentiasa membuka pinta hati kita untuk menerima kritikan dan hikmah disebalik setiap ujian yang diberikan.




p/s sebelum ibu terlupa...terima kasih kepada semua customer yang telah menghantar penyertaan kepada anakkuwiraku 2010 contest. Ada hadiah hebat untuk penyertaan yang ke 50 dan 100 .


Salam sayang dari ibu


Selasa, 28 September 2010

Stress akan buat susu merundum....

September 28, 2010 0 Comments

Dalam seminggu dua ini ibu berkenalan dengan ramai ibu2 baru yang menimang cahaya mata....
Masih ramai yang mencari-cari apakah caranya nak banyakkan susu...


Ramai yang bersuara tertekan kerana susu tidak banyak, stress dengan kerja di pejabat dan masalah peribadi. Ini semua akan mengganggu penghasilan susu.

Kita perlu tenang dan gembira akan membuatkan susu mudah terhasil.

Walaubagaimanapun, hakikatnya menyusu ini bukan sekadar kita kejar kuantiti atau amount yang terhasil namun kualiti yang kita sepatutnya kita utamakan.

Masih ramai yang bertanya...

BETUL KE SUPPLEMENT NI BOLEH BANYAKKAN SUSU?

JAWAPAN IBU IALAH :

Shaklee adalah satu USAHA.

Vitamin-vitamin ini membantu badan ibu mendapat semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh seterusnya ia akan DISALURKAN KEPADA SUSUIBU YANG TERHASIL.


 Maka susu yang terhasil akan sangat kaya dengan nutrisi dan seimbang dengan keperluan si manja.



Pasti pernah dengar, kalau tak pecahkan ruyung, manakan nak dapat sagunya?

Kalau tak belajar membaca, macam mana nak pandai membaca?
kalau tak buka pintu, macam mana nak masuk rumah?
kalau tak buka kotak hadiah, mana nak tahu apa isinya?

Sama juga dengan menyusu dengan susuibu.....

KALAU TIDAK MENGEPAM, MANA NAK ADA SUSU?

Maka dapat ibu simpulkan bahawa USAHA DENGAN SHAKLEE akan berjaya jika 3 PERKARA ini dilakukan:

1. Susukan anak sekerap mungkin. Jika bekerja perlu sesi perahan yang konsisten iaitu sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Ini akan menghantar isyarat kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan susu dengan lebih banyak atas demand yang ada. Jangan sesekali tidak memerah atas alasan breast tidak bengkak. Teruskan memerah, susu akan banyak insyaAllah.

2. Minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. ia membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.

3. DOA yang berterusan. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jangan sesekali putus asa. Teruskan berdoa. Banyakkan beristighfar.


Jika ada sebarang kemusykilan, boleh terus telefon ibu di talian 012-8535689.



Bagi yang mempunyai kekangan kewangan, boleh dapatkan vitamin Shaklee dalam bentuk trial pack untuk 30 days consume dan rasakan perbezaannya!








Salam sayang dari ibu



Macam mana nak menang hadiah utama?

September 28, 2010 0 Comments

Alhamdulillah semenjak semalam...ramai yang membuat pembelian fullpack set B dan tidak kurang yang membeli vitamin untuk diberi kepada mak ayah...

Dalam pada tu, ada juga yang bertanya bagaimana nak menang hadiah utama ANAKKUWIRAKU 2010 CONTEST?


Antara yang boleh dilakukan ialah:

1. Membuat pembelian vitamin untuk diri dan suami...

2. Membelikan vitamin untuk mak ayah .... dan boleh berkongsi belian dengan adik beradik 

3. Berkongsi belian dengan opismate dan rakan sekerja  


Semua hadiah yang disediakan adalah berdasarkan cabutan bertuah dan mestilah dengan menjawab soalan yang diberi dengan betul dan butiran yang dihantar lengkap.

Lebih banyak belian yang dibelikan dengan menggunakan nama anda maka lebih tinggi peluang untuk mendapat hadiah utama.

Jika anda masih mencari2 atau sedang mengumpul duit untuk mendapatkan sebuah penapis air, apa kata gunakan peluang ini , mana tahu ada rezeki.

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA TIADA SIAPA YANG TAHU! 


Btw, pembelian trial pack ke 100 bulan ni akan menerima hadiah BEG DISNEY!

Salam sayang dari ibu

Carilah isteri....

September 28, 2010 0 Comments

“Wanita cantik memang relatif, tapi kalau jelek itu mutlak!” Demikianlah bunyi sebuah joke klise yang tidak tepat alias ngawur. Lho, kok ngawur? Ya, sebab pada dasarnya segala yang Allah ciptakan itu bagus dan indah. Allah berfirman:

الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ

“Dialah yang membaguskan segala sesuatu yang Dia ciptakan.” (QS. As-Sajdah [32]: 7)

Nabi ` bersabda:

كُلُّ خَلْقِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ حَسَنٌ

“Segala ciptaan Allah ‘Azza wa Jalla itu indah.” [Riwayat Ahmad dan ath-Thabrāni, serta dinyatakan valid oleh Syaikh al-Albāni]

Hanya saja, keindahan fisik yang Allah berikan kepada masing-masing individu itu beraneka ragam dan bertingkat-tingkat. Keanekaragaman dan tingkatan itulah yang kemudian didefinisikan sebagai jelek, cantik atau tampan. Tipe dan model yang begini disebut sebagai cantik, dan model yang begitu disebut jelek. Pada dasarnya, yang demikian itu hanyalah diversifikasi dan pembedaan bentuk. Bayangkan sekiranya seluruh manusia itu memiliki wajah dan postur yang sama. Repot kan?

Adalah fithrah manusia untuk menyukai segala hal yang indah. Karena itu, merupakan hal yang lumrah apabila seorang lelaki mencari wanita yang menurutnya indah atau cantik. Terkadang kita jumpai sikap berlebihan (ghuluww atau ifrāth) di kalangan sebagian aktivis, bahwa seolah-olah menjadikan kecantikan sebagai salah satu parameter dalam memilih pasangan hidup merupakan ‘dosa’ atau perbuatan tercela. Sebagian mereka juga ‘pasrah’ begitu saja apabila dijodohkan oleh pembimbing agama mereka (murabbi). Sikap semacam ini tentu saja bukan merupakan sikap yang tepat atau harus dilakukan. Sayangnya, ini masih cukup sering terjadi.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mudah (yusr) dan toleran (samhah). Islam mengakomodir keinginan dan kebutuhan manusia. Hanya saja, Islam memberi batasan dan aturan dalam pemuasan kebutuhan dan keinginan tersebut, untuk mencegah terbukanya pintu-pintu kerusakan.

Islam mengakomodir fithrah dan naluri manusia untuk menyukai lawan jenisnya. Karena itu Islam membolehkan bahkan menganjurkan menikah, serta menafikan dan melarang sikap membujang (tabattul). Namun, di sisi lain, Islam mengecam keras perbuatan zina, yang mengakibatkan hancurnya tatanan sosial dalam masyarakat.

Demikian pula halnya dalam memilih pasangan hidup. Islam mengakomodir apabila seorang pria membutuhkan wanita cantik sebagai pendamping hidupnya, selama proses yang dijalankan tidak bertentangan dengan syariah. Jika seseorang suka makan gado-gado dan tidak suka makan bakso, maka jangan dipaksa untuk makan bakso, bukankah begitu?

Pemaksaan ‘selera’ dalam kehidupan rumah tangga dampaknya bisa sangat fatal, yaitu berupa ketidakharmonisan hubungan suami istri dan lain-lain. Sebagian orang menyatakan bahwa rumah tangga yang tidak harmonis termasuk ‘neraka dunia’. Sayangnya, ada muslimah yang kurang menyadari hal-hal tersebut. Jika ada ikhwān melakukan nazhar (melihat calon pasangan) dalam proses ta`āruf (saling mengenal sebelum pernikahan) lalu proses tersebut gagal karena sang muslimah dinilai belum memenuhi kriteria secara fisik, maka jadilah si ikhwān jadi bahan celaan. Padahal, seharusnya si akhwat tersebut berlapang dada. Sebab, jika proses tersebut dipaksakan berlanjut ke jenjang pernikahan, maka besar kemungkinan akan terjadi ketidakharmonisan dalam rumah tangga, yang dapat berbuntut perceraian.

Meskipun demikian, sikap semata-mata mencari kecantikan (beauty oriented) juga kurang tepat. Sebab, sekedar pasangan cantik tidak menjanjikan kebahagiaan. Faktor paling krusial dalam kebahagiaan rumah tangga adalah akhlak dan keshalihan dalam beragama. Ini adalah realitas yang tidak akan dipungkiri oleh mereka yang telah mengecap kehidupan rumah tangga.

Dari Abū Hurairah, Nabi ` bersabda,

تُنْكَحُ المَرْأةُ لأَرْبَعِ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وجَمَالِهَا ولِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذاتِ الدين تَرِبَتْ يَدَاك

“Wanita dinikahi karena empat perkara: karena hartanya, karena martabatnya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Maka hendaklah engkau mendapat wanita yang baik agamanya agar engkau beruntung dan tidak merugi.” [Riwayat al-Bukhāri.]

Ada dua pendapat di kalangan ulama dalam memahami hadits ini:

Pendapat Pertama: Hadits ini menunjukan bahwa seorang pria dianjurkan/disunnahkan untuk mencari istri dengan memperhatikan empat kriteria tersebut (harta, martabat, kecantikan dan agama). Ini adalah pendapat yang dipilih oleh al-Hāfizh Ibn Hajar. Beliau berkata, “Sabda Nabi `: ‘karena kecantikannya‘ merupakan dalil bahwa dianjurkan untuk menikahi wanita yang jelita. Kecuali jika terjadi kontradiksi antara wanita yang cantik jelita namun tidak shalih dan wanita yang shalih namun tidak cantik jelita (maka diutamakan yang shalih meskipun tidak cantik). Jika keduanya sama dalam hal keshalihan maka yang cantik jelita lebih utama (untuk dinikahi)….” [Lihat al-Fath, vol. IX, hal. 135].

Pendapat Kedua: Hadits tersebut hanya menyebut realitas yang terjadi di masyarakat, bahwa wanita dinikahi karena empat kriteria tadi. Dan kriteria yang dianjurkan dalam menikahi wanita hanyalah karena kebaikan agamanya. Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Imam an-Nawawi. [Lihat al-Minhāj Syarh Shahīh Muslim Ibn al-Hajjāj, vol. X, hal. 51-52. Pendapat ini telah diisyaratkan oleh asy-Syaukani dalam an-Nail vol. IX, hal. 234.]

Imam Ibn Qudāmah berkata, “Hendaklah ia memilih wanita yang cantik jelita agar hatinya lebih tentram serta ia bisa lebih menundukkan pandangannya dan kecintaannya (mawaddah) kepadanya akan semakin sempurna. Karena itulah disyari’atkan nazhar (melihat calon istri) sebelum dinikahi. Diriwayatkan dari Abū Bakr Ibn Muhammad Ibn `Amr Ibn Hazm dari Rasulullah `, bahwa beliau bersabda,

إِنَّمَا النِّسَاءُ لُعَبٌ فَإِذَا اتَّخَذَ أَحَدُكُمْ لُعْبَةً فَلْيَسْتَحْسِنْهَا

“Para wanita itu ibarat mainan, maka jika salah seorang dari kalian hendak mengambil sebuah mainan maka hendaknya ia memilih mainan yang baik (yang cantik).” [Hadits ini dinyatakan tidak valid oleh Syaikh al-Albāni dalam adh-Dha’īfah no. 462. Lihat al-Mughnī vol. VII, hal. 82.]

Imam al-Munāwi berkata, “Jika pernikahan disebabkan dorongan kecantikan maka pernikahan ini akan lebih langgeng dibandingkan jika yang mendorong pernikahan tersebut adalah harta sang wanita, karena kecantikan adalah sifat yang senantiasa ada pada sang wanita adapun kekayaan adalah sifat bisa (lebih mudah) hilang dari sang wanita.”

Namun, sebagian Salaf tidak suka untuk menikahi wanita yang terlalu cantik. Imam al-Munāwi berkata, “Salaf membenci wanita yang terlalu cantik karena hal itu (dapat) menimbulkan sikap kesewenangan pada diri wanita, yang akhirnya mengantarkannya kepada sikap perendahan sang pria.” [Faidhu'l Qadīr vol. III, hal. 271.]

Ada hadits yang menunjukan larangan menikahi wanita karena motivasi selain agama. Dari Abdu’Llah Ibn `Amr, Nabi ` bersabda

لاَ تُنكِحوا النساءَ لِحُسْنِهن فَلَعَلَّهُ يُرْدِيْهِنَّ، ولا لِمَالِهِنَّ فَلَعَلَّهُ يُطْغِيْهِنَّ وانكحوهن للدين. وَلَأَمَةٌ سوداء خَرْمَاءُ ذاتُ دِينٍ أَفْضَلُ

“Janganlah kalian menikahi para wanita karena kecantikan. Sebab bisa jadi kecantikan menjerumuskan mereka dalam kebinasaan. Dan janganlah kalian menikahi para wanita karena harta, karena bisa jadi harta menjadikan mereka berbuat hal-hal yang melampaui batas. Namun nikahilah para wanita karena agama mereka. Sesungguhnya seorang budak wanita yang hitam dan terpotong sebagian hidungnya dan dengan telinga yang berlubang namun agamanya baik itu lebih baik (untuk dinikahi).” [Riwayat Ibn Mājah, al-Bazzār dan al-Baihaqi.]

Namun hadits ini tidak valid, tidak dapat dijadikan hujjah. [Sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh al-Albāni dalam adh-Dha’īfah vol. III, hal. 172, dan Dhaī'fu'l Jāmi` no. 6216.]

Penting untuk diperhatikan, sebaiknya seorang pria menanyakan atau mencari tahu tentang kecantikan calon istri sebelum agamanya. Imam Ahmad berkata, “Jika seseorang ingin meminang seorang wanita maka hendaklah yang pertama kali ia tanyakan adalah kecantikannya. Jika dipuji kecantikannya maka ia bertanya tentang agamanya. Jika kecantikannya tidak dipuji maka ia menolak wanita tersebut bukan karena agamanya namun karena kecantikannya.” [Syarh Muntahā'l Iradāt, vol. II, hal. 623.]

Perkataan Imam Ahmad tersebut menunjukan tingginya fiqh dan pemahaman beliau. Sebab jika yang pertama kali ditanyakan adalah tentang agama si wanita, lalu dikabarkan kepadanya bahwa yang bersangkutan adalah wanita yang shalih, akan tetapi kemudian setelah dilihat ternyata secara fisik si wanita jauh di bawah harapan si pria, sehingga ia tidak jadi menikahi wanita tersebut, maka berarti si pria telah meninggalkan wanita tersebut padahal ia telah mengetahui bahwa wanita itu adalah wanita yang shalih.

Namun sekali lagi penting untuk ditekankan bahwa kecantikan adalah hal yang relatif. (Ingat joke di awal tulisan?) Terkadang seorang wanita sangat cantik menurut pria tertentu, namun ternyata tidak demikian menurut pria yang lain. Di samping itu, kriteria akhlak dan keshalihan agama lebih penting untuk ditekankan.

Ada saudara kita yang berumah tangga dan telah dikaruniai anak. Istrinya cantik. Keturunan Arab. Konon, adalah yang paling cantik di daerahnya dan menjadi idaman para pemuda di lingkungannya. Saudara kita ini merasa bangga bisa mendapatkannya. Namun, pada suatu perbincangan dia bertutur memberikan wejangan. Kira-kira demikian inti ceritanya:

“Kita memang harus percaya dengan hadits Nabi ` tentang dinikahinya wanita karena empat perkara. Benarlah anjuran untuk wanita karena agamanya. Sungguh kecantikan istri kita itu akan memudar atau kita akan merasa terbiasa, bahkan mungkin kita bosan. Setiap saat, setiap hari, kita melihat dan berjumpa dengannya. Akibatnya, kecantikan yang dulu terasa istimewa itu menjadi biasa. Bahkan, tak jarang kita akan melihat bahwa wanita lain terasa jauh lebih cantik darinya. Belakangan ini kami sering bertengkar, terutama ketika ia diingatkan tentang perkara agama. Maka, berusahalah untuk mencari istri yang baik dari sisi agamanya, niscaya akan datang ketenangan dan kebaikan dalam rumah tangga.”

Kemudian saudara kita tersebut menuturkan kisah salah seorang sahabatnya yang dikenalkan kepada kebenaran oleh istrinya. Dia begitu setia mengajari dan senantiasa melayani dengan tulus serta ikhlas untuk mengabdi pada sang suami, sehingga tiba suatu masa di mana si istri sampai mengatakan, “Silakan jika ingin ta’addud (poligami). Bila perlu akan saya bantu untuk mencarikan.” Ternyata, si suami sama sekali tidak tertarik, karena merasa istri tercintanya tersebut sudah demikian istimewa, sedangkan belum tentu ia akan mendapatkan yang semisal dari istri kedua.

Walhasil, mencari istri cantik itu perlu. Tapi jangan lengah terhadap kriteria lain yang lebih utama, yakni keshalihan dan agama. Kata orang: Kita sedang mencari teman hidup, bukan teman tidur. Menikah itu ‘bersenyawa’, bukan sekedar bersetubuh.

Pada diri manusia ada dua kebutuhan yang harus terpenuhi. Kebutuhan lahir dan kebutuhan batin. Menurut saya, kecantikan itu lebih terkait dengan pemenuhan kebutuhan lahir, sedangkan keshalihan itu lebih terkait dengan pemenuhan kebutuhan batin. Selanjutnya, kecantikan yang lebih bersifat lahir itu erat kaitannya dengan nafsu, sementara keshalihan yang lebih bersifat batin itu erat kaitannya dengan cinta dan kasih sayang. Idealnya, kebutuhan lahir dan batin, cinta dan nafsu, terkumpul dalam diri satu orang yang bernama ‘istri’.

Akhirnya, saya tutup tulisan ini dengan kata orang: “Untuk itu carilah wanita yang benar-benar mengerti agama. Sebab dengan demikian engkau tidak akan kesulitan dalam menjalankan kehidupan rumah tangga.”


petikan dari mimbar dakwah Islam


Salam sayang dari ibu

Ahad, 26 September 2010

Anakkuwiraku Blog 2010 Contest

September 26, 2010 0 Comments
Adakah anda seorang yang prihatin dengan kesihatan anda dan ahli keluarga anda? Mari sertai peraduan anjuran blog ANAKKUWIRAKU yang menawarkan hadiah berikut:





2 x HADIAH UTAMA
sebuah penapis air portable 
Shaklee Best Water yang berharga RM2300.

4 x HADIAH  SAGUHATI : Vitamin C 500mg

10 x HADIAH BONUS untuk BLOGGER/ FACEBOOK  : Container Lock & Lock


Syaratnya mudah sahaja. Tidak perlu slogan, atau pun menulis secara kreatif...sekadar pembelian vitamin Shaklee fullpack yang melayakkan kalian mendapat penyertaan dalam bentuk cabutan bertuah dan jawab soalan ini dengan betul.

SOALAN : SET B mengandungi Vitalea, B complex, Vitamin C 500mg dan Alfalfa

Jawapan : Betul ATAU Salah




Syarat-syarat Peraduan

1. Peraduan ini dianjurkan oleh blog ANAKKUWIRAKU dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

2. Peraduan ini akan berlangsung dari 26 SEPTEMBER 2010-30 NOVEMBER 2010. Penganjur berhak
memanjangkan tempoh peraduan bila-bila masa tanpa sebarang notis.

3. Semua email penyertaan yang lengkap haruslah diterima oleh penganjur sebelum 3 Disember
2010
. Semua borang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

4. Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu membeli Full Pack Set B ATAU mana-mana pembelian fullpack vitamin dengan harga minima RM240 MELALUI ID 395863 ATAU pembelian 3 trial pack dari blog ini dalam tempoh peraduan iaitu dari 26 September 2010 - 30 November  2010. 
Setiap pembelian bernilai RM230 melayakkan satu penyertaan dan seterusnya.
Sila simpan invoice pembelian bagi membuat tuntutan hadiah

5. Setiap penyertaan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang diperlukan:
Nama, 
Alamat,
No telefon,
jawapan yang betul dan
  sales order no di dalam resit anda.
Email yang tidak mengandungi semua yang telah disenaraikan tidak akan dilayan.

6. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi mestilah lengkap dengan semua yang disenaraikan di butiran ke-5.

7. Semua penyertaan mesti dihantar melalui email ke:
addinnasa@gmail.com

8. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah dengan jawapan yang betul.
Lebih banyak jumlah penyertaan yang diterima oleh penganjur sepanjang tempoh peraduan dengan syarat borang-borang tersebut lengkap dengan semua perkara yang disenaraikan di butiran ke-5 maka lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama.
9. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui email. Semua hadiah mesti ditebus sebelum/pada
tempoh/tarikh tamat yang akan disertakan bersama email pemakluman. Hadiah akan ditarik balik
sekiranya anda gagal membuat sedemikian atau tiada bukti invoice pembelian. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya email pemakluman tersebut tidak diterima atau lewat diterima oleh pemenang.

10. Penganjur berhak menggunakan budi bicaranya untuk menukar mana-mana hadiah dengan
hadiah lain yang yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah
diberikan dengan seadanya dan tidak boleh ditukar untuk tunai, kredit, barangan lain atau baucar
sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

11. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan dan/atau rungutan tidak akan dilayan.

12. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi semua peraturan dan syarat
peraduan ini serta menerima keputusan hakim.





Khas untuk blogger:

Anda hanya perlu tempekkan gambar ini,


di side bar blog anda dengan link kepada entry ini. Buat satu entry khas mengenai Anakkuwiraku 2010 Contest. Seterusnya tinggalkan komen supaya penganjur dapat melawat blog kalian.

Bagi yang tiada blog

Anda cuma perlu ada facebook dan jadi rakan penganjur. Bagaimana? Anda cuma perlu add ibu @ Norita Mohd Idris as friend dan tuliskan komen jika anda yang dapat hadiah "bonus" dari ibu melalui Anakkuwiraku 2010 Contest dan upload gambar ini dalam facebook anda

.

ALL THE BEST!


HADIAH DITAJA OLEH BLOG ANAKKUWIRAKU


PENAJA BERSAMA : EVERYBODYLOVESCERY.


Salam sayang dari ibu


Jumaat, 24 September 2010

Tazkirah Jumaat; Marilah banyakkan beristighfar

September 24, 2010 0 Comments


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Adakah kita punya masa setiap hari untuk muhasabah setiap apa yang kita lakukan? Adakah kita telah bersifat adil kepada diri sendiri dengan masa yang diperuntukkan untuk diri sendiri dan masa untuk pencipta?

Adkah kita sedar bahawa adakala setiap ujian dan dugaan yang datang adalah akibat kelalaian kita terhadap Allah?

Memang bukan senang untuk kita menerima hakikat bahawa segala musibah, bala atau kesakitan yang kita lalui adalah kifarah atas kesilapan yang kita lakukan. Namun jika kita fikirkan dengan rasional,segala bentuk musibah, bala, ujian dan kesakitan itu adalah "teguran" dari Allah.

Sebab itu kita disarankan membanyakkan membaca istighfar.

Astaghfirullah Hal Azim.

Astaghfirullah Hal Azim.

Astaghfirullah Hal Azim.

Perlukah ber istighfar?
Mungkin dalam urusan harian kita, kita tidak ada menyakiti orang lain, namun adakala perilaku kita tanpa kita sedari menghilangkan KEBERKATAN dalam kehidupan harian kita.

Tertarik dengan cerita tentang Khalifah Umar Abdul Aziz....

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.


Bagaimana beliau seorang yang bersederhana dalam semua aspek kehidupan beliau. Mampukah kita menjadikan beliau sebagai idola kita?

Sekadar peringatan bersama buat kita semua.... pergunakanlah hak kita sebaiknya.
Saya juga mengingatkan diri saya setiap masa tentang KEBERKATAN. Marilah kita sama-sama muhabasah dalam apa juga yang kita lakukan.

Berikan HAK kepada yang berhak. Maka janganlah kita lupa kewajipan berzakat dan tuntutan sunat muakad iaitu bersedekah. Mengeluarkan zakat dan bersedekah tidak sedikit pun menjadikan kita miskin kerana ia membantu hati kita kaya dengan sifat memberi.

Janganlah menggunakan yang BUKAN HAK ...jika mahu mencari pendapatan sampingan, jangan biasakan menggunakan harta kerajaan atau syarikat kerana ia mengurangkan KEBERKATAN rezeki yang kita perolehi.
Pengalaman menjadi guru dulu, masih ingat pesanan Guru Besar sek terhadap cikgu-cikgu yang sibuk berbiz dalam pelaburan....bukan tidak boleh nak cari side income namun jangan gunakan masa mengajar kerana kamu sebenarnya MENCURI waktu bekerja.

Khalifah Umar Abd Aziz adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.


Adakala tanpa kita sedari perilaku dalam urusan harian kita sebenarnya menjadi punca kepada ujian dan musibah yang datang...namun sebagai manusia biasa kita sangat suka menuding jari berbanding melakukan muhasabah pada diri sendiri.

Astaghfirullah Hal Azim.

Astaghfirullah Hal Azim.

Astaghfirullah Hal Azim

Akhir kata:

”Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula” (QS Al-Zalzalah: 7-8).

Salam sayang dari ibu

Ahad, 19 September 2010

Makan-makan 18 September

September 19, 2010 1 Comments

Alhamdulillah semalam majlis makan-makan berjalan dengan lancar. Memang ramai yang hadir...seronoknya mendengar suara budak-budak riuh rendah berlari-lari dalam rumah. Suara Nasa yang paling kuat kedengaran, kerana seronok tidak terkata. Tetamu yang hadir melebihi seratus orang...

Kaum isteri , ibu dan kanak-kanak, rata-rata makan di bahagian dalam rumah. Geng-geng offshore abah pula dan para suami makan dan bersembang di branda rumah sambil menghirup suasana segar.

Maaf bebanyak buat yang menghantar mesej dan call yang tidak berjawab semalaman. Maklum tetamu ramai..... memang seronok sangat. Bayangkan kerana kalut , bila cikgu Addin dan Nasa, Jill (KUMON owner in Miri)datang dengan geng KUMON (2 kereta)ibu nak sambut mereka , sampai tersasul keluar perkataan... Thank you for welcome walhal ibu nak sebut Thank You for Coming...rasa kelakar pula. Mungkin terkurang lecithin.....hahahahhaha.

Syukur semuanya berjalan dengan lancar.... akibat keletihan jam 8.00malam ibu dah terlelap. Ibu bangun semula jam 9.30malam sebab abah dan addin nak makan malam. Lepas tu terus berjaga sehingga jam 2pagi.
Ibu plan nak buat makan-makan lagi mungkin bulan 10 atau sebelas nanti terutama buat kekawan yang tidak dapat hadir semalam. InsyaAllah.

Buat yang hadir semalam  , terima kasih kami ucapkan. Kehadiran kalian menyerikan majlis makan-makan kami. Semoga Allah memberkati ukhwah yang terjalin antara kita semua. Ameen ameen.

Alhamdulillah dalam sibuk melayan tetamu, ada juga yang sempat membeli trial pack dan tidak kurang membuat pesanan ... terima kasih kawan-kawan atas sokongan yang diberi.

Ada rezeki kita gather-gather lagi kengkawan!


Salam sayang dari ibu

Jumaat, 17 September 2010

Siapa kata senang nak senang?

September 17, 2010 2 Comments

Ibu menerima beberapa keluahan sahabat serta tidak kurang customer yang merintih menunggu hasil yang lumayan.

Sahabat yang sedang berusaha untuk memajukan diri....terutama mereka yang buat biz online. Ada yang merintih, macam mana nak dapat income besar....walhal biz baru sebulan dua.....
Siapa kata senang nak senang?

Begitu juga dengan ibu yang menyusu anak... baru makan vitamin seminggu mengharapkan perubahan besar berlaku. Memang tidak dinafikan ada yang makan vitamin 2 hari sudah nampak kesan yang sangat ketara, tidak kurang yang makan sama sebulan baru nampak hasil. Namun bukan semua badan sama....
Siapa kata senang nak senang?


Inilah sebabnya Allah suruh kita melihat dan memikirkan keunikkan alam dan ciptaanNYA.
Paling mudah contoh yang dapat ibu beri...

Jika kita tanam biji rambutan...bukan esoknya terus tumbuh daun, apatah lagi buahnya. Maka masa juga.
 Lain jika kita tanam pokok taugeh ... esonya dah menjalar pucuknya keluar. Masa ibu kecik dulu ibu tanam dua jenis pokok....

1. Pokok nangka... selepas 3-4 tahun baru ibu merasa hasilnya.

2. Pokok kacang hijau.... yang  ni memang seronok sebab hasilnya cepat. Pokoknya tumbuh pun cepat, berbuah pun cepat.

Namun dapatkah kita bezakan nikmat makan dua jenis makanan ini? Buah nangka perlu masa untuk masak di pokok. Manakala kacang hijau juga perlu masak untuk empuk dalam periuk.

Kedua-duanya perlukan kesabaran. Arwah abah kata kesabaran akan wujud dalam hati apabila dalam hati hadirnya keimanan.


Mengapa ramai ibu kini yang berjaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun? Kerana hadirnya iman dalam hati ibu2 ini....berkat kesabaran melalui pahit maung dalam menyahut cabaran penyusuan. Sesungguhnya cabaran ada di mana-mana. Apa jua impian atau cita-cita ada cabaran tersendiri.


picture credit to google image

Antara cabaran penyusuan ibu sendiri semasa menyusukan Addin dan Nasa:

1. Emak ibu pada mulanya sendiri tidak menyokong niat murni ibu namun selepas 2 tahun menjayakan penyusuan, emak ibu sendiri mengakui ibu adalah seorang ibu yang sabar. (Anugerah yang terhebat apabila mendapat pujian dari emak sendiri)

2. Flat nipple.... 

3. Nipple luka dan terkoyak.... memang ngeri bila di ingat, namun ia tidak buatkan ibu mengalah.

4. Bengkak susu...apabila si manja minum main-main. Memang akan demam bila kena bengkak susu.

5. Pengeluaran susu merundum bila ibu susah hati atau makan tidak teratur ....

6. Anak mengempeng (melekat dengan ibu)...bila tidak sihat. Walaupun tidak berlarutan namun ibu pernah melalui saat ini semasa menjayakan penyusuan.

7. Perlu kerap ke tandas kerana minum air sehingga 5 liter sehari.

8. Sakit gigi kerana kurang minum susu semasa menyusukan Addin. Pengajaran bermakna dalam hidup, seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anaknya PERLU memastikan keperluan kalsium yang mencukupi.

9. Pengalaman menyusukan anak di tempat awam...bukan suatu yang mudah kerana perlu pastikan kita dapat menyusukan si manja tanpa memalukan diri sendiri sehingga menonjolkan sesuatu yang perlu ditutup rapi.

 10. Kata-kata pembunuh dari rakan yang tidak menyusukan anak.... inilah antara punca kegagalan si ibu yang tidak mempu meneruskan perjuangan penyusuan terutama apabila mendapat nasihat percuma yang membantutkan niat murni penyusuan si manja.



Sebenarnya banyak lagi.... namun balik pada diri sendiri sama ada hendak terus berjaya atau menyerah kalah di pertengahan perjalanan. Setiap cabaran itu pula JALAN penyelesaian jika kita punya KEMAHUAN untuk berjaya. Namun kekuatan itu perlulah seiring dengan keperluan rohani dan jasmani. Makanan jasmani mungkin boleh ditampung dengan keperluan supplement namun makanan rohani seperti mengaji dan berzikir tidak boleh diabaikan sama sekali.

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU PASTI ADA JALAN!



Salam sayang dari ibu


Selasa, 14 September 2010

Beraya di perantauan

September 14, 2010 0 Comments

Tahun ni kami beraya di Miri memandangkan abah balik sehari sebelum raya. Ini bukanlah tahun pertama kami beraya di perantauan tetapi tahun ke lapan jika tak silap. Syukurlah ahli keluarga memahami. Bagi ibu yang penting seorang isteri perlu berada di samping suaminya di mana jua si suami berada. Beraya, di mana-mana boleh asalkan bersama si tersayang.

Seronok beraya di Miri? Jawapannya ya cuma tiada adik beradik dan mak di sisi namun mereka tetap di hati.
Kami pun tak beraya sangat maklumlah musim hujan di sini...hari pertama sahaja kami mula beraya jam 3pm sebab nak tunggu hujan reda. Hari pertama beraya di rumah kawan abah dan rumah aunty Sarimah di Riam. Malam kami tak keluar sebab masih hujan lebat. Nak main bunga api pun tak kesampaian pada hari pertama.

Raya kedua beraya di rumah bos abah dan ke rumah aunty Saptuyah, kawan sekerja ibu. Hari mendung seharian .... malam pun hujan renyai. Main bunga api pun di belakang rumah....

Raya ketiga, kami berjalan saja di shopping complex. Kekawan masih banyak yang belum balik.
Raya ke empat, biz trial pack on semula. Ibu dah mula pos dan menerima pesanan seperti hari sebelum raya , alhamdulillah.

Kepada pembaca dan pelanggan yang setia, ibu doakan kalian berbahagia di musim perayaan ini. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kita.

Salam sayang dari ibu


Jumaat, 10 September 2010

Tonik Anti Penuaan?

September 10, 2010 0 Comments


Petikan dari Utusan Malaysia pada 02/08/2010

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

CUBA renungkan wajah ibu dan ayah yang semakin dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus, terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka.

Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan keremajaan' masing-masing.

Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang.

Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan.

Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadi sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus berlaku.

Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks.

Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua.

Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik.

Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.

Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan.

Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.

Ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah.

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.

Menggunakan hasil kajian berkenaan, sebuah syarikat yang membekalkan makanan kesihatan tambahan Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd, meneruskan kajian berkenaan bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik anti penuaan yang sedang dalam proses permohonan paten.

Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Campuran Minuman Botanikal Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara ini oleh Shaklee.

Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation Dr. Carsten R. Smidt berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian inovasi Vivix.

"Pasukan kami telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadap empat punca mekanisme penuaan sel," katanya.

Empat mekanisme berkenaan adalah melindungi dan membaiki DNA, menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel dan memperlahankan proses penuaan.

Cuba bayangkan, makanan tambahan anti-penuaan, hidangan Vivix lebih baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk anti penuaan biasa yang terdapat di persekitaran.

Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix didapati 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal.

"Pada masa resveratrol menangani tiga hingga empat mekanisme penuaan, ini tidak berkesan dalam menangani pembentukan protein AGE yang meningkatkan integriti dan hayat sel," katanya.

Oleh sebab itu jelas Carsten, saintis mereka di Shaklee telah mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol dalam menangani empat mekanisme penuaan sel.

Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari.

Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu.


Tambahan:

Vivix sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Peringatan: Vivix tidak boleh diambil oleh ibu yang mengandung dan menyusukan anak.

Salam sayang dari ibu


Khamis, 9 September 2010

Salam dari seberang

September 09, 2010 0 Comments

Kad Raya Pictures, Images and Photos


Sesungguhnya tiada manusia yang dilahirkan sempurna,
Setiap kekurangan mengajar erti kesabaran dan redha
Setiap kelebihan mendidik makna bersyukur dalam kehidupan.


Sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi
Saya dengan rendah diri
Menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
Andai ada tersalah bicara
Andai ada tersilap kata
Andai ada rajuk dihati
Saya memohon sebanyak-banyak kemaafan
Tiada niat dihati mengguris rasa
Tiada niat dihati mengganggu ketenangan
Sekadar peringatan bersama
Selagi hayat dikandung badan

Buat kenalan cyber yang menghantar kad raya
Jutaan terima kasih saya ucapkan
Semoga ingatan dan ukhwah ini terus berkekalan.

Buat semua ahli keluarga, saudara mara
sahabat handai serta rakan taulan...semoga kasih dan ukhwah yang terjalin dirahmati Allah sentiasa.

Semoga segala ilmu yang saya  kongsikan dan coretkan di dalam blog ini dapat dimanfaatkan bersama agar ia menjadi sebahagian amalan yang mendapat keberkatan dan redha di sisiNYA.






Salam sayang dari ibu


Rabu, 8 September 2010

Mahu bermalam di Marriot secara percuma?

September 08, 2010 0 Comments


Berminat untuk bermalam bersama ibu and the "Trial Pack Geng" di Marriot Putrajaya tahun ini?


Ibu akan menyediakan satu bilik tambahan kepada pembaca yang bertuah.
Syarat? Hmm belum comfirm lagi. Ibu akan cuba sediakan syarat yang tidak memberatkan , insyaAllah. Namun tarikhnya memang ada...

Nantikan syaratnya! Tungguuuuu!


Salam sayang dari ibu


Ahad, 5 September 2010

Shaklee HALAL.

September 05, 2010 0 Comments

Shaklee halal atau haram, status halal Shaklee sering menjadi persoalan terutama kepada mereka yang belum pernah mencuba Shaklee. Ini adalah rentetan beberapa email dan perbincangan di forum yang meragui status halal Shaklee. Tambah2 dengan kenyataan INFANCA bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk Shaklee.

Beberapa fakta tentang status halal Shaklee:

* Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA).
* INFANCA (Salah sebuah badan pengeluar status halal di US) mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah luluskan status halal Shaklee & Shaklee tidak pernah memohon status halal dari INFANCA.Ini kerana Shaklee sudah diiktiraf oleh ISA.
* JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada Shaklee, walau bagaimanapun, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

United States of America Islamic Services America

Dari website Jurnal Halal

# ISA yg mengeluarkan sijil halal Shaklee adalah sebuah badan pengeluar sijil halal terkemuka di dunia.

6.5 Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years.

dari website rasmi JAKIM

# Shaklee telah menang kes di mahkamah berhubung sijil halal terhadap INFANCA.

Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia
KUALA LUMPUR Nov 2 – The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

In dismissing the case with costs, Judge Dato’ Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA’s application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was “no real issue” between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.

Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.

Julie Yeap, general manager of the company, said Shaklee Malaysia had realised strong double-digit sales growth last year and expected this positive trend to continue next year.

She said Shaklee Malaysia would launch hair-care products and indoor air purification systems next year.







Maka gunakan Shaklee tanpa was-was ya :) Shaklee juga merupakan produk yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa bezanya Shaklee dengan supplement lain? Ia adalah produk dari bahan semulajadi yang amat sesuai dengan tubuh manusia. Secara amnya ada 3 jenis supplement:

1. Yang dibuat dari bahan natural dan semulajadi.
2. Yang dibuat dari bahan sintetik.
3. Yang dihasilkan dari tindakbalas kimia bahan-bahan kimia tertentu.

Jadi selain status halal, periksalah jenis vitamin yang anda ambil kerana jenis ke-2 dan ke-3 di atas boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan, seperti:

* Badan tidak mampu berfungsi secara mandiri sebaliknya memerlukan ‘vitamin’ tersebut untuk bekerja.
* Memberi kesan kepada organ dalaman seperti otak dan buah pinggang.
* Mengubah DNA sel badan dan membuatkannya cepat rosak.

Carilah yang halal, kerana yang halal itu fardu. Dan pilihlah yang dibuat dari bahan semulajadi, kerana ia paling sesuai dengan tubuh kita.

Credit to Lyna.

Salam sayang dari ibu

Adakah anda kenang saudara yang susah?

September 05, 2010 0 Comments

"Jah, macam mana persiapan raya ko Jah?" tanya mak anon
"Ish semua siap...baju anak sudah, baju laki sudah, baju aku pun sudah...sedondon Mak Anon oiiii... langsir baru, sofa baru. Bak kata, semualah serba baru." Jawab cik Jah.

Ini dialog dan jawapan yang tipikal dan biasa kita dengar. Maklumlah raya setahun sekali. Bukan tak biasa dengar, raya sakan, tapi lepas raya sakit. Mana tak sakit bila poket kering. Biasanya orang kita akan belanja sakan masa nak raya. Maklumlah nak bergaya dengan baju baru,kasut baru,langsir baru, sofa baru dan tak kurang kereta baru! Hebat.

Namun sedarkah kita dalam keriangan kita membeli belah persiapan raya ...ada golongan yang kurang bernasib baik? Saat ini ibu terkenang sepupu ibu, Wok  yang berumur 5 tahun dan baru kehilangan ibunya pertengahan ramadhan lalu. Sayu bila beraya tanpa ibu di sisi. Biasanya seorang ibulah yang akan sibuk dengan persiapan raya anaknya. Pastinya raya tahun ini tidak memberi makna kepada si kecil ini. Mukanya yang naif membuatkan hati ibu tersentuh mengenangkannya. Malah mak ibu cerita semasa hari pengurusan jenazah emaknya Wok masih tidak memahami apa itu satu pemergian. Dia masih menyangka emaknya tidur seperti biasa. Bergenang air mata ibu mendengar cerita emak ibu.

Adakah dengan membayar zakat fitrah sebanyak RM5.20 (harga di Miri) kita menyangka bahawa ia sudah memadai?
Adakah kita menyiapkan peruntukkan wang sedekah dari duit perbelanjaan raya kita untuk mereka yang memerlukan?
Adakah kita mengambil tahu saudara mara kita yang sedang merintih kesusahan untuk persiapan menjelang Syawal?
Ibu sendiri menyedari hakikat ini apabila terkenang Wok. Selama ini ibu menyangka bahawa setiap orang pasti sedang sibuk dengan persiapan raya semata-mata.

Marilah kita sama-sama mengambil tahu perkembangan semua ahli keluarga kita, bukan setakat adik beradik, saudara malah malah sepupu sepapat yang dekat mahupun jauh. Sekurang-kurang dengan pemberian kita yang tidak seberapa itu meringankan beban yang mereka tanggung. Ini kerana ramai antara kita yang sibuk menghantar sedekah sana sini untuk mendapat nama dan pujian namun ahli keluarga sendiri dibiar tanpa khabar. Bak kata pepatah, beruk di hutan di susukan , anak di rumah dibiar mati kelaparan.


Percayalah dengan membayar zakat dan sedekah tidak akan membuatkan kita jatuh miskin. Sebaliknya akan lebih kaya...Kaya bukan dari segi wang ringgit semata-mata namun kaya yang hebat ialah hati yang dermawan. Hakikatnya kita  tertipu dengan falsafah sekularisme di mana duit akan habis jika berterusan dibelanjakan. Namun dalam Islam jika duit itu dibelanjakan pada jalan Allah , ia akan lebih berkat malah akan berganda.Even dalam teori barat, sesuatu akan habis apabila digunakan secara berterusan. TETAPI dalam Islam, andai kita bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmat.

Membayar zakat dan sedekah adalah salah satu perilaku kita untuk menunjukkan kita bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang ada. Ia melatih jiwa kita bersederhana dalam semua aspek kehidupan. Apabila kita melatih diri kita bersederhana maka insyaAllah tiada akan wujud situasi di mana kehendak yang melebihi keperluan.


Salam sayang dari ibu

Sabtu, 4 September 2010

Rahsia Tiga Belas

September 04, 2010 0 Comments

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Salam sayang dari ibu



Jumaat, 3 September 2010

Tazkirah Jumaat

September 03, 2010 0 Comments

Tips ini ibu perolehi dari FB... bagus untuk tatapan dan panduan kita.

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Salam sayang dari ibu


Khamis, 2 September 2010

Benarkah berpuasa membuat susu merundum?

September 02, 2010 0 Comments

Bulan puasa itu biasanya disambut dengan penuh rasa seronok kerana kelebihan bulan Ramadhan itu sendiri. Namun tidak kurang yang berasa gundah gulana sepanjang bulan Ramadhan iaitu ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak. Golongan ini khuatir sekiranya kesihatan ibu dan anak terganggu dan bagi yang menyusu pula, penghasilan menunjukkan tanda semakin terjejas.

Benarkah puasa itu akan menyebabkan penghasilan susu terjejas?
Hakikatnya TIDAk jika si ibu mengambil langkah yang berjaga-jaga pada peringkat awal lagi.

Ibu menerima banyak email dan mesej dari customer sehingga kenalan2 baru yang bertanyakan mengapa penghasilan dan pengeluaran susu mereka terganggu pada bulan puasa.

Antara mesej tersebut berbunyi :

"Saya pump konsisten setiap hari sama seperti sebelum bulan puasa namun mengapa susu saya masih down? Kini makin hari makin merosot, sedih la...."

Memang benar perkara ini boleh terjadi apabila si ibu tidak monitor pengambilan air sepanjang selepas iftar sehinggalah waktu imsak keesokkannya. Ramai antara kita mudah leka, terutama selepas kenyang dengan makanan dan sedikit minuman, golongan ini hanya akan minum beberapa gelas sebelum tidur dan mungkin segelas waktu bersahur.

Jika kita adalah golongan yang alert, tentu kita sedari bahawa antara waktu iftar sehinggalah waktu imsak keesokkannya, kita mempunyai hampir sebelas jam. Jika kita menyediakan langkah awal iaitu minum air dengan secukupnya, insyaAllah susu tidak akan terjejas sebenarnya terutama apabila si ibu itu memastikan sesi perahan yang konsisten.

Memang tidak dinafikan adakala kita leka sebab dah terbiasa sepanjang hari tidak minum maka adakala terbawa-bawa sehingga malam. Namun jika si ibu itu seorang yang really concern dengan penyusuan anaknya, insyaAllah si ibu akan memastikan minum air secukupnya sepanjang malam.

Banyakkan 3 liter itu sebenarnya? Secara jujur tidak banyak jika kita minum sedikit tetapi istiqamah iaitu berterusan. Bagaimana nak menjayakannya?

Cara yang paling mudah ialah...

1. Sediakan air di dalam 2 botol sukatan 1.5l.

2. Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah dilihat agar sentiasa menjadi peringatan.

3. Pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas agar menggantikan air yang keluar tadi.

4. Pastikan air yang disediakan di dalam 2 botol tadi akan habis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak. 


InsyaAllah untuk minum 3l air tidak akan menjadi satu masalah kepada si ibu atau sesiapa jua pengamal tegar vitamin sepanjang bulan puasa ini. Pengambilan Performance Drink adalah sebagai satu langkah demi memastikan badan tidak dehydrate atau jika kita tidak dapat melengkapkan keperluan 3 liter air tadi.

Sesungguhnya bila kita mempunyai indicator atau dengan nama lainnya penyukat...kita akan dapat tahu dengan mudah adakah keperluan air oleh badan dipenuhi atau tidak. Namun apa yang terjadi hari ini, ramai ibu2 yang menyusu anak merungut apabila hasil perahan mula menunjukkan tanda berkurang, tetapi hakikatnya mereka ini tidak mengamalkan konsep istiqamah dalam kehidupan seharian mereka.

Sekalilagi ibu nyatakan kejayaan penyusuan dengan pengambilan supplement memerlukan si ibu commit dengan 3 perkara ini:

1. Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam sekurang-kurangnya. Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil.

2. Minum air sebanyak 3 liter. Minum sedikit tetapi istiqamah, insyaAllah 3 liter itu sedikit sebenarnya.
Ibu dan anak2 (terutama abah ke offshore) kami cuba minum 19 liter untuk 4 hari. Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita.


3. DOA yang berterusan. Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Wallah hu alam



Semoga panduan bagaimana untuk memastikan puasa tidak menggangu penghasilan susu memberi manfaat kepada ibu2 yang sedang menyusukan anaknya.



Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia