Membuang lemak dengan lechitin



Semenjak berhenti menyusu Nasa, ibu lebih concentrate makan Omega berbanding dengan lechitin. Pada ibu Omega lebih baik...untuk otak iaitu membantu meningkatkan DHA, bagus untuk jantung, membantu kawal paras triglycerides,Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah dan beberapa fungsi lain yang banyak.

Namun semalam selepas makan dan sebelum masuk tidur, tergerak hati ibu untuk makan 3 biji lechitin. Niat dihati nak lebih ramping....hehehehe. Pagi tadi bangkit untuk bersahur dengan sangat lancar proses pembuangan...Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil "bile" daripada kolesterol."Bile" amat penting untuk proses penghadaman dan memang boleh rasa dibahagian perut sedikit kempis. Lama dah tak amik lechitin tetapi hari ini memang nekad nak amik semula.

Bolehkah ibu menyusu mengambil lechitin? Jawapannya boleh. Ia tidak memudaratkan baby. Ia memberi manfaat dari aspek otak di mana Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.

Masa ibu belajar dulu, apa yang ibu fahamkan ialah pengambilan Lechitin membantu agar saraf otak menghasilkan kolin dan kolin sangat penting membantu otak menerima data dengan lebih lengkap serta untuk kita lebih mengingat.

Kandungan Lecithin:-

* Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
* Kolin – satu komponen neurotransmitter
* Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
* Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Ianya bukan sekadar khusus untuk membuang lemak semata-mata kerana fungsinya sangat banyak. Boleh membaca dan mendapatkan maklumat lebih lengkap dalam entry sebelum ini iaitu LECHITIN .

Bagi harga add on dengan pembelian mana-mana trial pack, harga 30 biji Lechitin ialah RM15 sahaja. Dapatkannya untuk percubaan!

Selamat berpuasa!

Salam sayang dari ibu

Catatan Popular