Bersantai merehatkan minda


ramai ibu-ibu hari ini adalah yang bekerjaya...suami dan isteri bekerja. Ibu termasuklah dalam golongan itu dulu(sebelum Nasa lahir). Tidak dinafikan banyak yang perlu dikorbankan iaitu masa kualiti bersama anak dan pasangan tercinta. Bagi yang mempunyai hari cuti yang sama, maka tiada masalah untuk berjalan pada hujung minggu. Bagi yang bekerja secara shif, adakala sangat sukar untuk keluar berjalan bersama.

Namun perancangan yang teliti membolehkan pasangan mengambil cuti dan meluangkan masa bersama. Perlukah kita bersantai ? Hakikatnya ya kerana waktu bersantai kita dapat rehatkan minda, merapatkan hubungan kasih sayang suami isteri dan masa kualiti bersama anak juga.

Walau bagaimanapun, adakah kita menyimpan sedikit wang dari pendapatan bulanan untuk tujuan ini? Jika ya, benarlah anda seorang yang mempunyai perancangan dalam setiap aktiviti. Jika tidak, masih belum terlambat untuk menyediakan satu bahagian simpanan untuk bercuti dan bersantai bersama pasangan dan anak tersayang.


Ibu adalah orang yang sibuk sebenarnya...untuk mengadap internet, ibu pastikan Addin ada di depan ibu membuat homework Kumon. Ibu perlu mengemas, mengepek vitamin, mengepos, menjawab email...tak tertulis rutin harian ibu. Ibu hanya berehat apabila waktu tidur sahaja. Namun walaupun begitu, pesanan vitamin tidak pernah mengenal masa. Handphone ibu tidak sunyi dengan panggilan dan bunyi pesanan ringkas customer untuk membuat pesanan...dan ini membuatkan hidup ibu seronok berkongsi kebaikan vitamin. Ibu akan ada sedikit kelapangan bila abah berada di darat. Alhamdulillah terima kasih sayang kerana menjadi suami yang sangat prihatin.

Jika abah ada, then abahlah menolong ibu membuat packing vitamin dan meringankan urusan kerja rumah. Maka dapatlah ibu meng update blog dengan lancar walau hujung minggu.Jika abah ada, inilah peluang nak ajak abah makan sedap kat mana-mana atau bermalam di hotel. Bukan untuk membazir tetapi untuk mendapatkan masa santai dan merehatkan minda serta secara langsung memberi rasa seronok buat anak-anak dengan suasana hotel sekali sekala.

Menginap di hotel bagi sesetengah orang yang mempunyai pandangan masing-masing , ada yang merasakan seperti membazir namun bagi ibu, inilah cara untuk reward diri sendiri dan keluarga. Hargai mereka selagi ada. Melihat anak mandi kolam membuatkan hati ibu sungguh terhibur. Mungkin sebab itu ibu tiada mempunyai simpanan beribu seperti sesetengah orang....hehehehe.Ibu suka berbelanja makan dan menginap di tempat yang dapat ibu rehatkan minda seketika ;)

Walaubagaimanapun setiap orang mempunyai cara tersendiri merapatkan hubungan kekeluargaan bersama anak tersayang dan suami tercinta. Bagaimana dengan anda yang pastinya penat bekerja membantu pendapatan keluarga? Apakah cara anda reward untuk diri sendiri dan keluarga?


Salam sayang dari ibu

Catatan Popular