Khamis, 19 Ogos 2010

# Breastfeeding # Diariku

Apa yang dimaksudkan dengan DOA yang berterusan?


Ahmad dan Bob bekerja sebagai pemandu bas di sebuah syarikat yang bernama Garuda Bas Sekutu. Mereka mempunyai seorang bos yang bernama En Azim.

Ahmad seorang yang rajin. Datang awal ke tempat kerja. Membuat kerja pembersihan ke dalam bas yang akan dipandunya. Membawa bas dengan penuh khemah. Seorang yang berbudi bahasa dan menghormati orang lain. Beliau sentiasa memastikan penggunaan masa yang baik kerana mementingkan keberkatan. Beliau juga seorang yang menjaga waktu solatnya.

Manakala Bob seorang yang ceria dan sentiasa suka berlawak. Namun disiplinnya kurang memuaskan. Bob sering lambat ke tempat kerja tetapi akan sentiasa pulang awal dan adakala sebelum masa pulang. Bas yang dipandu Bob sering mendapat aduan dari pelanggan dengan kotornya dan Bob memandu dengan penuh aksi. Bob akan solat pada waktu dia teringat sahaja.

En. Azim
Beliau adalah seorang bos yang baik. Beliau sering mengingatkan pekerjanya agar menjalankan tugas dengan baik sekali. En Azim sering memuji pakcik Ahmad yang bagus dalam menjalankan tugasnya sebagai pemandu bas.En. Azim akan sentiasa berlembut hati jika pakcik Ahmad hendak meminta pertolongannya, namun apabila Bob juga meminta perkara yang sama seperti bonus dan kenaikan gaji, En Azim akan sentiasa menegur dengan berhikmah agar sentiasa mencontohi pakcik Ahmad.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah senario biasa yang boleh kita temui di tempat kerja kita sendiri. Kita boleh lihat bagaimana bos melayan karenah anak buahnya yang pandai mengambil hatinya dan anak buah yang sering menjadi bahan marahnya. Kita sedia maklum bahawa lumrah fitrah manusia suka yang baik dan indah namun bukan semua mahu melaksanakan seperti arahan pencipta.

Manusia suka apabila diberi kebaikan , bak kata semua yang percuma kita suka. Namun tanpa kita sedari segala yang kita dapat adalah hasil dari apa yang kita lakukan.


Sama juga dengan ibu yang menyusu. Ada ibu yang sentiasa berdoa memastikan limpah kurniaNya sentiasa berterusan dengan menyediakan hasil susuibu buat anak tersayang.
Apa yang dimaksudkan dengan DOA yang berterusan?


DOA bukanlah sekadar menadah tangan siang dan malam meminta semata-mata. Hanya bersandarkan niat yang baik dan mengharapkan DOA yang lahir dari hati dan mulut akan menjadi kenyataan. Ia perlulah seiring dengan perbuatan. Perbuatan yang baik dimaksudkan ialah melaksanakan perintahNya dengan penuh khusyuk,menjaga solat dalam waktunya, menambahkan yang sunat,berzikir, bersedekah, membantu orang yang memerlukan. Segala perilaku baik sentiasa mendapat tempat dimata Pencipta.

'Saya nak berjaya dengan penyusuan untuk anak saya , mengapa pula saya perlu solat sunat,berzikir dan sebagainya? Apa perkaitannya? Bagaimana pula dengan ibu yang bukan Islam?'

Sebagai seorang muslim, kita perlu mengetahui bahawa kita perlukan rahmatNya agar segala keperluan dan urusan sentiasa mendapat keberkatan disisiNya. Tidak perlu mempertikaikan mereka yang bukan muslim kerana setiap agama mempunyai cara yang berbeza dalam menunaikan ibadah kepada Tuhannya.


Bagaimana Allah nak beri limpah kurniaNya jika solat seperti belang harimau?
Bila susah kenal tikar sembahyang , bila senang telekung pun tak kenal. Bila susu merundum, siang malam solat dan kalau boleh jika 5 waktu itu akan ditambahkan menjadi 10 waktu kerana susu mula merundum.

Bagaimana Allah nak beri limpah kurniaNya jika rezeki yang diberi dikemut dan tidak dikongsi?
Bila ada orang, sedekah hebat seperti jutawan namun bila ke temu fakir di tepi jalan, mata hanya melirik dan mulut mencebik. Sedekah hanya meminta nama dan pujian orang lain. Zakat? Hanya zakat fitrah yang dikenalnya. Zakat pendapatan? Rasa berat kerana dah bayar cukai pendapatan. Bagaimana nak dapat rezeki yang hebat, susu yang melimpah kalau rezeki dipentingkan hanya untuk diri sendiri?

Bagaimana Allah nak beri limpah kurniaNya jika mulut diguna hanya untuk mengeluh?
Pujian zikir hanya akan keluar dari mulut apabila dirundung malang. Siang malam memujiNya sewaktu hati dalam kerunsingan. Masa senang mulut hanya mengeluh kerana nafsu serakah yang membuak-buak. Nikmat yang dapat tidak pernah disyukuri dengan ucapan Alhamdulilllah. Sama juga bagi ibu yang menyusu...terutama yang merungut susunya tidak bertambah....bagamana nak bertambah jika yang sedikit pun tidak tahu bersyukur?


Bagaimana Allah nak beri limpah kurniaNya jika kebaikan tidak dikongsi?
Bila tahu benda yang baik, disorokkan supaya dia lebih hebat dari kawannya. Bila benda buruk dihebahkan supaya mendapat perhatian kerana kononnya dia yang tahu dulu.
Seorang ibu yang baik sentiasa berkongsi segala yang baik agar rezeki susuibu yang diperolehinya sentiasa berlarutan.


Bagaimana Allah nak beri limpah kurniaNya jika tidak berusaha?
Nak jadi yang terbaik perlu ada usaha bukan sekadar mengharap. Bos akan beri bonus melihat kepada pretasi. Jika bagus prestasi baguslah rezeki. Takkan dengan duduk sahaja susuibu akan memancut keluar seperti air pancuran? Pastilah perlu ada usaha memerahnya dan mencari waktu memastikan ada usaha menggalakkan penghasilan susuibu.


Renung-renungkan istilah DOA yang sentiasa diperingatkan......sesungguhnya DOA yang diiringi dengan segala amal yang baik membuka segala pintu rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Untuk menjayakan penyusuan dengan supplement, pastikan
1. memastikan perahan yang konsisten, setiap 3 jam

2. Minum air tidak kurang dari 2 liter.
Jika tidak yakin, tambahkan minuman berglukos terutama pada waktu berpuasa iaitu dengan pengambilan Performance drink.

3. DOA yang berterusan.


Secara kesimpulan, DOA yang dimaksudkan ialah amalan wajib seperti menjaga solat, membayar zakat, bersedekah, berzikir, melaksanakan solat sunat, bersedekah dan apa jua amalan kebaikan.





Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia