Jumaat, 2 Julai 2010

# Diariku # Tazkirah

Perlukah bayar zakat jika dah bayar cukai pendapatan?


"Jah, kalau kita dah bayar income tax, zakat nak kena bayar ke?" ...tanya Che Mah kepada Che Jah.

"Entahlah ek, aku rasa tak perlu sebab dah bayar income tax kan...." jawab Che Jah dengan yakin.

"hmm kalau ko dah kata gitu, aku ikut jek la..." jawab Che Mah lagi. Dalam hatinya terdetik, selamat duit aku.

Tapi hidup Che Jah dan Che Mah banyak persamaan. Banyak jek gaji dalam statement tetapi hakikatnya mereka dua ni selalu mengalami masalah yang hampir sama. Duit habis sebab anak selalu sakit walhal si ank tu menyusu badan, susu perahan mudah basi tak tahu kenapa,masalah rumahtangga siang malam dan bak kata masalah selalu bertimpa.

Apakah agaknya yang membuatkan mereka ini mengalami masalah sedemikian?

Jawapannya ialah kita TETAP perlu membayar zakat walaupun kita sudah membayar cukai pendapatan.
Secara umumnya, membayar cukai pendapatan adalah menunaikan hak kita kepada negara. Bagaimanapun sebagai seorang muslim, membayar zakat adalah wajib dan sebagai menunaikan hak kita kepada agama Islam.

Apabila seseorang itu membayar zakat, maka Allah akan mengurniakan ketenangan dalam hatinya serta kebahagian dan disertakan keberkatan dalam hidupnya.

Apa yang saya belajar dengan pengurus besar pejabat zakat di Miri, ada 8 golongan yang berhak menerima zakat.

Orang-orang yang berhak menerima zakat itu ada lapan golongan iaitu :-
Pertama : Fakir.
Kedua : Miskin.
Ketiga : Amil.
Keempat : Muallaf.
Kelima : Hamba Mukattab.
Keenam : Orang yang menanggung hutang.
Ketujuh : Fi Sabilillah, sukarelawan yang berperang pada jalan Allah.
Kelapan : Ibnus Sabil, orang musafir yang keputusan perbelanjaan dalam perjalanan.

Boleh ke kita bagi jek duit pada sesiapa yang kita rasa fakir miskin atas niat kita membayar zakat? Pengurus besar Miri kata adalah sangat digalakkan kita membayar kepada amil iaitu orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan harta zakat. Ini kerana jika kita memberi atas dasar simpati kita akan melihat dengan mata kasar sahaja walhal banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Jika dia benar fakir miskin, pastikan tiada penggunaan handphone, serba kekurangan dan memang dikenalpasti tiada mempunyai kudrat untuk bekerja dan menanggung seisi keluarga.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Dari Abdullah bin Amru dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda : Tidak halal zakat diberikan kepada orang kaya dan orang yang memiliki anggota badan yang lengkap dan sihat". (Riwayat Al-Imam Abu Daud)



Walaupun seseorang itu ditakdirkan Allah Subhanahu Wata'ala dalam keadaan miskin atau fakir tetapi agama Islam melarang umatnya untuk berserah kepada takdir semata-mata, bahkan memerintahkan umatnya supaya berusaha mencari rezeki. Ini bererti Islam melarang umatnya untuk meminta-minta. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Maajah maksudnya :

"Dari Imran bin Husain, katanya, telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya yang beriman, yang miskin, yang tidak suka meminta-minta walaupun dia mempunyai anak yang ramai".


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Saba' ayat 39 tafsirnya :

"Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan-Ku meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia-lah juga sebaik-baik pemberi rezeki".

Ibu bukanlah seorang yang arif dalam agama namun sedikit ilmu yang ibu titipkan di sini untuk ingatan bersama agar kita sama2 menunaikan hak kita kepada agama dan manusia sesama agama.
Untuk pertanyaan detail mengenai zakat, kalian bolehlah bertanya dengan pihak yang lebih arif.
Semoga kita beroleh keberkatan di atas rezeki yang kita terima.



Nantikan entry seterusnya petang ini melihat perbezaan susuibu DENGAN supplement dan TANPA supplement. Tungguuuu....

Salam sayang dari ibu




Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia