Khamis, 3 Jun 2010

# Diariku

KLCC....jumpa di sana.


Semalam ibu baru sampai ke KL...dari Muar. Puas bercuti seminggu di Muar. Dapat jumpa dua anak dara yang comel...anak Cik Iza dan anak cik Ein.



Hari ini tengahari nak jumpa Auntie Cery dan auntie Along di KLCC...lama tak jumpa. Auntie Cery nak belanja makan...best2...

Buat semua yang menghantar email...insyaAllah ibu akan cuba reply malam ini. Maaf atas kelewatan...semalam nak tidurkan dua bujang ibu, dengan ibu pun terlena. Maklumlah seharian travelling dari selatan naik ke KL.

Namun sesuatu yang ingin ibu sisipkan di sini...doa ibu buat semua ibu2 yang menyusukan anak..

"YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH DAN LAGI LUAS KASIH SAYANGMU....

AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA...LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2 AKU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU. AMIN."


Salam sayang dari ibu



Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia