Masalah rambut gugur oleh ibu yang menyusu?


"Nak makan organ dalaman macam hati , ginjal tiap hari tidak digalakkan...nak makan kerang setiap hari tiada yang fresh. Ikan adakala mahal yang amat...walhal ini antara sumber zinc yang terbaik. Banyak kekangannya.... "

Ibu mendapat beberapa email serta mesej dari ibu2 yang mengadu susunya sedikit walhal mereka di dalam pantang... Tidak dinafikan kebanyakkan ibu2 akan merasakan susunya melimpah ruah sepanjang dalam berpantang TETAPI perlu diingat tidak kurang juga golongan ibu yang mempunyai masalah pengeluaran susu sejak di dalam pantang lagi.
Ibu mengambil kisah benar seorang kenalan ibu di Miri dan ini berlaku 5 tahun dahulu....Ibu ini melalui pembedahan untuk melahirkan anak pertamanya. Namun beliau mempunyai masalah untuk menyusukan anaknya.Susunya sangat sukar untuk keluar. Tambah kasihan lagi luka tempat pembedahannya melarat dan bernanah dan terpaksa dibersihkan sekali lagi.

Melalui pengalaman beliau itulah ibu mengakui kebenaran yang mamatok selalu pesan semasa ibu di dalam pantang..." Makan vitamin ya, jangan lupa makan zinc sekali supaya luka operate tu cepat baik."..
Memang di dalam multivitamin telah mengandungi mineral zinc ini namun kuantiti yang diperlukan adalah tidak mencukupi. Pengambilan tambahan zinc terutama di dalam pantang sangat membantu mempercepatkan proses pembaikan luka.
Ibu teringat lagi dulu semasa ibu kecil dan uncle Hatta terpaksa melalui pembedahan appendix, arwah abah ibu bersusah payah membeli beberapa ekor ikan haruan hidup yang akan di masak untuk beberapa hari untuk Uncle Hatta cepat baik dari kesan sakit operate. Apa kaitannya ikan haruan? Ikan haruan dikatakan mempunyai kandungan zinc yang tinggi dan membantu proses baik luka dengan cepat.

Ibu juga dapati bahawa ibu2 yang mempunyai sistem imun yang rendah akan mengambil masa yang lama untuk baikkan luka kelahiran baik normal mahupun ceaser. Kekurangan zinc adalah antara salah satu faktor penyebab. Mungkin si ibu itu mengamalkan makanan yang seimbang 3 kali sehari namun kadangkala zat zinc itu dipandang remeh.
Ada antara ibu yang punya masalah untuk menghasilkan susu yang meriah di waktu berpantang...antara sebab mungkin terjadi demikian adalah kerana:

1. salur dan kelenjar susu masih tersumbat terutama bagi kelahiran pertama kalinya

2. kekurangan zat zinc yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk proses penyembuhan serta keperluan penyusuan.

Oleh kerana inilah juga ibu turut memastikan zinc dimasukkan dalam set C terutama khas buat ibu2 yang sedang menjalani berpantang selepas bersalin. Ini kerana zinc membantu si ibu mempercepatbaikkan luka kelahiran dan secara langsung membantu permbesaran bayi dengan sihat. Ini ibu lalui dengan kelahiran Addin dan Nasa. Kenaikan mereka untuk 6 bulan yang pertama sangat hebat. Even 1st month lagi kenaikan mereka antara 1.6kg-2kg sebulan.

Adakah si ibu perlu setiap masa mengambil supplement zinc? ...pada pendapat ibu secara peribadi...setiap orang mempunyai keperluan yang tidak sama. Namun bagi ibu yang sihat dan normal serta pembesaran anak hasil dari susuibu sangat memberansangkan maka si ibu boleh hanya concentrate dengan multivitamin sahaja selepas habis berpantang selain b complex untuk tenaga dan vitamin C sebagai penguat antibodi.

Penting ke multivitamin sebenarnya? Ya sangat penting kerana dalam multivitamin mengandungi semua zat yang adakala tidak dapat kita perolehi dari diet makan harian kita.Sebab itu ada ibu2 yang mempunyai masalah rambut gugur hatta anak sudah setahun lebih menyusu. Ini kerana diet seharian ibu tidak mengandungi zinc yang cukup untuk menampung keperluan menyusu si anak dan keperluan tubuh si ibu. Namun hal ini turut berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah rambut gugur berpunca dari pemakanan yang kurang seimbang.


Ini antara makanan yang membekalkan zat zinc :

Makanan
Kandungan Zink mg/100g
Hati, ginjal (lembu,ayam)
4.2 - 6.1
Daging (lembu, khinzir)
2.9 - 4.7
Ayam, daging
1.8 - 3.0
Makanan laut
0.5 - 5.2
Telur(ayam, itik)
1.1 - 1.4
Hasil tenusu (susu, keju)
0.4 - 3.1
Bijirin
2.9 - 7.8
Kekacang
1.0 - 2.0
Bijirin Penuh
0.5 - 3.2
Bijirin Halus
0.4 - 0.8
Roti (gandum, ragi)
0.9
Tapai
0.7
Ubi-ubian
0.3 - 0.5
Sayur-sayuran
0.1 - 0.8
Buah-buahan
0 - 0.2

credit to : infosihat.

RDA (Recommended Dietary Allowance) Zinc bagi Bayi Di Atas 7 Bulan, Anak-Anak dan Orang Dewasa
Bayi diatas 7 bln hingga 3 tahun >> 3 mg
Anak Umur 4 thn hingga 8 thn >> 5 mg
Anak Umr 9 hingga 13 tahun >> 8 mg

Usia 14 hingga 18 tahun:
* Laki-Laki >> 11 mg
* Perempuan >> 9 mg
* Hamil >> 13 mg
* Menyusui >> 14 mg


Usia 19 tahun ke atas:
* Laki-Laki >> 11 mg
* Perempuan >> 8 mg
* Hamil >> 11 mg
* Menyusui >> 12 mg


# Tambahan info: di dalam sebiji multivitamin Shaklee mengandungi 7.5mg zinc.


Secara kesimpulannya.... pastikan pengambilan makanan diet seharian yang seimbang membantu kita mendapatkan kesihatan yang optimum.


Salam sayang dari ibu




Catatan Popular