Pengajaran adalah satu hikmah?



Wajah si tembam ibu.. semalam sedikit kemurungan. Mungkin kerana cirit birit sejak kelmarin. Kebetulan abah turun laut, maka ibu lalui sendiri. Namun alhamdulillah ibu diberi kekuatan untuk mengatasi masalah ini. Nasib baik performance drink sentiasa ada di dalam peti sejuk .Ianya dapat bantu Nasa dari dehydrate. Secara kebetulan Pro biotik Prolactor masih ada 3 biji di dalam peti sejuk beku. Nasa mogok lapar semalam seharian. Selepas tercirit kali ke 4 semalam barulah Nasa mula menunjukkan minat nak makan. Ibu suapkan Nasa 3 sudu nasi dan Nasa beralih angin mencari makanan lain. Ibu menawarkan kepingan cokelat KitKat. nasib baik ada 2 papan di rumah. Ibu bancuhkan sirap dengan performance dan Nasa minum tanpa banyak karenah. Alhamdulillah Nasa beransur baik hari kedua.
Pengajaran bagi ibu:
  • Jangan pergi kelab rekreasi beberapa hari sebelum abah turun laut, agar kejadian seperti ini tidak berlaku...hehehe
  • Jika nak ke kelab, pastikan ibu bawa sabun dalam handbag supaya senang nak cuci sebelum makan di restoren kelab.
  • Sentiasa bawa beg bola agar bola dapat di simpan sejurus selepas Nasa dan Addin puas shoot dalam jaring bola.
  • Sangat bagus jika kita tapau sahaja makanan dan makan di rumah ...lebih selesa kerana sudah pasti Nasa dan Addin dalam keadaan bersih.
  • Perlu pastikan stok Pro biotik brand Prolactor sentiasa ada supaya cirit birit tidak melarat.
Semoga hari ini anak ibu Nasa lebih ceria seperti hari2 sebelum....Ibu sayang Addin dan Nasa. Kalianlah jiwa ibu!


Salam sayang dari ibu



Catatan Popular