Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Wednesday, May 12, 2010

Ketabahan seorang ibu yang mengepam ...-update



Beliau adalah seorang ibu kepada 3 orang anak. Ibu mengenali beliau melalui satu sms apabila beliau hendak mencuba trial pack Shaklee. Beliau yang ibu maksudkan ialah Auntie Syakira atau nama panggilan mesra ialah Kyra. Beliau seorang ibu yang sangat kental semangatnya. Walaupun bekerjaya tidak menjadikan ini satu alas an untuk tidak menyusukan anaknya. Setiap cerita penyusuan pastinya punya halangan yang tersendiri, begitulah keadaannya dengan Kyra apabila anak ketiganya Marisa tidak mahu menyusu secara langsung dari beliau sejak lahir, namun si kecil ini juga tidak mahu dengan susu formula.

Ini memberikan satu kekuatan dan semangat kepada Kyra untuk meneruskan penyusuan susuibu walaupun terpaksa mengepam 6-7 kali sehari. Pada mulanya Kyra yang ibu kenali seorang yang stress… maklumlah dengan sibuk bekerja, mengepam dan terpaksa berjaga malam kerana anaknya yang sukar tidur.

Beliau berusaha untuk mencari supplement bukanlah pada tujuan untuk membanyakkan susu namun beliau mencari supplement yang boleh membantu beliau sustained dan sentiasa bertenaga selain punyai mood yang ceria. Beliau mengambil keputusan untuk mencuba trial pack Shaklee set B sahaja pada mulanya.

Selepas seminggu beliau dapat merasakan perubahan yang ketara….
Beliau jarang keletihan walaupun tidur yang tidak mencukupi hatta waktu siang yang dipenuhi di pejabat. Beliau juga mendapati susu badan beliau mulai pekat dan sangat berbeza dengan susunya sebelum pengambilan supplement. Ini kerana supplement itu sendiri telah meningkatkan nutrisi yang sedia ada di dalam susuibu.

Kini anaknya telah berusia 9 bulan…Alhamdulillah beliau masih meneruskan mengepam bagi memastikan anaknya membesar dengan susuibu. Alhamdulillah beliau terus bersemangat mengepam setiap hari ditambah dengan kumpulan sokongan di pejabat beliau bekerja. Kata beliau komuniti ibu2 yang mengepam di pejabatnya memberikan kekuatan kepadanya untuk terus bersemangat menyusukan anaknya walaupun melalui susuibu yang dipam setiap hari. Beliau berkata lagi bahawa, kumpulan majoriti terbesar yang mengepam di pejabat beliau adalah dari kaum Cina, diikuti kaum Melayu dan paling sedikit adalah kaum India. Ini membuktikan bahawa telah lahir kesedaran yang besar betapa pentingnya susuibu itu sendiri.

Beliau telah membuktikan kepada ibu bahawa faktor usia bukan penghalang kepada penghasilan susuibu. Ini terbukti apabila beliau sendiri telah berumur 33 tahun , telah melahirkan 3 cahayamata dan lebih hebat lagi ialah beliau adalah seorang ibu yang bekerja. Bersyukur pada Allah kerana sehingga hari ini beliau mampu menyediakan 30 oz bekalan susuibu sehari buat anaknya Marisa.


Kini beliau telah mengambil Shaklee sebagai supplement beliau selama 6 bulan…beliau mengakui bahawa supplement banyak membantu untuk beliau sampai ke tahap ini. Antara mesej yang ibu terima dari Kyra ialah …

Tapi Shaklee banyak membantu saya juga. Saya lebih relax, alfalfa tambah kualiti dan kuantiti susu, saya kurang penat walaupun terpaksa bangun mengepam pukul 3 pagi….”

Tidak beliau nafikan ada dalam komuniti beliau yang telah mula putus asa dengan mencampurkan susu formula lepada anaknya disebabkan susu yang makin berkurangan akibat tidak mengepam di malam hari. Ini menjadikan iktibar kepada Kyra agar perlu bangkit pada waktu malam untuk mengepam. Apakah yang membantu beliau untuk bangun pada malam hari dan mengepam? Jawapannya adalah pengambilan makanan yang seimbang agar badan si ibu terus sustained demi menghasilkan susuibu yang berterusan. Supplement hanya membantu mengisi kekosongan di dalam badan ibu yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan seharian.

Bagi yang ingin bertanya dengan lebih lanjut bagaimana Kyra berjaya ke tahap ini bolehlah menghantar email kepada shakey712@gmail.com .
 Inilah sumber kekuatan Kyra untuk meneruskan perjuangannya ....


Tujuan posting ini adalah untuk membantu ibu2 yang hampir putus asa dalam penyusuan anak mereka. Ini sahaja cara untuk ibu membantu mereka yang memerlukan semangat perjuangan dalam meneruskan misi seorang ibu yang mahu menyusukan anaknya sehingga 2 tahun atau lebih. Jangan menjadikan kerjaya itu satu alasan kerana mencari rezeki adalah satu ibadah. Janganlah berputus asa kerana ia adalah satu sifat yang bermaksud kita putus harapan dengan Allah, sedangkan Allah itu Maha Pemberi.

Wahai ibu2 yang menyusukan anakmu…ketahuilah betapa besarnya pahala kita menyusukan anak2 yang di anugerahkan Allah kepada kita. Berdoalah nescaya Allah perkenankan. Doa yang baik akan datang yang baik….

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu dari saya….semoga cerita benar ini menjadikan ibu2 diluar sana terus bersemangat sehingga mencapai kejayaan yang hakiki!

Boleh membaca kisah lebih lanjut dalam blog Kyra, Mama Marisa.

Salam sayang dari ibu



2 comments:

Afne said...

waahhh.. bangga dgn kyra!

ni yg buat afne tambah semangat nk try shaklee, sekaligus maintain kan kesihatan & produktivit susu yg berkualiti.

kat office ni mmg takde komuniti yg menyokong penyusuan susu ibu. anak2 member 90% on FM. klu ada pn takat 2-3 bln lps naik keje pastu stop. alasan.. susu skit + leceh. sedih afne dgr.

afne doakan moga ibu2 yg punyai niat utk bf anak mcm afne dipermudahkan dlm segala urusan, amin.

Shake it Move it said...

sbnrnya peranan di tmpt kerja sgt menyumbang kpd kejayaan program penyusuan jugak sbnrnya.di ofis kitaorg, average diaorg mengepam 3 kali sehari.sekali pam akan ambil masa lebih kurang setengah jam.klu dpt bos yg tak memahami, sure akan ambil pusing benda ni sbb ia akan efek waktu bekerja.namun alhamdulillah bos kitaorg semua tak kisah psl benda nie semua.yg penting kerja kitaorg siap.tp berbalik kpd individu jugak sbnrnya.klu rasa dah guna masa byk utk mengepam, kena lah pandai2 ganti yg mana mampu.

N, terima kasih krn sudi masukkan cerita saya dlm blog N yg glamer nie! hehee....semoga ibu2 di luar sana sentiasa bersemangat utk memberi yg terbaik utk se manja.lagipun , blh jimat kos ape!hehe...di samping tu jgn lupa ambik supplement utk mamanya bak kata N utk sustain tenaga dlm badan kita....

Sekian....