Isnin, 19 April 2010

# Demam # Diariku

Bagaimana nak jadikan ianya sebagai penawar?




Bila dah bergelar ibu bapa, pasti menjadi kerisauan apabila si manja tiba2 demam, batuk mahupun selsema...tapi percaya tak jika si ibu itu menyusukan anaknya, maka masalah ini dapat di atasi dengan segera sekiranya si ibu itu memastikan pengambilan zat makanan yang seimbang dan selari dengan keperluan si kecil yang memerlukan sesuatu untuk meningkatkan sistem immune nya di kala si kecil tidak sihat. Susuibu lah penawar terbaik di kala si kecil kurang sihat, bukanlah ubat doktor mahupun antibiotik sebagai penawar.

Apakah yang membantu menjadikan SUSUIBU itu sebagai penawar yang mujarab?

Si ibu boleh mengambil langkah berikut di kala si kecil tidak sihat:

1. Mandikan si kecil 3 kali sehari, ini memastikan SUHU badannya sentiasa terkawal dan tidak terlalu tinggi.

2. Sapukan minyak di tempat penting seperti ubun2, belakang telinga, betis dan tapak kaki.

3. Kerapkan menyusu si kecil.

4. Pastikan si ibu mengambil 4-5 jenis buah2an dalam hari tersebut kerana ini dapat membekalkan si kecil susu yang sangat kaya dengan vitamin C terutamanya.

5. Pastikan si ibu mengambil diet yang seimbang, sekurang2nya minima 3 kali meal sehari.Ini penting bagi keperluan vitamin lain yang diperlukan untuk meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

6. Cuba dapatkan minuman isotonik agar badan ibu sentiasa bertenaga dalam membekalkan susu kepada si kecil sepanjang si kecil tidak sihat.



Selama ibu membesarkan Addin dan Nasa dengan susuibu, ibu pastikan pengambilan vitamin C tidak dipandang remeh kerana ini memastikan susuibu membekalkan cukup vitamin C kepada kalian memandangkan ibu tidak dapat mengambil 4-5 jenis buah2an setiap hari. Jika kalian demam yang rasanya akan berlarutan ibu akan pastikan ibu mengambil sepeket nutriferon... memang khas untuk boost immune system, alhamdulillah mujarab. Apapun susuibu adalah terbaik untuk menjadi penawar kepada si manja kita! Selagi menyusu badan, apa yang dimakan oleh si ibu adalah satu pelaburan kepada si kecil.




Salam sayang dari ibu



Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia