Selasa, 13 April 2010

# Alfalfa # Diariku

2, 3 , 5 atau 10?




Soalan ini antara soalan yang paling kerap ditanyakan oleh ibu2 menyusu yang mengambil alfalfa sebagai milk booster.


Berapa banyak alfalfa saya perlu ambil sebenarnya?


Jawapan ibu ialah, mulakan dengan minima 2 biji sehari. Secara perlahan2 boleh dinaikkan pengambilannya kepada 3 biji sehari, atau 5 biji mahupun 10 biji maksima. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada ibu itu juga.


Ada badan ibu yang mudah menghasilkan susu maka pengambilan 2 biji alfalfa sudah menampakkan hasil yang ketara. Walaubagimanapun tidak ibu nafikan ada ibu2 yang memerlukan lebih alfalfa untuk memastikan susu dihasilkan dengan lebih banyak.

Namun untuk mengambil langkah yang selamat ibu akan mengesyorkan ibu2 yang menyusu tadi memulakan dengan 2 biji alfalfa.


Pengambilan alfalfa yang banyak memerlukan pengambilan air yang seimbang dan berkadaran. Memang ada pendapat yang mengatakan pengambilan air yang banyak boleh menyebabkan kecairan nutrien tetapi ini tidak berlaku kepada mereka yang mengambil supplement. Pengambilan apa-apa jua supplement memerlukan pengambilan air yang berkadaran agar zat dapat diserap dengan baik.


Walaubagaimanapun, sayugia ibu ingin mengingatkan bahawa ibu2 yang mengambil alfalfa as milk booster perlu memastikan stimulation dilakukan dengan kekerapan yang betul sama ada direct feeding atau memastikan pumping session dilakukan dengan disiplin agar si ibu tidak mengalami masalah susu tersumbat atau bengkak susu seperti selepas kelahiran.


Walaupun ibu kini tidak lagi menyusu Nasa tetapi Alfalfa adalah antara supplement yang paling ibu suka kerana ia membantu memastikan ibu sihat dan ceria selalu(part suami isteri ler tu).


Salam sayang dari ibu


Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia