Sabtu, 1 Mei 2010

# Diariku

1 Mei sambutan Hari Pekerja


Bagi yang bekerja 1 Mei pastilah menjadi hari yang ditunggu...inilah hari rehat bersama keluarga tersayang. Bagi yang belum berkeluarga inilah peluang untuk merehatkan otak dari tekanan kerja di pejabat. Bagi yang bercuti dari kerja macam ibu tetap seronok meraikan 1 Mei dalam hidup kerana alhamdulillah secara kebetulan abah ada bersama.
Namun ibu tetap terlintas di hati, ibu berdoa agar ibu dapat bekerja atau menjana pendapatan hanya dari rumah terutama apabila teringat kata2 Tyler  G. Hicks " Ketahuilah nikmat menjadi kaya adalah dengan bekerja di rumah".
  • Lupakan waktu bekerja dari pukul sembilan pagi hingga lima petang
  • Ucapkan selamat tinggal pada bos yang selalu memarahi saudara
  • Hilangkan rasa takut pada bekerja
  • Elakkan menunggu kenaikan pangkat yang tidak kunjung tiba
  • Gunakan seluruh kecekapan kita
  • Abaikan anggapan usia sebagai penghalang
  • Bekerja dalam suasana yang selesa
  • Berada dekat dengan orang yang saudara sayangi
  • Tingkatkan taraf hidup saudara
  • Berjayalah dengan usaha saudara
Bila teringat kata2 Hicks inilah ibu menanam impian untuk menjana pendapatan hanya melalui rumah dan tidak mustahil ibu akan berhenti dari menjadi seorang guru suatu hari nanti. hehehehehe....
Apapun, seandainya tiada sesiapa yang pernah reward kalian atas segala usaha yang telah kalian curahkan kepada majikan anda, jangan kecewa. Sesungguhnya kerja itu satu ibadah. Ibu dan abah selalu menggunakan gaji untuk reward diri kami sendiri , kerana jika kita tidak menghargai diri kita siapa lagi akan melakukan sedemikian. Makanlah di tempat yang sedap, bercuti di kawasan yang tenang dan rehatkan minda serta hati.... kerana 1 Mei adalah hari kita! Benarlah kata orang, Life is short, enjoy it while you can.



Salam sayang dari ibu


Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia