Rabu, 17 Mac 2010

# Diariku # Kalsium

Tulang telapak kaki ibu patah





Sedang seronok bersenamrobik..tetiba bunyi "krak" dari telapak kaki ibu...ish pelik juga, tapi ibu dah mula rasa tak sedap hati. Ibu beritahu abah perkara yang terjadi...then nak nampak ketara setiap kali jalan ada tulang yang tersembul di bahagian ibu jari kaki ibu... So abah pun membawa ibu ke hospital dan berjumpa dengan doc Orthopedic. Bila doc check , sah ada tulang kecil dari bahagian telapak kaki ibu yang patah. Doc maklumkan juga ianya tak memudaratkan tapi jika nak membuat pembedahan kecil untuk membuangnya juga boleh agar ianya tidaklah tersembul setiap kali kaki ibu melangkah. Namun bila tengok gambar di atas ibu tak ingat tulang yang mana satu....

Ibu pun tanpa berfikir panjang meminta dibuat pembedahan kecil...nasib baiklah ada ING, jika tak...rasanya biar jek la. Ibu sedar sepanjang pembedahan kecil itu dibuat malah ibu melihat sendiri dengan mata ibu bagaimana doc itu memotong, mengeluarkan tulang kecil yang patah serta menjahitnya semula. Bila difikirkan macam tak percaya la pula seberani itu ibu ini.

Selepas pembedahan ibu masih terfikir sesuatu yang mengganggu fikiran ibu...bagaimana ianya terjadi sedangkan ibu kerap minum susu. Sebutlah susu yang ada membantu penyusuan, semua ibu dah try dan yang paling selesa ibu minum adalah dari produk Wyeth. Susu segar? Berkotak2 abah beli untuk ibu agar dapat menyusukan Addin dengan sempurna. Waktu itu umur Addin tak sampai setahun...Namun ibu cuba reda atas apa yang berlaku.

Sehinggalah satu hari ibu terbaca buku bertajuk THE WELLNESS REVOLUTION  tulisan Paul Zain Pilzer mukasaurat 85 yang menyatakan susu itu sebenarnya mengandungi transfat...dan bukan kalsium semata-mata. Maka mungkinkah kalsium yang ibu perolehi dari susu tidak mencukupi untuk keperluan tubuh ibu memandangkan penyusuan susuibu sendiri memerlukan banyak kalsium? Walaupun ibu minum mengikut keperluan yang disarankan di tin  tapi mungkin kandungan kalsium dalam susu itu tetap tidak mencukupi untuk ibu.

Jadi sejak dari itu ibu lebih concentrate amik tablets kalsium Shaklee. Jika dulu ibu hanya akan ambil pada hari bila ibu kurang minum susu. Tapi sejak dari peristiwa itu ibu lebih berdisiplin mengambil tablet kalsium. Kini sudah 6 tahun cerita ini berlalu...

Keperluan badan kita memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. Namun ada juga yang bertanyakan adakah pengambilan  tablet kalsium setiap hari boleh menghasilkan tulang tambahan? Soalan ini terjadi apabila kita diajar sejak dari bangku sekolah kalsium penting untuk tulang dan gigi yang kuat... tapi cikgu lupa nak ajar yang kalsium juga penting untuk membina sel darah. Apabila kita sedar kalsium perlu untuk banyak kepentingan dalam tubuh maka tiada mitos tentang lebihan kalsium menyebabkan tumbuhnya tulang tambahan.Selagi kita mengambil dos mengikut keperluan, insyaAllah kesihatan optimum akan kita perolehi.

Ibu lebih selesa dengan pengambilan kalsium tablet kerana yang pasti ianya tidak mengandungi transfat seperti yang terdapat dalam susu. Lagi satu, ibu memang mempunyai masalah apabila minum susu iaitu mudah buang angin dan ibu akan mudah rasa cirit. Tapi sebab dulu minum susu atas niat nak menyusukan anak maka ibu gagahkan juga minum susu. Sekarang tiada lagi masalah itu.
Sejak pengambilan ostematrix iaitu formula baru kalsium dari Shaklee memang terasa sangat perbezaannya. Menstrual datang setiap bulan dengan lancar, badan tak mudah rasa letih walau tidur kurang dari 6 jam sehari dan ibu rasa segar sepanjang hari. Alhamdulillah. Baru-baru ni cabut gigi bongsu pun doc kata gigi ibu padat. Hmm puashati.

Jika kalian memang mengamalkan pengambilan kalsium tablet, pastikan ianya mengandungi bukan sahaja kalsium karbonat namun adalah baik jika adanya kehadiaran kalsium nitrat yang memudahkan pencernaan dalam tubuh.

Ini antara yang ibu dapati dari Wikipedia..

Pengambilan kalsium seharian yang disyorkan berubah-ubah daripada 1000 ke 1500 miligram, bergantung kepada peringkat usia.
  • Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang. Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
  • Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
  • Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
  • Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.
Walaupun cerita ini telah 6 tahun berlalu...ianya menjadi antara kenangan pahit manis yang ibu lalui sepanjang penyusuan...itulah antara cerita dalam my breastfeeding journey.

Salam sayang dari ibu




Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia