Jumaat, 5 Mac 2010

# Breastfeeding # Diariku

Mendapatkan keseimbangan untuk menjayakan penyusuan. Bagaimana?

Hmm... berbual di telefon dengan salah seorang kenalan ibu memberikan ibu satu teori yang selama ini dipandang remeh oleh ramai ibu2.. apakah teori tersebut?

Penyusuan yang berjaya sehingga dua tahun atau lebih adalah hasil dari keyakinan yang tinggi. Untuk mendapatkan keyakinan yang tinggi memerlukan makanan yang seimbang. Makanan yang seimbang terdiri daripada makanan fizikal dan makanan rohani. 

Menurut pengalaman teman ibu ini ,Bie, salah seorang rakan pejabatnya telah mengambil Shaklee sebagai makanan fizikalnya setahun lebih lama dari kenalan ibu iaitu Bie.  Namun tiada hasil yang positif seperti yang rakannya harapkan. Berbeda dengan Bie yang baru 3 bulan mengambil Shaklee yang dimulakan dengan hanya pengambilan trial pack dari ibu. Jika dahulu Bie ada darah tinggi sejak melahirkan anaknya dan alhamdulillah sudah makin baik dan kini tiada lagi. Jika dahulu Bie sangat bermasalah dengan susu untuk anaknya, kini tiada lagi.

Bie memberitahu kepada ibu..makanan fizikal sahaja tidak cukupkan Kak, kita perlukan makanan rohani.

Apakah makanan rohani yang paling mudah didapatkan? Antaranya solat sunat, baik Dhuha mahupun tahajud...Zikir2 memuji Allah pencipta sekalian alam antaranya Ya Matin, Ya Latif dan ada 99 nama Allah yang digalakkan disebut setiap hari.

Ada antara kita hanya bersolat setiap hari tanpa ada ibadat tambahan...maka ianya ibarat kita cuma memberi makanan rohani kita nasi tanpa lauk... zikir2 ibarat supplement yang membantu keperluan rohani. Makanan kerohanian inilah yang membuatkan si ibu bertambah yakin dengan kebesaran Ilahi, kekuatan menepis segala cubaan mengganggu gugat perjalanan penyusuan kita untuk si kecil.
Bagi yang kekurangan makanan rohani inilah yang akan membuatkan kita cepat melatah dan putus asa. Ada yang solat macam ribut..tapi boleh duduk berjam2 depan PC mengadap facebook. Ada yang boleh spend dua tiga ratus malah ribu untuk membeli pam, tapi berkira untuk membeli supplement. Jadi ini menampakkan ketidakseimbangan alam pada kita, makhluk yang mudah alpa.

Ibu ada jumpa ramai customer yang mudah melatah...
" saya makan vitamin ni buatkan air urin saya kuning, takutlah.... " : walhal sudah ibu nyatakan ianya adalah tindakbalas b complex.

" susu saya tak banyak pun walau dah 2 minggu makan vit..." : walhal itu baru sedikit usaha, rezeki itu hak Allah. Kita perlu doa, usaha dan tawakal.

Mana ada pokok yang kita baja hari ini terus menghasilkan buah keesokkannya? Namun hanya segelintir sahaja manusia yang sedar akan hakikat ini...dan hanya segelintir ini sahaja yang berjaya dalam melayari bahtera kehidupan .

Selagi kita tidak mencapai keseimbangan fizikal dan rohani, maka adakala keperluan lain juga turut terjejas.

Tulisan ini bukan untuk memburukkan sesiapa, ianya sekadar peringatan buat ibu dan sesiapa jua yang membaca..semoga kita mendapat manfaat dari apa yang dikatakan oleh Bie tadi.






Salam sayang dari ibu


Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia