Kenangan terindah bersama kawan baik?



Ibu melawati blog yang ibu temui melalui nuff yang bergerak2 di tepi blog ibu...
penulisnya menceritakan mengenai kawan baiknya dan ini mengingatkan ibu pada seseorang iaitu auntie Faiz atau nama manja yang diberi oleh Addin dan Nasa pada kawan baik ibu ini ialah Mak Aji. Kenapa Mak Aji? Ibu pun tiada jawapan yang pasti.

Ibu mengenalinya sewaktu ibu di tahun pertama fakulti Pentadbiran Perniagaan...waktu tu auntie Faiz baru sahaja mendaftar asasi sains. Kami ditempatkan di blok yang sama iaitu A2 dan waktu itu ibu dilantik menjadi floor-rep. Satu2 nya tahun yang ibu sangat dan terlebih aktif semasa di kolej. Walaupun bukan berlainan bilik namun kami cukup rapat. Auntie Faiz hanya muda setahun dari ibu maka beliau selesa memanggil ibu dengan nama N sahaja.

Bagaimana orangnya? Berbadan besar dan sangat berdedikasi dalam apa jua tugas dan amanah yang diberi. Orangnya nampak macam garang tapi otak gila2 dan ada masa sangat kelakar. Dek kerana selalu bergaul dengan ibu yang dah duduk alam fakulti auntie Faiz terikut2 dengan budaya kami yang suka melepak ...hehehehe. Beliau turut join semua projek yang ibu join dan kebanyakannya kami selalu berada dalam satu pasukan projek kolej.

Satu hari, ibu dimaklumkan akan ada sport check untuk memastikan tiada barangan yag dilarang dibawa masuk ke dalam hostel...barang apa tu? Macam boyfriend ke..(sure tak de sebab floor ni ramai ahli mesyuarat tingkap yang rajin membuat laporan), cerek air atau iron (tidak dibenarkan bawa kerana ianya telah disediakan ), majalah lucah ke dan banyak lagi la...
Walaupun kawan baik, tugas tetap tugas namun ibu memberi hint kepada semua agar jangan tidur mati agar mudah nak dikejutkan malam nanti. Seperti yang dimaklumkan oleh presiden kolej (time tu Norhisham Abd. Ghani atau nama glamournya Turbo) sport check dijalankan. Penyelia waktu tu Pn Sarinah meminta ibu menemainya membuat serbuan dari bilik ke bilik. Semua bilik setakat ni, alhamdulillah...tiada masalah. Akhirnya tibala di bilik yang terakhir iaitu bilik auntie Faiz.
Pintu diketuk beberapa kali...hmmm nampak gaya mereka tidur dengan nyenyak...dan mata Puan Sarinah terpandang sesuatu... kantoi! Sebuah jug yang di modified menjadi kettle...sebenarnya ia terbentuk kerana heater air tu melekat dekat jug semasa mereka masak air seebelum2 ni. Jika ada kamera waktu itu pasti ibu akan ambil gambar kenangan...hahahahha. Puan Sarinah pun memaklumkan bahawa ianya akan dirampas.
Namun ianya tidak berhenti pada takat tu sahaja. Keesokkan harinya auntie Faiz mendatangi bilik ibu dan meminta sesuatu..." Eh N, semalam ko datang bilik aku amik jug yang ada heater kan? Dah habis guna? Aku nak masak air nak buat minum pagi." Hmmm sah! Sah la semalam Faiz mamai dan tak sedar pun yang datang bukanlah ibu sorang tapi dengan BOS iaitu penyelia.
Ibu dengan tersenyum menjawab.."bukan aku yang pinjam tapi Puan Sarinah"...
Auntie Faiz bertanya lagi .."kenapa lak jug hodoh tu yang dia nak pinjam?. Musykil lak aku".
"Faiz, Faiz jam berapa ko tidur semalam ni? Aku datang ngan Puan Sarinah semalam buat sport check la bukan nak pinjam jug ko"....jawab ibu dengan gelak.
"La ya ka...memang aku tak sedar aku ingat ko datang nak pinjam jug masak air. Laaa dah kena rampas rupanya jug kesayanganku,ish ish ish". Auntie Faiz menjawab dengan nada sedih namun kami sama2 gelak selepas itu apabila ibu melakonkan semula apa yang dibuat oleh mereka sebilik yang ketiga2nya tidur lewat dan mamai semasa sport check.

Inilah kenangan yang tak boleh ibu lupakan... dan sehingga kini kami masih berkawan rapat dan akrab sperti adik beradik. Nak lagi hebat...kami sama2 ditakdirkan menjadi guru dan bertugas di negeri yang sama iaitu Sarawak Bumi Kenyalang. ..apapun ibu tabik spring kat auntie Faiz sebab berjaya mendapat APC dan ibu tahu beliau memang layak atas sikap dedikasinya.
Semoga hubungan kita sentiasa dirahmat dan dberkati.

Salam sayang dari ibu


Catatan Popular