Selasa, 23 Mac 2010

# Diariku

Kematangan perlu masa?





Jika 9 tahun dulu, setiap kali ibu dapat tahu abah kena turun laut menggantikan CSR yang tak dapat turun maka ibu akan solat hajat dan siap baca surah Yassin agar abah tak jadi turun laut. Tidak dinafikan setiap kali itulah ributlah, hujan lebatlah dan adakala ada sahaja Allah tempatkan orang lain yang turun ke laut maka abah tak perlu tinggalkan ibu di Miri seorang diri....

Namun masa terus berjalan...banyak yang dilalui dan ianya sedikit sebanyak akan mematangkan kita. Kini dah menjadi rutin abah turun le laut. Selama pemergiannya menunaikan amanah kerjanya, maka selama itulah ibu akan menjadi one-man show di darat ni. Ibulah yang menjadi surirumah, driver, dan segala2nya ibu. Mula2 tu sedih juga sebab kena urus seorang diri tapi bila dah jadi kebiasaan, tiada lagi kejanggalan.  Ibu tahu ibu mesti kuat semangat dan mesti sihat untuk menguruskan rumahtangga baik suami di sisi mahupun tidak. Benarlah kata orang, ibu itu tunggak keluarga.

Abah provide rumah yang selesa buat kami yang tinggal...alhamdulillah. Abah tahu ibu perlu ada internet untuk ibu komunikasi dengan dunia luar supaya balance maklumlah sebelum ini ibu bekerja. Satu perkara yang ibu notice bila cuti panjang ni, teman sekerja tak rajin nak ber sms...mungkin sebab ibu tak mengikuti perkembangan gossip terkini sekolah dan teman2 yang lain. Lagipun bila jadi one-man show kerja tak pernah habis. Walaupun begitu ibu akan tetap cuba mencuri masa untuk menulis blog..ianya diari ibu ,yang seronok ibu abadikan untuk Addin dan Nasa bila kalian mula berminat nak membaca diari ibu.

Apa pun ibu bersyukur mendapat suami yang baik macam abah Addin dan Nasa. Bila abah cuti maka semua tugas ibu abah tolong sepenuhnya. Baik hantar Addin, kerja rumah memang banyak abah membantu. Ibu akan rasa rehat sikit bila abah di darat.Alhamdulillah...hari ni abah akan balik InsyaAllah. Semoga lancar segala urusan.
Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia