Inilah ibu...




Ibu memang menulis blog ini untuk berkongsi dengan teman2 diluar sana tentang apa yang pernah ibu lalui...terutama tentang masalah kesihatan, penyusuan dan amalan serta petua yang saya rasakan boleh membawa manfaat kepada yang memerlukan.

Bukan ibu nak menunjuk pandai tapi sekadar bercerita dengan cara ibu apa yang ibu faham tentang segala info yang ibu perolehi dari buku bacaan ibu.

So semalam, bila ibu dapat tahu yang ibu entitle dapat freegift...ibu terus email semua teman setia ibu so that mereka pun akan dapat freegift tu. Bila ibu dapat ym dari auntie Aishah betapa seronoknya dia bila dah terima gift, it really makes me happy.Begitu juga bila ada teman yang mesej ibu kepuasan apabila merasakan perbezaan Shaklee. Itulah yang ibu rasakan. 

Ada soalan cepu emas dari seseorang:

Jika puan kata kita boleh amik vitamin dari klinik kerajaan, mengapa puan tidak mengambilnya sahaja dari klinik kerajaan?

Jawapan saya secara peribadi:

Vitamin yang kerajaan sediakan di klinik kerajaan adalah khusus untuk rakyat yang kurang berkemampuan untuk membelinya dari farmasi atau mana2 sumber berbayar.  Ianya adalah salah satu usaha kerajaan membantu golongan yang susah terutamanya ,agar kesihatan mereka juga tidak terjejas.
Pada saya secara jujur, jika berkemampuan adalah lebih baik kita membeli dari mana2 sumber dan tidak mengambil hak golongan yang sepatutnya  lebih layak. Macam rumah kos rendah... memang ramai yang mahu membeli untuk didiami mahupun disewakan kepada orang lain bagi menjana duit namun ianya adalah hak golongan sederhana yang pendapatan perkapita nya kecil. Semua orang suka yang percuma dan ianya tidak dapat dinafikan lagi. Tapi jika kita memberi hak kepada yang berhak, hidup kita pasti lebih berkat. Ditambah pula kerajaan sekarang sedang mempunyai masalah budget, maka tak salah jika kita mampu beli then kita beli.

Apa pun ibu bersyukur, customer ibu bukan sahaja terdiri daripada golongan profesional termasuklah doctor tetapi dari staf sokongan kerajaan dan mereka yang bekerja di sektor swasta. Terima kasih kerana kalian turut berkongsi produk dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Semoga kebahagian sentiasa bersama kita.






Salam sayang dari ibu



Catatan Popular