Sabtu, 13 Mac 2010

Bercerai secara mengejut?






Ya Allah sebenarnya masa menulis ni hati ibu sungguh sayu..tidak terucap dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.

Sebenarnya hari ini ialah genaplah seminggu ianya terjadi. Tanpa diminta atau dipaksa, ianya berlaku dengan secara sendiri. Ibu sendiri masih tidak percaya ianya berlaku...dan adakah sudah tertulis hanya sampai di sini?
Berat untuk ibu luahkan namun ianya perlu diabadikan dalam blog ibu ini agar ianya menjadi sejarah buat hidup insan yang bergelar ibu.

Sejak Ahad lalu, Nasa dah mula menjauhi ibu. Ianya secara tiba-tiba...apabila ibu suakan susuibu, dia mula menolak. Dia hanya datang untuk mencium bau sahaja katanya. Puas ibu suakan sewaktu dia tidur tapi dia mengelak. Entah mana yang silap...Nasa memang tidak mahu menyusu badan lagi. Walaupun Nasa sudah ibu susukan selama dua tahun setengah tapi tidak berniat ibu untuk menghentikannya pada tika ini.. kerana abang Addin pun ibu susukan selama 3 tahun 2 bulan.

Ada juga Nasa bertanya kepada ibu.."nak baby?"...ibu katakan padanya, Nasalah baby ibu. Dia senyum riang. Jika masa abang Addin dulu , sebabkan dia nak adik then ibu suruh dia berhenti menyusu..pun jenuh juga sebab perlu letakkan something kat n****** agar dia rasa tak nak menyusu. Berbeza dengan Nasa. Sehingga hari ini ibu akan tanya, Nasa nak nenen? Apa yang dia jawab? "Tak nak, Aca dah besar, tapi Aca nak amik bau ajek boleh?".

Selama seminggu juga ni ibu tidur dengan sayur kobis agar susuibu tidak bengkak dengan teruk. Sakit sebab bengkak ni Allah sahaja yang tahu.

Namun ibu bersyukur kerana berjaya menyusukan Nasa selama 2 tahun setengah, alhamdulillah. Ibu nampak kecerdikan anak2 ibu berkat susu badan.... alhamdulillah. Syukur Ya Allah kerana mengurniakan anak2 yang menjadi penyeri rumahtangga kami.

Ibu berjaya menyusukan kedua2 anak ibu dengan susubadan dan melalui jerit perihnya yang mana kepada Allah tempat ibu merintih dan mengadu. Buat ibu-ibu yang masih menyusukan anak, enjoy the moment because we gonna miss it once they stop breatfeeding.

Namun ianya tak berhenti setakat ini...ibu akan doakan dan sentiasa memberi semangat kepada mereka yang menyusukan anak agar jangan mengalah selagi baby belum berusia dua tahun.

Salam sayang dari ibu

5 ulasan:

  1. sabarlah ibu addin dan nasa.

    akak respect sbb addin dan nasa membesar dengan susu ibu lebih daripada 2 tahun.

    semoga mereka membesar menjadi anak yg soleh dan solehah berkat susu ibu yang mengalir dalam badan mereka...

    BalasPadam
  2. SALAM,harap shira pun camtu gak... cmne ek bila anak dah tanak susu tp susu still ada...
    sy skrg tak tau nk wat pe dgn ebm stok yg berlambak dlm freezer coz anas reject ebm langsung2, nak direct je... siang ms dia kt nursery, dia mmg xminum susu, juz makan n minum air masak je... balik ptg tu br nk menenen all the time smpai pancet dh...
    tpms kejesy still pam cz takut susu kering. skrg mmg simpan la tatau nk watpe... bl dh expired nnti msti kn buang cmtu je...

    BalasPadam
  3. sabar byk2 kay...mungkin betol Nasa punya instinct, dia nak dpt adik baru tak?hehhehe...God Bless!

    BalasPadam
  4. salam...
    msti sedihkn rasa b'cerai susu ngn anak.. me, myself pun tak tahu smpi bile nk BF Eiymann.. so far dh 2 thn 11 bln+ BF Eiymann.. dh lama t'ingin nk bg Eiymann ADIKs.. tp, dia duk BF lg.. doc. suh stop BF klu nk conceive.. aduhaiii...

    BalasPadam
  5. Sedih pula baca entry N pagi2 ni !

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.