Rabu, 24 Mac 2010

# Diariku # Tazkirah

Anak Setan!




Perkongsian ilmu akhirat yang perlu kita tahu...

"9 jenis anak setan..

Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar! hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan


1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).


5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Salam sayang dari ibu


Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia