Alhamdulillah




Alhamdulillah, syukur pada Allah, Nasa dah makan dan minum macam biasa... Syukur ibu panjatkan pada Yang maha Esa. Terima kasih buat semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang mendoakan.

Jika ikut perkiraan, Nasa tidak makan dan minum dengan teratur selama 3 hari...hari keempat Nasa mula mengambil sebiji pisang yang ibu letakkan di atas meja. Memang pada mulanya dia menjerit...sakit mulut!!! Setiap kali dia menjerit, ia membuatkan hati ibu meruntun sayu. Andai dapat ingin ibu bertukar tempat dengan kesakitan yang anak ibu lalui.

Berkat doa dan ibu yakin Allah Maha mendengar dan Maha mengetahui...Dia akan menduga mengikut kemampuan kita jua. Kini Nasa dah riang seperti dulu...terjerit2 suaranya sahaja apabila bermain bola di dalam rumah. Gembira hati ibu , terima kasih Ya`Allah.

Semoga anak2 ibu kuat dan membesar seperti juara.

Buat abang Addin ibu doakan abang addin berjaya dalam exam yang akan datang ini...all the best dear!


Salam sayang dari ibu

Catatan Popular