Selasa, 9 Februari 2010

# Diariku # ostematrix

Cabut gigi tanpa rasa sakit.

Semalam, abah ibu dan Addin ke klinik gigi untuk buat cleaning...kami cuba setiap 6 bulan untuk jumpa doktor gigi. Abah memulakan appointment, diikuti Addin dan akhir sekali ibu. Walau Nasa ikut namun tiada sekelumat rasa takut dalam dirinya. Nasa sibuk bertanya bilakah gilirannya pula...   Semasa giliran ibu , abah Addin dan Nasa berada di sebelah menemani ibu. Seronok rasa hati. Hmmm, apabila dah selesai doktor memberitahu yang gigi bongsu ibu infected dan perlu dibuang. Waktu tu ibu tak fikir panjang , sebab memikirkan bukan senang satu family nak buat next appointment dalam jangka waktu terdekat kecuali 6 bulan dari sekarang...ibu pun meminta Dr. Sarafina mencabut gigi bongsu ibu yang infected itu. Mengapa ibu berani nak cabut tanpa fikir panjang? 1. Sebelum gigi yang rosak itu mengganngu gigi yang lain, 2. Sebelum gusi dijangkiti dan bengkak... better ibu cabut sahaja. Ibu bertambah yakin dengan pengambilan ostematrix yang kesannya lebih baik dari Cal Mg Shaklee yang dulu. Alhamdulillah tak sampai 10 min, semuanya selesai. Doktor kata gigi ibu keras dan tidak rapuh(berbaloi rasa consisten makan ostematrix) dan tidak banyak pendarahan yang keluar. Ibu boleh berbual seperti biasa dengan Kak Sarimah yang kebetulan nak beli stroller yang ibu nak let go.  Kami dinner awal sebelum pulang.Balik sahaja rumah ibu mengambil 2 bj B Complex, 4 bj Ostematrix, dan vit C.  Alhamdulillah memang tak sakit cuma rasa sikit sengal di belakang telinga mungkin urat sebab yang cabut tu adalah gigi bongsu. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan kerana ibu dapat menyusukan Nasa tanpa masalah. Alhamdulillah, syukur sangat.                                                                Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia