Isnin, 15 Februari 2010

Awan Dania. Dania oh Dania.

Kami sekeluarga dahulu mengikuti drama bersiri Astro Ria ini iaitu Awan Dania. Addin dan Nasa amat meminati pelakon watak utama cerita ini iaitu Scha. Pantang wajah Scha ini keluar tv dalam mana2 iklan, mereka pasti akan termangu seketika. Pernah Addin bertanya pada ibu sebelum bertolak berhijrah semula ke Miri  tahun lepas, "Ibu, dalam kapal terbang esok ni ada Awan Dania tak?"


Soalan ini tidak dapat ibu dan abah lupakan... hebatnya pengaruh Scha pada anak2 ibu. Tapi kini kami jarang menonton drama bersiri ini mengikut siri terkini memandangkan waktu siarannya adalah pada hari Isnin jam 10 mlm dan waktu itu adalah masa tidur Addin dan Nasa. Walaubagaimanapun memandangkan minggu ini cuti sekolah maka ibu memberi kelonggaran untuk anak2 ibu untuk menonton siri terkini Awan Dania. Addin dan Nasa begitu khusyuk menonton, tiba2.................... hidung ibu terhidu sesuatu yang kurang nyaman. Oh rupanya Nasa uk uk dalam pampersnya sambil baring meniarap menonton Awan Damia. Bila ibu tanya kenapa Nasa tak cakap? Nasa pun menjawab dengan risau, nanti Awan Dania habis. Sabar jek la, dia sanggup simpan uk uk dia semata2 nak tengok Awan Dania. Semasa mencuci Nasa di toilet juga mulut Nasa tak henti2 minta ibu cepat sebab nak tengok Awan Dania. Habis drama bersiri ini kami sempat bersidai di tingkap untuk melihat bunga api dari mercun yang dimainkan sempena musim perayaan CNY ini. Alhamdulillah Nasa senang tidur selepas 15 minit kami melihat bunga api.

Dania oh dania....

Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia