Isnin, 18 Januari 2010

# Diariku # trial pack

Off topic?

Wahai teman2 ibu sekalian, bagi yang baru mengenali ibu sukacita ibu nak maklumkan bahawa ibu ini bukanlah seorang pakar laktasi, hehehe. Ramai yang mesej ibu bertanya tentang pemakanan seimbang ibu yang menyusu, bagaimana nak dapatkan weight yang ideal bagi si comel, dan tidak kurang yang meminta pendapat mengenai masalah peribadi. Ibu setakat ini tiada masalah untuk memberi konsultasi mengikut kemampuan ibu...

Cuma ibu nak bagi tahu, janganlah ingat jika telefon ibu kita hanya mesti bersembang dengan pemakanan semata2...tiada istilah OFF TOPIC dalam kamus ibu. We can share anything so that mommies diluar sana boleh mengurangkan rasa tekanan yang dilalui. Bagi yang dah lama mengenali saya mereka tahu mereka boleh berkongsi apa jua...

Ibu juga bukan seorang pakar psikologi namun melalui bicara ym mahupun suara seseorang ibu boleh meneka isihatinya, sama ada dia tenang ataupun gundah gulana. Ibu juga suka berkongsi dengan ilmu2 kerohanian yang ibu belajar dari buku...kerana sesungguhnya ilmu2 ini yang sangat penting apabila kita dilanda ujianNya.

Benarlah kata orang, sharing is caring. Ibu doakan semua teman2 yang ibu kenali dan yang mengenali ibu walau hanya di alam cyber, ukhwah yang terjalin akan lebih diberkati. Amin.


Oh ya, sebelum ibu terlupa, bagi mommies yang ingin membeli trial pack dan membuat pembayaran melalui interbank giro transfer, sila sertakan bersama ref no buat rujukan rekod ibu ya. Sekian, harap maklum.

Salam sayang dari ibu

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia