Masih setia?

 Ramai teman2 baru ibu apabila hendak mencuba produk Shaklee mereka akan bertanya berapa lama ibu dengan Shaklee, dan pastinya mereka terdiam seketika apabila ibu mengatakan ibu telah lama iaitu hampir 10 tahun. Memang ada teman yang lebih lama dari ibu dan kini sudahpun bertukar kepada produk baru dan yang claim  bahawa produk baru itu lebih hebat... adakah benar produk itu hebat atau skim biz nya yang hebat? Mungkin benar produknya hebat namun dengan harga yang mahal sudah pasti susah untuk dikongsikan...mungkin boleh pada peringkat awal tapi pasti tidak tahan lama...

Benarlah kata arwah abah ibu, hati ini Allah yang pegang, namun setiap hari ibu berdoa agar ibu tetap dengan Shaklee selagi produk ini baik dan dapat dikongsikan dengan semua yang ibu kenali. Ibu masih meneruskan mengepek trial pack kerana inilah cara yang dapat ibu bantu teman2 yang dalam golongan sederhana dengan ibu. Nak beli produk2 yang claim bagus dan hebat mahal sangat sedangkan banyak lagi keperluan wang untuk digunakan.

Bagi ibu Shaklee adalah dalam kumpulan moderate, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah, setanding dengan kualitinya dan seiring dengan teguhnya syarikatnya yang telah berada lebih 50 tahun dalam pasaran. Ramai kawan yang mengajak ibu join syarikat lain yang kononnya menjana pendapatan RM10k dalam masa 3 bulan  tapi bukan itu yang ibu cari hakikatnya ibu mencari teman yang berkongsi banyak perkara bukan duit dan produk semata2. Berpegang dengan prinsip, biar untung sedikit tetapi berterusan daripada untung besar tapi hanya sementara...



Salam sayang dari ibu


Catatan Popular